We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Konsep Nur Muhammad. June 11, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:01 am

Perkara tentang Nur Muhammad ini banyak ditulis oleh Maulana Asri di sini

Ini pula adalah kuliah Ustaz Halim Hassan:

Ini adalah perkara aqidah atau kepercayaan. Hal-hal aqidah kena ambil dari Quran, hadis atau jimak ulama. Tapi kepercayaan Nur Muhammad ini diambil bukan dari tiga tiga sumber ilmu ini. Kalau ada ayat Quran yang dijadikan sebagai dalil, itu adalah penyelewangan faham kerana ayat ayat itu bukan menceritakan tentang Nur Muhammad.

Ini penting kerana kalau salah faham, maka kita terjerumus ke dalam ruang syirik. Ramai yang mengamalkan zikir ‘hasbi Rabbi jallallah, Ma fi qalbi ghairullah, Nur Muhammad sollallah’. Itu adalah zikir syirik.

Inilah dia zikir syirik itu. Berhentilah dari mengalunkannya

Ada sumber yang diambil dari buku Syeikh Abdul Qadir Jilani berkenaan Nur Muhammad. Tapi itu adalah sebelum dia menemui jalan sunnah. Maka dia telah meninggalkan ajaran itu. Tapi ada lagi yang pakai.

Secara ringkasnya, Nur Muhammad dikatakan adalah asal segala kejadian. Pada mula, hanya Allah sahaja yang ada. Kemudian Allah telah menjadikan Nur Muhammad. Dan dari Nur itulah dijadikan segala-galanya. Pemahaman ini bukan datang dari sumber Quran, Hadis yang sahih atau ijma’ ulama. Ianya berlawanan dengan apa yang disebut dalam Quran. Yang mereka pakai adalah hadis yang palsu. Yang pegang dengan kukuh pemahaman syirik ini adalah selalunya golongan sufi, terutama sekali Tarekat Qadiriah. Golongan sufi memang tidak mengendahkan dari mana datang sesuatu hadis itu, mereka akan tangkap muat sahaja.

Ajaran Nur Muhammad itu menjadi syirik kerana ada percampuran antara Nur Allah dan Nur Muhammad. Dan masuklah kisah-kisah yang mengarut sekali. Yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Ini kalau kita cerita kat manusia yang percaya pasal Nur Muhammad ini, mereka akan marah. Tapi saya percaya kalau mereka nak jelaskan kepada kita pun tidak boleh.

Mereka kata segala yang dijadikan adalah dari Nur Muhammad. Tapi dalam Quran surah yaasin, Allah telah berfirman bahawa apabila Dia hendak menjadikan sesuatu, Dia akan berkata kun, fayakun – jadi, maka jadilah.

Selepas dijadikan Nur Muhammad itu, dia telah malu dan menitik peluhnya sebanyak enam titik. Titik pertama terjadinya Abu Bakr. Maka Abu Bakr bukannya terjadi dari Adam, tapi dari peluh Nur Muhammad kalaulah ikut kisah dongeng ini. Peluh kedua, terjadinya Umar, ketiga Uthman dan keempat, Ali. Kelima terjadinya bunga mawar. Itulah sebabnya orang tarekat suka bunga mawar. Dan keenam, terjadinya padi. Hehe.

Kemudian lama selepas itu dia berpeluh lagi dan jadilah macam-macam lagi. Peluh dari hidungnya terjadilah para malaikat. Itu semua adalah mengarut sahaja. Menjadikan orang yang membaca berangan-angan entah ke mana.

Hadis yang dibentangkan oleh mereka yang memegang pegangan adanya Nur Muhammad ini telah dikaji oleh ulama hadis dan mereka mendapatinya adalah hadis yang palsu.

Apakah bidaah yang mereka lakukan hasil dari pemahaman mereka?

Allahu a’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s