We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 52 Bab Berhadats Di Dalam Masjid…(dan seterusnya) June 6, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:50 am
Tags: , , , ,

بَاب الْحَدَثِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 34 Berhadas Dalam Masjid

Ada beberapa jenis hadas. Kena lihat apakah yang diterima sebagai hadas. Kerana ada beberapa pendapat tentang hadas ini. Pertamanya, ada hadis riwayat Abu Hurairah yang mengatakan bahawa kentut itu adalah hadas. Kalau kentut pun sudah dikira hadas, maka kalau lagi berat, seperti kencing dan berak, tentulah lagi dikira berhadas. Ini ada dalam hadis 170. Jadi, kalau dalam keadaan berhadas, seseorang tidak mendapat doa dari malaikat seperti yang disebutkan dalam hadis di bawah.

Tetapi adalah boleh duduk masjid kalau kita berhadas? Ulama jumhur mengatakan kalau hadas kecil, boleh duduk dalam masjid. Tapi ada yang mengatakan tidak boleh kalau berhadas besar. Pendapat ini dipegang oleh ulama seperti Imam Shafie dan Imam Hanafi. Sampaikan kalau mengikut pendapat Imam Hanafi, kalau semasa dalam masjid, dia terkena hadas besar, kena tayamum dulu sebelum keluar. Tapi kepada Imam Bukhari, tidak perlu keluar. Kalau berhadas, termasuk kalau berhadas besar sekalipun, boleh duduk dalam masjid. Kalau tidur pun boleh juga. Contohnya, kalau dia iktikaf dalam masjid, dan tiba-tiba dia ihtilam, tidak perlu terus mandi junub. Boleh juga duduk dalam masjid. Ini kita telah belajar sebelum ini. Cuma tidaklah dapat kelebihan didoakan malaikat seperti dalam hadis dibawah ini.

Adakah kita perlu sentiasa didampingi malaikat? Tidak mampu kalau kita nak buat sentiasa didampingi malaikat. Kita tak mampu nak sentiasa sentiasa berada dalam keadaan bersih. Ada masanya, kita dalam hadas besar. Ada masanya, kita akan masuk dalam tandas juga. Dalam keadaan seperti itu, malaikat akan meninggalkan kita. Iaitu malaikat selain dari malaikat yang sentiasa bersama kita. Macam malaikat yang menulis amalan kita, mereka sentiasa sahaja ada. Jadi tidak menjadi realiti kalau kita perlu sentiasa didampingi malaikat. Buat setakat yang boleh sahaja.

Apa yang Islam hendak ajar adalah jaga kebersihan. Bukan hanya kebersihan luaran, tapi batiniah juga.

Makna hadas yang lain adalah: melakukan perbuatan buruk yang tidak disukai manusia atau malaikat. Itu juga penting difahami. Kalau tidak, seorang yang dalam suci, tapi berniat untuk mencuri dalam masjid, kita ingat mereka juga akan dapat doa dari malaikat lah kalau begitu. Tidak masuk akal kalau begitu. Antara yang tidak elok dilakukan adalah mengganggu orang lain. Antara mengganggu adalah dengan bau badan yang tidak menyenangkan. Atau pun kalau kita mempunyai fikiran jahat masa itu. Atau kalau kita mempunyai niat tak molek. Pendapat ini mengatakan, kalau hadas kecil besar pun boleh juga dapat doa malaikat. Iaitu yang dimaksudkan dengan hadas itu tidak kena mengena dengan hadas yang dalam bentuk najis.

Itulah perbezaan pendapat yang ada antara ulama tentang maksud hadas.

Banyak sekali kelebihan menunggu dalam masjid.

Kenapakah kita perlukan malaikat untuk mendoakan kita? Seperti yang kita tahu, orang yang banyak dosa, dosanya menjadi halangan untuk doanya diterima. Nak cari manusia lain pun untuk mendoakan kita, mereka pun tenta ada dosa juga. Maka, kita amat beruntung kalau kita didoakan oleh para malaikat. Ini adalah satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan rahmat dari Allah.

Tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini, pertamanya adalah untuk menceritakan bahawa kalau berhadas, hadas kecil atau hadas besar, boleh duduk dalam masjid. Tidak berdosa. Ini dibawa kerana ada ulama yang berpendapat, kalau berhadas besar, berdosa kalau duduk dalam masjid. Tapi pendapat Imam Bukhari itu ada dalil yang kuat dan lebih memudahkan kita untuk beragama.

Kedua, makna tersirat adalah kalau berhadas, jangan busuk. Iaitu pada diri kita atau barang yang kita bawa. Kerana bau yang busuk bleh menyakiti manusia dan malaikat. Oleh itu, kena jaga kebersihan. Menjaga kebersihan adalah satu anjuran yang tinggi dalam Islam. Malaikat dapat kesan benda-benda yang busuk. Yang kita pun tak dapat kesan. Jangan kata malaikat, di dunia ini pun kita dah dapat lihat bagaiman beza deria kita dan deria makhluk Allah yang lain. Contohnya, kalau lalat, boleh mengesan benda-benda yang kotor. Dengan binatang pun kita dah kurang dah. Dosa pun malaikat boleh bau keranda deria mereka Allah buat lagi hebat. Kalau kita dalam keadaan dosa pun, malaikat dah tak dekati kita dah.

Bila malaikat mendamping kita, kita akan rasa mudah kerja kita. Ringan badan kita untuk melakukan ibadat. Kalau tak, berat sahaja, nak bangun pun malas. Bayangkan orang dulu menulis dengan banyak. Berjilid-jilid kitab mereka. Bagaimanakah mereka dapat buat begitu? Mungkin dengan bantuan dampingan malaikat dengan mereka kerana melakukan perkara yang mulia dan mereka berada dalam keadaan suci.

426 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الاعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَلائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلاهُ الَّذِي صَلَّى فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

426. . Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abu Az Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Para Malaikat beristighfar dan memohon rahmat untuk seseorang dari kamu selagi ia berada di tempat sembahyangnya dan selagi dia tidak berhadas. Para Malaikat berkata, ‘Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia’.”

Selawat manusia dan malaikat adalah berdoa. Tapi selawat Allah bermaksud mengampunkan.

Makna ‘selawat’ itu bukan khusus untuk Nabi sahaja dalam bahasa asal. Cuma yang selalu digunakan sekarang adalah, apabila kita kata selawat, dari segi adatnya, ianya dikhususkan kepada Nabi.
Nabi doa balik kepada kita apabila kita beri salam kepadanya. Itulah cara nak dapat doa Nabi. Beri salam dalam solat sahaja.
Berdasarkan urf (adat), selawat hanya untuk Nabi. Walaupun ada ulama yang kata boleh selawat kepada selain Nabi secara dasarnya. Tapi elok kita jangan buat kerana ia telah jadi syiar ahli bidaah seperti Syiah. Mereka menggunakan perkataan alaihis salam kepada Ali.

Dalam hadis ini, tak nampak dengan jelas ‘tempat sembahyang’ itu dalam masjid. Tapi memang sebenarnya ia merujuk kepada masjid. Itulah kelebihan masjid dibandingkan dengan tempat lain. Kerana, dengan duduk sahaja dalam masjid, boleh dapat pahala; Dalam hadis, Nabi kata ‘duduk’ kerana itu adalah kebiasaan kalau orang menunggu waktu solat yang seterusnya dalam masjid. Kerana menunggu itu lama sedikit. Tapi bukan kena duduk sahaja. Kalau berdiri pun boleh.

Malaikat manakah yang mendoakan kita seperti yang dimaksudkan dalam hadis diatas? Mungkin malaikat yang dinamakan Malaikat Hafazah. Ini adalah malaikat yang menjaga kita. Dia akan mengikut kita ke mana pun kita pergi.
Atau sayyarah yang mencari orang buat ibadat.
Ataupun malaikat yang khas kerana Nabi kata malaikat ini memohon ampun dan memohon rahmat. Kalau malaikat lain, mereka memohon ampun sahaja. Kita bolehl lihat macam-macam jenis malaikat ada. Ada yang turunkan rezeki, jaga kita, tak terkira banyaknya. Ada yang tugas mereka hanya sujud, ada yang rukuk dan macam-macam lagi perbuatan dalam solat. Banyaknya malaikat itu menunjukkan besarnya kerajaan Allah.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Kelebihan masjid yang tinggi. Itu kita sudah tahu. Kali ini kita dapat tahu bahawa masjid juga adalah tempat tumpuan malaikat. Allah boleh buat malaikat yang khas untuk berada di semua masjid untuk mendoakan pengunjungnya.
  2. Hadas menghalang seseorang mendapat istikharah dan doa malaikat.
  3. Dianjurkan untuk berada dalam keadaan bersih suci apabila berada dalam masjid.
  4. Salah satu cara untuk mendapatkan keampunan adalah dengan tunggu waktu solat dalam masjid. Senang sahaja kalau nak buat. Ini kerana Allah nak beri bantuan kepada kita untuk mendapatkan pahala dan keampunan dariNya.
  5. Pahala menunggu solat sama dengan pahala kalau kita berada dalam solat. Iaitu kena tunggu semasa di masjid. Ini adalah satu perbuatan untuk mengganti pertapaan agama-agama dahulu. Bukankah lagi molek dan mudah untuk dilakukan? Kita berada dalam keadaan bersih. Selesa dan tidak berada dalam keadaan takut. Sebab kalau bertapa tu, berada di tempat yang tidak selamat. Ada yang buat kat gunung, kat kubur dan macam-macam lagi.
  6. Ada beza antara istighfar dan rahmat. Dengan istighfar, Allah tutup dosa kita. Rahmat pula adalah kita meminta belas kasihan Allah.
  7. Percaya kepada malaikat adalah aqidah benar. Ini kerana kita mendapat makluman tentang malaikat dari Quran dan juga hadis seperti hadis ini.
  8. Malaikat ada di segenap alam. Banyak sangat mereka itu menunjukkan kebesaran kerajaan Allah. Antara tugas mereka adalah mendoakan kepada orang yang berada dalam masjid – dalam keadaan suci.
  9. Malaikat suka tempat baik terutama sekali dalam masjid. Malaikat suka perkara yang bersih dan wangi.
  10. Kita memerlukan sokongan malaikat. Mereka dapat memohon kebaikan untuk kita. Begitulah alam ini, Allah jadikan semuanya untuk manusia.
  11. Mengajar hormat malaikat, bukan manusia sahaja kita perlu hormat. Maka kenalah kita berada dalam keadaan bersih dan suci. Kerana kalau kita busuk, bukan sahaja manusia tidak suka, malaikat pun tidak mendekati kita.
  12. Berterima kasih adalah sifat mulia.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s