We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Aqiqah mengikut sunnah June 3, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:27 am
Tags: , ,

Ibubapa melakukan Aqiqah sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah atas kelahiran anak kita. Zaman Jahiliah dulu, mereka sembelih juga binatang, tapi kerana mereka takut kalau binatang dah sampai sesuatu peringkat umur, kalau tak sembelih akan menyebabkan masalah. Bila Islam datang, Islam menukarkan fahaman itu. Islam mengajar sebab kita kena sembelih binatang, iaitu untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan olehNya.

Perkataan ‘aqiqah’ diambil dari perkataan yang bermakna ‘potong’. Maka dua Sunnah yang diamalkan adalah potong rambut bayi dan potong tengkuk, iaitu sembelih binatang. Dua-dua itu dipanggil aqiqah. Kalau buat salah satu pun dipanggil aqiqah juga. Tidak semestinya kena buat dua-dua. Sebab ada yang tidak mampu untuk mengeluarkan duit beli kambing, jadi mereka boleh cukur rambut bayi itu sahaja lah.

Nabi sebut kalau anak lelaki, kalau nak sembelih, kena sembelih dua ekor kambing. Kalau anak perempuan, seekor kambing. Itu tak boleh tukar tu. Kena pakai kambing macam mana pun. Kalau nak tambah, itu boleh. Tapi kambing tu kena ada. Nabi tak kata ayam, lembu atau binatang lain. Kerana ada yang nak buat lebih sikit, mereka sembelih lembu, padahal bukan itu yang disebut. Kalau nak sembelih lembu juga, boleh, tapi kambing pun kena sembelih juga. Sebab lembu itu dikira sebagai tambahan.

Nabi kata kambing, bukan ayam atau lembu

Cukur kepala tu, kena bagi habis. Jangan tinggal sikit pun. Ini ada pula yang tinggal jambul pula. Selepas cukur, elok lumur kepala dengan air za’faran supaya lepas tu rambut budak tumbuh sekata.
Kalau nak tambah lagi, buat tahnik atau orang kita panggil ‘belah mulut’. Ayah kunyah kurma, ambil cebisan kurma dari mulut dan masukkan jari kita dalam mulut budak supaya dia kemam.
Nabi suruh buat Aqiqah pada hari ketujuh. Bukan kelapan atau hari-hari lain. Cuma ulama kata kalau tak boleh buat hari tu, tambah tujuh hari lagi, iaitu hari ke 14. Kalau tak boleh juga, buat pada hari ke 21.
Setiap hadirin yang datang, bacakan kepada budak kecil itu, sendiri sendiri – أللهم فقهه في الدين

وعلمه التأويل
( Allahumma fakkih hu fiddiin. Waallim hutta’weel )

Ya Allah bagilah dia kefahaman dalam dalam urusan agama dan ajarkannya ta’weel. 

Sendiri-sendiri boleh baca doa itu, tak payah baca beramai-ramai.

Dan pada hari ketujuh itu juga, adalah hari untuk diberikan nama yang elok kepada anak itu. Nama anak lelaki elok ambil dari nama-nama Nabi yang dah jelas diketahui. Jangan pilih nama Nabi yang tak pasti kesahihannya. Atau nama ‘Abdullah’ atau ‘Abdur Rahman’ – ini semua berdasarkan dari hadis Nabi. Kalau perempuan, berikan kepadanya, nama isteri-isteri Nabi. Yang dalam hadis Nabi sebut – Asiah, Mariam, halimah/Kalimah – (nama kakak Musa yang ikut peti Nabi Musa). Nama yang baik itu penting kerana dengan nama itulah yang akan dipanggil malaikat di akhirat kelak. Malu kalau nama entah apa-apa.

Tak payah nak pass budak tu bagi sorang sikit potong. Tidak ada siapa yang ajar macam itu, dan itu membuang masa sahaja.
Tidak juga ada berendoi.
Tidak ada juga buat tahlil.
Jangan kita rasa rendah diri sebab mengamalkan Sunnah. Walaupun nampak tak meriah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s