We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 8 Bab Bersembahyang Dengan Memakai Baju Labuh, Seluar Panjang, Seluar Pendek Dan Baju Kelawar April 17, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 4:30 pm

بَاب الصَّلَاةِ فِي الْقَمِيصِ وَالسَّرَاوِيلِ وَالتُّبَّانِ وَالْقَبَاءِ

Bab 9 Bersembahyang Dengan Memakai Baju Labuh, Seluar Panjang, Seluar Pendek Dan Baju Kelawar

Dalam tajuk ini, Imam Bukhari meletakkan beberapa jenis pakai. Dia sebenarnya, hendak memberitahu kita bahawa pakai salah satu dari pakaian yang disebut diatas itu pun sudah mencukupi. Kalau hanya sehelai kain pun kena sembahyang juga. Nabi tidak melarang memakai sehelai kain sahaja. Sehelai baju labuh pun sehelai kain lah juga. Seluar panjang pun sehelai kain. Seluar pendek pun sehelai kain juga. Jadi bermakna sah untuk sembahyang walaupun kita ada satu jenis pakaian seperti diatas sahaja.

Baju kelawar itu adalah kain yang diikat dibelakang. Macam batman dan superman pakai itu.

352 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ أَوَكُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ ثُمَّ سَأَلَ رَجُلٌ عُمَرَ فَقَالَ إِذَا وَسَّعَ اللَّهُ فَأَوْسِعُوا جَمَعَ رَجُلٌ عَلَيْهِ ثِيَابَهُ صَلَّى رَجُلٌ فِي إِزَارٍ وَرِدَاءٍ فِي إِزَارٍ وَقَمِيصٍ فِي إِزَارٍ وَقَبَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَرِدَاءٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَمِيصٍ فِي سَرَاوِيلَ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَبَاءٍ فِي تُبَّانٍ وَقَمِيصٍ قَالَ وَأَحْسِبُهُ قَالَ فِي تُبَّانٍ وَرِدَاءٍ

352. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Muhammad dari Abu Hurairah berkata, “Seorang laki-laki bangun dan pergi ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya tentang salat dengan hanya memakai sehelai kain. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bertanya kembali: “Apakah setiap kalian memiliki dua helai kain?” Kemudian ada seseorang bertanya kepada ‘Umar tentang perkara yang sama, lalu ia menjawab, “Jika Allah memperluaskan (rezekimu), maka perluaskanlah (nikmatilah rezeki itu).” Seseorang itu boleh memakai beberapa pakaian. Dia boleh salat dengan memakai kain dan selendang, kain dan baju, kain dan baju kelawar, seluar panjang dan selendang’, seluar panjang dan baju, seluar panjang dan baju kelawar, seluar pendek dan baju kelawar’, seluar pendek dan baju.” Abu Hurairah berkata, “Aku rasa ‘Umar ada mengatakan, “seluar pendek dan selendang‘.”

Cara pertanyaan balik Rasulullah itu menunjukkan baginda tidak melarang menggunakan satu kain. Bermakna, keadaan mereka zaman itu adalah susah. Ramai antara mereka hanya ada satu kain sahaja. Jadi, tidak ada masalah kalau pakai sehelai kain sahaja. Islam itu tidak menyusahkan. Dan solat itu adalah amat penting. Kena juga dilakukan dalam apa jua keadaan seboleh mungkin.

Pertanyaan yang sama ditanya kepada Umar. Dia membenarkan kalau pakai satu kain sahaja. Tapi kalau Allah telah memberi rezeki kepada seseorang itu, eloklah pakai dua kain atau lebih dalam solat. Yang pelik sikit adalah kenapa boleh pakai seluar pendek pula? Dalam mazhab Syafie, itu sudah menunjukkan aurat. Tapi kepada Imam Bukhari, seluar pendek pun boleh juga sebenarnya. Kerana Imam Bukhari membahagikan aurat kepada dua: aurat besar dan aurat kecil. Berapa ramai yang tidak solat dan memberi alasan mereka tidak cukup kain untuk menutup aurat. Kalau ikut pendapat Imam Bukhari, boleh solat lagi. Macam nelayan yang kerja mereka memerlukan mereka pakai seluar pendek sahaja kerana kalau pakai seluar panjang, bila basah, akan berat seluar itu.

Kalau nampak paha, pada Imam Bukhari, itu adalah aurat ringan. Aurat yang berat itulah yang ditutup oleh semua orang walaupun bangsa tidak bertamadun pun. Manusia tidak sama. Ada yang susah tiada kain. Atau mereka sudah biasa pakai macam itu. Padahal kita disuruh untuk berdakwah kepada semua orang. Kalau mereka baru masuk Islam, mereka kena terus solat. Kalau kita paksa mereka kena pakai seluar panjang, tentu akan menyesakkan mereka. Susah kalau nak sebut semua perkara. Padahal mereka telah lama hidup dengan cara itu. Islam melihat perkara yang penting dahulu. Takut nanti mereka takut nak masuk Islam. Pada mazhab Imam Malik, paha juga bukan aurat. Dan hadis ini adalah dari kata-kata Umar tentang kebolehan memakai seluar pendek. Tentulah Umar tahu apa pakaian yang boleh dipakai dalam solat.

353 – حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ فَقَالَ لَا يَلْبَسُ الْقَمِيصَ وَلَا السَّرَاوِيلَ وَلَا الْبُرْنُسَ وَلَا ثَوْبًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا وَرْسٌ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا حَتَّى يَكُونَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ
وَعَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

353. Telah menceritakan kepada kami ‘Ashim bin ‘Ali berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu ‘Umar berkata, “Ada seseorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Apa yang harus dipakai oleh muhrim (orang yang berihram)?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Dia tidak boleh memakai baju, seluar, burnus, dan kain yang dicelup dengan celupan za’faran atau celupan waras. Dan siapa yang tidak memiliki sandal, ia boleh mengenakan khuf tapi hendaklah dipotong hingga berada dibawah buku lali” Dan dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti ini juga.”

– Lihatlah cara bagaimana Nabi menjawap. Soalan yang ditanya adalah apa yang boleh dipakai, tapi Nabi jawap apa yang ‘tidak’ boleh dipakai. Nabi menjawap dengan cara yang bijaksana. Baginda jawap apa yang tak boleh dipakai, bermakna selain dari itu, bolehlah dipakai. Sebab banyak yang boleh dipakai, jadi akan panjang pula jawapannya nanti. Bermakna, kita boleh sahaja menjawap soalan sebegini iaitu tidak menjawap secara terus, asalkan dapat capai makna.

Burnus adalah baju yang ada hud yang bersambung dengan baju. Di negeri sejuk mereka akan pakai baju sebegini untuk menutup telinga mereka juga. Dari hadis ini, kita boleh tahu bahawa tak boleh pakai pakaian berjahit untuk lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan semua manusia sama sahaja. Kerana ada manusia yang miskin sangat, sampai mereka tidak ada baju yang berjahit pun. Di hadapan Allah tidak penting siapa yang kaya atau miskin.
Celupan za’faran tak boleh kerana ianya berbau wangi. Nak beri manusia semuanya berada dalam susah sikit. Kerana ada manusia yang tak pernah pun pakai pewangi sebab mereka miskin sangat. Warna kain tidak apa. Selain dari za’faran itu ada bau, warna kuning dari celupuan za’faran itu pun tak boleh. Kerana kain itu akan berwarna macam kain yang dipakai oleh sami Buddha. Kita tidak dibenarkan memakai pakaian yang sama dengan pakaian agama mereka. Sebab pemakaian seperti itu adalah seperti sami mereka. Kalau sama dengan pakaian orang biasa sahaja, tidak mengapa. Begitu juga kita tidak dibenarkan pakai pakaian paderi. Kalau pakai kot tidak mengapa sebab itu bukan pakaian orang agama mereka. Bermakna, kalau kita pakai pakaian yang sama fesyen yang dipakai oleh masyarakat mereka tidak mengapa, asalkan tutup aurat.

Itu semua hanya ketika dalam keadaan ihram. Keadaan lain boleh pakai walaupun ketika solat. Tiada pakaian khusus untuk solat kerana kalau Islam mengkhususkan pakaian yang khas untuk solat, itu akan menyusahkan dan Islam tidak menyusahkan penganutnya.

Orang berihram dipanggil muhrim. Bukan mahram. Kita selalu tersilap guna perkataan. Kita tersilap mengatakan orang yang kita tak boleh kahwin dengannya sebagai ‘muhrim’. Padahal, penggunaan yang betul adalah ‘mahram’. Begitu juga BaitulMaqdis. Bukan Baitul Muqaddas. Kerana Baitul Muqaddas itu bermakna ‘rumah yang menyucikan’. Itu salah. Kalau kita percaya bahawa masjid itu boleh menyucikan manusia, itu adalah salah dari segi akidah.

———————————————————————————–

بَاب مَا يَسْتُرُ مِنْ الْعَوْرَةِ

Bab 10 Aurat Yang Mesti Ditutup

Satu cara terjemah tajuk ini adalah ‘bahagian mana dari aurat yang perlu ditutup’. Maknanya tak semua bahagian aurat wajib ditutup kalau ikut pendapat Imam Bukhari. Yang wajib adalah bahagian aurat berat iaitu qubul dan dubur. Yang selebihnya memang elok ditutup kerana dekat dengan aurat besar itu. Tapi pada Imam Bukhari, itu adalah aurat kecil. Dan bahagian lain pun lagi elok ditutup. Semakin tinggi kemajuan sesuatu bangsa itu, semakin banyak bahagian tubuh yang ditutup.
Ini adalah hukum untuk lelaki. Untuk perempuan akan dibincangkan kemudian nanti. Perempuan pun ada aurat besar dan kecil juga. Islam menjaga kehormatan manusia, oleh itu Islam menyarankan supaya kita menjaga maruah kita. Tapi ini adalah membincangkan soal hukum feqah, jadi perlu diperbincangkan apa yang perlu ditutup.

354 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ اشْتِمَالِ الصَّمَّاءِ وَأَنْ يَحْتَبِيَ الرَّجُلُ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ لَيْسَ عَلَى فَرْجِهِ مِنْهُ شَيْءٌ

354. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Laits dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang berselimut telanjang dan melarang seseorang duduk ihtiba` (duduk berpaut lutut) dengan sehelai kain dan tidak ada yang menutupi bagian kemaluannya.”

– Nabi larang duduk ihtiba‘ itu karana ia akan menampakkan kemaluan. Kerana kalau kita duduk macam itu, tentulah kain akan terangkat dan akan menampakkan kemaluan. Yang penting kena tutup kemaluan. Ini dalam solat atau luar solat. Hafiz ibn Hajar (pensyarah Sahih Bukhari) mengatakan bahawa ini hanyalah mengatakan tentang aurat di luar solat. Ini adalah kerana Hafiz adalah seorang yang bermazhab Syafie dan dalam mazhab syafie, kena tutup aurat antara pusat dan lutut, kalau tidak, tidak sah solat. Tapi birasnya, Badrudin Aini (juga seorang pensyarah Sahih Bukhari yang terkenal juga) mengatakan bahawa Imam Bukhari bermaksud di luar solat dan dalam solat.

Tak boleh berselimut tapi nampak aurat. Jangan berselimut tutup badan tapi terdedah faraj iaitu kemaluan. Faraj itu kemaluan untuk lelaki dan perempuan dari segi bahasa. Tambahan pula zaman dulu tidak pakai seluar dalam. Dalam ayat itu pun mengatakan satu kain sahaja. Maknanya orang yang memakai selimut itu tidak ada memakai seluar dalam. Maka kenalah jaga jangan ternampak kemaluan itu. Sebab itulah juga perempuan dalam hadis sebelum ini disuruh jangan mengangkat muka dari sujud sehinggalah lelaki habis sujud. Itu adalah supaya mereka tidak nampak aurat lelaki yang pakai kain yang singkat. Apabila kain mereka singkat, kain boleh terangkat semasa mereka sujud dan menampakkan kemaluan.

355 – حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ عَنْ اللِّمَاسِ وَالنِّبَاذِ وَأَنْ يَشْتَمِلَ الصَّمَّاءَ وَأَنْ يَحْتَبِيَ الرَّجُلُ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ

355. Telah menceritakan kepada kami Qabishah bin ‘Uqbah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang dua macam jual beli; jual beli semata-mata berdasarkan sentuhan dan jual beli semata-mata berdasarkan lontaran. Beliau juga melarang dari berselimut telanjang dan duduk ihtiba (berpaut lutut) didalam satu kain.”

356 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ قَالَ أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ بَعَثَنِي أَبُو بَكْرٍ فِي تِلْكَ الْحَجَّةِ فِي مُؤَذِّنِينَ يَوْمَ النَّحْرِ نُؤَذِّنُ بِمِنًى أَنْ لَا يَحُجَّ بَعْدَ الْعَامِ مُشْرِكٌ وَلَا يَطُوفَ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ قَالَ حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ثُمَّ أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا فَأَمَرَهُ أَنْ يُؤَذِّنَ بِبَرَاءَةٌ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَأَذَّنَ مَعَنَا عَلِيٌّ فِي أَهْل مِنًى يَوْمَ النَّحْرِ لَا يَحُجُّ بَعْدَ الْعَامِ مُشْرِكٌ وَلَا يَطُوفُ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ

356. Telah menceritakan kepada kami Ishaq berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami anak saudara Ibnu Syihab dari Pamannya berkata, telah mengabarkan kepadaku Humaid bin ‘Abdurrahman bin ‘Auf bahwa Abu Hurairah berkata, “Abu Bakar mengutusku dalam haji itu bersama kumpulan yang mengisytiharkan hari raya haji. Kami mengisytiharkan di Mina bahawa orang Musyrik tidak boleh lagi mengerjakan haji setelah tahun ini dan tidak boleh thawaf dengan keadaan telanjang.” Humaid bin ‘Abdurrahman berkata, “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memboncengkan Ali lalu memerintahkannya untuk mengumumkan Perisytiharan Bara’ah (Pembatalan Perjanjian Damai).” Abu Hurairah berkata, “‘Ali lalu mengumumkan bersama kami kepada orang-orang yang berada di Mina di hari Nahar (Hari Raya Haji), bahwa orang Musyrik tidak boleh lagi mengerjakan haji setelah tahun ini dan tidak boleh thawaf di Baitillah dengan keadaan telanjang.”

– Tawaf lebih kurang sama sahaja dengan solat. Kurang sikit sahaja. Sebab ada perkara boleh dibuat dalam tawaf tapi tidak dalam solat seperti bercakap, berjalan dan sebagainya. Sedangkan tawaf pun tak boleh telanjang, apatah lagi solat. Kalau solat pun boleh seluar pendek, maka tawaf pun boleh pakai seluar pendek. Aurat yang ringan dimaafkan. Setengah ulama memang mengatakan memang peha bukan aurat. Cuma pada Imam Bukhari, ianya memang aurat tapi aurat yang kecil. Tidak ada alasan kepada manusia untuk tidak sembahyang kalau tidak ada pakaian. Janji sembahyang tidak boleh tinggal sebab penting sangat. Itulah yang hendak disampaikan. Bukan nak suruh pakai seluar pendek pula.

Hadis ini juga menunjukkan orang musyrik pun sebenarnya tawaf juga dulu. Kerana mereka mengikuti amalan dari Nabi Ibrahim dahulu. Cuma mereka banyak ubah sebab dah lama dah ajaran Nabi Ibrahim itu.
Hadis ini berlaku semasa tahun 9 Hijrah.
Sebenarnya hari raya korbanlah yang lebih besar dari hari raya puasa. Tapi terbalik pula di Malaysia ni.

Perisytiharan itu adalah seperti apa yang ada dalam surah Baraah. Ianya dalah tentang Pembatalan perjanjian dengan orang musyrik. Tahun 6 Hijrah, Muslimin dari Madinah nak buat umrah tapi tapi tidak dibenarkan pada tahun itu, hanya dibenarkan tahun berikutnya. Dan waktu itu juga telah diadakan 10 tahun perjanjian untuk tidak berperang sesama mereka. Selain dari mereka, pihak-pihak, puak-puak yang lain, boleh memilih nak sebelah pihak mana. Selama setahun tidak ada apa-apa berlaku. Tahun ke 7 muslim buat umrah qadha. Tapi kemudian, Banu Bakr yang disebelah Musyrikin Mekah telah menyerang banu Quzaa’ah yang menyebelahi pihak Islam. Kafir Quraish telah menolong banu Bakr, iaitu satu kesalahan dalam perjanjian antara mereka. Itulah yang menyebabkan putus perjanjian. Itulah yang menyebabkan Fath Makkah. Ada 4 golongan yang disentuh dalam surah ini dan apa yang dilakukan kepada mereka. Sebab ada yang mungkir janji dan ada yang tidak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s