We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 22 Bab Qiblat Penduduk Madinah, Penduduk Syam Dan Penduduk Masyriq… May 1, 2013

بَاب قِبْلَةِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ وَأَهْلِ الشَّأْمِ وَالْمَشْرِقُِ لَيْسَ فِي الْمَشْرِقِ وَلَا فِي الْمَغْرِبِ قِبْلَةٌ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

Bab 2 Qiblat Penduduk Madinah, Penduduk Syam Dan Penduduk Masyriq. Qiblat Mereka Bukan Ke Arah Timur Atau Barat. Kerana Nabi s.a.w. Bersabda: Janganlah Kamu Menghadap Ke Arah Qiblat Ketika Membuang Air (Besar Atau Kecil) Tetapi Hendaklah Kamu Menghadap Ke Arah Timur Atau Barat

Ini adalah tajuk yang sukar untuk dibincangkan. Ini adalah kerana perbezaan naskhah-naskhah penyalin Kitab Sahih Bukhari dan perbezaan nahu. وَالْمَشْرِقُِ perkataan inilah yang sukar untuk ditafsirkan. Kenapakah Imam Bukhari meletakkannya disini? Adakah kesilapan penyalin? Ada yang kata begitu. Tapi kalau memang beliau berniat memasukkannya? Jadi kerana takut memang Imam Bukhari berniat hendak meletakkannya disitulah yang menyebabkan walaupun pensyarah Bukhari kehairanan, tapi mereka cuba mengagak apakah yang beliau hendak maksudkan.

Ini nak menunjukkan bahawa ulama mengkaji betul-betul apa yang disampaikan. Mereka begitu memerah otak untuk mencapai sesuatu maksud ulama. Begitulah Islam adalah satu-satunya agama yang menitik beratkan dari mana sumber agama itu. Tidak terus percaya. Mereka akan kaji dan kaji. Malangnya ada golongan umat Islam yang memandang ringan. Antara yang memandang ringan hadis adalah golongan Tarekat dan Sufi. Mereka memang hendakkan agama. Tapi cara mereka mengambil hadis adalah tidak kemas. Mereka kadang-kadang memakai dan menyebarkan hadis yang dhaif atau palsu. Dan mereka menyangka itu adalah agama. Hasilnya adalah mereka rosak dalam agama mereka.

Antara ilmu yang ulama kuasai adalah nahu, saraf, i’rab dan sebagainya. Ini adalah kerana hendak memahami apakah yang dimaksudkan oleh Quran dan Nabi. Bahasa yang Nabi gunakan adalah amat tinggi sekali. Kerana Nabi dipandu oleh Allah. Bahasa yang digunakan adalah tepat. Tapi hendak memahaminya, kenalah menguasai bahasa Arab yang tinggi. Sampaikan ada hadis yang ditolak kerana bahasa Arab yang digunakan salah. Bagaimana mungkin Nabi berkata bahasa Arab yang salah? Jadi pemahaman yang tinggi dalam Quran dan Hadis memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi.

380 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَتَيْتُمْ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا قَالَ أَبُو أَيُّوبَ فَقَدِمْنَا الشَّأْمَ فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ بُنِيَتْ قِبَلَ الْقِبْلَةِ فَنَنْحَرِفُ وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ تَعَالَى
وَعَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا أَيُّوبَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

380. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami Az Zuhri dari ‘Atha’ bin Yazid Al Laitsi dari Abu Ayyub Al Anshari, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kalian membuang air besar, maka janganlah kalian menghadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakanginya. Tetapi menghadaplah ke timurnya atau ke baratnya.” Abu Ayyub berkata, “setelah itu kami pergi ke Syam, kami dapati tandas-tandas di sana dibina menghadap kiblat. Maka kami berpaling dan kami memohon ampun kepada Allah Ta’ala.” Dan dari Az Zuhri dari ‘Atha berkata, aku mendengar Abu Ayyub dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti ini.”

Abu Ayyub adalah penghuni rumah yang Nabi mula tinggal semasa baginda sampai ke Madinah. Ramailah yang inginkan supaya Nabi tinggal di rumah mereka. Mereka mengajak dan menarik-narik unta baginda. Tapi baginda suruh lepaskan kerana katanya untanya itu dalam perintah. Unta itu bukan unta biasa. Unta itu telah berhenti di rumah Abu Ayyub. Tidak terkira sukanya. Rumahnya dua tingkat, dan dia segan duduk di atas sebab macam berada atas Nabi pula. Maka dia telah mensyorkan supaya Nabi tinggal di tingkat atas. Rumah dulu pun dah ada yang dua tingkat. Tapi Nabi kata biarlah baginda duduk di tingkat bawah kerana supaya senang sahabat-sahabat hendak menziarahi baginda. Walaupun Abu Ayyub duduk di bahagian atas rumah, tapi beliau berhati-hati sangat berjalan semasa di atas itu. Abu Ayyub telah mati semasa berperang di Turki. Dia telah cedera tapi dia minta orang bawa dia sejauh mana yang boleh dalam medan peperangan supaya dia mati lagi dalam medan peperangan. Panglima perang masa itu adalah Yazid, anak Muawiyah. Para sahabat ada yang berperang bersama dengan dia. Jadi, bagaimanakah ada yang kata dia seorang yang jahat? Suka main perempuan dan minum arak dan sebagainya, mereka tohmahkan. Itu semua adalah kerja Syiah. Turki semasa itu adalah dibawah kekuasaan Rom. Ini bermakna, Islam telah dimasukkan dengan usaha Khalifah Yazid. Mereka terhutang budi kepadanya kerana memasukkan Islam ke dalam negara mereka.

Kenapa hadis ini Nabi mengatakan hanya berkenaan air besar sahaja? Bagaimana dengan air kecil? Boleh mengadap kiblat kan? Sebenarnya apabila buang air besar, selalunya air kecil akan keluar sekali. Jadi, walaupun disebutkan hanya air besar sahaja, tapi itu termasuk dengan air kecil sekali.

Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh ulama dari hadis ini. Berkenaan membuang air ini sampaikan ada lebih kurang 8 pendapat yang dikeluarkan. Ini semua menunjukkan kelebihan kiblat itu, sampaikan hendak membuat perkara yang tidak molek seperti buang air tidak dibenarkan mengadap kiblat. Kiblat itu perlu dihormati.

  1. Ada yang kata tak boleh mengadap kiblat dalam membuang air secara mutlak. Samada di tempat lapang atau di dalam binaan. 
  2. Ada yang mengatakan ianya adalah harus secara mutlak. Pendapat ini mengatakan tidak kisah kalau membuang air dalam mengadap kiblat atau membelakanginya. 
  3. Ada pendapat yang mengatakan tidak boleh mengadap kibat tapi membelakanginya boleh.
  4. Ada yang kata tidak boleh di tempat yang lapang, tapi boleh jika dalam binaan. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Imam Bukhari.
  5. Ada pendapat yang kata membelakangi kiblat itu boleh jika dalam binaan.
  6. Ada yang kata haram mengadap kiblat dalam membuang air dan dan juga membelakanginya kerana kalau membelakangi kiblat, kita sebenarnya mengadap Baitulmaqdis. Mereka mengira Baitulmaqdis itu adalah kiblat juga, iaitu kiblat yang lama. 
  7. Haram kepada penduduk Madinah sahaja.
  8. Mengadap kiblat dalam membuang air adalah makruh tanzihi.

Seeloknya kita jaga dalam membuang air, lebih-lebih lagi kalau dalam rumah sendiri. Ini adalah kerana kita kena hormat kepada kiblat. Itulah cara Islam. Seelok-eloknya.

Apakah yang dimaksudkan oleh Abu Ayyub dengan berpaling itu? Mungkin dia berpaling daripada mengadap kiblat dalam membuang air. Tapi itu tentunya susah pula. Atau dia berpaling dari menggunakan tandas yang mengadap kiblat itu dan mencari tandas yang lain.

Mereka beristighfar kepada Allah. Adakah kerana mereka rasa bersalah menggunakan tandas yang mengadap kiblat? Mungkin mereka beristighfar kepada orang-orang yang membuat tandas yang mengadap kiblat itu. Tapi Syam waktu itu adalah negara orang kafir, jadi hairan juga kalau mereka memohon keampunan kepada orang kafir kerana tidak boleh memohon keampunan kepada orang kafir. Atau mungkin mereka memohon keampunan kepada orang-orang Islam yang membuat tandas itu. Kerana mungkin ada orang Islam yang sudah ada disana.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s