We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 53 & 54 Bab Pembinaan Masjid June 9, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 3:06 pm
Tags: , ,

بَاب بُنْيَانِ الْمَسْجِدِ وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ كَانَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ وَأَمَرَ عُمَرُ بِبِنَاءِ الْمَسْجِدِ وَقَالَ أَكِنَّ النَّاسَ مِنَ الْمَطَرِ وَإِيَّاكَ أَنْ تُحَمِّرَ أَوْ تُصَفِّرَ فَتَفْتِنَ النَّاسَ وَقَالَ أَنَسٌ يَتَبَاهَوْنَ بِهَا ثُمَّ لا يَعْمُرُونَهَا إِلا قَلِيلا وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَتُزَخْرِفُنَّهَا كَمَا زَخْرَفَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى

Bab 35 Pembinaan Masjid. Abu Sa`Id Berkata: “Bumbung Masjid (Nabi s.a.w.) Daripada Pelepah Tamar. Dan `Umar Memerintahkan Supaya Dibina Masjid Dan Beliau Berkata: Aku Mahu Melindungi Orang Dari Hujan, Tetapi Jangan Kamu Merahkan Ataupun Kuningkannya Sehingga Terpesona Pula Orang Dengannya. Anas Berkata: Mereka Akan Berbangga-Bangga Pula Dengan Masjid Itu Kemudian Mereka Tidak Akan Memakmurkannya Kecuali Sedikit. Ibnu Abbas Berkata: “Kamu Benar-Benar Akan Menghiasi Masjid Seperti Orang-Orang Yahudi Dan Nasara Menghiasi (Gereja Mereka).”

Perkataan Abu Sa’id itu adalah tentang Masjid Nabi.
Masjid manakah yang dimaksudkan oleh Umar apabila dia kata jangan cat masjid itu sampai orang terpesona? Pun dikatakan ianya adalah berkenaan Masjid Nabi. Atau boleh juga dikatakan dia bermaksud untuk masjid lain. Sebab Umar bukan buat masjid Nabi sahaja.
Tapi kata-kata Anas adalah tentang masjid lain. Bukan masjid Nabi. Sebab dalam bahasa yang digunakan adalah merujuk kepada masjid yang jamak(banyak). Dia menggunakan perkataan biha. Kalau hanya Masjid Nabi sahaja yang dimaksudkan, dia mesti kena menggunakan perkataan bihi. Ini kita boleh tahu kalau kita tahu nahu bahawa Arab.
Ibn Abbas pun bukan berkata tentang Masjid Nabi sebab dhomir yang digunakan merujuk kepada masjid yang banyak.
Jadi tajuk yang dipakai oleh Imam Bukhari ini tidak sesuai dikaitkan dengan Masjid Nabi sahaja walaupun ada ulama mengatakan ianya berkenaan masjid Nabi dan ianya hendak menceritakan tentang fasa pembinaan masjid Nabi.

Prophets Mosque During Ottoman Era, 19th Century

Pembinaan masjid hendaklah dalam bersederhana dan tidak melampau. Pengisian dalaman lah yang dipentingkan. Macam Umar, pada  zamannya dah mampu sangat untuk membina masjid yang lebih besar dan cantik, tapi tidak beliau berlebihan dalam pembinaan masjid. Zaman Abu Bakr memang tak ubah apa-apa. Saidina Umar, walaupun dia ada buat pembinaan, tapi mengunakan bahan yang sama dengan bahan yang digunakan pada zaman Nabi. Cuma diganti mana yang sudah buruk dan rosak. Begitu juga pada zaman Saidina Uthman, walaupun kerajaan Islam waktu itu sudah amat luas, tapi pembinaan Masjid Nabi itu tidak segah kekayaan Islam kalau dibandingkan. Itulah yang menyebabkan Ibn Battal mengatakan tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah untuk menceritakan anjuran kesederhanaan dalam pembinaan masjid. Jangan sampai menyebabkan orang terpesona sampai tidak khusyuk. Dan jangan bina yang cantik dan mewah untuk membanggakan diri.

File:Burton Nabi.gif

Masjid Nabi sekitar tahun 1850

Salah satu pengajaran yang kita boleh dapat adalah kepentingan membina masjid dalam Islam. Jangan tinggalkan pembinaan masjid di tempat orang Islam bermastautin. Begitupun, hendaklah mengosongkan masjid dari perhiasan yang mewah sampai mempesonakan orang yang sedang bersembahyang. Ditakuti semasa sembahyang, sibuk melihat-lihat ukiran dalam masjid pula.
Kenalah memasang niat yang baik, semasa membina masjid. Kalau kita beri duit pun kena niat yang molek. Itulah kepentingan niat dalam melakukan amalan kita. Bukan besar dan cantik yang hendak dicari dalam Islam. Tapi tidaklah salah kalau bina masjid dengan cantik untuk jaga kehormatan masjid. Jangan terhina keadaan masjid kalau dibandingkan dengan rumah manusia yang yang berdekatan yang lagi molek. Islam itu tak boleh terhina. Tapi tidaklah beza dari segi pahala walau cantik. Jangan ingat kalau kita solat di tempat yang cantik akan menyebabkan pahala kita bertambah. Itu adalah pemahaman yang salah sekali.
Dan boleh kalau kita bina masjid yang besar untuk keperluan masyarakat. Bila ramai orang datang maka akan lebih selesa kalau masjid besar. Begitulah yang dilakukan oleh Nabi selepas bilangan orang Islam semakin bertambah dan masjid tidak dapat menampung mereka.
Amat besar pahala membantu bina masjid. Nabi pernah bersabda tentang kelebihan membina masjid walau sebesar sarang burung.

Umar tidak mahu cat masjid mungkin kerana dia tidak mahu bermewah. Mungkin dia faham dari perbuatan Nabi yang memulangkan kain selimut yang diberikan Abu Jahm. Sebab selimut itu mempunyai corak yang telah mempersonakan baginda. Kalau ditubuh pun boleh menyebabkan kurang khusyuk, tambah pula kalau corak atau warna yang mengasyikkan ada pada masjid. Tapi itu dulu lah. Sebab mungkin masa dulu, tak biasa mereka melihat cat. Tapi kalau zaman sekarang, manusia sudah biasa sangat tengok cat sampai mereka tak kisah langsung dah.

Anas cakap: Mereka Akan Berbangga-Bangga Pula Dengan Masjid Itu Kemudian Mereka Tidak Akan Memakmurkannya Kecuali Sedikit, merujuk kepada jenis orang yang buat masjid yang besar dan cantik tapi tak buat ibadat mana pun. Hadis ini diwasalkan kepada Nabi tapi kerana tidak sahih, maka Imam Bukhari tidak memasukkan ke dalam sanadnya yang sahih. Orang Islam sekarang pun memang sudah ada yang berbangga dengan masjid tapi tidak memakmurkan.

Ibn Abbas kata: “Kamu Benar-Benar Akan Menghiasi Masjid Seperti Orang-Orang Yahudi Dan Nasara Menghiasi (Gereja Mereka).” Memang terjadi dah. Walaupun tidak diberikan sanad, tapi tentulah apa yang dia cakap itu mesti dia dapat dari Nabi juga. Ini dinamakan hadis yang Mauquf – iaitu sanadnya berhenti kepada sahabat sahaja. Nabi larang membina masjid dengan maksud bermegah. Walaupun hadis itu tidak sahih tapi kerana banyak hadis yang lebih kurang sama bunyinya, maka ianya menguatkan satu sama lain. Dan kerana memang telah kenyataan terjadi, maka menguatkan juga. Maka janganlah kita suka nak buat lebih-lebih dengan masjid. Yang penting adalah ibadat yang ikhlas.

 

427 حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعٌ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمَسْجِدَ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَبْنِيًّا بِاللَّبِنِ وَسَقْفُهُ الْجَرِيدُ وَعُمُدُهُ خَشَبُ النَّخْلِ فَلَمْ يَزِدْ فِيهِ أَبُو بَكْرٍ شَيْئًا وَزَادَ فِيهِ عُمَرُ وَبَنَاهُ عَلَى بُنْيَانِهِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِ وَأَعَادَ عُمُدَهُ خَشَبًا ثُمَّ غَيَّرَهُ عُثْمَانُ فَزَادَ فِيهِ زِيَادَةً كَثِيرَةً وَبَنَى جِدَارَهُ بِالْحِجَارَةِ الْمَنْقُوشَةِ وَالْقَصَّةِ وَجَعَلَ عُمُدَهُ مِنْ حِجَارَةٍ مَنْقُوشَةٍ وَسَقَفَهُ بِالسَّاجِ

427. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Shalih bin Kaisan berkata, telah menceritakan kepada kami Nafi’ bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, bahwa masjid ini (Masjid Nabi) pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dibangun dengan batu bata mentah. Atapnya dari pelepah tamar sedangkan tiang-tiangnya dari kayu pohon kurma. Abu Bakar tidak menambahkan apa-apa, tetapi Umar bin Al Khaththab telah menambah. Beliau membinanya mengikut seperti di zaman Rasulullah juga dengan batu bata dan pelepah tamar. Kemudian Utsman mengubah masjid itu dengan membuat banyak sekali penambahan, dinding masjid dibinanya dari batu-batu yang diukir dan bercat. Tiang-tiangnya juga dari batu berukir dan atapnya dari kayu jati.”

Inilah serba sedikit sejarah pembinaan Masjid Nabi: Dalam hadis ini, mulanya dikatakan Saidina Umar menambah tapi kemudian dikatakan Umar buat sama macam binaan Nabi sahaja. Sebenarnya yang ditambah Umar adalah diluaskan sedikit di bahagian kiblat sekadar dua saf. Itu telah berlaku pada tahun 17H. Bahagian lain tetap kekal. Dan perubahan itu melibatkan penukaran bahan lama yang rosak dengan diganti dengan bahan baru. Batu bata pun masih juga dengan batu bata mentah – yang tidak dibakar. Panjang asal Masjid Nabi itu adalah seratus hasta. Ada kata lebar pun sama juga dan ada yang kata kurang sedikit. Besar juga. Tapaknya diangkat setinggi tiga hasta. Tinggi bumbung tujuh hasta. Yang kata tingginya sampai tangan boleh capai, itu tidak benar. Bahagian kiblat lebih beratap tapi ada bahagian yang tidak beratap. Sebab cuaca panas. Oleh itu kena ada ruang terbuka. Selepas keperluan orang Islam bertambah selepas Perang Khaibar, Nabi telah menambah keluasan masjid. Maka kita tahu, Nabi pun ada tambah pembinaan Masjid Nabi. Waktu itu melibatkan penambahan sepuluh hasta sebelah timur dan 20 hasta sebelah barat – satu tiang sebelah timur dan dua tiang sebelah barat. Itu telah berlaku pada tahun 7H. Uthman tambah dan tukar bahan pembinaan Masjid itu pada tahun 29H. Di setiap arah ada penambahan. Dari zaman ke zaman selepas itu, telah berlaku banyak sekali penambahan yang telah dibuat kepada Masjid Nabi itu. Sehinggalah ke hari ini, ianya telah menjadi masjid yang terbesar di dunia.

Mengimbau kenangan kepada mereka yang telah sampai

Masjid Nabi pernah terbakar.
Nabi pernah bersabda bahawa pahalanya solat di Masjid Nabi adalah seribu ganda kalau solat di tempat lain.

Ada juga yang kata itu bukan masjid Nabi sebab dah banyak penambahan. Tapi yang kuatnya adalah masih lagi dapat pahala sebanyak itu. Kelebihannya tidak berkurang. Kerana semasa zaman Nabi pun dah ada penambahan. Dan lihatlah perbuatan para sahabat. Mereka hanya berebut untuk mendapatkan saf pertama. Tidaklah mereka nak masuk juga dalam bahagian asal masjid Nabi. Dan ada hadis-hadis yang mengatakan kalau besar mana pun masjid itu, ianya akan dikira sebagai Masjid Nabi juga.

Pengajaran yang boleh didapati dari hadis ini:

  1. Masjid semasa hidup Nabi adalah sederhana sahaja. Yang penting adalah taqwa.
  2. Yang paling penting dalam pembinaan masjid adalah niat yang baik dan lihat kepada keperluan. Bukan kecil atau besar masjid itu. Tidak boleh kita niat buat masjid sebab nak dapat nama. Walaupun memang boleh diletakkan nama pembina pada masjid itu.
  3. Tidak salah buat masjid yang besar kalau perlu dan untuk menjaga kehormatannya. Macam apa dibuat para sahabat. Apabila umat telah banyak, maka mereka telah membina masjid yang lebih besar. Menjaga kehormatan masjid bermakna jangan masjid nampak kurang dari rumah-rumah di sekelilingnya.
  4. Haram kalau bina masjid yang hebat untuk megah dan tujuan duniawi. Walaupun seseorang itu membuat benda yang nampak pada zahirnya baik, tapi kalau dengan niat yang salah, boleh dapat dosa pula.
  5. Bahagian tambahan itu sama pahala dengan masjid zaman Nabi kalau solat disitu.
  6. Mencantikkan dan hiasi masjid dengan perhiasan yang munasabah hukumnya harus. Jika untuk menjaga kehormatan. Sebab ada kemungkinan rumah-rumah sekeliling lebih hebat. Dan pembinaan itu tidak guna wang baitulmal. Itu untuk digunakan untuk kepentingan rakyat. Kena pakai wang wakaf.
  7. Hukumnya harus kalau bina masjid guna bahan import walau bahan itu datang negara kafir. Saidina Uthman telah bina Masjid Nabi dari kayu jati yang kita tahu ianya datang samada dari India atau Afrika waktu itu. Dan dua negara itu bukan negara Islamw waktu itu.
  8. Orang Islam kena pandai sesuaikan diri dengan zaman semasa.

Bahagian Raudhah dalam Masjid Nabi memang ada kelebihan. Ini kita dari hadis Nabi. Luasnya adalah dari rumahnya iaitu rumah Aisyah waktu itu, sampai ke mimbar, dan Nabi kata ianya adalah sebahagian dari taman syurga. Nabi tahu baginda akan mati di rumah Aisyah.

 

Maklumat tambahan:

Mustadrak adalah kitab yang meletakkan hadis-hadis yang menepati syarat Bukhari dan Muslim, tapi tidak dimasukkan mereka dalam kitab sahih mereka. Yang terkenal adalah Mustadrak Hakim. Menggunakan perawi-perawi yang sama dalam kitab Bukhari dan Muslim. Menunjukkan banyak lagi hadis yang mempunyai tahap sahih yang tinggi. Bukan hanya apa yang ada dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sahaja. Mereka pun tidak kata yang sahih hanya ada dalam kitab mereka sahaja. Tapi tahap kitab Mustadrak tidak sama. Tidak serupa kalau dibandingkan dengan dua kitab sahih itu. Ada banyak sebab yang kita kaji tidak sama. Jadi tidak boleh kita terus anggap yang kitab Mustadrak terus sama tinggi dengan kitab Bukhari dan Muslim.

Mustakhraj pula adalah hadis-hadis yang sama dalam kitab lain macam kitab Bukhari, tapi dibawakan sanad yang lain. Menunjukkan banyak lagi jalur untuk hadis itu.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s