We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 31 Bab Kaffarah Berludah Di Dalam Masjid…(dan seterusnya) May 12, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 2:11 am

بَاب كَفَّارَةِ الْبُزَاقِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 10 Kaffarah Berludah Di Dalam Masjid

Ada ulama yang mengatakan bahawa meludah walaupun ke kiri atau ke bawah tapak kaki juga adalah berdosa. Dosa itu tidaklah sebesar dosa lain. Dan untuk menutup dosa itu adalah dengan menimbuskan ludah kita itu.

Kaffarah itu adalah untuk kesalahan kecil.

398 حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبُزَاقُ فِي الْمَسْجِدِ خَطِيئَةٌ وَكَفَّارَتُهَا دَفْنُهَا

398. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Qatadah berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Meludah di dalam Masjid adalah suatu kesalahan. Maka kafarahnya (tebusannya) adalah menimbusnya.”

———————————–

بَاب دَفْنِ النُّخَامَةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 11 Menimbus Kahak Dalam Masjid

399 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ هَمَّامٍ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَلا يَبْصُقْ أَمَامَهُ فَإِنَّمَا يُنَاجِي اللَّهَ مَا دَامَ فِي مُصَلاهُ وَلا عَنْ يَمِينِهِ فَإِنَّ عَنْ يَمِينِهِ مَلَكًا وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ فَيَدْفِنُهَا *

399. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Nashr berkata, telah menceritakan kepada kami berkata Abdurrazaq dari Ma’mar dari Hammam ia mendengar Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “apabila salah seorang dari kalian berdiri untuk shalat, maka janganlah meludah ke arah depannya sebab ia sedang bermunajat dengan Allah selagi ia berada di tempat salatnya, dan jangan ke sebelah kanannya kerana di sebelah kanan ada Malaikat. Tetapi hendaklah ia meludah ke sebelah kiri atau di bawah tapak kakinya, kemudian menimbusnya.”

——————————————-

بَاب إِذَا بَدَرَهُ الْبُزَاقُ فَلْيَأْخُذْ بِطَرَفِ ثَوْبِهِ

Bab 12 Apabila Seseorang Itu Terpaksa Juga Meludah, Maka Hendaklah Dia Menadahnya Dengan Hujung Kain

400 حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى نُخَامَةً فِي الْقِبْلَةِ فَحَكَّهَا بِيَدِهِ وَرُئِيَ مِنْهُ كَرَاهِيَةٌ أَوْ رُئِيَ كَرَاهِيَتُهُ لِذَلِكَ وَشِدَّتُهُ عَلَيْهِ وَقَالَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي صَلاتِهِ فَإِنَّمَا يُنَاجِي رَبَّهُ أَوْ رَبُّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ قِبْلَتِهِ فَلا يَبْزُقَنَّ فِي قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ أَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَزَقَ فِيهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ قَالَ أَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا

400. Telah menceritakan kepada kami Malik bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas bin Malik, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melihat kahak di dinding sebelah kiblat lalu menanggalkannya. Dan nampak amat tidak senang dan memandang berat perbuatan Itu. Beliau pun bersabda: “Jika salah seorang dari kalian berdiri shalat, sesungguhnya ia sedang bermunajat dengan Rabbnya, atau sesungguhnya Rabbnya berada antara dia dan kiblatnya, maka janganlah ia meludah ke arah kiblat. Tetapi hendaklah ia lakukan ke arah kiri atau di bawah kaki (kirinya).” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil hujung kainnya dan meludah di dalamnya, setelah itu beliau melipat kainnya lalu berkata, “atau beliau melakukan seperti ini.”

Inilah cara yang terbaik sekali. Apa yang dimaksudkan dengan ‘melipat’ itu adalah dengan menggosok-gosok kain itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s