We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Points agama sepintas lalu July 3, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 9:57 pm
Tags: , , ,

Point agama sikit-sikit yang diambil dari kuliah-kuliah youtube Dokumentari Kuliah: Ini bukanlah dari satu kuliah. Bercampur-campur. Jadi point yang diberikan tidak ada kena mengena antara satu sama lain. Saya tulis sebagai ingatan buat diri saya. Sebagai nasihat untuk kita semua. Mungkin bermanfaat untuk saya dan anda yang membaca.

  • Tujuan belajar supaya nak tahu tentang agama. Untuk kita amalkan. Jangan tak tahu tentang agama sampai semua nak outsource kepada ustaz-ustaz sahaja. Belajarlah sampai boleh jadi ustaz tapi bukan tujuan belajar nak jadi ustaz. Belajar agama bukanlah sebab nak menunjuk-nunjuk pandai kepada orang lain. Dan bukan juga untuk berdebat dengan orang lain. Jadi, kena betulkan niat setiap kali sebelum kita belajar.
  • Kena periksa berita yang kita dengar. Pertama dari orang fasik. Tapi dari orang yang kita kenal baik pun kena check juga. Bukanlah kerana kita kita tak percaya kepada orang baik yang menyampaikan itu, tapi kita takut mereka pun tersalah. Bukanlah mereka nak menipu tapi mereka sendiri pun tidak periksa betul-betul dengan maklumat yang mereka telah terima dan yang sedang mereka sampaikan. Yang kisah Aisyah dituduh berzina itu pun ada yang orang baik pun cakap. Padahal mereka adalah sahabat dan mereka adil. Tapi mereka tak periksa. Jadi kerana mereka tak periksa itulah yang menyebabkan Allah murka kepada mereka. Maka, itulah yang kita buat dengan ilmu hadis. Kita kena pastikan bahawa hadis itu memang benar kata-kata Nabi. Sebab banyak orang boleh reka dan kata itu adalah kata-kata Nabi.
  • Perkataan ‘Syaitan’ itu diambil dari perkataan ‘shathona’ yang bermakna ‘jauh’. Tabiat syaitan itu sangat jauh dari tabiat manusia dan kerana kefasikannya, dia sangat jauh dari segala macam kebaikan.
  • Ada ulama yang bukan ulama sunnah kata ayat ‘fazkuruuni’ dalam Quran itu sebagai dalil menunjukkan boleh zikir ramai-ramai. Jadi kalau begitu ayat ‘fa’tu harsakum anna syi’tum’ boleh mendatangi isteri ramai-ramai. Itulah masalahnya kalau mentafsirkan ayat Quran tidak mengikut apa yang difahami oleh golongan salaf. Kalau tafsir sendiri akan jadi masalah. Maksud ayat yang Allah suruh zikir itu adalah Allah memberitahu kepada ‘orang ramai’ supaya semuanya berzikir kepadaNya. Tapi tidaklah maksudnya supaya dibuat beramai-ramai dalam satu masa.
  • Yang berperang menentang abrahah bukan sebab agama tapi sebab perkauman. Dia marah apabila dengar yang Abrahah nak buat temple untuk melawan Kaabah. Jadi dia telah pergi ke sana dan kencing dalam temple itu.
  • Latt adalah nama ilah bagi perempuan.

Ibnu sina dan Nasaruddin al Tusi ialah Syiah batinniyah
Ibnu sina buat buku al isyarat – cerita pasal falsafah kufur
Imam Ghazali juga diragui pendapat2 nya (tidak ingat kenapa – kena periksa balik)

  • Ababil bermaksud berkelompok. bukanlah nama burung itu ‘ababil’. bermakna, burung itu semua datang berkelompok.

Imam Thahawiyah sezaman dengan abul Hasan al ashaari. Mereka hidup pada kurun ketiga Hijrah.
Abu mansur maturidi yang mula syarah kitab thahawiyah. – heran kenapa pula. bukankah amat berbeza sekali pengajaran tauhid mereka.
Thahawi asalnya ikut mazhab Syafie. Kemudian alih ke Hanafi.
Zuhud itu utamakan akhirat. Bukanlah tinggalkan semua sekali kenikmatan dunia.

Khalifah ma’mun, anak Harun al-Rashid yang mula suruh terjemah buku falsafah yunan. Maka bermula faham muktazilah. Apabila banyak pendapat falfasah telah masuk dalam fikiran orang Islam, mereka sudah kurang merujuk kepada dalil naqli. Mereka mula mencari-cari makna sesuatu perkara. Maka mereka sudah mula mentakwil.

Makna Rabb:
Sayyid: Allah tuan terhadap alam ini.
Maalik: Allah pemilik alam ini.
Raaziq: pemberi rezeki. Dia cipta dan Dia servis alam ini.
Mudabbir: Dialah yang mengurus alam ini. Dari hujan di mana dan sebagainya.
Khaaliq: Allah yang mencipta. Tidak didahului oleh benda yang dah dicipta.

Kita tidak boleh soal perbuatan Allah. Itu semua kehendak Allah. Tidak boleh komen.

Ahl qiblah. Orang Syiah boleh dikatakan ahl qiblah kerana solat sama kiblat dengan kita sahaja. Setakat itulah sahaja mereka sama dengan kita.

Khawarij berpendapat bahawa jikalau khalifah menyeleweng mereka boleh dijatuhkan, malah dibunuh. Maka itu telah membuka ruang kepada Uthman dibunuh.

Solat daaimun adalah bermaksud ‘jaga solat’. Sentiasa ingat jaga solat apabila sampai waktunya. Bukan sentiasa dalam solat. Yang kata sentiasa dalam solat itu adalah ajaran tarekat sesat. Yang kata solat sampai yakin itu maksudnya sampai mati. Yakin itu adalah mati. Ini sampai ada yang kata mereka telah yakin jadi mereka tidak perlu solat lagi sebab mereka telah yakin. Itulah sebabnya, baca Quran kena tafsir dengan fahaman yang sebenar. Kalau tafsir sendiri, akan jadi lain.

Kalau amalkan doa untuk kegunaan dunia, mestilah niat utama hendak mendapatkan redha Allah. Macam doa keselamatan pagi dan petang. Memang harapan kita adalah untuk keselamatan kita. Tapi kenalah lebihkan niat kita untuk mengharap redha Allah.

Jangan kata solat sebab takut rezeki Allah tak bagi. Itu beramal dengan amalan akhirat untuk tujuan dunia. Kalau dua-dua ada ganjaran, jangan kita lebihkan untuk dunia.

Sesiapa yang hendakkan dunia, Allah akan beri. Tapi kemudian tidak ada bahagian bagi dunia. Contohnya nak kebal. Nak dapat nama haji. Amalkan ayat Quran untuk kaya. Ada ayat Quran yang mengatakan ini.

Kalau tidak jelas manhaj ilmu, seperti mengutip kayu di malam hari. Mungkin tersilap ambil sebab tak nampak.

Malaikat yang sentiasa bersama kita bukan bernama raqib dan atid. Makna raqib dan Atid adalah ‘Memerhati’ dan ‘diligent’.

Khauf dan raja’ mana yang perlu dihadapankan? Kalau dalam nikmat, lebihkan khauf. Kalau dalam susah, lebihkan raja’.

Elok kalau muda tak kaya sebab semangat tengah ada. Duit dan masa ada pula.

Bab fekah adalah luas. Kalau kita nak pakai pendapat yang lain daripada mazhab kita, cuma ingat bahawa ada pendapat yang mengatakan boleh. Tidak perlu nak kena tahu siapakah yang ada pendapat itu.

Kisah lelaki 9 akal 1 nafsu adalah tidak benar.

Hadis Nabi menyapu muka lepas solat adalah dhaif jiddan – amat lemah. Tidak boleh anggap Nabi buat dan ada kelebihan dengan buat. Jangan buatlah kalau nak dipendekkan cerita.

Hadis mudraj adalah kata-kata sahabat sahaja. Ianya adalah huraian sahabat kepada kata-kata Nabi. Boleh terkeliru apabila orang kata ianya adalah hadis Nabi. Contohnya adalah kata Jabir yang mengatakan kita balik dari jihad yang kecil kepada jihad yang besar. Kadang-kadang kata itu benar, tapi ianya bukan kata Nabi. Sahabat kalau cakap pun mengambil dari fahaman mereka dari Nabi. Macam hadis ini, samada dhaif atau ada yang kata ianya adalah palsu. Takut kalau pegang sangat, sampai tak mahu nak berperang.

Nabi bersabda: Lain sabarti, walakil jannah. Nabi kata kepada perempuan yang diganggu jin.

Nabi mengambil peluang semasa musim haji di Mekah untuk berdakwah. Baginda pergi dari khemah ke khemah untuk bercakap dengan mereka yang datang. Baginda akan diikuti oleh musyirikin Mekah yang menidakkan apa yang Nabi ajar.

Tahaaddu tahaabbu. Berilah hadiah maka kamu akan berkasih sayang.

Yathrib maknanya demam. Cuaca di kawasan itu lain. Dulunya, apabila orang Mekah masuk Madinah, mereka selalunya akan demam. Maka Nabi suruh tukar nama.

Kita tak boleh nak kata seseorang itu ahli neraka. Ada kisah sebelum zaman Nabi mengatakan adiknya ahli neraka. Siap bersumpah lagi. Akhirnya, apabila dia mati, dia yang masuk neraka. Yang penting adalah apakah yang dilakukan di hujung hayat kita. Maka, janganlah kita nak kata orang lain ahli neraka pula.

Jangan kata mulut masin. Syirik. Sebab macam kita kata kata-kata orang itu jadi benar pula. Selalu sangat orang kita cakap macam ini.

Qisas dah ada sebelum zaman Islam. Tapi tidak adil cara penggunaannya. Pertama, mereka akan bunuh seluruh kabilah walaupun yang membunuh itu adalah seorang sahaja dari ahli kabilah itu. Kedua, kalau orang besar, tak boleh bunuh orang besar itu atau anak dia dan diganti bunuh orang lain pula dari dalam kabilah itu. Ini langsung tidak adil. Ketiga, ada yang selamat kerana datang dari kabilah yang kuat. Orang dari kabilah yang lebih kecil tidak berani untuk ambil tindakan ke atas orang dari kabilah yang besar. Jadi, Islam datang dengan membersihkan hukum Qisas itu.
Qisas adalah adil kerana memenuhi keinginan manusia hendak membalas. Katakanlah anak sendiri yang kena bunuh, tentulah dia nak juga bunuh anak orang lain.
Ada khilaf tentang cara bunuh dalam Qisas. Ada kata kena guna cara yang sama. Kalau bunuh dengan pedang, maka balas bunuh dengan pedang juga. Waris sendiri yang buat. Baru dia akan puas hati. Kalau tak boleh sebab tak mampu atau tak sampai hati, boleh bagi tugas bunuh itu kepada orang lain. Tapi ada yang berpendapat, apa sahaja sebab kematian, hukuman bunuh balas adalah satu jenis sahaja iaitu pancung. Kerana ia adalah cara bunuh yang cepat dan paling belas kasihan. Itu adalah ehsan dalam Islam. Itu di Arab Saudi. Kalau di Yaman, hukum tembak. Pesalah ditelungkupkan supaya tak nampak senjata. Sebelum itu akan diajar mengucap. Orangramai kena tengok supaya menjadi pengajaran. Bukan macam negara kita, kalau hukum gantung itu, dia seorang sahaja, tiada sesiapa yang boleh melihat.

Diyat adalah denda ganti qisas. Berganding dengan qisas. Diyat mati bunuh 100 ekor unta. 30 ekor unta 3 tahun nak masuk 4 tahun. 30 ekor lagi 4 tahun nak masuk 5 tahun. 40 ekor bunting. Zaman khalifah dah ditukar kepada wang. Harga unta dalam 1,500 dollar sekarang. Dalam tujuh ribu. Tujuh ratus ribu. Lebih kurang. Jumhur ulama kata kena bayar sekaligus. Kalau bunuh tak sengaja, keluarga boleh tolong bayar.
Di Malaysia sekarang tidak diamalkan hudud dan juga qisas. Hasilnya manusia tak tak takut nak buat salah. Dan apabila qisas tidak dijalankan, mangsa tidak puas hati.

Takzir pula adalah selain dari hudud dan qisas dan diyat. Kerajaan boleh buat undang-undang untuk kemaslahatan masyarakat.
Antara yang wajib dibuat adalah memalukan pelaku maksiat. Itu adalah supaya mereka tidak mahu nak buat lagi dan orang lain pun tak mahu buat. Tapi sebab masyarakat kita tak tahu tentang hukum Islam, mereka marah kalau ada nama pembuat maksiat dimasukkan nama dalam suratkhabar atau media lain. Mereka kata, kenapa pula nak malukan orang itu lagi. Padahal itulah yang kena buat. Yang tak boleh buat adalah kalau kita tak bawa ke muka pengadilan tapi kita malukan dia dengan cerita kat orang lain. Padahal kita dah maafkan dia. Kalau kita maafkan, kita dah tak boleh nak cerita kat orang lain. Dan kalau kita nak malukan, kena bawa ke muka pengadilan supaya telah pasti bahawa memang dia telah melakukan kesalahan.

Tidak ada tarikh isra’ mi’raj yang tepat. Sampai ada enam pendapat tapi ulama tak tarjih.

Kata Umar, bisanya pedang itu adalah kerana tangan yang memegangnya. Bermakna, yang menentukan berkesan atau tidak adalah orang, bukan alat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s