We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 37 & 38 Bab Masjid-Masjid (Tempat-Tempat Sembahyang) Di Dalam Rumah May 18, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 1:13 pm

بَاب الْمَسَاجِدِ فِي الْبُيُوتِ وَصَلَّى الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ فِي مَسْجِدِهِ فِي دَارِهِ جَمَاعَةً

Bab 19 Masjid-Masjid (Tempat-Tempat Sembahyang) Di Dalam Rumah. Bara’ Bin Al-Azib Bersembahyang Di Masjid Rumahnya Secara Berjamaah.

Bab sebelum ini adalah isyarat kepada bab ini. Dia sebenarnya hendak membawa ke tajuk ini. Iaitu tentang ‘masjid di rumah’ atau dipanggil Masjidul bayt. Ada perbezaan dan persamaan antara masjid yang umum dan masjid yang di rumah. Antaranya, masjid rumah boleh dipesakai dan dijual beli. Juga tiada tahiyatul masjid untuk masjid di rumah. Ada ulama yang kata boleh iktikaf di dalam masjid rumah. Terutama kepada kaum wanita. Kerana mereka lebih afdhal solat di rumah sahaja. Ada yang tidak setuju dengan pendapat sebegini. Mereka kata adakah Nabi pernah menyuruh isteri-isteri baginda iktiraf di rumah sebagai contoh teladan untuk kita ikuti? Dijawab balik dengan satu hadis. Pernah Nabi hendak beriktikaf sepuluh malam terakhir satu Ramadhan seperti yang baginda selalu lakukan setiap tahun. Tapi apabila baginda mendapati isteri-isteri baginda pun ada juga bina khemah kerana hendak ikut beriktikaf di masjid juga, baginda telah membatalkan niat baginda beriktikaf dan suruh semua khemah itu dirobohkan dan tahun itu baginda tidak iktiraf di bulan Ramadhan. Itu menunjukkan bahawa Nabi tidak suka wanita iktiraf di masjid. Kalau mereka juga iktiraf di masjid, siapakah yang akan menguruskan hal di rumah? Kerana itulah ada ulama yang berpendapat perempuan boleh iktikaf di rumah.
Juga ada pendapat yang mengatakan bahawa orang lelaki yang tidak mampu pergi ke masjid juga boleh mengambil peluang iktiraf di rumah juga. Ini adalah pendapat yang kuat juga. Kerana kalau mereka sudah tidak mampu lagi pergi ke masjid, kerana lemah sangat atau telah cacat, tentulah ada peluang untuk mereka beriktikaf lagi di masjid.
Yang tak setuju itu sebab tak mahu masjid jadi tawar pula nanti. Takut semua orang iktiraf di rumah sahaja dan tak pergi ke masjid dah. Tapi bukanlah kita nak kata semua orang boleh buat begitu. Hanya kepada yang tak boleh pergi ke masjidsahaja.

Untuk mengadakan Masjid Rumah, kita khususkan satu tempat atau satu ruang di dalam rumah kita untuk dijadikan tempat ibadat. Ada juga kelebihan pada tempat itu. Ini adalah sunnah juga kerana Nabi pun ada buat begini. Iaitu ada masjid di rumah baginda. Ada dalilnya. Tapi jangannya kita salah sangka pula. Ini bukanlah masjid sebenarnya. Antara dalil yang menyebutkan bahawa ada Masjid Rumah itu adalah:

  1. Dalam hadis yang akan kita baca nanti, Itban sebut perkataan ‘musolla’ di dalamnya. Iaitu dia meminta Nabi untuk merasmikan musolla di rumahnya. Ini adalah satu dalil yang jelas. Nabi terima permintaan Itban itu dan baginda datang. Kalau tidak ada, tentulah Nabi akan menyatakan tidak ada musolla di rumah.
  2. Ada satu hadis yang selalu kita dengar tentang pada satu malam, Aishah kehilangan Nabi. Dia tak tahu Nabi di mana sebab suasana gelap. Maka Aishah telah jamah ‘masjid’ Nabi. Iaitu Aisyah meraba-raba mencari Nabi dalam kegelapan. Dan Aisyah akhirnya telah tersentuh kaki Nabi yang terpacak. Dalam hadis itu, jelas bahawa Aisyah menyebut perkataan ‘masjid’. Inilah yang dinamakan Masjidul bayt. Takkan tangan Aisyah boleh sampai ke Masjid Nabawi pula.
  3. Dalam satu hadis lagi, Maimunah pernah menceritakan bagaimana beliau berbaring di ‘masjid’ Nabi. Nabi waktu itu sedang solat. Maimunah pula dalam haid. Maimunah menceritakan bagaimana baju Nabi ada tersentuh beliau. Dalam hadis itu juga, jelas bahawa Maimunah menggunakan perkataan ‘masjid’ juga, sama macam hadis Aisyah itu tadi.
  4. Dalam satu lagi hadis, pernah diceritakan bagaimana Bilal telah pergi ke rumah Nabi untuk mengajak baginda solat subuh. Apabila Bilal sampai di rumah Nabi, beliau nampak Nabi sedang sahur di ‘masjid’ rumahnya. Perkataan ‘masjid’ juga jelas digunakan dalam ayat ini.
  5. Dalam satu Athar, ada dikatakan Ammar bin yassir adalah yang mula buat masjid rumah di Madinah. Abu Bakr dah ada masjid rumah di Makkah lagi. Disitulah kisahnya bagaimana ramai orang Mekah mendengar bacaan Quran Abu Bakr semasa beliau solat di rumahnya.

Imam Bukhari membawakan kisah perbuatan sahabat, Bara’ Bin Al-Azib yang solat berjemaah di masjid rumahnya. Perkataan yang digunakan di dalam tajuk itu adalah: مَسْجِدِهِ فِي دَارِهِ. Imam Bukhari nak tekankan bahawa  دَارِ dar disini bermaksud rumah bukan perkampungan atau kawasan. Ini adalah kerana perkataan itu boleh menjadi bermacam makna. Kerana kalau dikatakan ianya bermaksud kampung, tentulah tidak menghairankan kerana memang selalunya sesuatu kampung itu akan mempunyai masjid sendiri. Tapi yang hendak diceritakan di sini adalah ianya adalah masjid rumah.

Nabi juga pernah berpesan supaya mewangi kan masjid rumah. Malaikat suka akan bau-bau wangi. Kalau dulu, umat Islam akan menggunakan air wangi untuk direnjis. Atau ada juga yang menggunakan asap yang mengeluarkan bau wangi. Tapi sekarang, kita ada bermacam-macam lagi cara untuk digunakan untuk mewangikan rumah.

407 حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي مَحْمُودُ بْنُ الرَّبِيعِ الانْصَارِيُّ أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ الانْصَارِ أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَنْكَرْتُ بَصَرِي وَأَنَا أُصَلِّي لِقَوْمِي فَإِذَا كَانَتِ الامْطَارُ سَالَ الْوَادِي الَّذِي بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ آتِيَ مَسْجِدَهُمْ فَأُصَلِّيَ بِهِمْ وَوَدِدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَّكَ تَأْتِينِي فَتُصَلِّيَ فِي بَيْتِي فَأَتَّخِذَهُ مُصَلًّى قَالَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَفْعَلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ قَالَ عِتْبَانُ فَغَدَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ حِينَ ارْتَفَعَ النَّهَارُ فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى دَخَلَ الْبَيْتَ ثُمَّ قَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ قَالَ فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى نَاحِيَةٍ مِنَ الْبَيْتِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ فَقُمْنَا فَصَفَّنَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ قَالَ وَحَبَسْنَاهُ عَلَى خَزِيرَةٍ صَنَعْنَاهَا لَهُ قَالَ فَآبَ فِي الْبَيْتِ رِجَالٌ مِنْ أَهْلِ الدَّارِ ذَوُو عَدَدٍ فَاجْتَمَعُوا فَقَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ أَيْنَ مَالِكُ بْنُ الدُّخَيْشِنِ أَوِ ابْنُ الدُّخْشُنِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ ذَلِكَ مُنَافِقٌ لا يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا تَقُلْ ذَلِكَ أَلا تَرَاهُ قَدْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يُرِيدُ بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ قَالَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّا نَرَى وَجْهَهُ وَنَصِيحَتَهُ إِلَى الْمُنَافِقِينَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ ثُمَّ سَأَلْتُ الْحُصَيْنَ بْنَ مُحَمَّدٍ الانْصَارِيَّ وَهُوَ أَحَدُ بَنِي سَالِمٍ وَهُوَ مِنْ سَرَاتِهِمْ عَنْ حَدِيثِ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ الانْصَارِيِّ فَصَدَّقَهُ بِذَلِكَ

407. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair berkata, telah menceritakan kepadaku Al Laits berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah menceritakan kapadaku Mahmud bin Ar Rabi’ Al Anshari bahwa ‘Itban bin Malik, salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang pernah ikut perang Badar dari kalangan Anshar, pernah menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, penglihatanku tidak seperti dulu lagi sedang aku menjadi imam kaumku. Apabila turun hujun, maka air menggenangi lembah yang ada antara aku dan mereka sehingga aku tidak bisa pergi ke masjid untuk menjadi imam. Suka benarlah aku wahai Rasulullah kiranya engkau dapat mengunjungi aku lalu salat di rumahku untuk aku jadikan tempat itu sebagai musolla (tempat sembahyang).” Perawi berkata, “Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya: “Baiklah, insyaallah aku akan datang.” ‘Itban berkata, “Maka datanglah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar ketika suatu pagi ketika mana matahari sudah naik agak tinggi, baginda lalu meminta izin lalu aku mengizinkannya, dan apabila masuk, baginda tidak duduk sebaliknya berkata: “Dimana engkau mahu aku sembahyang di rumahmu ini?” Maka aku isyarat kan kepada baginda ke satu penjuru rumah. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berdiri dan bertakbir. Kami turut berdiri membuat shaf di belakangnya, beliau salat dua rakaat kemudian salam.” ‘Itban melanjutkan, “kami menahan baginda untuk memakan khaziirah yang telah kami sediakan untuknya. Maka berkumpullah warga desa di rumahku dalam jumlah yang banyak. Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Mana Malik bin Ad-Dukhaisyin atau Ibnu Ad Dukhsyun?” Ada yang berkata, “Dia itu munafik, dia tidak mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Janganlah kamu ucapkan seperti itu. Bukankah kamu tahu dia telah mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH dengan ikhlas kerana Allah semata-mata?” Orang itu berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” ‘Orang itu berkata lagi, “Sebabnya kami berkata begitu kerana kami nampak perhatian dan keikhlasannya adalah untuk kaum Munafikin. Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH dengan ikhlas.” Ibnu Syihab berkata, “Kemudian aku tanyakan kepada Al Hushain bin Muhammad Al Anshari, salah seorang dari Bani Salim yang termasuk orang terpilih dari kalangan mereka, tentang hadits Mahmud bin Ar Rabi’ ini. Beliau membenarkannya.”

Hadis ini lebih lengkap dari sebelum ini.

Adakah mata nya sudah lemah atau buta terus? Kerana dalam riwayat lain dikatakan yang matanya buta, tapi dalam hadis ini dikatakan matanya lemah. Ini perlu dijelaskan kerana perkara macam inilah yang menyebabkan ada golongan yang tidak mengambil hadis sebagai rujukan. Kerana mereka kata hadis tak tepat. Kejap kata begini dan kejap kata begitu. Itu semua kerana mereka tak belajar dengan cara yang molek. Macam hadis pasal cicak. Dalam hadis Nabi pernah menyuruh kita bunuh cicak. Mereka ada yang kata kenapa pasal cicak pun Nabi nak cakap. Pengajaran apakah yang ada pasal cicak itu? Kata mereka. Sebenarnya dari hadis itu nak tunjukkan kepentingan manusia. Kalau ada makhluk lain yang boleh menyusahkan kita, boleh dibunuh. Kerana cicak itu kotor, tahinya akan jatuh merata-rata. Oleh itu, elok cicak itu dibunuh.

Begitu juga dengan kisah Itban ini dan matanya. Boleh diperjelaskan. Semasa zaman Nabi, Itban tidak buta lagi tapi ada masalah sahaja. Tapi semasa dia meriwayatkan hadis ini, dia dah buta. Kalau tak belajar, takkan tahu perkara macam ni. Itulah masalah dengan puak anti hadis. Kalau ilmu lain, mereka belajar betul-betul sampai ada sijil dan sebagainya. Tapi kalau bahagian agama, mereka setakat baca terjemahan sahaja. Mana aci kalau begitu. Nabi sendiri dah isyarat, akan ada manusia yang macam ini. Iaitu Nabi cakap akan ada mereka yang tak mahu ambil kata-kata Nabi kecuali apa yang ada dalam Quran sahaja. Padahal apa yang Nabi kata sama sahaja dengan pengajaran dalam Quran.

Ada yang kata perawi hadis ini iaitu Mahmud bin Ar Rabi’ itu masih budak lagi semasa dia dapat riwayat ini. Ini pun mereka komen. Mereka kata kerana dia budaklah yang menyebabkan dia keliru. Itu sebab sekejap kata mata ada masalah, sekejap buta. Dia lahir pada tahun 6 H. Semasa Nabi wafat, dia berumur 5 tahun. Tapi semasa dia diriwayatkan hadis ini, dia sudah dewasa. Umurnya sudah lebih kurang 35 tahun. Tentulah dia telah dewasa dan telah faham apa yang dikatakan oleh Itban itu.

– Hadis ini mengajar kepada orang agama itu bahawa boleh kalau mereka nak melayan masyarakat. Tapi jangan sampai bergantung hidup dengan buat benda macam ni. Siap ada pakej. Kalau solat hajar berapa ringgit, kalau baca doa selamat, berapa banyak pula bayarannya. Mana nak ikhlas kalau macam itu. Dan kalau kita buat dengan ikhlas pun, janganlah sampai nak melayan sangat masyarakat sampaikan benda lebih penting tak buat. Iaitu mengajar, menulis dan sebagainya.

khaziirah dalam hadis ini bolehkan dikatakan seperti sup daging. Daging cincang halus dan disebut dan kemudian ditabur gandum.

– Bagi mereka yang mengatakan boleh solat hajat berjemaah, inilah dalil yang paling sahih kalau nak pakai pun. Itupun tak kena. Sebab Nabi hanya menyempurnakan hajat Itban. Bukan macam sekarang. Solat hajar merata-rata buat dan macam-macam sebab. Sikit-sikit solat hajat, sikit-sikit solat hajat.

– Memang kita digalakkan sangat pergi ke masjid. Tapi kita kena tahu bahawa kadang-kadang kelebihan masjid pun dah berkurang. Sebab ada masalah kat masjid. Contohnya kalau dilantik imam yang fasiq. Atau masjid itu dibina dengan wang tidak berapa bersih. Dan lain-lain lagi yang kita pun tak tahu. Nabi pun pernah kata kalau sudah jadi begitu solat fardhu di rumah dan solat sunat di masjid. Tak boleh juga tinggalkan terus masjid. Jadi memang molek kalau kita ada ruang di rumah kita yang dijadikan sebagai masjid.

– Kalau ambil ilmu feqah, seeloknya pakai ulama yang tahu hadis dan fekah sekali. Seperti Imam Syafie, dia pakai fekah dan pakai hadis sekali. Sebab belum tentu muhaddith faham fekah dan orang fekah pakai hadis. Sampai ada ulama fekah yang pakai hadis dhaif pun ada.

Sambung syarah berkenaan hadis:
Apabila dikatakan bahawa Malik bin Ad-Dukhaisyin adalah seorang munafik, Nabi telah beri pengesahan bahawa dia bukan munafik tapi seorang mukmin. Tambahan pula dia adalah salah seorang Ahli Perang Badr pula tu. Itu ada disebutkan dalam hadis yang lain. Dialah yang dikatakan telah disuruh oleh Nabi untuk memusnahkan masjid yang dibina untuk mengintip orang Islam. Maka, dia adalah salah seorang dari orang kepercayaan Nabi. Kalau Nabi telah beri pengesahan sebegitu, kita kena terima. Sebab bukan semua orang Nabi cakap begitu. Ada orang lain yang telah dikata sebegitu tentang mereka, tapi Nabi cakap cara lain. Kita kena terima bahawa Nabi lebih tahu kerana baginda telah diberi wahyu oleh Allah.

Mungkin maksud sahabat itu pasal Malik itu adalah nifak amali sahaja. Memang tidak ada sesiapa tahu apa yang dalam hati orang lain. Tapi mereka boleh berkata begitu kerana Malik tak datang menghadiri majlis di rumah Itban itu. Patutnya dia kenalah tunjuk sayang kepada Nabi dengan datang ke majlis yang dihadiri oleh Nabi. Dan lagi satu, sebab nampak dia baik dengan orang munafik. Itu bukan dalil mengatakan dia sama munafik dengan mereka. Ada yang kata Malik itu adalah pengintip Nabi macam Special Branch sekarang. Mereka mengatakan Nabi juga menggunakan perisik juga untuk mengetahui maklumat orang-orang munafik itu. Apabila jadi pengintip, dia kenalah berbaik dengan mereka.

Pada zaman Nabi, ada Nabi untuk memastikan status keimanan seseorang. Kita padazaman sekarang tak boleh nak kata orang itu kafir atau munafik. Tapi kita boleh lihat yang zahir dan nilai disitu. Tapi kita setakat cuma boleh kata seseorang itu ‘melakuka’n sesuatu sifat munafik atau sifat kafir sahaja. Kita tidak boleh kata seseorang itu munafik atau kafir. Kita tak tahu isi hatinya.

– Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan syahadah itu? Kenapa la ilaha illa Allah sahaja? Dan apakah yang dimaksudkan oleh Nabi bahawa sesiapa yang menyebutnya diharamkan neraka kepadanya.

  1. Yang dimaksudkan haram neraka kepadanya itu adalah haram kekal didalamnya sahaja. Kalau dia banyak dosa, lebih-lebih lagi kalau berdosa besar, dia akan masuk neraka juga. Tapi dia tidak akan kekal didalamnya. Ini adalah kerana banyak hadis lain yang mengatakan sesiapa yang berdosa akan masuk neraka.
  2. Atau yang dimaksudkan disini adalah sesiapa yang mengucap dengan syahadah dengan ikhlas, pasti akan menjaga ugamanya dan tidak melakukan dosa. Maka oleh kerana tidak melakukan dosa, dia tidak masuk neraka. Syahadah itu bukan hanya ucapan sahaja. Ianya diteruskan dengan perbuatan kita. Oleh itu, kita booleh sendiri nilai iman kita sendiri. Kalau kita masih lagi melakukan dosa, bermakna iman kita tidak benar lagi.
  3. Atau seseorang itu tak masuk neraka kalau Allah ampunkan dosanya selagi dia tidak melakukan dosa syirik. Kalau kita syahadah dengan ikhlas, Allah akan ampunkan. Beza dengan orang kafir kerana mereka langsung Allah tak ampunkan.
  4. Atau yang dimaksudkan seseorang yang telah mengucap kalimah syahadah itu mereka haram dari masuk neraka yang disedikan untuk orang kafir sahaja. Ini kepada yang mengatakan banyak jenis neraka yang lain. Ada neraka yang hanya khas kepada orang kafir sahaja. Jenis neraka ini, orang Islam tidak akan masuk. Tapi neraka lain, mereka akan masuk juga. Oleh itu, berhati-hatilah dari melakukan dosa.

– Kenapa hanya la ilaha illa Allah sahaja? Kenapa tidak ditambah dengan Muhammadur Rasulullah? Ini adalah kerana u

  • capan ini bukan hanya untuk umat Nabi Muhammad sahaja. Ada lagi nabi-nabi lain. Ucapan syahadah umat mereka tentunya lain. Tapi kalimah la ilaha illa Allah semuanya sama dan semua akan kata perkataan yang sama. Termasuk juga golongan yang dinamakan a

hlul fatrah yang tiada Nabi. Iaitu period diantara satu Nabi dan Nabi lain. Kerana jauhnya jarak antara nabi-nabi itu, mereka tidak sampai kepada mereka ajaran syariat. Tapi mereka percaya kepada Allah. Macam dalam masyarakat Arab, ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sudah terlalu lama sangat, sampaikan ajaran mereka telah diselewengkan. Bukan semua masyarakat Arab sebelum Nabi Muhammad itu menyembah berhala.

Ucapan itu yang paling penting sekali sampaikan kalau talqin kepda orang yang mati pun hanya diajar kepadanya la ilaha illa Allah.

– Kenapa Ibnu Syihab telah tanya hadis yang sama kepada orang lain pula? Tak percayakah kepada Malik? Bukan begitu. Dia tanya itu untuk meyakinkan lagi. Sebab perawi yang asal itu ada dikatakan terima hadis itu semasa masih kecillagi, jadi nak pastikan. Memang Mahmud bin Ar Rabi’ sendiri kata semasa Nabi wafat, beliau berumur lima tahun. Tapi bukanlah dia dapat hadis ini semasa dia kecil. Dia dapat hadis ini dari Itban semasa dia sudah dewasa. Jadi tiada masalah disitu. Jadi ini tidak boleh dikatakan sebagai satu sebab kenapa Ibnu Syihab bertanya pula kepada Hushain. Yang sebenarnya dia mungkin tanya lagi itu kerana dalam hadis ini nampak macam mudah sangat masuk syurga. Hanya dengan sebut syahadah sahaja. Jadi dia rasa dia perlukan sokongan. Sebagai contoh, apabila sesiapa yang menceritakan hadis yang sebegini, dia akan menggoncang orang yang memberitahunya dan dia akan minta orang itu kemukakan orang lain yang dengar hadis yang sama. Kalau tak, dia akan pukul orang itu. Ini adalah kerana tak mahu orang salah faham dengan agama, sampaikan mereka ingat senang sangat agama ini dan tidak melakukan kebaikan lagi dah.

Pengajaran hadis yang boleh didapati dari hadis ini:

  1. Orang buta boleh jadi imam. Ini adalah kerana Itban walaupun kemudian harnya dia dah buta, dia masih jadi imam. Nabi pun pernah suruh Abdullah Ibnu Abi Maktum jadi imam apabila baginda tiada. Selain itu Ibn Abbas dan Ibn Umar jadi imam walaupun di kemudian hari, mereka telah jadi buta. Yang paling penting adalah kealiman seorang imam itu. Kalau ada dua orang yang sama alim, tentulah yang celik lagi afdhal. Kerana dia akan nampak di hadapannya kalau ada orang lalu dan sebagainya. Tapi yang pertama sekali ditanya adalah kealiman seseorang dalam agama yang perlu diutamakan dalam memilih imam.
  2. Harus untuk tidak ikut jemaah kalau ada keuzuran atau sebab lain. Macam dalam hadis ini, Malik bin Ad-Dukhaisyin tidak menghadiri majlis itu.
  3. Boleh mengadu masalah yang dihadapi kepada pemimpin atau seseorang. Terutama kepada yang boleh menyelesaikan. Macam dalam hadis ini, Itban mengadu halnya kepada Nabi yang dia kadang-kadang tidak boleh menjadi imam. Bukanlah dengan mengadu itu sebagai tanda kita tidak redha dengan takdir yang telah diberikan oleh Allah.
  4. Seperti yang telah dibincangkan dengan panjang lebar sebelum ini, elok untuk ada tempat khusus untuk solat di rumah.
  5. Kena mendirikan saf apabila solat berjemaah. Walaupun solat itu di rumah.
  6. Pengunjung boleh jadi imam kalau tuan rumah izinkan. Seeloknya tuan rumah yang jadi imam. Ada hikmahnya apabila tuan rumah yang jadi imam. Dialah yang lebih berhak untuk menjadi imam. Itu adalah sebagai penghormatan kepadanya. Ini adalah sebagai tanda hormat kepada ketua.
  7. Tuan rumah boleh menampilkan imam lain kalau imamorang itu lebih elok untuk jadi imam. Dalam hal ini, tentulah lebih layak kalau Nabi Muhammad yang jadi imam.
  8. Masjid rumah masih boleh dijual atau dimiliki oleh orang lain. Bukan macam masjid biasa.
  9. Keharusan ambil berkat orang soleh. Dalam kes ini, tentulah Nabi mempunyai berkat. Tapi kalau orang lain, belum tentu lagi.
  10. Orang soleh yang diminta merasmikan sesuatu tempat itu kena pergi kecuali kalau dengan dia pergi itu boleh menyebabkan ujub atau menyebabkan fitnah atas orang lain.
  11. Janji mesti ditepati. Macam Nabi, apabila dia kata, dia akan datang, dia pastikan dia datang. Nabi telah kata in sha Allah. Jangan salahguna in sha Allah. Kalau dalam masyarakat kita, kalau sebut macam itu, kadang-kadang bermakna dia tak mahu nak datang.
  12. Boleh solat sunat berjemaah waktu siang. Kena tengok manakah yang telah dibuat Nabi. Tak boleh pukul rata sahaja. Jangan anggap semua solat sunat boleh dibuat berjemaah. Contohnya, macam solat kapit waktu, jangan sekali-kali buat berjemaah.
  13. Memuliakan tetamu dengan menjamu mereka. Tapi jangan sampai susahkan tuan rumah. Bukan wajib kena buat. Yang datang itu pun, kalau tuan rumah tidak sediakan makanan, jangan kata apa-apa pula.
  14. Memberitahu pemimpin tentang kemungkinan seseorang sebagai musuh. Mungkin tidak benar, tapi kena beritahu. Pemimpin memerlukan maklumat sebegitu.
  15. Pemimpin kena pastikan kebenaran. Jangan terima sahaja kata-kata dari anak buahnya. Kalau tahu bahawa maklumat yang diberikan tidak benar, kena beritahu kepada orang lain. Kalau tak beritahu, mereka akan ingat bahawa memang betul orang yang dimaksudkan itu bersalah. Dalam hadis ini, Nabi memberitahu bahawa tidak salah Malik bin Ad-Dukhaisyin.
  16. Tidak menghadiri majlis adalah salah kalau tanpa keuzuran.
  17. Ambil berat hal orang lain dalam jemaah adalah amalan para sahabat.
  18. Orang bawahan boleh undang pemimpin untuk menyempurnakan hajat. Pemimpin kena datang seboleh-bolehnya.
  19. Pemimpin boleh mengajak orang lain kalau dia tahu pengundang tidak kisah.
  20. Kena minta izin masuk rumah. Jangan intip dalam rumah. Dalam hadis ini, walaupun Nabi telah dijemput, tapi nak masuk rumah pun baginda minta izin dulu. Lepas itu, nak solat dimana pun dia minta izin dulu.
  21. Orang tidak bersalah mesti dipertahankan.
  22. Orang yang mati atas tauhid tidak akan kekal dalam neraka.
  23. Orang yang mengucapkan syahadah dengan ikhlas akan diselamatkan dari api neraka. Keikhlasan itu boleh dilihat atas perbuatannya dalam menegakkan agama.
  24. Kelebihan ahli Badr. Dalam riwayat ini tidak disenut Malik itu adalah ahli Badr tapi disebut dalam riwayat yang lain. Mereka telah melakukan satu pengorbanan dalam agama. Maka janganlah kita berkata tidak baik tentang mereka.
  25. Di Madinah waktu itu ada beberapa masjid lagi selain dari masjid Nabi. Dan masjid-masjid itu berdekatan kerana kalau waktu solat akan kedengaran beberapa azan.
  26. Mengambil berkat di tempat yang telah disolati Nabi walaupun sekali. Macam Ibn Umar akan selalu tanya dimanakah Nabi telah solat sebab dia nak solat disitu.
  27. Orang yang mengaitkan seseorang dengan nifak berdasarkan bukti yang dia ada, tidak salah. Nabi tak suruh lelaki yang kata itu beristighfar.
  28. Utamakan maksud tuan rumah sebelum perkara lain. Nabi telah solat dulu, baru makan. Dalam hadis lain, Nabi pernah dijemput makan. Maka, Nabi akan makan dulu dan lepas itu baru Nabi ajak solat sekali.
  29. Salah satu sifat nifak adalah tidak kasihkan Allah dan rasul. Ini disebut oleh sahabat dalam hadis ini.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s