We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 66 & 67 Bab Menyapu Masjid Dan Memungut Cebisan (Kain dsb), Sampah Dan Ranting-Ranting Kayu (Untuk Dikeluarkan Dari Masjid) July 2, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 10:09 am

بَاب كَنْسِ الْمَسْجِدِ وَالْتِقَاطِ الْخِرَقِ وَالْقَذَى وَالْعِيدَانِ

Bab 45 Menyapu Masjid Dan Memungut Cebisan (Kain dsb), Sampah Dan Ranting-Ranting Kayu (Untuk Dikeluarkan Dari Masjid)

Imam Bukhari hendak menceritakan apakah yang molek dibuat didalam masjid. Sebelum ini dia menceritakan tentang apa yang boleh dibuat. Sekarang, dia membawa tajuk tentang membersihkan masjid. Begitu banyak pahala kepada mereka yang membersihkan masjid. Kalau kita upaya atau tidak ada masa untuk membersihkan masjid, maka kita boleh juga beri barang pembersihan kepada masjid. Contohnya, kita belikan vacuum cleaner atau kita belikan bahan pencuci dan penyapu atau sebagainya.

Nabi suka apa yang perempuan itu buat. Sebab itu Nabi perasan apabila dia tiada. Walaupun mungkin dia seorang hamba. Serupa sahaja kepada Nabi samada hamba atau orang kaya. Kita kata ada kelebihan sampai Nabi perasan perempuan itu. Dan baginda solatkan juga jenazah dia walaupun telah ditanam.

Masjid juga tempat berhimpun malaikat, oleh itu kita kena pastikan masjid dalam keadaan bersih. Kerana malaikat sensitif dengan kekotoran dan bau yang busuk. Islam menganjur untuk menjaga kebersihan. Dan masjid adalah tempat mulia. Malaikat pun suka kebersihan.

Ada pula athar yang mengatakan anak batu merayu dengan bersungguh-sungguh tak mahu dikeluarkan dari masjid. Jadi nampak macam tak boleh nak keluarkan sampah pula dari masjid. Jadi macam mana nak selaraskan? Imam Bukhari nak tolak athar itu. Kena pakai yang paling baik sekali iaitu hadis Nabi. Kedudukan tak sama. Tambahan pula ia tidak kena mengena dengan membuang sampah. Ianya pun hanya berkait dengan anak batu. Itu pun kalau batu itu ada guna dalam masjid itu. Sampah lain tidak disebut. Padahal dalam masjid itu ada macam-macam jenis bahan yang boleh dibuang. Kalau nak simpan anak batu itu pun jikalau ada sebab yang baik untuk disimpan.

Hadis cakap pasal menyapu sahaja. Tapi Imam Bukhari letakkan dalam tajuk memungut sampah dan sebagainya. Dari mana Imam Bukhari ambil? Dia nak beritahu menjaga kebersihan itu bukan sahaja dengan menyapu. Dia memakai qiyas dalam hal ini. Kalau menyapu boleh, dengan cara lain pun boleh.
Dan memang ada dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa perempuan itu ada juga mengutip sampah. Cuma tidak dimasukkan hadis itu ke dalam kitabnya kerana tidak menepati syaratnya yang tinggi. Bukanlah tidak bermaksud ianya tidak sahih.

438 حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلا أَسْوَدَ أَوِ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

438. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Rafi’ dari Abu Hurairah, “Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang selalu menyapu Masjid. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya tentang orang tersebut (selepas kematiannya). Para sahabat pun menjawab, “Dia telah mati!” Beliaupun bersabda: “Kenapa kalian tidak memberi tahu kepadaku tentang kematiannya? Tunjukkanlah kuburannya padaku!” Apabila pergi ke kuburnya, Nabi menyembahyangkannya.”

Syak perawi samada lelaki atau perempuan hitam. Pendapat yang kuat adalah mengatakan ianya adalah seorang perempuan. Kerana ada dalam riwayat lain yang mengatakan ianya adalah perempuan. Dan dikatakan nama beliau adalah Ummu Mihjan.

Hadis ini juga menunjukkan boleh solat jenazah di kubur. Walaupun begitu, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tak terima. Mereka mengatakan perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi sahaja. Walaupun begitu, Imam Bukhari dan Imam Syafie terima keharusan mengerjakan solat jenazah di kuburan kalau tidak sempat menyolatkan jenazah di rumah. Ini adalah kerana solat jenazah tak sama dengan solat biasa. Ia tiada rukuk dan sujud yang boleh dikatakan kita menyembah kubur itu pula. Yang banyak dalam solat jenazah adalah doa sahaja.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Kelebihan membersihkan masjid. Orang yang melakukan perkara demikian adalah mulia sampai Nabi perasan.
  2. Nabi dan sahabat amat menjaga kebersihan masjid.
  3. Keelokan berkhidmat di masjid untuk orangramai. Semua kita boleh buat. Untuk bagi manusia selesa dalam menjalankan ibadat mereka. Buat apa yang boleh. Bukan setakat membuang sampah sahaja. Macam-macam perkara boleh difikirkan.
  4. Bertanya khabar siapa yang tiada adalah Sunnah. Jadi elok kalau kita bertanyakan kepada orang lain tentang sesiapa yang tidak ada di sesuatu majlis. Menunjukkan kita ambil berat tentang mereka.
  5. Kita dianjukan untuk balas baik jasa orang yang berkhidmat dengan mendoakan mereka.
  6. Mendorong hadiri jenazah orang baik untuk solat jenazah mereka.
  7. Harus untuk solat jenazah selepas mayat dikebumikan. Tapi hanya sekali sahaja. Tak boleh nak buat banyak kali. Ini adalah masalah khilaf. Ada yang mengharuskan dan ada yang tidak membenarkan. Yang moleknya memang solat sebelum kebumi. Ada yang tidak mengharuskan selepas disembahyangkan. Maka, janganlah kita sengaja nak solat di kubur sebab tidak ada kelebihan lebih kalau solat di kubur. Kita hanya boleh buat kalau kita tidak sempat nak solat jenazah itu di rumah. Yang kata boleh pun, mereka khilaf sampai bila. Ada yang kata sampai sebulan sahaja. Ada yang kata selagi mayat tak reput. Ada yang kata boleh dilakukan selama-lamanya.
  8. Kalau syak tentang hadis, kena cakap. Ini adalah adab dalam ilmu. Macam dalam hadis ini, perawi syak samada yang membersihkan masjid itu adalah lelaki atau perempuan.
  9. Solat jenazah yang dilakukan di kubur adalah sama macam kalau mayat itu hadhir di depan kita.
 

2 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 66 & 67 Bab Menyapu Masjid Dan Memungut Cebisan (Kain dsb), Sampah Dan Ranting-Ranting Kayu (Untuk Dikeluarkan Dari Masjid)”

  1. abu adib Says:

    jazakallah dan mohon share


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s