We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 26 & 27 Bab Tentang Qiblat (& seterusnya..) May 6, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 7:32 pm
Tags: ,

بَاب مَا جَاءَ فِي الْقِبْلَةِ وَمَنْ لَمْ يَرَ الْإِعَادَةَ عَلَى مَنْ سَهَا فَصَلَّى إِلَى غَيْرِ الْقِبْلَةِ وَقَدْ سَلَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَكْعَتَيْ الظُّهْرِ وَأَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ ثُمَّ أَتَمَّ مَا بَقِيَ

Bab 5 Tentang Qiblat Dan Orang Yang Tidak Berpendapat Perlu Diulangi Sembahyang Orang Yang Terlupa Sehingga Dia bersembahyang Dengan Menghadap Tidak Ke Arah Kiblat Tidak Perlu Mengulangi Solat. Pernah Nabi s.a.w Memberi Salam Pada Dua Rakaat Zohor, Kemudian Berpaling Kepada Orang Ramai. Selepas Itu Nabi s.a.w Menyempurnakan Sembahyangnya Yang Baki lagi.

Tajuk ini membincangkan apakah yang perlu dilakukan kepada yang tersilap memilih kiblat. Dia ingat dah betul dah, tapi selepas solat, dia baru tahu yang qiblat masa dia solat tadi salah. Adakah dia kena ulang semula solat atau qadha? Imam Bukhari nak kata tak perlu. Asalkan dia dah usaha dah untuk mencari kiblat yang betul semasa dia mula solat tadi. Pada Imam Bukhari, solat orang seperti ini adalah sah. Kalau dia tahu salah kiblat itu dalam solat, kenalah dia memusingkan badannya dalam solat itu untuk memperbetulkannya. Samada dia teringat sendiri atau ada orang beritahu. Kalau dah selesai, tak perlu ulang dah. Solat itu telah diterima. Samada waktu masih ada lagi atau telah habis. Dua-dua keadaan tidak perlu ulang kembali solat itu. Dalilnya adalah perbuatan Nabi sendiri dalam tajuk diatas. Nabi solat zuhur dua rakaat dan dah berpusing dah badan baginda mengadap sahabat. Kemudian Nabi apabila Nabi hendak mencukupkan waktu, baginda terus sambung solat mana yang tertinggal. Maknanya semasa dia berpusing itu tidak putus lagi solat. Tidak membatalkan kerana kalau dah batal, tentu Nabi akan ulang semula solat dari mula. Tapi tidak, Nabi hanya menyambung baki dua rakaat yang tertinggal sahaja.

Itu adalah pendapat Imam Bukhari. Secara dasarnya, ulama-ulama terbahagi kepada empat golongan berkenaan perkara ini:

  1. Kena ulang semula solat.
  2. Kena ulang kalau masih ada waktu lagi. Kalau dah lepas waktu, tidak payah. Ini adalah pendapat Syafie dalam qaul jadidnya.
  3. Tidak perlu ulang. Ini adalah pendapat Imam Bukhari dan jumhur ulama termasuk qaul qadim Imam Syafie.
  4. Imam Ahmad berpendapat tidak perlu diulang jikalau dalam musafir. Tapi kalau di rumah, perlu diulang.

Imam Bukhari hendak mengatakan bahawa tidak perlu diulang jikalau tersalah atau terlupa. Ini sesuai juga dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa pena Allah diangkat jikalau seseorang itu terlupa, tersilap atau dipaksa melakukan sesuatu. Dan dalam Quran juga, dalam surah Baqarah, kita disuruh berdoa supaya Allah tidak menghukum kita jikalau kita terlupa atau salah.

387 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
وَافَقْتُ رَبِّي فِي ثَلَاثٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ اتَّخَذْنَا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى فَنَزَلَتْ
{ وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى }
وَآيَةُ الْحِجَابِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ أَمَرْتَ نِسَاءَكَ أَنْ يَحْتَجِبْنَ فَإِنَّهُ يُكَلِّمُهُنَّ الْبَرُّ وَالْفَاجِرُ فَنَزَلَتْ آيَةُ الْحِجَابِ وَاجْتَمَعَ نِسَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْغَيْرَةِ عَلَيْهِ فَقُلْتُ لَهُنَّ
{ عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبَدِّلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ }
فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدٌ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا بِهَذَا

387. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin ‘Aun berkata, telah menceritakan kepada kami Husyaim dari Humaid dari Anas bin Malik berkata, ‘Umar bin Al Khaththab telah berkata, “Pendapatku bertepatan dengan Rabbku dalam tiga perkara. Aku pernah berkata: “Wahai Rasulullah, alangkah baik kalau kita jadikan Maqam Ibrahim itu sebagai garisan permulaan untuk sembahyang? Lalu turunlah ayat: ‘(Dan jadikanlah maqam Ibrahim sebagai tempat salat) ‘ (Qs. Al Baqarah: 125). Yang kedua tentang hijab. Aku pernah berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah baiknya jika engkau perintahkan isteri-isterimu itu berhijab kerana orang yang baik dan juga orang yang jahat semuanya boleh bercakap dengan mereka. Selepas itu turunlah ayat hijab. Dan yang ketiga, isteri-isteri baginda pernah berkumpul kerana cemburu kepada baginda, aku pun katakan kepada mereka, ‘Boleh jadi jika dia (Nabi) menceraikan kalian Rabbnya akan menggantinya dengan isteri-isteri yang lebih baik dari kalian.’ Maka turunlah ayat ini selepas itu.” Abu Abdullah berkata; telah meriwayatkan kepada kami Ibnu Abu Maryam berkata, telah meriwayatkan kepada kami Yahya bin Ayyub berkata, telah meriwayatkan kepadaku Humaid ia berkata, aku mendengar Anas seperti hadits ini.”

Saidina Umar adalah individu yang penting dalam sejarah Islam. Dia diberikan pemahaman agama yang tinggi dan dalam hal dunia juga. Kerana dia juga telah menjadi khalifah yang adil. Dalam hadis ini disebutkan 3 perkara tapi sebenarnya bukan 3 sahaja. Umar ada banyak kebetulan dalam quran dan dalam Taurat pun. Iaitu apabila dia memberikan pendapat, pendita Yahudi kata bahawa kata-kata Saidina Umar itu sama macam dalam Taurat padahal dia tidak pernah membaca Kitab Taurat.

Perkara-perkara yang Umar sama dengan Quran ini dinamakan Muwafaqat Umar. Kadang-kadang pendapat dia lain dari pendapat orang lain dan akhirnya jelas bahawa pendapat beliau sama dengan Quran. Kerana itulah Nabi percaya dan harap sangat kepada Umar. Bukan hanya tiga perkara yang disebut dalam hadis ini sahaja. Ada ulama kata 15 perkara. Tapi Imam Suyuti senaraikan lebih dari dua puluh perkara. Itu ada dalam kitabnya tapi masih kena tapis juga maklumat yang ada dalam kitab itu. Kita katakan bukan tiga sahaja kerana dari segi bahasa, bukanlah kalau sebut tiga, ianya hanya tiga sahaja. Ini adalah dinamakan Mafhum adat. Iaitu kena lihat kefahaman masyarakat juga. Iaitu makna bilangan itu kadangnya ada makna lain. Bilangan tujuh dalam bahasa Arab contohnya memberi makna ‘banyak’. Bahasa kita pun ada juga seperti begini. Apabila kita kata kita akan sampai ‘dua tiga hari’ lagi. Itu bukanlah bermaksud dua atau tiga hari tapi bermaksud kita akan sampai tak lama lagi. Jadi tidak semestinya tiga. Atau, ada juga kemungkinan waktu itu hanya ada tiga perkara sahaja baru terjadi. Atau pun riwayat dari perawi ini hanya ada tiga yang ini sahaja.

– Yang pertama adalah tentang Maqam Ibrahim. Maknanya, sebelum turun ayat, Umar yang cakap dahulu memberi cadangan. Inilah kaitan dengan tajuk yang Imam Bukhari bawa. Seeloknya solat dibelakang maqam Ibrahim. Iaitu dijadikan Maqam Ibrahim sebagai garis permulaan.

– Keduanya tentang Hijab. Selepas Umar cakap macam itu, kemudian turunlah ayat hijab untuk isteri-isteri Nabi. Ayat ini dijadikan salah satu dalil bahawa memakai hijab itu hanya wajib untuk isteri-isteri Nabi sahaja. Oleh kerana itulah selepas kewafatan Nabi, isteri-isteri Nabi hanya menyampaikan hadis dari belakang tabir sahaja kerana orang lelaki tidak boleh melihat wajah mereka. Kecuali kepada muhrim mereka macam anak saudara lelaki. Umar kata begitu kerana dia hendakkan supaya isteri-isteri Nabi memakai hijab sampai beliau pernah kacau isteri Nabi bernama Sauda’. Iaitu apabila Sauda’ keluar untuk qadha hajat pada malam hari, Umar menegur beliau dengan kata bahawa dia kenal Sauda’. Yang boleh kenal itu kerana Sauda’ memang seorang yang tinggi. Sauda’ telah mengadu hal itu kepada Nabi. Umar tahu yang Sauda’ akan mengadu kepada Nabi dan dia berharap dengan aduan itu akan mempercepatkan lagi penurunan ayat Hijab dari Allah. Dan ayat hijab pun turun. Umar buat semua itu kerana nak menjaga keluarga Nabi. Kadang-kadang musuh tidak dapat menyerang Nabi, mereka akan menyerang keluarga Nabi. Ini kena faham kerana isu ini telah dijadikan sebagai bahan kepada Syiah untuk memburukkan Umar. Mereka kata teruk betul Umar sampai isteri Nabi pun dia nak kacau. Tapi kalau kita belajar molek, kita akan tahu bahawa ada sebab kenapa Umar buat begitu. Umar adalah seorang yang pandai bijaksana dan faham betul agama.

Banyak khilaf tentang pakai niqab – tutup muka. Ada yang kata kena pakai kerana mereka kata walaupun isteri-isteri Nabi dan sahabat-sahabat suci hati pun, mereka disuruh pakai niqab. Mereka kata kalau begitu, kita patut lebih lagi. Kalau hijab semua terima dah. Tidak ada khilaf tentang pakai hijab, dan kalau khilaf, itu tidak boleh diterima pandangan mereka kerana pandangan mereka lemah. Tapi ini pasal niqab iaitu yang menutup muka secara keseluruhan. Macam-macam jenis niqab dipakai. Ada pakai tutup mulut dan hidung dan nampak mata, ada yang kelubung kain, ada yang pakai jaring untuk tutup mata, dan macam-macam lagi. Itu semua bergantung kepada kebiasaan sesuatu tempat. Kalau ada yang nak pakai, memang boleh dipakai. Bukan satu perkara bidaah. Isteri Nabi memang pakai. Dan memang ada sahabiat pakai niqab. Tapi banyak yang tak pakai. Kita tahu ramai yang tak pakai kerana dari hadis-hadis yang sampai kepada kita, kita tahu sahabiat zaman itu boleh dikenali. Sebenarnya, pemakaian niqab ini adalah satu khilaf dari zaman sahabat lagi. Tapi khilaf itu tidak menyebabkan mereka berpecah. Yang penting untuk kita tahu adalah jumhur ulama kata boleh buka muka dan tangan. Dan hukumnya harus kalau nak tutup juga.

Mazhab Hanafi memandang harus untuk membuka muka dan tapak tangan. Hujah mereka adalah Surah Nur:31. Allah berfirman: “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” Perhiasan yang zahir dalam ayat ini ditafsir sebagai celak dan cincin. Celak itu dimata dan cincin di tangan. Oleh itu, kalau Allah benarkan menunjukkan celak, tentulah Allah membenarkan muka dilihat. Dan kalau cincin dibenarkan lihat, tentulah tapak tangan juga dibenarkan lihat. Mazhab Hanafi juga mengatakan bahawa kaki bukan aurat sebab kaki perlu untuk berjalan dan manusia tidak tertarik pun dengan tangan.

Mazhab Imam Malik mewajibkan tutup anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Mazhab Syafie pula mengatakan boleh buka muka dan tapak tangan. Dalil yang dibawa adalah pernah Nabi larang muhrimah (wanita yang berihram) pakai sarung tangan dan niqab dalam ihram. Kalau muka dan tangan itu aurat, tentu Nabi sudah benarkan. Banyak keperluan dedahkan. Untuk berniaga contohnya, untuk belajar dalam universiti contohnya dan sebagainya. Ada juga dalam mazhab Syafie kata kaki pun tidak aurat.

Mazhab Hambali juga mengharus buka muka dan tapak tangan dalam solat.

Demikian adalah dalil-dalil yang membolehkan buka muka dan tapak tangan:

  1. Tafsir ayat Nur seperti yang telah disebut diatas.
  2. Ada satu hadis Aisyah. Anak saudara Aisyah datang dan perempuan itu tidak menutup aurat dan apabila melihatnya, Nabi telah berpaling. Nabi mengatakan apabila perempuan sudah cukup umur, hendaklah ditutup tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
  3. Pernah Asma jumpa Nabi dan Nabi berpaling dan jelaskan sama seperti yang baginda sebut kepada Aisyah.
  4. Ayat tudung adalah dalam Nur:31 – “hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka”. Dalam bahasa Arab, bahagian itu dipanggil ‘Juyub’. Dalam ayat itu, tidak disebut muka. Kalau memang Islam suruh tutup muka, tentu sudah disebut muka sekali dalam ayat itu.
  5. Lelaki disuruh menutup ‘sebahagian’ dari pandangan. Bukan semua sekali. Jadi, bermakna, ada yang boleh dilihat iaitu muka dan tapak tangan.
  6. Dalam hadis, ada dikatakan Allah akan jamin seorang manusia itu jikalau dia menjaga enam perkara. Salah satunya adalah menjaga pandangan. Kalau semua anggota dah tutup, kenapa nak suruh alih pandangan pula?
  7. Ada diturunakan ayat Quran berkenaan sudah halal isteri-isteri Nabi yang ada itu untuk Nabi dan baginda tak boleh tukar atau tambah lagi. Ada disambung ayat itu, “walaupun kecantikan mereka mempersonakan kamu”. Macam mana Nabi akan dapat tahu seseorang wanita itu cantik kalau semua pakai tutup muka?
  8. Ada satu dimana Nabi ternampak perempuan dan tertarik dengan kecantikan perempuan itu. Nabi terus menemui salah seorang isteri baginda untuk memuaskan nafsu baginda. Selepas itu Nabi menceritakan kepada sahabat, begitulah yang sepatutnya dilakukan jika nampak perempuan dan tertarik hati. Kerana apa yang perempuan itu ada, isteri kita ada juga. Kalau kita lihat hadis ini, macam mana Nabi boleh ternampak dan tertarik dengan kecantikan wanita itu kalau tak nampak muka? Bermakna, perempuan di zaman Nabi tidak semuanya memakai niqab. Semua ini menunjukkan bahawa kebanyakan perempuan tidak memakai niqab kecuali sedikit sahaja.
  9. Ada satu kisah dimana seorang perempuan bangun dalam majlis dan mengatakan bahawaa dia menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi hendak berkahwin dengannya. Nabi tengok beliau atas bawah tanpa berkata apa. Kerana Nabi tidak menjawab apa-apa, seorang sahabat telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan perempuan itu. Itulah kisah seorang sahabat yang tidak ada apa-apa harta dan telah dinikahkan dengan seorang wanita dengan maskahwin surah Ikhlas sahaja.
  10. Ada lagi kisah seorang sahabat yang muda nampak perempuan cantik. Nabi pusingkan tengkuk sahabat itu dan kata baginda buat begitu kerana takut syaitan akan ambil kesempatan. Maknanya lelaki itu nampak wajah perempuan itu kalau tak macam mana dia nak tahu perempuan itu cantik. Kejadian itu berlaku pada haji wada’ dan ayat hijab turun tahun kelima Hijrah. Ini bermakna, kejadian itu berlaku memang dah hujung-hujung hayat Nabi. Tidak boleh dikatakan bahawa ayat hijab telah memansukhkan kebolehan tidak menutup muka kerana ayat hijab itu telah lama turun dan haji Wada’ itu berlaku tahun 10Hijrah.
  11. Ada satu hadis dimana sahabat menceritakan perihal seorang sahabiah yang berjeragat pipinya. Kalau perempuan kena tutup muka, macam mana sahabat boleh nampak?
  12. Ada satu hadis riwayat Aishah yang mengatakan kaum wanita solat subuh di masjid dan keluar balik ke rumah tanpa dikenali kerana keadaan masih gelap. Bermakna, kalau keadaan tak gelap, mereka boleh dikenali. Kerana mereka tidak menutup wajah meereka.
  13. Ada seorang sahabiah baru kematian suami dan beliau telah bersolek. Seorang sahabat tegur beliau kenapa dia sudah bersolek sedangkan dia sepatutnya berkabung. Tapi dia menjawap bahawa eddahnya sudah tamat kerana dia baru lahirkan anak. Ini bermakna, seorang lelaki itu dapat mengetahui bahawa sahabiah itu bersolek sebab dia dapat lihat wajahnya. Kalau pakai niqab, macam mana dia nak tahu sahabiah itu pakai solek?
  14. Ada kisah seorang sahabat yang ralit tengok kecantikan seorang perempuan. Dia tak sedar sampaikan dia terempuh dinding. Nabi bersabda kalau mahu kebaikan untuk seseorang, Allas akan balas didunia lagi. Bermakna, sahabat itu telah dibalas dosanya ralit tengok perempuan itu di dunia lagi. Bermakna, perempuan itu tidak tutup wajahnya.
  15. Ada sahabiah datang nak jumpa Nabi nak tanya tentang anaknya yang kena bunuh. Dia datang dengan pakai niqab. Sahabat tanya kenapa dia datang nak tanya dalam keadaan tutup muka? Dia kata sebab dia malu. Kalau pakai niqab itu suatu kebiasaan zaman itu, tak perlu perawi nak cakap dalam menyampaikan hadis ini. Dan kita boleh lihat bahawa keadaan itu tidak biasa sampaikan sahabat tanya.
  16. Membuka wajah untuk dikenali adalah salah satu keperluan dalam muamalah dan dalam urusan sesama manusia. Supaya senang kenal kita berurusan dengan siapa.
  17. Dan ijma’ ulama mengatakan kena nampak wajah siapa yang bangun semasa di mahkamah pengadilan. Kalau tak macam mana hakim dan saksi nak kenal?

Itu adalah hujah mengatakan tidak perlu memakai niqab. Tapi mereka yang mengatakan wajib mengenakan niqab juga ada hujah mereka. Berikut adalah hujah mereka dan jawapan kepadanya:

  1. Pertamanya, kita kena ingat bahawa pendapat yang mengatakan bahawa wajib memakai niqab adalah pendapat minoriti. Sebenarnya, tiada dalil yang terang mengatakan kena tutup muka dan tangan. Yang ada hanyalah dalil mustashabihat -dalil yang tidak jelas. Kita kena utamakan dalil muhkamat –  dalil yang jelas.
  2. Ada kata ada ayat jilbab dalam Quran. Tapi ayat itu tidak jelas mengatakan kena tutup muka dan tangan.
  3. Kalau kena pakai niqab dan sarung tangan akan menyusahkan sebenarnya. Padahal Islam itu tidak menyusahkan umatnya.
  4. Mereka kata kalau isteri Nabi yang suci hatinya pun disuruh berkomunikasi dengan orang lain dibalik tabir, apatah lagi kalau orang lain yang tentunya tidak sesuci mereka. Ini tidak boleh digunakan sebagai satu ketetapan kenapa isteri-isteri Nabi disuruh memakai niqab itu, ilat mereka disuruh pakai tabir adalah supaya sahabat-sahabat Nabi tidak terlintas hendak menikah dengan isteri-isteri Nabi selepas wafatnya Nabi. Dan supaya selamat keluarga Nabi sampai tidak ada yang boleh kata tak molek tentang mereka. Sebab banyak orang munafik masa itu. Mereka mengambil peluang sahaja untuk mencemarkan kebaikan keluarga Nabi. Contohnya mereka ada buat cerita Nabi telah menceraikan isteri-isteri baginda. Itulah sebabnya Umar memikirkan bagaimanakah cara nak menyelamatkan keluarga Nabi. Kita orang biasa tidak mengalami masalah yang sama. Oleh itu, tidak perlu kita memakai niqab pada zaman sekarang. Lagipun disebut dalam Quran bahawa isteri-isteri Nabi tidak sama dengan isteri orang lain. Maka kalau dah lain, tidak boleh gunakan contoh mereka sebagai qiyas untuk menetapkan hukum yang sama kepada orang lain.
  5. Mereka menggunakan kaedah sadduz zari’ah. Untuk mengelakkan dari perkara tak molek dari berlaku. Ini adalah tidak sesuai disini. Secara dasarnya, sadduz zari’ah boleh pakai tapi tak boleh terlajak pakai. Kerana ianya akan menghilangkan faedah kepada manusia. Kalau syariat dah benarkan sesuatu, tidak patut kita menghalang sesuatu kerana fikiran kita rasa ianya adalah tidak elok. Kita tidak dapat tahu dengan fikiran kita samada apa yang kita buat itu adalah baik atau tidak. Jangan mengagak sahaja. Macam menghalang wanita dari ke masjid kerana nak mengelak fitnah. Tapi kalau begitu, perempuan tidak mendapat ilmu. Maka cukuplah saddu zari’ah yang agama telah ajar kepada kita. Jangan kita tambah lagi.
  6. Mereka mengatakan bahawa memakai niqab ini adalah Urf-adat zaman Nabi dan oleh itu kena pakai. Tapi urf pakai niqab ini adalah zaman Nabi atau selepas zaman Nabi? Bukan semua negeri pakai. Perbuatan Nabi sendiri tidak menunjukkan ianya adalah wajib tapi harus sahaja.
  7. Sekarang zaman dah rosak dan zaman kita bukan zaman sahabat. Jadi untuk ikhtiar, kena pakai niqab. Tapi zaman Nabi dulu ada gangguan juga. Bukan zaman sekarang sahaja kena ganggu orang perempuan. Zaman Nabi pun ada juga yang kena ganggu. Sebab manusia tetap manusia.
  8. Kalau nak haramkan sesuatu atau mesti buat sesuatu, kenalah ada dalil yang terang. Kerana hukum asalnya, manusia terbebas dari taklif – bebas untuk melakukan sesuatu. Asalnya kita harus melakukan sesuatu kecuali kalau dilarang. Orang yang kata haram membuka muka dan tangan yang kena bawa dalil yang jelas. Sekarang tidak jelas lagi kepada kita bahawa kena pakai niqab.
  9. Perempuan zaman sekarang pun perlu pergi bergaul dengan masyarakat. Pergi universiti dan sebagainya. Maka kalau dalam keadaan begitu, kena buka muka. Kalau tidak mereka tidak dibenarkan belajar dan bekerja. Bukanlah kebenaran membuka muka ini memberi ruang untuk pakai mekap berlebihan. Kena dalam batas yang dalam syarak.
  10. Kalau ada yang kata kena tutup sebab menyebabkan fitnah, bagaimana nak ianya sudah ke tahap menyebabkan fitnah? Bukan ada meter nak nilai. Ianya terlalu subjektif. Dan perkara yang subjektif macam itu tidak boleh dijadikan dalil untuk mengharamkan sesuatu.
  11. Dan ada kata kalau perempuan terlalu cantik, kena pakai. Tapi itupun subjektif. Yang cantik dimata kita belum tentu cantik dimata orang lain.
  12. Ada yang kata kena pakai niqab kalau dia tahu orang lelaki hendak menikmati wajahnya. Tapi bagaimana dia nak tahu orang lain nak tengok dia?

—————–

Ketiganya adalah kisah isteri-isteri Nabi cemburu. Keadaan Islam waktu itu adalah orang lain sudah mewah waktu itu. Tapi tidak kepada Nabi dan keluarga baginda. Dia mengekalkan kehidupan yang zuhud. Sampaikan bila Fatimah minta khadam pun Nabi tak bagi. Baginda ajar dia zikir sebelum tidur. Maka kita tahu bahawa isteri-isteri Nabi pun manusia juga. Mereka juga inginkan sedikit kemewahan. Tapi Nabi dan Allah tidak suka. Dari kerana kesilapan mereka, mereka telah kena tegur sampai sekarang ada termaktub dalam Quran teguran itu. Tapi gangguan itu tidaklah sampai Nabi disuruh cerai mereka. Cuma mereka diberi pilihan. Samada hendakkan terus bersama Nabi atau menikmati kehidupan yang lebih baik dari segi kebendaan. Allah sendiri yang mendisiplinkan mereka. Kerana kita tidak tahu hal mereka dan Allah sendiri yang mendidik mereka, maka jangan kita masuk campur. Jangan kita kata tak elok kepada isteri-isteri Nabi itu. Ayat Quran yang menegur mereka itu keluar sama dengan kata-kata Umar itu. Menunjukkan begitu hebat Umar. Itulah sebabnya ulama sampai kaji Fekah Umar. Begitu tinggi faham agamanya dan sumbangannya dalam Islam. Ibn Abbas yang dipandang tinggi itu anak murid utama dia. Ibn Umar pula anak dia. Ibn Umar sampai dipanggil Sayyidul Sahabah kerana tinggi ilmu agamanya. Tapi sayang, Syiah sampai hati burukkan Umar.

Ada lagi selain dari Muwafaqat Umar. Ada yang dinamakan awaliat Umar. Ianya adalah perkara yang mula-mula sekali dibuat oleh Umar dalam sejarah Islam. Contohnya, Umar adalah orang pertama yang jalan tengah malam untuk memeriksa keadaan masyarakat.

Selain dari itu ada lagi hukum-hukum dalam agama yang ada kena-mengena dengan Umar:

  1. Berkenaan tawanan Badr pun sama pandangan Umar dan ketentuan Allah. Umar cadangkan supaya tawanan perang itu dibunuh sahaja kerana nanti mereka akan menentang kaum Islam balik. Tapi pandangannya berlawanan dengan pandangan sahabat yang lain. Nabi telah mengambil pandangan sahabat yang lain tetapi kemudian turun ayat Quran yang bersamaan dengan pendapat Umar.
  2. Pengharaman arak. Banyak kali Umar tanya Nabi pasal arak. Dia berdoa supaya Allah berikan keterangan tentang arak sebab dua ayat pertama tak jelas haramnya. Akhirnya diturunkan ayat Quran yang jelas mengharamkan arak.
  3. Ada satu surah mukminun sama dengan apa yang dikatakan oleh Umar. Semasa Nabi membacakan tentang kejadian manusia dalam 23:12-14, sebelum Nabi habis membacakan keseluruhan ayat, Umar berkata: فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ. Maka Nabi berkata: ayat seterusnya macam itulah Umar! Bermakna, sebelum dibacakan ayat itu, Umar sendiri sudah sebut ayat itu.
  4. Umar pernah sekat Nabi dari solat jenazah Abdullah Ubay. Kerana Umar kata beliau adalah seorang yang munafik. Jadi tak molek kalau Nabi solatkan. Maka turunlah ayat yang melarang Nabi solat. Dia berani tegur kerana dia seorang yang berani.
  5. Dalam mesyuarat sebelum mereka pergi Perang Badr, Nabi tanya para sahabat samada nak keluar atau tunggu dalam Madinah. Umar cadangkan supaya mereka keluar. Quran telah benarkan pandangan Umar itu.
  6. Apabila ramai orang mencela Aisyah mengatakan dia telah berzina dengan seorang lelaki. Umar tanya Nabi, siapakah yang telah kahwinkan baginda? Baginda jawap: Allah. Maka Umar kata takkan Allah akan buat silap pilih Aisyah sebagai isteri kalau dia bukan orang yang baik. Kemudiannya telah turun ayat yang mengatakan bahawa Aisyah tidak bersalah.
  7. Awalnya, apabila buka puasa, hanya boleh makan dan bersama isteri waktu berbuka sahaja. Tapi disebabkan oleh Umar, maka kebolehan itu telah dibukakan sampai ke waktu sahur.
  8. Ada orang Yahudi yang kata mereka orang Yahudi sebenarnya memusuhi Jibrail. Jawapan Umar menempelak mereka sama macam dalam Quran.

 

388 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
وَافَقْتُ رَبِّي فِي ثَلَاثٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ اتَّخَذْنَا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى فَنَزَلَتْ
{ وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى }
وَآيَةُ الْحِجَابِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ أَمَرْتَ نِسَاءَكَ أَنْ يَحْتَجِبْنَ فَإِنَّهُ يُكَلِّمُهُنَّ الْبَرُّ وَالْفَاجِرُ فَنَزَلَتْ آيَةُ الْحِجَابِ وَاجْتَمَعَ نِسَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْغَيْرَةِ عَلَيْهِ فَقُلْتُ لَهُنَّ
{ عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبَدِّلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ }
فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدٌ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا بِهَذَا

388. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik bin Anas dari ‘Abdullah bin Dinar dari ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Ketika orang-orang sedang salat subuh di Quba’, tiba-tiba datang seorang laki-laki dan berkata, “Sungguh, tadi malam telah turun ayat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda diperintahkan untuk menghadap ke arah Ka’bah. Oleh itu mengadaplah kamu ke arahnya.” Mereka ketika itu sedang menghadap ke arah Syam. Sebaik mendengar keterangan orang tadi, mereka terus berpusing menghadap Ka’bah.

– Ini adalah peristiwa kedua. Dimana, selepas para sahabat solat bersama Nabi, mereka telah memberitahu orang lain bahawa kiblat telah bertukar.
Orang yang memberitahu itu mengatakan ayat Quran telah diturunkan ‘semalam’. Kenapa dia kata semalam, padahal ayat itu diturunkan waktu petang sebenarnya. Itu mungkin dari segi bahasa sahaja. Kita pun kalau kita kata semalam, bukan kita maksudkan pada waktu malam, petang pun termasuk semalam juga. Atau mungkin sahabat yang memberitahu itu dapat berita pun pada malam.

 

389 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ خَمْسًا فَقَالُوا أَزِيدَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا صَلَّيْتَ خَمْسًا فَثَنَى رِجْلَيْهِ وَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ

389. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu’bah dari Al Hakam dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari ‘Abdullah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melaksanakan shalat Zhuhur lima rakaat. Maka orang-orang berkata, “Apakah ada tambahan rakaat dalam salat?” Beliau balik bertanya: “Apa?” Mereka menjawab, “Engkau telah salat sebanyak lima rakaat.” Maka beliau pun melipatkan kakinya lalu sujud dua kali.”

 

Sebelum ini, ada hadis yang mengatakan perkara yang sama. Tapi dalam hadis itu, tidak jelas samada Nabi solat terkurang atau terlebih. Dalam hadis ini, jelas bahawa Nabi terlebih solat.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s