We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 70 Bab Orang Tawanan Atau Orang Yang Berhutang Boleh Diikat Di Dalam Masjid July 11, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:57 am
Tags: , , ,

اسِيرِ أَوِ الْغَرِيمِ يُرْبَطُ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 48 Orang Tawanan Atau Orang Yang Berhutang Diikat Dalam Masjid

Jel tiada pada zaman Nabi. Maka, Nabi ada meletakkan tawanan dalam masjid. Banyak kali Nabi buat. Apabila Nabi buat banyak kali, ini menunjukkan bahawa hukumnya adalah harus. Tapi hairan juga kenapa diletakkan tawanan dalam masjid pula? Tidakkah dia mengganggu? Bukankah dia boleh menjerit-jerit dan mengganggu orang yang sedang beribadat nanti? Tapi Nabi dipimpin oleh Allah swt. Dia tahu bahawa itu ada hikmatnya. Seorang tawanan boleh tengok ibadat Islam semasa dalam masjid. Hatinya boleh terbuka untuk masuk Islam. Dia boleh lihat keindahan Islam. Bagaimana tidak ada beza antara orang kaya dan miskin. Antara hamba dan orang yang bebas. Dia boleh melihat bagaimana perkara sebegitu tidak akan dapat dilihat dalam kehidupan kafirnya. Memang ada yang masuk Islam selepas melihat bagaimana cara orang Islam berkehidupan. Itulah cara dakwah Islam. Tunjukkan kemuliaan Islam. Tapi sedih kalau seorang kafir masuk ke negara Islam, tapi tidak dapat melihat keindahan Islam. Beginilah yang terjadi pada zaman sekarang. Mereka langsung tidak dapat melihat keindahan Islam disebabkan oleh akhlak buruk orang Islam sendiri.

Hadis ini juga dijadikan dalil bahawa orang kafir boleh masuk dan berada dalam masjid untuk jangkamasa yang lama.

Selain dari tawanan, tajuk ini juga mengatakan bahawa orang yang tak bayar hutang juga boleh ditahan dalam masjid. Iaitu bagi mereka yang tak bayar hutang lepas habis tempoh untuk membayarnya. Tapi dalil berkenaan perkara ini tiada dalam hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari. Imam Bukhari capai kepada pemahaman itu dengan mengggunakan qiyas. Kerana kalau tawanan pun boleh ditahan dalam masjid, maka seorang yang berhutang pun boleh juga. Kalau kita lihat kesalahan Ifrit pun buat salah yang biasa. Tapi kesalahan mengganggu solat Nabi. Tapi masih lagi dikira tawanan. Kerana memang Nabi sudah berniat hendak memberkas jin itu di salah satu tiang masjid. Macam jin pun kena ikut hukum manusia. Mereka bukan ada Nabi dari kalangan jin yang boleh dijadikan sebagai contoh. Maka, mereka kenalah mengambil contoh dari Nabi-nabi dari kalangan manusia dan perbuatan manusia. Mereka kena ikut syariat yang sama juga.

Kenapakah Nabi hendak mengikat jin itu di tiang masjid. Supaya orang ramai boleh nampak. Salah satu hukuman adalah memalukan orang yang bersalah. Kalau dia tak nak bayar hutang, boleh kita nak malukan dia. Jangan ingat nak bagi yang bagi yang ringan sahaja. Ini ada dalam hukum takzir. Sebab kita nak bagi orang beringat dari buat kesalahan. Mereka akan takut nak . Bergantung kepada kebijaksanaan hakim.

Walaupun Nabi tak buat, tapi dia telah berkehendak. Itupun dah boleh diambil kira. Kita pegangan hukum kita. Baginda cuma tak jadi ikat kerana dia teringat doa Sulaiman.

Dalam tajuk yang lain, ada dikisahkan bagaimana Qadi Syuraih ada berhukum orang berhutang ditambat di masjid. Dia adalah seorang Tabein. Dia guna qiyas dalam mencapai hukum itu. Kenapa kita boleh terima pula perkirangan dari seorang tabein pula? Memang dia adalah seorang tabein, tapi semasa dia membuat hukuman itu, para sahabat masih ada lagi dan mereka tidak menghalang atau menegur keputusan beliau.

441 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَخْبَرَنَا رَوْحٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ ( هَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لاحَدٍ مِنْ بَعْدِي ) قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

441. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim berkata, telah mengabarkan kepada kami Rauh dan Muhammad bin Ja’far dari Syu’bah dari Muhammad bin Ziyad dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda: “Ada seekor ‘Ifrit dari kalangan Jin telah melintas di hadapanku malam tadi – ataupun ucapan yang lebih kurang begitulah maksudnya – untuk memutuskan salatku. Maka Allah memberikan kemampuan kepadaku untuk menangkapnya. Aku berkehendak untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid supaya apabila telah pagi, kamu semua dapat melihatnya. Namun aku teringat ucapan saudaraku Sulaiman Alaihis Salam ketika berdo’a: ‘(Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun setelah aku) ‘ (QS. Shaad: 35). Rauh berkata, “Maka Nabi melepaskannya dengan hina.”

Ifrit adalah jenis jin yang besar. Dalam Quran dikisahkan pernah seekor Ifrit berkata kepada Nabi Sulaiman bahawa dia boleh bawa tahta Balqis sebelum baginda bangun dari tahtanya pada hari itu. Maknanya dalam masa beberapa jam. Tapi ada manusia yang kata boleh bawa mari dalam sekelip mata.

Ada beberapa kisah bagaimana cara Ifrit itu hendak mengganggu Nabi. Ada yang kata Ifrit itu hendak menerkam Nabi. Ada yang kata Ifrit itu bawa colok ke muka Nabi. Ada yang kata Ifrit itu datang mengganggu Nabi dalam rupa kucing. Boleh diterima semua sekali cara-cara itu. Mungkin Ifrit itu datang kepada Nabi dengan bertukar-tukar rupa.

Hadis ini juga menunjukkan bagaimana Nabi pun kena kacau. Tambahan pula kita. Tapi cara Nabi dikacau itu adalah lebih teruk dari kita dikacau. Kita jin kecil sahaja dah sudah cukup dah.

Apakah yang dimaksudkan oleh Nabi bahawa Ifrit itu hendak ‘memutuskan salatku’? Satu faham adalah hendak mengganggu solat. Satu lagi adalah memang hendak memutuskan – Memutuskan jalinan Allah dan orang yang sedang solat. Kerana ketika solat, seorang yang sedang bersolat sedang mempunyai jalinan terus dengan Allah dalam solatnya itu.

Hebat sungguh kerajaan Nabi Sulaiman. Kerajaannya merangkumi seluruh dunia. Dan rakyatnya merangkumi golongan manusia, jin dan binatang. Begitulah kayanya kerajaan Nabi Sulaiman, tapi untuk kehidupan dirinya sendiri, dia buat tong untuk mencari nafkah hidup. Ayah dulu, Nabi Daud bekerja buat baju besi. Baginda telah memohon semoga diberikan kepada baginda kerajaan yang tidak akan diberikan kepada orang lain. Jadi, Nabi menghormati doa Nabi Sulaiman itu.

Nabi pun ada kelebihan juga. Baginda juga boleh menguasai jin juga. Cuma baginda memilih untuk menjalani kehidupan yang zuhud. Baginda tidak mahu melebihi nabi-nabi yang lain, lebih-lebih lagi kalau itu adalah kelebihan nabi itu.

Ayat Quran yang sebenarnya adalah lain sikit dari yang digunakan dalam hadis ini. Kenapakah boleh lain pula? Bukankah Imam Bukhari itu seorang yang hafal hadis dan juga hafal Quran? Bagaimana dia boleh tersalah. Ada yang kata dia tersalah meriwayatkan. Dia juga manusia biasa juga. Kalau hafal pun ada juga masa dia salah. Ada yang kta bukan dia tersalah, tapi penyalin kitab yang tersalah salin. Ada kata memang dia sengaja buat macam itu. Ada kaedah yang membolehkan penggunaan sebegitu. Ini ada dalam Ilmu balaghah. Dinamakan konsep iktibas.

Ifrit itu gagal. Maka dia pergi dengan hina.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Boleh diberkas orang yang berhutang dengan menggunakan konsep qiyas.
  2. Jin syaitan bukan hanya ganggu orang biasa tapi Nabi juga, termasuk semasa solat. Gangguan itu bukanlah menghinakan kedudukan seseorang. Walaupun benda kita tak nampak tapi sebenarnya ada. Malangnya, ada yang sampai tak percaya kewujudan gangguan makhluk ghaib, maka mereka hantar orang yang diganggu makhluk halus itu ke hospital sampai mereka kena seksa dengan perubatan moden. Kena kejutan letrik dan sebagainya. Padahal ada kemungkinan gangguan makhluk halus yang menyebabkan orang itu sakit. Tapi kerana perubatan moden tidak dapat mengesan sakit yang dialami oleh pesakit, maka mereka kata tidak ada apa dengan pesakit itu. Padahal memang Nabi pun telah kata bahawa memang gangguan makhluk halus itu benar. Tapi macam puak muktazilah tidak menerima kewujudan jin syaitan. Hanya kerana mereka tidak dapat mengesan dengan akal kita yang memang Allah jadikan cetek.
  3. Allah tidak membenarkan para Nabi diganggu sampai kena rasuk. Memang ada kena ganggu tapi tidaklah sampai menjejaskan status kenabian mereka. Tidaklah Nabi sampai terlupa memberitahu ayat Quran yang telah diturunkan semasa baginda diganggu. Allah malah memberi kuasa kepada mereka untuk menangkap jin. Maka begitu juga ada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah untuk menguasai jin.
  4. Syaitan suka mengganggu orang yang bersembahyang. Maka kita kenalah berjaga-jaga dalam solat kita.
  5. Gangguan apa pun akan mengurangkan khusyuk kita. Kadang syaitan ganggu terus orang itu atau dia cucuk anak orang itu. Apabila anak itu menangis, maka akan mengganggu solat orang itu. Atau macam-macam cara yang boleh dilakukan oleh syaitan untuk mengacau kita.
  6. Nabi memberkas Ifrit itu dengan ilmu baginda. Allah boleh beri.
  7. Nabi Sulaiman bukan hanya menguasai alam manusia tapi alam jin dan binatang. Ini kita tahu dari maklumat dalam Quran.
  8. Nabi tidak suka melebihkan diri dari Nabi yang lain lebih-lebih lagi kalau itu adalah keistimewaan mereka.
  9. Doa para Nabi diterima Allah. Itulah doa Nabi Sulaiman diterima oleh Allah supaya diberikan kerajaan kepada baginda yang tidak akan diberikan kepada orang lain.
  10. Syaitan boleh menjelma dalam berbagai rupa. Maka kenalah kita sentiasa beringat. Nabi Adam pun sampai kena tipu.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s