We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 36 Bab Apabila Seseorang Masuk Ke Dalam Rumah (Seseorang Yang Mengundangnya Untuk Bersembahyang)…(dan seterusnya) May 16, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:40 pm
Tags: , ,

بَاب إِذَا دَخَلَ بَيْتًا يُصَلِّي حَيْثُ شَاءَ أَوْ حَيْثُ أُمِرَ وَلا يَتَجَسَّسُ

Bab 18 Apabila Seseorang Masuk Ke Dalam Rumah (Seseorang Yang Mengundangnya Untuk Bersembahyang Di Rumahnya) Adakah Dia Boleh Bersembahyang Di Mana Sahaja Dia Suka Atau Di Mana Sahaja Dia Diminta (Oleh Tuan Rumah / Pengundang Untuk) Bersembahyang Dan Dia Tidak Boleh Memandai-Mandai (Memilih Tempat Yang Tertentu Untuk Dirinya)

Tajuk ini mempunyai dua juzuk. Pertama berkait dengan pengunjung dan kedua berkait dengan pengundang.
Ada juga yang mengatakan ada tiga juzuk dan ketiganya adalah supaya tidak mengintip di rumah orang lain.

Kenapakah tidak boleh memandai-mandai memilih sendiri tempat untuk solat, padahal tuan rumah sudah ajak yang datang itu ke rumah dia dah. Tidakkah boleh kita solat dimana-mana? Sebenarnya Imam Bukhari nak bawa hujah supaya jangan solat ikut mana kita hendak. Kena ikut tuan rumah.

Tidak boleh mengintip itu adalah larangan untuk mencari salah orang lain. Terutama sekali kalau masuk rumah orang lain. Bila masuk rumah orang jangan nak tengok-tengok tak tentu pasal. Ada juga yang masuk ke rumah orang, tengok apa yang ada dalam rumah itu. Atau dia tengok samada orang itu kemas atau tidak. Lepas itu beritahu orang lain pula. Ini semua tidak boleh. Sebab orang ajak kerumah itu adalah untuk sembahyang atau hajat-hajat lain. Sebab dengan sembahyang itu membawa berkat.

Satu lagi makna yang lain adalah jangan memandai-mandai pilih tempat mana nak solat. Kalau pakai makna ini, maknanya adalah sebagai penguat kepada bahagian tajuk sebelumnya.

Apakah kaitan tajuk ini dengan masjid? Seperti yang kita tahu, kita boleh solat di mana-mana kawasan bumi, tapi masjid adalah tempat khusus. Begitu juga dalam rumah pun. Walaupun solat itu sah di mana-mana tempat dalam rumah, tapi lebih molek kalau ada tempat yang khas untuk digunakan sebagai tempat solat. Dengan ada tempat yang sebegitu, tentu tempat itu lebih dijaga dan lebih bersih. Begitu juga dengan masjid. Kerana kawasan masjid dan masjid itu sendiri dijaga dengan lebih tertib dan tidak boleh buat tak tentu pasal di situ. Itulah kaitannya dengan masjid.
Dan ini juga adalah dalil kepada pendapat yang mengatakan di rumah pun boleh ada masjid. Iaitu kepada mereka yang tidak dapat pergi berjemaah ke masjid. Mereka boleh solat di rumah sahaja. Itulah sebabnya, Imam Hanifah berpendapat perempuan hanya perlu solat di rumah sahaja, tidak perlu ke masjid. Sampaikan mereka boleh beriktikaf di ruang ‘masjid’ di rumahnya sahaja. Selain dari perempuan, ada juga orang lain yang tak mampu pergi ke masjid dah. Contohnya, kalau seseorang itu dah tua sangat. Dah tak larat nak ke masjid, jadi dia boleh gunakan ruang rumahnya yang telah dijadikan ‘masjid’ sebagai tempat solatnya.

Hadis ini adalah untuk kali pertama sahaja apabila pergi ke rumah sesiapa. Kalau lain kali pergi ke rumah itu, dan kalau dah tahu kat mana tempat solat, tak perlu tanya lagi dah. Atau walaupun kita pergi kali pertama, tapi kita dah nampak sejadah dah. Waktu itu, tentulah kita dah tahu kat mana tempat solat. Tak perlu tanya dah.

Ada yang kata, Imam Bukhari nak kias kepada semua perkara. Perkara yang lain dari solat pun kena minta izin tuan rumah dulu. Nak duduk dimana, makan dimana dan semuanya. Kerana hanya tuan rumah sahaja yang tahu aurat rumahnya. Maknanya, dia tahu mana yang boleh dimasuki pengunjung dan mana yang tidak. Kalau tuan rumah suruh makan atas lantai pun, walaupun dia ada kerusi makan, kita kena ikut. Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia tak benarkan kita duduk di meja makan.

406 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ عَنْ عِتْبَانَ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَاهُ فِي مَنْزِلِهِ فَقَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ لَكَ مِنْ بَيْتِكَ قَالَ فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى مَكَانٍ فَكَبَّرَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْنَا خَلْفَهُ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ

406. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari Ibnu Syihab dari Mahmud bin Ar Rabi’ dari ‘Itban bin Malik, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam datang ke rumahnya seraya bertanya: “Dimana kamu mahu aku bersembahyang untukmu di rumah ini?” Kata Itban: Maka aku mengisyaratkan kepada baginda ke satu tempat, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir dan kami membuat shaf di belakangnya, kemudian baginda pun salat dua rakaat.”

  1. Seorang pemimpin hendaklah cuba menyempurnakan hajat orang bahawannya.
  2. Ada yang menggunakan hadis ini sebagai dalil mengatakan adanya solat hajat berjemaah. Tapi tidak kuat hujah ini. Yang boleh dikatakan hanyalah Nabi memenuhi hajat seorang sahabat sahaja. Dan hajat itu khas untuk merasmikan ruang solat di rumahnya. Kita sekarang, macam-macam hajat kita buat solat hajat. Anak nak hadapi peperiksaan lah, ada penyakitlah, nak masuk pilihanraya lah, dan segala macam lagi.
  3. Kehendak rakyat bukan dalam perkara kebendaan sahaja. Mereka juga memerlukan ajaran agama dan keberkatan. Seorang pemimpin kena juga memenuhi keperluan itu.

Kuliah Maulana Asri

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 36 Bab Apabila Seseorang Masuk Ke Dalam Rumah (Seseorang Yang Mengundangnya Untuk Bersembahyang)…(dan seterusnya)”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s