We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 30 Bab Janganlah (Seseorang Itu) Meludah Ke Sebelah Kanannya Ketika Bersembahyang…(dan seterusnya) May 12, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 1:48 am

بَاب لا يَبْصُقْ عَنْ يَمِينِهِ فِي الصَّلاةِ

Bab 8 Janganlah Seseorang Itu Meludah Ke Sebelah Kanannya Ketika Bersembahyang

Kali ini nak cerita belah kanan pula. Apakah tahap larangan itu? Adakah ianya haram?
Tapi tajuk ini kalau kita baca, ianya lain dengan hadis yang dibawa. Dalam tajuk diletak ludah tapi dalam hadis, ianya adalah kahak. Ianya adalah kerana kahak dan ludah sama sahaja. Kedua-duanya adalah tidak najis. Tapi larangan kepada keduanya sama sahaja.
Persoalan yang timbul: Larangan itu ketika solat sahaja atau luar sekali? Ada kata dalam solat sahaja dan ada yang kata luar sekali.

Sebelah kanan ada malaikat rahmah yang mencatit kebaikan. Sebab hormat itulah kita tidak dilarang meludah ke kanan. Luar sembahyang pun dia ada juga. Tapi kalau kita kata tak boleh sebelah kanan sebab ada malaikat, kita pun tahu bahawa belah kiri pun ada juga malaikat. Tapi yang lebih tinggi kedudukannya adalah malaikat yang sebelah kanan. Dia adalah ketua. Kerana pernah dalam hadis dikisahkan bagaimana Malaikat sebelah kiri dah nak tulis dah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu, tapi malaikat sebelah kanan suruh tunggu dulu. Dan bukan itu sahaja, dia banyak berbudi. Dialah yang membisikkan perkara-perkara yang baik kepada kita. Jadi kita kena beradab dengan dia. Dan sebenarnya, waktu solat, malaikat yang kiri pun pergi ke kanan. Sebab semasa dalam solat, tidak ada perkara yang buruk yang nak ditulis. Pada Bukhari hanya tak boleh ludah depan dan kanan dalam solat sahaja. Kalau diluar solat, tidak mengapa kalau kita hendak ludah.

Disini pun ada elemen beriman dengan malaikat. Kita tahu tugas mereka dari hadis-hadis yang macam ini. Kerana itulah penting untuk kita belajar hadis. Kerana walaupun kita sudah beriman dengan malaikat, tapi apakah fakta-fakta yang kita tahu tentang mereka? Takkan hanya percaya mereka wujud sahaja, tapi tidak tahu apakah yang mereka buat? Dengan ada hadis beginilah kita dapat tahu apakah kerja-kerja mereka. Kenapa Allah menjadikan malaikat itu? Tidak bolehkah Allah sendiri buat perkara-perkara seperti menurunkan hujan atau perkara-perkara lain? Itu semua adalah kerana Allah nak mengajar cara pemerintahan kepada kita. Bukan semua kita nak kena buat. Ada perkara-perkara yang kita kena suruh orang lain buat.

394 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ وَأَبَا سَعِيدٍ أَخْبَرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى نُخَامَةً فِي حَائِطِ الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَصَاةً فَحَتَّهَا ثُمَّ قَالَ إِذَا تَنَخَّمَ أَحَدُكُمْ فَلا يَتَنَخَّمْ قِبَلَ وَجْهِهِ وَلا عَنْ يَمِينِهِ وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى

394. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari Humaid bin ‘Abdurrahman bahawa Abu Hurairah dan Abu Sa’id keduanya mengabarkan kepadanya bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah nampak kahak pada dinding masjid, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil sebiji anak batu lalu menanggalkannya. Kemudian beliau bersabda: “Apabila salah seorang dari kalian berkahak janganlah ia berkahak ke sebelah hadapan atau ke sebelah kanannya, tapi hendaklah ia meludah ke sebelah kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya.”

 

395 حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَتْفِلَنَّ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلا عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ رِجْلِهِ

395. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku Qatadah berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian meludah ke sebelah depan (ketika solat) dan jangan juga ke sebelah kanannya, tapi hendaklah ke arah kiri atau ke bawah tapak kakinya.”

———————————————————-

بَاب لِيَبْزُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى

Bab 9 Hendaklah Meludah Ke Sebelah Kiri Ataupun Di Bawah Tapak Kaki Kirinya.

Walaupun dikatakan dalam hadis bahawa boleh meludah ke sebelah kiri, tapi sekarang tak boleh. Sebab sekarang masjid ada karpet. Oleh itu, kadang-kadang ada sesetengah hadis itu, hanya khusus dengan keadaan tertentu. Kalau sekarang pakai karpet, salah kalau kita ludah kebawah kaki pun. Seeloknya jangan meludah sekalipun. Kalau terpaksa juga, pakailah kain. Islam mengajar kebersihan. Supaya tak mahu ada orang yang geli untuk mengerjakan ibadah.

Oleh itu, boleh meludah kalau terpaksa, tapi dalam meludah itu jangan sampai keluar perkataan yang boleh dieja. Ulama kata kalau bunyi meludah itu boleh dieja kembali, jadi ianya seperti percakapan dan kita tidak dibenarkan bercakap dalam solat. Contoh meludah yang ada perkataan, ianya seperti ‘tuh!’, ‘tush’ dan sebagainya. Jangan buat bunyi yang boleh dieja.

Dalam kita belajar hadis ini, janganlah kita ambil mudah walaupun kita tahu ada pendapat mengatakan boleh buat. Contohnya, walaupun kita tahu yang boleh meludah, kalau boleh, janganlah kita buat. Kita pilihlah yang terbaik untuk kita.

396 حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي الصَّلاةِ فَإِنَّمَا يُنَاجِي رَبَّهُ فَلا يَبْزُقَنَّ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلا عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ

396. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Qatadah berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seorang Mukmin itu sedang salat, sesungguhnya ia sedang berbicara dengan Rabbnya. Maka janganlah ia meludah ke arah depan atau sebelah kanannya, namun hendaklah ia melakukannya ke sebelah kiri atau di bawah tapak kaki kirinya.”

397 حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْصَرَ نُخَامَةً فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ فَحَكَّهَا بِحَصَاةٍ ثُمَّ نَهَى أَنْ يَبْزُقَ الرَّجُلُ بَيْنَ يَدَيْهِ أَوْ عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى وَعَنِ الزُّهْرِيِّ سَمِعَ حُمَيْدًا عَنْ أَبِي سَعِيدٍ نَحْوَهُ

397. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami Az Zuhri dari Humaid bin ‘Abdurrahman dari Abu Sa’id bahwa pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam nampak kahak pada arah kiblat masjid, bagiinda lalu menanggalkannya dengan sebiji anak batu. Kemudian baginga melarang orang yang bersembahyang dari meludah ke arah depan atau sebelah kanannya. Tetapi hendaklah ia meludah ke arah kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya.” Dan dari Az Zuhri ia mendengar Humaid dari Abu Sa’id seperti ini.”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s