We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 42 Bab Bersembahyang Di Kandang Kambing…(dan seterusnya) May 24, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:26 am

بَاب الصَّلاةِ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ

Bab 22 Sembahyang Di Kandang Kambing

Seperti yang kita telah belajar sebelum ini, Imam Bukhari telah mengatakan bahawa air kencing dan tahi kambing tak najis. Kerana kambing adalah binatang yang boleh dimakan.
Tak sama sejenis binatang dengan binatang yang lain. Ada binatang yang Nabi benarkan untuk solat di kandangnya dan ada yang Nabi larang. Kandang unta Nabi tak bagi. Kerana dalam satu hadis, ia dikatakan ‘sebahagian’ dari syaitan. Tapi itu tidak sesuai digunakan. Takkanlah unta itu ada kena mengena dengan syaitan. Lepas tu kita ada makan unta, takkan kita makan unta pula. Yang sesuai dikatakan adalah unta itu ‘seperti’ syaitan.

Ada yang mengatakan bahawa apa yang Nabi maksud boleh solat di kandang kambing itu adalah kerana ianya kerana sebahagian dari tapak Masjid Nabi itu sebelumnya adalah sebahagian dari kandang kambing. Tapi tempat itu sudah dibersihkan. Tempat Nabi solat tu dah tiada kambing dah waktu itu. Bukanlah Nabi sengaja pilih kandang kambing. Sebab bukan ada kelebihan pada kandang kambing. Bukanlah bermakna Nabi suruh solat disitu, tapi Nabi benarkan sahaja. Jadi, kalau dah dibersihkan, kenapa dipanggil lagi kandang kambing? Kerana kaedah mengambil kira nama yang dulu. Masih lagi dipanggil kandang kambing walaupun tidak ada lagi disitu. Macam kita juga, panggil nama seseorang ada gelaran cikgu lagi, walaupun dah lama dah dia tak mengajar.
Tapi Nabi bukan benarkan solat di kandang kambing yang akan jadi tapak masjid Nabi sahaja. Nabi ada juga suruh solat di kandang kambing yang lain. Ini bermakna, memang boleh solat di mana-mana kandang kambing.

Mana masjidnya dalam tajuk ini? Padahal kita dalam bahagian masjid? Imam Bukhari nak cerita tempat yang boleh dijadikan tempat sujud secara umum. Bukan sahaja berkenaan masjid yang khusus sahaja. Kerana ini mengambil dari pemahaman hadis yang lebih luas yang mengatakn bahawa Allah menjadikan seluruh bumi ini sebagai tempat solat.

Carilah tempat yang bersih di kandang itu.

Dalam tajuk ini, Imam Bukhari nak menyampaikan bahawa solat di kandang kambing itu boleh. Tapi bukanlah nak kata molek. Janganlah pula kalau nak solat, kena cari kandang kambing pula sebab ingat ada sunnah kat situ. Hadis ini mengatakan bahawa solat yang dilakukan oleh gembala kambing sah. Tentulah mereka akan solat di kandang kambing. Ini adalah kerana kambing itu adalah binatang yang jinak. Para Nabi pun ada yang tugas mereka dulu menjaga kambing. Kambing secara umumnya tak menyerang manusia. Jadi tak menganggu solat kalau kita solat berdekatan dengan kambing. Masa nak solat tu, pilihlah tempat yang tiada najis. Jadi, kalau kita pegang pendapat ini, memudahkan orang untuk senang solat dimana mana. Kerana solat sah. Islam ini adalah agama yang mudah.

411 حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ ثُمَّ سَمِعْتُهُ بَعْدُ يَقُولُ كَانَ يُصَلِّي فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ قَبْلَ أَنْ يُبْنَى الْمَسْجِدُ

411. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu At Tayyah dari Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu bersembahyang di kandang kambing.” Kemudian aku mendengar Anas mengatakan, “Baginda selalu sembahyang di kandang kambing sebelum dibina masjidnya.”

————————————————————————————————————————————————-

بَاب الصَّلاةِ فِي مَوَاضِعِ الابِلِ

Bab 23 Bersembahyang Di Tempat-Tempat Unta Berada

Merangkumi semua tempat unta berada. Tempat duduk, tempat simpan, tempat rehat, tempat berlindung dan sebagainya. Orang Arab hidup mereka amat bergantung kepada unta, jadi mereka ada banyak bahasa yang digunakan untuk menjelaskan tentang unta.

Ada yang mengatakan bahawa larangan untuk solat di kandang unta atau ditempat unta berada adalah kerana takut kepada gangguan unta. Bukan sebab najis unta. Sebab kalau najis, sama sahaja dengan kambing. Unta adalah binatang yang suka menggigit. Oleh itu, jikalau sembahyang berdekatan dengan unta, ditakuti akan menyebabkan tak khusyuk solat. Itulah yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari. Kena cari sebab apa Nabi larang. Sebab dalam Islam ini ada kaedah fekah. Kena tahu apakah sebabnya dilarang. Dalam terminologi yang digunakan, apakah ilatnya?

Oleh itu, sekarang kita faham apakah yang dimaksudkan dengan hadis Nabi yang mengatakan unta adalah sebahagian atau serupa dengan syaitan. Kalau unta suka mengganggu atau menggigit orang, maka ianya adalah serupa dengan syaitan yang suka mengganggu. Dalam hal ini, unta tidak sama dengan kambing. Kambing selalunya tidak mengganggu. Binatang lain pun kena tengok jenis macam mana. Kalau dekat dengan binatang yang jinak, boleh solat dekat dia, dan kalau binatang yang boleh mengganggu, jangan solat dekat situ. Maka dalam memilih tempat solat kenalah cari tempat yang tidak mengganggu kita. Supaya kita khusyuk. Itulah yang penting kita kena tengok. Khusyuklah yang kita hendak capai dalam solat kita. Maka kena jaga tempat solat kita. Contohnya, jangan di tempat yang bising. Atau tempat yang orang yang lalu lalang. Luaskan makna hadis ini dengan tidak hanya melihat kepada unta dan kambing sahaja. jangan hanya melihat binatang sahaja. Sebab orang biasa macam kita tidak bergelumang dengan binatang dalam kehidupan kita. Tapi lihatlah tentang apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kita terganggu dalam solat kita. Berhati-hati dalam memilih tempat untuk solat.

Oleh itu, ada ulama yang kata boleh solat di kandang unta asalkan bersih. Kerana yang dilihat bukanlah unta itu, tapi tempat itu. Kalau bersih dan unta tidak mengganggu kita, boleh kita solat di tempat unta berada.

Walaubagaimanapun, Hasan Basri berpendapat makruh solat di kandang unta. Ibn Hazm pula berpendapat kalau solat di kandang unta adalah haram dan tidak sah. Kerana Nabi larang. Ibn Hazm memanglah kerana dia dari mazhab Zahiri. Mereka memegang zahir hadis.

Syafie dan jumhur ulama berpendapat ianya adalah makruh kalau ada pelapik. Kalau tiada pelapik tidak sah.

Sindi berpendapat solat di tempat khusus unta berada yang tidak boleh, seperti di kandangnya. Ada beza antara tempat khusus untuk unta dan lain-lain tempat. Kalau di tempat yang bukan selalunya unta berada, buat unta sebagai sutrah pun boleh. Dalam hadis dibawah pun, menunjukkan boleh kalau bukan di tempat yang selalunya unta berada. Maknanya bukan tempat kandangnya atau tempat minumnya.

Kenapa letak bab ini selepas kandang kambing? Sama ada nak beritahu hukumnya sama atau berbeza. Kebanyakan pensyarah Kitab Sahih Bukhari mengatan, tujuan Imam Bukhari adalah kerana nak menceritakan keharusan solat di dua-dua tempat. Sebab dia bawa hadis Ibn Umar solat dekat unta yang menunjukkan boleh. Kalau dalam kandang pun boleh juga. Kalau begitu, pendapat Imam Bukhari itu sama dengan jumhur ulama. Iaitu harus.

As Sindi pula berpendapat ianya disusun selepas bab kandang kambing adalah untuk memberitahu tentang perbezaan antara kedua hukumnya. Iaitu di kandang kambing harus tapi tidak di kandang unta. Hadis Ibn Umar itu bukan di kandang unta. Nabi memang dah larang. Maka kalau begini, pendapat Imam Bukhari sama dengan Imam Ahmad.

Atau Imam Bukhari nak isyarat bahawa dua-dua pihak mempunyai hujjah yang kuat. Masing-masing ada pegangan. Sebab itu Imam Bukhari tak buat hukum. Dan dia hormat pendapat mereka. Kalau ada pendapat yang tidak ada dalil, dia tak terima awal-awal lagi dan dia akan memberikan keputusan yang sebenarnya pada pendapatnya.

Itulah tiga pendapat yang cuba memikirkan apakah yang Imam Bukhari hendak sampaikan.

Ringkasnya, bukan Nabi nak cerita unta dan kambing. Tapi baginda hendak beritahu, dalam mengerjakan solat, kena pilih tempat. Kalau kambing itu jinak, maka bolehlah solat disitu. Tapi kalau binatang jenis ganas dan liar, jangan solat disitu. Bukan khusus kepada dua binatang ini sahaja. Binatang jenis berbeza. Hatta kambing pun ada yang jenis ganas. Ayam pun ada yang baik dan tidak. Semua kena ambil kira. Suasana pun kena ambil kira. Kalau tempat tak menenangkan, seeloknya jangan solat disitu. Yang penting adalah untuk mendapat khusyuk dalam solat. Pada dasarnya semua tempat itu adalah harus. Yang jadi kurang pahala adalah kalau boleh menyebabkan kurang khusyuk. Dan bukan tempat itu yang menyebabkan makruh atau tidak. Bukan disebabkan ianya adalah kandang kambing atau kandang unta. Tapi kerana sebab lain, seperti adanya najis, darah dan sebagainya. Kalau bersih, di luar tandas pun boleh. Contohnya kita tak luar negara. Mereka tidak sediakan tempat solat. Yang ada cuma satu tempat kecil betul-betul di luar tandas. Tapi tandas mereka bersih. Dalam keadaan begitu, tentunya kita boleh solat disitu. Yang asasnya adalah bumi ini seluruhnya dijadikan tempat solat.

Nabi sendiri pun pernah solat atas unta. Atas baghal atau himar pun pernah. Maknanya, bukan disebabkan oleh unta itu tapi sebab lain. Mazhab Bukhari luas pendapatnya. Sampai dia kata kalau binatang yang boleh dimakan, air kencing mereka tidak najis. Bukanlah ini nak mengajar jadi pengotor pula. Tapi pendapat ini memudahkan kalau orang yang kena solat atas binatang. Jadi tidak risau sangat kalau dia melihat ekor bergoyang ke sana dan sini dan mungkin kena najisnya pula. Lepas itu ekor itu menyentuh kita pula. Tapi itu tidak jadi masalah kalau kita pegang pendapat Imam Bukhari ini. Jadi boleh solat atas kenderaan. Tidak ada masalah. Seeloknya kalau solat fardhu, eloklah turun dan solat dibawah kalau boleh. Kalau tak boleh seperti contohnya kalau atas kapal terbang, itu tak payah turun pun tidak mengapa. Nabi dah ajar dah apa yang kita boleh buat.

412 حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَيَّانَ قَالَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ عَنْ نَافِعٍ قَالَ رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يُصَلِّي إِلَى بَعِيرِهِ وَقَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ

412. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadll berkata, telah mengabarkan kepada kami Sulaiman bin Hayyan berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah dari Nafi’ berkata, “Aku telah melihat Ibnu ‘Umar bersembahyang dengan menghadap untanya, dan beliau mengatakan, “Aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan demikian.”

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Harus solat mengadap binatang. Kita bukan sembah mereka. Tapi kita jadikan binatang itu sebagai sutrah. Oleh itu, kita tahu bahawa sutrah boleh juga dijadikan dari binatang. Walaupun binatang itu disembah oleh sesetengah orang kafir. Macam lembu, disembah di negara Hindu. Tapi kalau kita jadikan sutrah dengan letak di hadapan kita, boleh juga. Tapi kalau di tempat itu memang mereka sembah binatang itu, jangan lah buat. Maka jangan solat mengadap lembu kalau di India. Sebab nanti mereka kata kita sembah lembu macam mereka juga. Lembu di India sampai ada surat beranak. Boleh berperang kalau pasal lembu. Maududi kata kalau di India, wajib sembelih lembu. Kena lawan mereka. Supaya tidak timbul rasa lebih kita kepada lembu. Tapi, kalau pengembala lembu nak jadikan lembu sebagai sutrah di Malaysia, boleh sangat.
  2. Keharusan untuk solat dekat unta yang jinak. Atau binatang-binatang lain.
  3. Apa yang diamalkan sahabat biasanya bersandar kepada perbuatan Nabi. Dalam hadis ini, kita lihat Ibn Umar kata dia buat begitu sebab dia pernah nampak Nabi pun buat macam tu. Itu kena ingat. Sahabat memang macam tu. Kalau Nabi buat benda pelik pun mereka buat.
  4. Pengajaran praktikal lebih bagus supaya pelajar nampak dan lebih faham. Nabi pun mengajar secara praktikal. Lebih meyakinkan. Kalau setakat cakap sahaja, mereka takut nak buat. Macam persoalan, bolehkah makan di kedai orang kafir. Nabi pun buat juga. Asalkan kita tahu tempat itu bersih dan makanan itu halal. Jadi kalau ada orang yang berilmu buat sesuatu yang asing dengan pemahaman kita, mungkin dia buat begitu untuk menunjukkan bahawa perbuatan itu sebenarnya boleh. Kadang-kadang orang kita hanya pegang satu pendapat sahaja dan ingat itulah sahaja pendapat yang benar. Itu semua terjadi kerana tidak belajar sahaja. Jangan kita cepat hendak mengatakan tidak molek kepadanya. Macam ada ustaz yang kata sesiapa yang tidak pakai tutup kepala adalah orang fasiq. Tapi Nabi pun ada juga tak pakai tutup kepala. Kalau tak, bagaimana sahabat boleh tahu yang kepala Nabi ada berapa helai uban?
Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s