We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 13 Bab Orang Yang Bersembahyang Dengan Memakai Farruj Sutera, Kemudian Dia Menanggalkannya April 23, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 4:58 pm
Tags: , , , , , ,

بَاب مَنْ صَلَّى فِي فَرُّوجِ حَرِيرٍ ثُمَّ نَزَعَهُ

Bab 16 Orang Yang Bersembahyang Dengan Memakai Farruj Sutera, Kemudian Dia Menanggalkannya

Ada khilaf ulama tentang perkara. Imam Bukhari mengatakan bahawa ianya adalah sah kalau pakai sutera kerana Nabi tidak mengulangi solat baginda. Memang ianya haram dipakai. Imam Ahmad pula mengatakan bahawa ketika Nabi pakai sutera itu, belum diharamkan. Diharamkan hanya selepas solat itu. Iaitu kerana Jibrail memberitahu Nabi dalam solat itu. Maknanya kalau telah haram, Nabi tidak akan melakukannya. Jadi, pada pendapat Imam Ahmad, solat tidak boleh pakai sutera.
Memang Imam Bukhari bersetuju bahawa wahyu itu diturunkan semasa Nabi dalam solat. Tapi Nabi tidak terus membuka baju itu. Kalau tidak sah solat kerana memakainya, tentu Nabi dah membukanya semasa dalam solat lagi. Seperti juga kalau wudhu seseorang itu batal, dia tidak boleh meneruskan solat itu lagi. Itulah hujah Imam Bukhari mengatakan bahawa kalau solat pakai sutera tidak batal walaupun haram. Sesuatu perkara yang haram, tidak semestinya menyebabkan batal solat. Contohnya kalau kita pakai baju curi, itu adalah haram dan berdosa. Tapi kalau kita pakai baju itu dalam solat, tidaklah menyebabkan solat kita batal.

Kisahnya, lepas itu Nabi telah memberikan baju itu kepada Saidina Umar. Umar datang menemui Nabi dalam keadaan menangis kerana sangkakan Nabi hanya beri barang yang haram kepadanya. Nabi beritahu bahawa baginda bukan suruh Umar pakai baju sutera itu tapi suruh jual. Umar dapat jual dengan harga dua ribu dinar. Ini Menunjukkan kadang-kadang sahabat pun tidak faham apa maksud yang hendak disampaikan oleh Nabi.

362 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أُهْدِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرُّوجُ حَرِيرٍ فَلَبِسَهُ فَصَلَّى فِيهِ ثُمَّ انْصَرَفَ فَنَزَعَهُ نَزْعًا شَدِيدًا كَالْكَارِهِ لَهُ وَقَالَ لَا يَنْبَغِي هَذَا لِلْمُتَّقِينَ

362. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid bin Abu Habib dari Abu Al Khair dari ‘Uqbah bin ‘Amir berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah diberi hadiah sehelai farruj sutera (sejenis coat labuh yang terbelah dibahagian depan dan belakangnya), lalu baginda sembahyang dengan memakainya. Tetapi sebaik sahaja baginda selesai sembahyang, baginda terus menanggalkannya dengan kuat seperti seorang yang membencinya seraya bersabda: “Baju sutera ini tidak sesuai untuk orang-orang yang bertakwa.”

Farruj adalah satu pakaian yang labuh dipotong depan dan belakang. Supaya senang nak bawa naik kuda. Menunjukkan macam-macam fesyen boleh digunakan. Tidak salah untuk memakai pakaian yang berfesyen.

Farruj sutera itu dihadiahkan oleh seorang pembesar yang bernama Ukaidir. Dia adalah seorang pembesar Kristian yang dikatakan telah masuk Islam. Ada kata dia sebenarnya tidak masuk Islam. Cuma berdamai dengan Nabi. Akhirnya dia telah dibunuh oleh Khalid al Walid semasa pemerintahan Abu Bakr. Penting kena pastikan samada dia seorang Islam atau tidak, sebab kalau dia seorang sahabat, bagaimana pula berperang dengan sahabat? Jadi, oleh kerana dia telah berperang dengan Islam, maka eloklah dikatakan bahawa dia bukan seorang muslim, tapi semasa zaman Nabi, hanya berdamai sahaja dengan kerajaan Islam sahaja.

Nabi terima hadiah itu sebab bukan haram pada masa itu. Kalau haram pun masih boleh terima juga kerana Nabi pun beri juga kepada Umar selepas diharamkan. Cuma haram pakai. Pegang pun boleh, tidak ada masalah. Bukanlah haram itu sampai tidak boleh pegang. Tak boleh pakai sahaja. Macam juga lelaki tidak boleh pakai barangan emas, tapi dia masih boleh pegang lagi. Boleh juga jadi dijadikan bahan jual beli. Imam Abu Hanifah pun adalah saudagar sutera.

Apakah dimaksudkan dengan ‘orang bertaqwa’ dalam hadis ini? Nabi bersabda: “Baju sutera ini tidak sesuai untuk orang-orang yang bertakwa.” Adakah yang dimaksudkannya orang Islam sahaja atau mukmin? Sebab ada beza antara orang Islam dan orang mukmin. Contohnya, seorang perempuan yang tidak memakai tudung adalah seorang Islam, tapi tidak semestinya dia adalah seorang mukmin. Orang Mukmin itu adalah orang yang menjaga agamanya. Pendapat jumhur mengatakan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah tidak boleh dipakai oleh orang lelaki islam, samada mukmin atau tidak.

Banyak pendapat tentang hukum memakai sutera ini. Sampai ada 20 pendapat. Jumhur mengatakan bahawa halal kepada perempuan dalam semua keadaan dan haram kepada lelaki kecuali dalam keadaan tertentu. Ada yang kata lelaki boleh pakai waktu perang. Dan ada riwayat Nabi pakai sutera dibawah baju besi. Kerana boleh mengurangkan kecederaan kalau kena tikam. Pendapat tentang sutera ini ada juga yang kata kepada lelaki pun boleh pakai juga dalam semua keadaan. Antara hujah mereka adalah daripada hadis ini mengatakan cuma tidak sesuai kepada orang yang warak (orang mukmin) sahaja.

Sembahyang dengan pakaian yang didapati dengan haram adalah sah tapi berdosa. Kerana sesuatu ibadat tidak terbatal jika melakukan kesalahan yang tidak berkenaan dengan ibadat itu. Contoh, ternampak perempuan bogel dalam solat. Perbuatan itu tidak membatalkan. Walaupun memang berdosa. Tapi solat terbatal jikalau wuduk batal kerana ianya berkenaan dengan solat.

Harus menerima hadiah dari orang kafir. Kita diajar mesra dengan semua orang, tidak kira siapa. Pemimpin juga dibenarkan untuk menerima hadiah.

Hadis ini juga menunjukkan boleh pakai coat labuh.

—————————————————————————————————————————————–

بَاب الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْأَحْمَرِ

Bab 17 Bersembahyang Dengan Memakai Pakaian Berwarna Merah

Imam Bukhari hendak mengatakan bahawa boleh memakai baju merah, asalkan bukan dari pencelup usfur. Kerana ada hadis Nabi melarang seorang sahabat yang pakai baju yang telah menggunakan pencelup jenis itu. Kerana penggunaan warna itu menyerupai wanita. Kerana itulah baginda tidak membenarkan. Kerana lumrah warna itu dipakai wanita. Jadi hanya kepada lelaki sahaja dilarang. Perempuan tidak mengapa. Nabi memang melarang sangat lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Itulah sebenarnya yang hendak ditolak baginda. Sampaikan lelaki tidak boleh memakai pakaian yang lumrahnya dipakai oleh perempuan. Lelaki juga tidak boleh memakai wangian yang dipakai perempuan dan begitu juga sebaliknya.

Hadis ini menolak pendapat yang larang pakai baju merah sebab larangan itu dari hadis yang bertaraf dhaif.
Mungkin dikatakan tidak sesuai pakai baju merah sebab warna merah terang sampai mengganggu orang lain. Tapi bukanlah salah orang yang memakai pakaian itu. Yang kena tanya adalah kenapa orang yang melihat boleh terpesona.

363 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قُبَّةٍ حَمْرَاءَ مِنْ أَدَمٍ وَرَأَيْتُ بِلَالًا أَخَذَ وَضُوءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَأَيْتُ النَّاسَ يَبْتَدِرُونَ ذَاكَ الْوَضُوءَ فَمَنْ أَصَابَ مِنْهُ شَيْئًا تَمَسَّحَ بِهِ وَمَنْ لَمْ يُصِبْ مِنْهُ شَيْئًا أَخَذَ مِنْ بَلَلِ يَدِ صَاحِبِهِ ثُمَّ رَأَيْتُ بِلَالًا أَخَذَ عَنَزَةً فَرَكَزَهَا وَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ مُشَمِّرًا صَلَّى إِلَى الْعَنَزَةِ بِالنَّاسِ رَكْعَتَيْنِ وَرَأَيْتُ النَّاسَ وَالدَّوَابَّ يَمُرُّونَ مِنْ بَيْنِ يَدَيْ الْعَنَزَةِ

363. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ar’arah berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Umar bin Abu Za’idah dari ‘Aun bin Abu Juhaifah dari Bapaknya berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berada dalam kubah merah yang terbuat dari kulit. Dan aku lihat Bilal membawa sisa air wudhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan aku lihat orang-orang saling berebut mendapat lebihan air tersebut. Orang yang mendapatkannya maka ia langsung melumur-lumurkannya ditubuh mereka, dan bagi yang tidak memperolehinya pula mengambilnya dari kesan-kesan basah dari tangan temannya. Kemudian aku lihat Bilal mengambil lembing dan menancapkannya di tanah, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dengan mengenakan sepasang pakaian berwarna merah sambil beliau mengangkat kainnya dan memimpin orang-orang shalat sebanyak dua raka’at dengan menghadap ke arah tombak kecil sebagai sutrah. Dan aku lihat orang-orang dan haiwan melewati depan lembing itu.”

Ada riwayat lain kata Nabi larang pakai baju merah. Tapi dengan hadis ini yang dibawa oleh Imam Bukhari menunjukkan bahawa pakaian warna merah boleh dipakai. Dan hadis larangan pakai baju warna merah itu tidak melepasi piawaian Imam Bukhari. 

Riwayat lain kata bukan air yang disapu kemuka mereka tapi tangan Nabi kemuka mereka. Sejuk sekali dan wangi sekali tangan Nabi, lebih wangi dari kasturi, kata mereka. Riwayat itu ada dalam Bukhari juga.

Baginda telah sinsing baju sampai nampak betis. Maknanya bukan sentiasa Nabi pakai takat betis. Kali ini hadis ini menunjukkan bahawa Nabi pakai labuh sampai bila sinsing baru nampak betis baginda. Jadi pendapat yang mengatakan bahawa Nabi sentiasa pakai kain singkat tidak benar. Dalam Islam kena faham kenapa Nabi larang. Zaman itu kesombongan ditunjukkan dengan memakai kain yang labuh. Orang kaya pakai labuh, orang miskin pakai singkat. Jadi untuk menghilangkan rasa sombong itu, Nabi larang pakai labuh. Zaman sekarang tidak ada lagi. Tapi kesombongan ditunjukkan dengan cara lain. Contohnya ada yang tunjuk sombong dengan pakai spek yang mahal. Kena elak begitu.

Mereka telah solat zuhur dua rakaat kerana sedang dalam musafir. Nabi akan solat qasar kalau dalam perjalanan. Sampaikan mazhab Hanafi mengatakan tidak sah solat tamam (penuh) kalau dalam musafir.
Kejadian ini terjadi dalam perjalanan pulang selepas haji wada’.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Boleh pakai pakaian merah dalam atau luar solat.
  2. Boleh pakai khemah yang diperbuat dari kulit.
  3. Boleh mengambil bekas dari orang soleh. Tapi ada yang kata ini hanya khusus dengan Nabi. Dan elok kalau begitu kerana kalau pegang kata orang soleh sahaja, bahaya. Sebab boleh menyebabkan Syirik. Kerana sangka boleh mengambil berkat dari manusia pula. 
  4. Sunnah untuk menggunakan sutrah (tanda pemisah) dalam solat. Dalam hadis ini, Nabi telah menggunakan lembing yang ditancapkan ke tanah. Boleh guna benda lain. 
  5. Qasar lebih utama dilakukan dalam musafir.
  6. Boleh lintas depan sutrah. Kalau belakang sutrah, kita boleh halang sesiapa yang melintas. 
  7. Nabi pakai baju merah kerana ianya cantik. Tidak hilang warak dan zahid kalau pakai sesuatu yang cantik. Takkan kita nak kata Nabi tidak warak dan zahid pula sebab pakai yang cantik. 
  8. Air mustaqmal suci dan menyucikan. Kerana sahabat mengambil bekas air wudhu baginda dan menyapunya ke badan mereka. Ini berlainan dengan pandangan mazhab Syafie yang tidak menganggap air mustaqmal menyucikan.
  9. Menunjukkan kecintaan sahabat.
  10. Boleh sinsing baju.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s