We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 71 & 72 Bab Mandi Apabila Hendak Memeluk Agama Islam July 16, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 4:54 pm

بَاب الاغْتِسَالِ إِذَا أَسْلَمَ وَرَبْطِ الاسِيرِ أَيْضًا فِي الْمَسْجِدِ وَكَانَ شُرَيْحٌ يَأْمُرُ الْغَرِيمَ أَنْ يُحْبَسَ إِلَى سَارِيَةِ الْمَسْجِدِ

Bab 49 Mandi Apabila Seseorang Itu Memeluk Agama Islam Dan Menambat Orang Tawanan Juga Di Dalam Masjid. Syuraih Memerintahkan Supaya Diikat Orang Yang Berhutang Di Tiang Masjid

Tajuk ini perlu dibaca dengan tajuk sebelum ini. Iaitu tentang menahan orang tawanan dalam masjid. Kali ini tajuk ini ada tambahan iaitu berkenaan mandi ketika masuk Islam. Kerana ada berkenaan dalam hadis ini, maka dimasukkan oleh Imam Bukhari. Imam Bukhari hendak memberikan pendapatnya tentang apakah hukumnya mandi apabila masuk Islam.

Adakah wajib untuk mandi ketika masuk Islam? Ulama khilaf tentang pendapat ini. Ada yang kata wajib dan ada yang kata mustahab sahaja. Imam Bukhari berpendapat ianya mustahab sahaja. Zaman Nabi begitu banyak yang masuk Islam tapi tidak disebutkan bahawa Nabi suruh mereka mandi dahulu. Contohnya begitu ramai sekali yang masuk semasa hari Pembukaan Mekah, tapi tidak dikatakan pula bahawa Nabi telah menyuruh mereka mandi dulu. Dalam masa yang sama, yang mengatakan kena mandi itu adalah kerana ada hadis yang Nabi suruh seorang sahabat mandi apabila hendak masuk Islam.

Hadis dibawah tentangTsumamah ini ada banyak versi. Ada versi yang mengatakan bahawa tsumamah masuk Islam dahulu baru mandi. Ada juga yang menyebut Nabi yang menyuruh dia mandi. Tapi hadis yang dibawa Imam Bukhari dalam tajuk ini mengatakan bahawa Tsumamah mandi dahulu, kemudian baru masuk Islam. Dan hadis yang dibawa Imam Bukhari inilah yang paling sahih. Dalam hadis ini juga tidak dikatakan bahawa Nabi yang menyuruh Tsumamah mandi. Beliau telah pergi sendiri.

Ada ulama yang kata bahawa mandi itu kena ‘selepas’ masuk Islam. Sampai ada yang tak benarkan mandi dahulu kerana takut dia mati sebelum sempat syahadah. Tapi sebenarnya apabila seorang telah berniat masuk Islam, dia sudah dikira Islam dah walaupun tidak sempat mengucap pun. Oleh itu Imam Bukhari hanya mengambil hukum bahawa mandi ketika hendak masuk Islam adalah mustahab. Tambahan pula kalau tempat dia hendak mengucap itu adalah di masjid yang mulia.

Tsumamah telah ditahan beberapa hari sebelum beliau dibebaskan. Nabi telah berjumpa dengan beliau untuk berdakwah kepadanya. Ini tidak jelas dalam hadis ini kerana hadis ini adalah hadis yang ringkas. Kalau dibaca hadis dibawah, seperti Nabi tidak setuju pula Tsumamah diikat di tiang masjid. Kerana nampak macam apabila Nabi keluar sahaja, baginda terus suruh dia dibebaskan. Tapi sebenarnya tidak begitu. Nabi beberapa hari telah berjumpa dengan beliau dan mengajak beliau masuk Islam. Nabi tanya apakah dia hendak buat? Tsumamah jawap kalau Nabi bunuh dia, nanti akan ramai yang akan menuntut bela di atas kematiannya. Kerana dia adalah orang yang besar. Kalau Nabi membebaskannya, dia adalah seorang yang pandai mengenang budi. Dan kalau Nabi hendakkan harta, dia boleh memberi harta dengan banyak. Akhirnya beliau telah dibebaskan tanpa syarat. Selepas dibebaskan sahaja, dia terus mandi dan kembali ke masjid dan mengucap dua kalimah syahadah. Dengan rela hati, tanpa apa apa paksaan. Ini adalah kerana dia telah melihat keindahan Islam semasa dia ditahan di dalam masjid.

Tsumamah adalah seorang ketua kaumnya, Bani Hanifah. Dikatakan dia adalah raja. Asalnya dia sangat benci kepada Nabi dan kepada Islam. Dia sebenarnya hendak membunuh Nabi kerana sangat benci kepada Nabi dan kepada Islam. Tapi selepas dia masuk Islam, dia amat sayangkan Nabi dan sayangkan Islam. Dia sendiri yang cakap sebelum dia masuk islam, Nabi lah manusia yang dia paling benci. Tapi apabila dia sudah masuk Islam, Nabi lah manusia yang dia paling dia sayang. Dia akhirnya telah mati syahid dalam peperangan. Kaumnya banyak yang telah murtad kerana mengikuti Musaylamah al Kazzab. Doa telah pergi berdakwah kepada kaumnya dan 30 ribu dari mereka telah masuk Islam kembali. Bermakna, dia telah berjasa besar kepada Islam.

442 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ بَعَثَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْلا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ لَهُ ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَطْلِقُوا ثُمَامَةَ فَانْطَلَقَ إِلَى نَخْلٍ قَرِيبٍ مِنَ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ *

442. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits berkata, telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Abu Sa’id bahwa ia mendengar Abu Hurairah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengirim pasukan berkuda mendatangi Najed, pasukan itu lalu kembali dengan membawa seorang laki-laki dari bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Utsal. Mereka kemudian mengikat laki-laki itu di salah satu tiang masjid. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu keluar menemuinya dan bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Tsumamah kemudian masuk ke kebun kurma dekat Masjid untuk mandi. Setelah itu ia kembali masuk ke Masjid dan mengucapkan, “Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.”

Bagaimanakah Tsumamah tahu dimana hendak mandi? Dia tahu kerana semasa dia ditahan, tentulah dia ada masanya perlu buang air. Maka tempat itulah dia telah dibawa. Islam tidak menyeksa orang tawanan. Kita tidak membiarkan mereka terseksa sampai tak boleh nak buang air dan sebagainya. Makanan pun kita beri juga. Dan kalau mereka tidak membahayakan, mereka boleh tidak diikat pun. Cuma kena ikat kalau takuti mereka akan lari atau mencederakan orang lain.

Bagaimana dia tahu apakah yang hendak disebut dalam syahadah? Sebab tak nampak dia diajar dalam hadis ini. Dia terus sebut sahaja. Ini adalah kerana orang-orang kafir telah tahu apakah yang hendak disebut untuk masuk Islam. Mereka tahu apakah pintu gerbang Islam. Tentunya mereka telah bersembang antara sesama mereka. Dan mereka memang berbahasa Arab, maka mereka tahu apakah yang perlu disebut.

Nampak syahadah Tsumamah itu hanya ada satu sahaja perkataan ‘ashhadu’. Ini juga boleh digunakan. Tidak perlu sebut ashhadu dua kali seperti yang kita telah tahu itu. Kalau ada orang yang tidak tahu bahasa Arab, mereka cuma ikut satu persatu perkataan syahadah itu. Yang pastinya, mereka kena faham apakah yang mereka sebutkan itu.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:
Seorang pemimpin boleh membebaskan tawanan tanpa syarat.
Ucapan dua kalimah syahadah adalah sebagai kata kunci untuk masuk Islam. Orang kafir telah tahu bagaimana cara untuk masuk Islam. Sebab itulah Tsumamah tidak perlu diajar. Kata syahadah yang digunakan oleh Tsumamah itu boleh juga digunakan.
Orang berjunub dan dalam haid pun boleh untuk duduk dalam masjid.
Harus untuk menahan orang tawanan dalam masjid. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang Islam dan membuka hati mereka untuk menerima Islam.
Sedangkan Tsumamah yang kafir ini pun Nabi benarkan duduk dalam masjid beberapa hari, tambahan pula kalau orang Islam. Yang dimaksudkan orang kafir itu najis adalah pemahaman mereka. Bukan tubuh badan mereka.

Demikian pengajaran yang boleh diambil dari tajuk ini. Maaf kerana kerana pendek penerangan kali ini. Ini adalah kerana nota asal telah hilang dan apa yang ditulis ini adalah dari ingatan sahaja.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s