We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 68 Bab Pengharaman Berniaga Arak Di Dalam Masjid July 4, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 1:09 pm
Tags: ,

بَاب تَحْرِيمِ تِجَارَةِ الْخَمْرِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 46 Pengharaman Berniaga Arak Di Dalam Masjid

Kena faham nahu dalam tajuk ini. Tempat bergantung (mutaalaq) bagi فِي الْمَسْجِدِ adalah تَحْرِيمِ. Bukan nak kata haram berniaga arak dalam masjid. Nanti kata haram hanya dalam masjid tapi kalau kat luar boleh pula. Maka disini hendak dikatakan tentang memperkatakan tentang pengharaman arak didalam masjid. Iaitu Nabi menyebut bahawa haram berniaga arak dan baginda cakap itu ketika di dalam masjid. Bolehkah kalau begitu? Inilah yang hendak dibahaskan oleh Imam Bukhari.

Tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah kerana hendak mengatakan boleh untuk memperkatakan tentang benda-benda tak molek dalam masjid seperti arak. Malah bukan arak sahaja. Benda-benda lain pun boleh termasuk juga. Termasuklah kalau hal itu ada lucah sikit. Asalkan tujuannya adalah baik iaitu untuk mengatakan hukumnya atau tujuan lain yang diperlukan. Kalau bukan sebab itu, tak boleh. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang mulia.

Ada yang kata tajuk ini mencakup tentang pengharaman riba dan penjualan khamar kerana ilatnya adalah sama. Iaitu kedua-duanya mengandungi unsur yang sama. Kalau berniaga kedua-dua perkara itu, akadnya terbatal sendiri. Kalau benda haram, akad jual beli pun dah haram dah – tak sah. Ini adalah kerana, kalau nak berjual beli, kena pastikan yang barang yang hendak diniagakan itu kena halal dulu. Akibat jikalau terlibat dengan dua-dua perkata itu pun sama – akan jadi bengong. Terhoyong hayang. Mereka yang makan riba itu mereka akan terhoyong bila dibangkitkan dari kubur nanti. Begitu juga, dua-dua perkara itu sama-sama merosakkan masyarakat. Kerana ada kesamaan itulah yang Nabi cakap dua perkara itu bersama.

Islam berada dalam cahaya. Arak dan riba itu merosakkan masyarakat. Dan Islam telah mengharamkan lama lagi dah. Zaman sekarang kalau ada mengkaji, maka akan nampak bahawa ianya sangat merbahaya kepada masyarakat.

Ibnu Rejab’ kata tujuan Bukhari membawakan tajuk ini adalah untuk menyatakan segala benda yang diharamkan kita berjual beli itu termasuk dalam riba. Muamalah barang yang melibatkan benda yang diharamkan adalah riba – walaupun tidak nampak sebagai riba dalam pemahaman dari segi bahasa. Riba itu termasuk urusan perniagaan yang haram. Sebab itu dalam banyak hadis ada mengatakan tentang pengharaman muamalah yang nampak macam bukan riba macam kita faham tapi Nabi katakan ianya sebagai riba. Riba itu ada dalam bentuk istilah yang khusus dan ada juga dengan makna yang umum. Mulaamasah adalah jenis pembelian yang kalau dah sentuh, kena beli dah. Munabazah pula adalah beli dengan cara baling batu. Satu lagi adalah muamalah yang ada gharar di dalamnya – ketidakpastian. Semua itu ada unsur riba. Arak pula adalah sebagai satu contoh benda yang menghilangkan akal. Tapi tidak terhad kepada arak sahaja. Kalau dadah pun termasuk juga.

439 حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنِ الاعْمَشِ عَنْ مُسْلِمٍ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَمَّا أُنْزِلَتِ الايَاتُ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي الرِّبَا خَرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَقَرَأَهُنَّ عَلَى النَّاسِ ثُمَّ حَرَّمَ تِجَارَةَ الْخَمْرِ *

439. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan dari Abu Hamzah dari Al A’masy dari Muslim dari Masruq dari ‘Aisyah berkata, “Apabila turun ayat-ayat dalam Surah Al Baqarah tentang riba, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar ke masjid lalu membacakan ayat-ayat tersebut kepada manusia. Kemudian beliau mengharamkan berniaga arak.”

Ayat manakah yang dimaksudkan dalam hadis ini? Ianya adalah ayat dari surah Baqarah (Ayat 275) tentang pengharaman riba. Dikisahkan bahawa mereka yang memakan riba akan bangun terhoyong hayang. Kejadian itu akan terjadi di Mahsyar.

 

2:275
Malay

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Di Mahsyar nanti, akan dinyatakan apakah kesalahan mereka. Kalau makan riba, dia akan terhoyong hayang, kalau tak bagi zakat, wang zakat itu akan menimpanya. Itu adalah sebagai contoh. Allah dan Nabi ceritakan. Waktu itu, semua orang akan nampak dan tahu apakah kesalahan yang kita telah buat semasa di dunia dahulu. Dalam kubur dah kena seksa dah, tapi yang dalam kubur itu, orang lain tak nampak.

Yang paling menakutkan, orang-orang mengambil riba itu, mereka akan kekal dalam neraka seperti yang disebut dalam ayat di atas. Ada dua kesalahan yang akan menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka. Yang pertama adalah memakan riba. Yang keduanya adalah jika membunuh orang Islam dengan sengaja. Yang ketiga disebut dala hadis – Bunuh diri. Bunuh diri itu termasuklah jikalau benarkan doktor matikan kita.

Kita kena sokong usaha untuk keluar dari riba. Begitu besarkan dosa riba itu sampai Allah dan Nabi istiharkan perang dengan kita. Ini adalah dalam ayat 2:279 –

2:279
Malay

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Arak dah diharamkan lama dah sebelum ayat ini. Kenapakah disebut sekali dengan riba oleh Nabi semasa baginda di masjid itu? Adakah selepas haram minum boleh lagi berjual beli? Ada beberapa pendapat:

  1. Mungkin Nabi ulang sekali lagi untuk menguatkan kembali.
  2. Mungkin Nabi nampak ramai belum tahu lagi tentang pengharaman berjual beli arak. Kerana ramai yang baru masuk Islam.
  3. Mungkin baru dilarang berjual beli. Sebelum itu hanya diharamkan minum sahaja. Sekarang baru diharamkan berjual beli dan pengharaman itu diturunkan sama dengan pengharaman riba.
  4. Mungkin perawi baru mendengar tentang pengharaman arak. Sebelum itu dia tak tahu. Hukum dah ada tapi dia sahaja tak tahu. Ini adalah andaian sahaja.
  5. Mungkin nak mengisyaratkan akibat berjual beli dan riba adalah sama.

Sebenarnya pengharaman sudah lama ada. Tidaklah baru diturunkan sekali dengan riba.
Takkan perawi iaitu Aisyah tak tahu. Jadi kemungkinan besar adalah menguatkan semula hukum pengharaman itu. Dan kerana ada yang baru masuk Islam dan mereka tak tahu jadi Nabi nak beritahu kepada mereka.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s