We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 69 Bab Orang Yang Berkhidmat Untuk Masjid July 8, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:33 am
Tags: , , ,

بَاب الْخَدَمِ لِلْمَسْجِدِ

Bab 47 Orang Yang Berkhidmat Untuk Masjid

Imam Bukhari hendak menceritakan lagi kelebihan yang besar kepada mereka yang berkhidmat kepada masjid. Setiap khidmat ada kelebihannya, bukan hanya membersihkan sahaja. Macam-macam kita boleh buat. Imam Bukhari membawakan dalil atsar Ibnu Abbas untuk menunjukkan bukan syariat umat Nabi Muhammad sahaja tentang kelebihan berkhidmat kepada masjid. Tapi dulu pun. Itulah dibawakan athar Ibn Abbas tentang ibu Maryam menazarkan anaknya kepada masjid BaitulMaqdis.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ ( نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا ) لِلْمَسْجِدِ يَخْدُمُهَا

Ibn Abbas berkata (dalam mentafsirkan firman Allah), “Aku (ibu Maryam) menazarkan kepadaMu anak yang ada didalam kandunganku sebagai ‘muharraran'” – seorang yang dikhususkan untuk berkhidmat kepada masjid.

Itulah maksud ‘muharraran’ pada pemahaman Ibnu Abbas. Yang berkata begitu adalah Hannan, ibu Maryam. Dia mewakafkan anaknya kepada masjid. Masjid yang dimaksudkan adalah Masjid BaitulMaqdis. Maksudnya berkhidmat kepada agama. Iaitu berkhidmat sepenuh masa. Kalau zaman sekarang, bukan hanya untuk masjid sahaja. Mungkin ada yang berkhidmat kepada Islam, tapi bukan di masjid. Maryamt telah diserahkan kepada Nabi Zakaria untuk diletakkan dibawah jagaannya. Kelebihan yang telah diberikan kepada Maryam dengan berkhidmat kepada masjid itu adalah keberkatan dari Allah dengan dikurniakan seorang Nabi sebagai anak. Dengan cara yang ajaib.

Imam Bukhari hendak memberi dalil kepada keharusan menjadi khadam kepada masjid. Mungkin ini sahaja yang boleh dilakukan oleh seseorang. Dia tidak ada cara lain lagi untuk berkhidmat kepada agama. Kalau nak mengajar, dia tidak ada ilmu. Atau dia hendak memberi derma, dia tidak mempunyai harta. Maka inilah caranya untuk dia berkhidmat kepada agama. Jadi elok kalau macam sekarang ada siak di masjid-masjid. Ada siak yang tidak bergaji, tapi ada juga yang diberikan gaji macam zaman sekarang. Kerana dari zaman dulu lagi ada siak yang digaji. Sahabat-sahabat tahu bahawa ada khadam masjid yang diberi gaji, dan mereka tidak menentang khalifah yang memberi gaji kepada mereka. Walaupun zaman Nabi tidak ada. Maka dibolehkan. Tugas siak adalah mulia kalau dilakukan ikhlas tanpa mengharap apa habuan dunia. Sebab itu ibu Maryam bernazar menjadikan anaknya sebagai muharraran. Kalau kita pakai tafsir Ibn Abbas.

Imam Bukhari juga hendak menunjukkan keharusan mengupah orang menjaga masjid. Samada memakai duit sendiri atau duit masjid. Tapi kalau siak itu berkhidmat dengan niat nak dapat duit sahaja, dia hanya dapat duit sahaja. Itu kalau dia tak buat lebih dari apa yang diarahkan. Kalau begitu, yang dapat pahala adalah orang yang mengupahnya sahaja. Sebab itu sahabat dulu tak ada upah kalau berperang pun. Kerana mereka hendak mengikhlaskan hati mereka. Tapi ada juga siak yang diberi gaji tidak tetap. Kalau tak diberikan gaji pun dia akan buat kerja juga. Kalau begitu, dia memang ikhlas. Dia kerja lebih masa. Buat lebih dari yang sepatutnya.

Syariat umat dahulu adalah syariat umat Muhammad juga. Kecuali jika dibatalkan atau dipinda oleh syariat Nabi Muhammad. Dulu, seorang anak wajib memenuhi nazar ibubapanya untuk menjadikannya sebagai siak. Tidak lagi ada hukum ini dalam syariat Nabi Muhammad. Seorang anak itu sudah tidak terikat. Boleh pilih nak penuhi atau tidak. Syariat kita zaman sekarang adalah lain dengan syariat zaman dulu. Sebab ada syariat zaman dahulu yang berat. Doa dalam surah baqarah itu adalah supaya tidak bebankan kita dengan syariat dulu yang berat. Antaranya yang macam ini – seorang anak kena ikut hajat ibubapanya. Macam solat Nabi Musa 50 waktu – cuma tidaklah macam solat kita sekarang. Syariat Nabi Musa juga, kalau najis kena kain, kena gunting baju itu, tak boleh basuh. Tapi ada juga yang longgar kalau dibandingkan dengan kita. Itu semua adalah dalam hikmah Allah. Syariat boleh berubah-ubah. Tidak semestinya sama dari dulu sampai sekarang. Kepada yang tak faham, mereka akan hairan kenapa Allah tidak buat satu syariat yang sama dari dulu sampai sekarang. Adakah Allah tidak tahu manakah syariat yang sesuai untuk setiap zaman? Tapi itu semua adalah dalam hikmah Allah. Baju pun masa kecil kita pakai baju kecil. Bila dah besar kena pakai baju saiz lain. Syariat satu Nabi untuk umatnya sahaja sebab komunikasi susah nak sampaikan kepada umat lain. Tapi zaman Nabi Muhammad dah senang. Tambahan pula kalau zaman sekarang. Senang untuk menyampaikan maklumat dari satu tempat ke satu tempat.

Kalau syariat dulu tidak dimansukhkan, maka boleh dipakai lagi. Syariat orang dulu adalah syariat kita juga. Contohnya mandi berbogel di tempat terbuka dibolehkan. Bukanlah sampai depan orang. Ada orang tanya Imam Malik tentang hukum mandi bogel – itulah jawapan beliau. Itu syariat Nabi Musa dan Nabi Ayyub kerana ada dalam hadis mereka mandi bogel. Kerana tidak ada dalil Nabi Muhammad melarang umat mandi bogel. Tidak dijelaskan bahawa Nabi mandi bogel atau tidak. Jadi, kita memegang syariat nabi-nabi dahulu. Memanglah molek lagi kalau kita kita mandi dengan memakai kain basahan.

440 حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ وَاقِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ امْرَأَةً أَوْ رَجُلا كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ وَلا أُرَاهُ إِلا امْرَأَةً فَذَكَرَ حَدِيثَ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ صَلَّى عَلَى قَبْرِهَا

440. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Waqid berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah, “Ada seorang laki-laki atau perempuan yang selalu menyapu Masjid“, kata perawi (Abu Rafi’) saya rasa dia berkata ‘seorang perempuan lah’. Kemudian dia (Abu Hurairah) menyebutkan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda salat di atas kuburnya.”

Ini adalah hadis cerita yang sama yang pernah dibawakan sebelum ini. Cuma lebih ringkas. Ada perbezaan itu sebab perawi yang berbeza.

Solat disini adalah solat jenazah. Bukan solat fardhu. Imam Bukhari dan Syafie terima boleh solat jenazah di kubur. Tapi Imam Malik dan Hanifah tak terima sebab mereka kata itu khusus kepada Nabi sahaja. Walaupun sahabat pun ada sekali solat dengan Nabi waktu itu, pada mereka hanya apabila ada Nabi sahaja. Jadi ada khilaf ulama disini. Yang membenarkan solat jenazah di kubur itu adalah kerana tidak ada rukuk dan sujud dalam solat jenazah.

Jadi, ada masalah dengan penunggu kubur yang selalu menunggu kubur apabila ada orang yang mati. Ini adalah kerana kubur bukan tempat ibadat.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s