We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 39 Bab Menganan Ketika Masuk Ke Dalam Masjid Dan Selainnya…(dan seterusnya) May 20, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 9:55 pm

بَاب التَّيَمُّنِ فِي دُخُولِ الْمَسْجِدِ وَغَيْرِهِ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَبْدَأُ بِرِجْلِهِ الْيُمْنَى فَإِذَا خَرَجَ بَدَأَ بِرِجْلِهِ الْيُسْرَى

Bab Menganan Ketika Masuk Ke Dalam Masjid Dan Selainnya. Ibnu Umar Memulakan Dengan Kaki Kanannya (Iaitu Apabila Masuk Ke Masjid), Apabila Dia Keluar Dia Mulakan Dengan Kaki Kirinya.

Ini adalah bab terakhir dalam bahagian masjid bahagian adab. Ada 55 bab untuk masjid ksemuanya dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: perkara yang elok dilakukan di masjid, adab-adab di masjid dan perkara yang perlu dilakukan di masjid. Ini adalah bab terakhir dalam bahagian adab dalam masjid. Hadis yang pendek tapi pengertian yang sangat luas.

Yang perlu kita menganan adalah pada tangga yang pertama. Iaitu semasa naik tangga yang pertama itu, seeloknya kita naik dengan kaki kanan. Kerana masjid adalah tempat yang paling mulia dalam dunia. Jadi, apabila kita masuk dalam tempat yang mulia, seeloknya kita pakai kaki kanan. Masjid adalah tempat yang paling mulia kerana apabila berada dalam masjid, manusia akan memikirkan hal ibadat sahaja. Tidak buat perkara yang haram. Perkara yang buang masa pun kita tak buat walaupun tidak haram. Contohnya, kita tak main dam atau catur dalam masjid. Perangai kita lebih baik apabila berada dalam masjid. Dan kita digalakkan untuk mengekalkan sifat itu diluar masjid juga. Itulah hikmahnya hadis yang Nabi kata bumi telah dijadikan tempat solat dan suci. Supaya , kita bawa ke luar masjid sifat-sifat yang kita jaga dalam masjid. Contohnya, dalam jemaah ada cara nak tegur imam, maka diluar pun ada cara juga. Begitulah, ada banyak kelebihan pergi masjid.

Kenapakah kita digalakkan menggunakan bahagian kanan? Sebelah kanan lebih kuat. Kita boleh tengok dalam dunia, yang ramai adalah yang menggunakan tangan kanan sebagai tangan yang penting. Memang Allah dah buat begitu. Memanglah ada orang yang tangannya yang kuat adalah tangan kiri, tapi kalau dibandingkan, lebih ramai lagi yang pakai tangan kanan.

Sebelah kanan juga adalah orang yang baik-baik. Ada dalam satu hadis yang lain, Nabi Adam melihat zuriatnya yang sebelah kanan dan baginda tertawa kerana itu adalah zuriat yang masuk syurga. Dan apabila baginda melihat ke sebelah kiri, baginda menangis kerana itu adalah zuriatnya yang masuk neraka.

Allah telah jadikan kanan ada kelebihan dari sebelah kiri. Masyarakat kita pun mengisyaratkan bahawa sebelah kanan sebagai beruntung contohnya apabila kita kata ‘langkah kanan’. Kalau nak beri sesuatu pun kita akan beri dengan tangan kanan untuk beradab.
Tangan kanan juga kita gunakan untuk benda baik macam makan. Suratan amalan yang baik akan diberi pada tangan kanan. Pergi masuk ke syurga pun ikut kanan.

Orang kafir pun guna kanan juga untuk menunjukkan kebaikan. Contohnya kepada golongan yang baik, mereka akan panggil golongan kanan atau blok kanan. Kepada golongan yang menentang kerajaan contohnya, mereka akan panggil sebagai golongan kiri.

Imam Bukhari membawakan perbuatan Ibn Umar kerana dia terkenal selalu mengikut ittiba’ soori Nabi. Iaitu contohnya cara berpakaian dan sebagainya. Walaupun bukan sebahagian dari agama, tapi dia suka nak buat. Nabi tak ikatkan umatnya untuk ikut. Orang kafir zaman dia pun pakai macam itu juga. Paling tinggi hukumnya adalah harus. Tapi ada kebaikan juga mengikut ittaba’ soori itu. Orang boleh tahu apakah pakaian Nabi, contohnya. Kebaikan ittiba’ soori itu adalah ianya mengingatkan kita kepada Nabi. Apabila kita makan roti contohnya, ia mengingatkan kita bahawa Nabi pun selalu makan roti. Kalau kita pakai jubah, kita ingat bahawa Nabi pun pakai jubah juga. Macam kita kalau kita suka seseorang pelakon itu, cara jalan dan pakai dia pun kita ikut. Tentulah lagi baik kalau kita ikut Nabi sebagai idola kita. Yang pelakon tu hanya berlakon sahaja. Tapi Nabi itu memang itulah perbuatan baginda setiap hari. Bukan lakonan. Ibn Umar sampai pernah buat nak jatuh di tempat yang Nabi pernah hampir terjatuh. Itu tak payah buat, tapi sebab Ibn Umar sayang sangat kepada Nabi, perkara itu pun dia ikut juga.

Yang memang kita kena ikut adalah apa yang dinamakan ittiba’ hakiki. Iaitu apakah maksud Nabi disebalik pakaian dan apa yang dilakukannya itu? Sebagai contoh, Nabi tidak pernah pakai baju macam kita pakai. Tapi itu pun sudah mengikut ittiba’ hakiki Nabi sebab tujuan baginda pakai baju adalah untuk menutup aurat. Kalau kita menutup aurat, kita dah ikut Nabi dah. Maknanya mengikut apakah tujuan baginda baginda melakukan sesuatu. Tidak semestinya kita terikat dengan apa yang ada pada zaman baginda. Kalau jubah tu, Abu Jahal pun pakai jubah juga.

Dua lagi perkara yang berkaitan dengan hal ini adalah Sunnah tasyiriyah dan Sunnah ghairu tasyiriyah. Tasyiriyah itu adalah perkara yang berkaitan dengan syariat. Ada melibatkan hukum, samada perbuatan itu adalah wajib atau sunat. Contohnya bab sembahyang. Ada sembahyang yang wajib dan ada yang sunat. Kalau makan, kena pakai tangan kanan kerana orang kafir tak kisah tangan. Begitu juga dengan memulakan makan dengan bacaan basmalah.

Ghairu tasyiriyah adalah seperti memakai kayu sugi untuk membersihkan gigi. Nabi pakai kayu sugi sebab waktu itu, itulah yang dipakai. Begitu juga apabila Nabi menggunakan tanah untuk membersihkan tangan baginda. Zaman sekarang kita pakai sabun lagi bagus. Ittiba’ soori dalam hal ini adalah untuk membersihkan gigi dan tangan. Kalau ada cara lain untuk mencapai hajat itu, jadi ianya lagi bagus sebab kalau kita pakai cara zaman moden, lagi bersih.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s