We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 7 Bab Larangan Bertelanjang Ketika Bersembahyang Dan Selainnya April 16, 2013

بَاب كَرَاهِيَةِ التَّعَرِّي فِي الصَّلَاةِ وَغَيْرِهَا

Bab 8 Larangan Bertelanjang Ketika Bersembahyang Dan Selainnya

Fitrah manusia adalah menutup aurat. Memang kita akan secara normalnya akan menutup aurat. Kalau kaum asli yang tamadun rendah itu pun mereka tutup aurat juga. Kecuali kalau dalam keadaan darurat. Atau ketika-ketika yang dikecualikan. Seperti kalau kita masuk dalam tandas. Atau ketika suami isteri bersetubuh. Dibenarkan membukan aurat dan melihat aurat masing-masing. Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah yang kata dia tak pernah lihat aurat Nabi itu adalah tidak sahih. Jadi, janganlah takut untuk bermesra dengan suami isteri. Ketika kita masuk dalam tandas, dibolehkan untuk berbogel kerana memang ada keperluan. Islam itu mudah. Kalau dibenarkan untuk bersetubuh dan buang air, maka jalan ke arahnya juga dibenarkan. Iaitu, kalau bersetubuh dibenarkan, melihat aurat juga dibenarkan. Kerana itulah yang menyebabkan timbulnya berahi.

Dan kita boleh tengok aurat sendiri. Kisah yang mengatakan bahawa Saidina Ali tidak pernah melihat aurat, termasuklah auratnya sendiri adalah tidak benar. Mereka kata sebab dia tidak pernah lihat auratnya sendirilah yang namanya ditambah dengan ‘Karamallahu wajhah’. Itu tidak benar. Sebenarnya gelaran itu diberikan kepadanya kerana hendak membersihkan namanya kerana ada yang tidak suka kepadanya sampai berdoa semoga Allah hitamkan wajah Saidina Ali. Maka ahli-ahli sunnah menambah gelaran itu untuk melawan kata-kata orang yang jahat itu. Maknanya, gelaran itu diberi oleh puak Sunnah, bukan puak Syiah. Puak Syiah pakai gelaran ‘alaihis salam’ kepada beliau. Padahal, gelaran itu hanya digunakan oleh para Nabi dan para Malaikat. Mereka memuja Ali berlebihan sampai mengangkat beliau ke tahap yang tidak sepatutnya.

Jadi, seperti yang kita telah tahu, Islam mewajibkan kita menutup aurat. Dalam tajuk diatas, Imam Bukhari bukan sahaja kata wajib menuutp aurat dalam sembahyang, tapi diluar sembahyang juga. Bukanlah macam agama lain, mereka tak suruh jaga aurat ni, malah ada yang suruh buka aurat pun ada, macam ada mazhab dalam agama Hindu, ada hari-hari tententu, mereka akan keluar bertelanjang sahaja – lelaki dan perempuan. Dan menyedihkan juga, kerana ada kisah satu pesantren di Indonesia yang anak muridnya mandi ramai-ramai dalam keadaan telanjang. Itu tidak boleh sebenarnya. Kalau kita nampak, boleh tegur terus mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan. Syariat Nabi Muhammad mewajibkan menutup aurat. Lainlah kalau syariat Nabi Musa, dibenarkan mandi ramai-ramai dalam keadaan bogel. Tapi itu adalah syariat dulu, tak boleh pakai sekarang.

Hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari menujukkan bahawa Allah pengsankan Nabi bukan dalam solat pun. Ini menunjukkan Allah tak redha Nabi menunjuk aurat, walaupun di luar solat. Hukum ini termasuk juga kepada umat Nabi Muhammad kerana jikalau Allah tidak redha untuk Nabi, maka bermakna Allah tidak redha untuk umatnya juga. Cuma kepada Nabi, Allah pelihara dari Nabi dari buat dosa sebab nabi-nabi adalah maksum. Itulah sebabnya Allah pengsankan Nabi sebelum dia buka aurat dia. Ini bermakna mendedahkan aurat itu berdosa. Allah tidak mahu Nabi melakukan perbuatan dosa samada sengaja atau tidak. Waktu itu, Nabi belum dilantik menjadi rasul lagi, tapi Allah dah pelihara baginda. Imam Bukhari nak hujah, kalau luar solat pun tak boleh tunjuk aurat, apatah lagi kalau dalam solat. Sebab dalam hadis ini tidak disebut dalam solat. Dia pakai kaedah minbabil awla. Iaitu, kalau perkara kecil pun tidak dibenarkan, perkara yang besar lagilah tak boleh. Sebagai contoh, kita tidak dibenarkan berkara ‘uff’ kepada emak ayah kita. Kalau itu pun tidak dibenarkan, apatah lagi kalau kita pukul mereka. Tentulah lagi tak boleh.

351 – حَدَّثَنَا مَطَرُ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْقُلُ مَعَهُمْ الْحِجَارَةَ لِلْكَعْبَةِ وَعَلَيْهِ إِزَارُهُ فَقَالَ لَهُ الْعَبَّاسُ عَمُّهُ يَا ابْنَ أَخِي لَوْ حَلَلْتَ إِزَارَكَ فَجَعَلْتَ عَلَى مَنْكِبَيْكَ دُونَ الْحِجَارَةِ قَالَ فَحَلَّهُ فَجَعَلَهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ فَسَقَطَ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ فَمَا رُئِيَ بَعْدَ ذَلِكَ عُرْيَانًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

351. Telah menceritakan kepada kami Mathar bin Al Fadlal berkata, telah menceritakan kepada kami Rauh berkata, telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Ishaq telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Dinar berkata, aku mendengar Jabir bin ‘Abdillah menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memunggah batu bersama orang-orang kafir Quraisy untuk pembinaan semula Ka’bah, ketika itu beliau memakai kain.”Al ‘Abbas lalu berkata kepadanya, “Wahai anak saudaraku, alangkah baiknya jika kau membuka kainmu dan meletakkannya diatas kedua belah bahumu sebagai pelapik kepada batu-batu (yang kau pikul itu). Perawi berkata: Maka baginda membuka kainnya dan hampir meletakkannya atas kedua belah bahu, tiba-tiba beliau terjatuh pengsan. Setelah peristiwa itu tidak lagi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dilihat bertelanjang (tidak terdedah auratnya).”

Sebenarnya, Kaabah telah beberapa kali roboh. Walaupun ianya adalah rumah Allah, tapi boleh juga roboh. Sebab ianya adalah binaan manusia. Yang penting adalah tempat itu. Katakanlah tidak ada bangunan Kaabah, kita masih lagi disyariatkan untuk bertawaf mengelilinginya tapak Kaabah itu. Di zaman Nabi terjadi pembinaan semula Kaabah. Kejadian itu terjadi sebelum Islam dan Nabi belum lagi menjadi rasul. Puak Quraish telah berpakat untuk bina balik Kaabah. Tapi mereka tahu mereka kena guna wang yang halal. Duit-duit riba atau duit dari hasil maksiat tak boleh pakai. Kerana mereka memegang ajaran Nabi Ibrahim. Cuma meraka banyak tambah daripada ajaran yang asal. Sebab dah lama Nabi Ibrahim tiada. Apabila hanya menggunakan wang yang halal, maka tidak banyak wang dapat dikumpul. Jadi binaan Kaabah itu kecil sahaja dari asalnya. Sebab itulah, hatim atau Hijr Ismail itu ada binaan melengkung sahaja dan tidak dinaikkan. Sebab duit nak bina tak cukup. Oleh itu, ketahuilah bahawa bahagian dalam Hijr Ismail itu adalah dalam Kaabah sebenarnya. Sebab itu kita tidak dibenarkan tawaf memasuki dalam bahagian itu, kerana ianya masih lagi bahagian Kaabah. Dan kalau kita dapat masuk dalam Hijr Ismail itu, kita sebenarnya berada dalam Kaabah.

Hadis ini adalah salah satu jenis hadis Mursal Sahabi. Mursal bermakna, seseorang perawi itu tidak memberitahu dari siapakah dia ambil riwayat itu. Kerana Jabir tidak ada dalam kejadian itu. Dari siapakah dia ambil riwayat itu? Mungkin dari Abbas sendiri. Itu yang munasabah. Kerana ada riwayat Ibn Abbas dari ayahnya (Abbas) dengan lebih lengkap. Kalau dia ambil dari sahabat, walaupun dia tidak menamakan siapakah yang diambil, hadis itu boleh diterima kerana ia adalah mursal sahabi. Dipercayai kerana sahabat boleh dipercayai. Tapi, kalau tabein, mereka tidak boleh meninggalkan nama orang yang diambilnya. Atau ada kemungkinan Jabir ambil sendiri dari Nabi, maka hadis itu bukan lagi mursal, tetapi dinamakan marfu‘. Diangkat kerana diambil dari Nabi sendiri. Mungkin Nabi cerita balik kepada Jabir.

Berapakah umur Nabi ketika kejadian itu? Ada yang kata 15 tahun. Ada kata 25 dan ada kata 35 tahun. Yang pasti, waktu itu, baginda belum diangkat menjadi rasul lagi.
Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu untuk kita memahami hadis ini. Zaman itu, kalau bertelanjang pun adalah perkara biasa. Bukan memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang. Sebab, mereka sendiri pun waktu itu bertawaf keliling Kaabah semasa musim Haji bertelanjang. Tidak memalukan kalau bertelanjang dalam keadaan biasa, macam juga syariat zaman Nabi Musa yang membenarkan mandi ramai-ramai dalam keadaan bogel. Nabi Musa juga mandi bertelanjang, tapi dia mandi di tempat yang jauh dari orang ramai. Itu adalah kerana dia malu. Tapi bukanlah salah kalau dia mandi telanjang dengan orang lain pun. Ini kita telah belajar dalam Kitab Mandi Janabah. Jadi, kalau benar Nabi telanjang, ianya bukanlah perkara yang memalukan kepadanya atau menjatuhkan maruahnya di mata masyrakat waktu itu kerana ianya adalah perkara biasa.

Dan kalau benarlah Nabi telanjang, yang tengok dia pun pakcik dia sahaja, iaitu sebelum baginda jatuh pengsan. Dan kedudukan seorang bapa saudara itu adalah seperti bapa juga dalam Islam. Maka, tidaklah menjadi kesalahan kalau bapa sendiri atau bapa saudara melihat aurat anaknya.
Tapi yang sebenarnya, tidak jelas Nabi telanjang atau tidak dalam hadis ini. Memanglah perawi menggunakan perkataan ‘telanjang’, tapi itu kena bahaskan lagi. Kerana dalam hadis itu, Abbas hanya menyuruh Nabi untuk membuka kainnya sahaja. Dan letakkan di bahunya kerana baginda sedang mengangkat batu dan kalau tidak, mungkin bahunya akan luka. Mungkin ada baju panjang lagi yang Nabi pakai. Tidak semestinya Nabi hanya memakai satu kain sahaja. Mungkin dia ada pakai baju yang labuh. Kalau begitu, apabila Nabi buka kainnya, hanya nampak bahagian lutut sahaja – bukan aurat besar, tapi aurat kecil sahaja kalau nampak lutut dan peha. Itupun ada yang kata dah telanjang. Kerana penggunaan bahasa yang berbeza dengan kita. Contohnya, walaupun zaman sekarang di Pakistan, kalau seseorang lelaki keluar dengan buka baju sahaja, sudah dikatakan dia ‘telanjang’. Padahal, dia sedang menutup aurat. Jadi, mungkin bahasa yang digunakan oleh perawi itu bukanlah mengatakan telanjang bulat seperti yang kita faham.

Ataupun ada  kemungkinan memang baginda belum buka lagi kain baginda itu. Baru nak buat tapi Allah dah pengsankan untuk beri peringatan kepada Nabi. Yang kata baginda ‘telanjang’ itu adalah mungkin tasarruf perawi sahaja. Andaian perawi sahaja.
Allah menjaga maruah Nabi sebelum jadi Nabi lagi. Padahal kejadian itu sebelum baginda diangkat menjadi Nabi. Begitulah Allah menjaga Nabi dari melakukan dosa. Satu kali lagi, pernah Nabi pergi tempat hiburan bersama kawan-kawannya semasa kecil. Tapi Allah tidurkan baginda dan baginda tidak melihat langsung hiburan itu. Ini kerana Allah menjaga Nabi dari melakukan maksiat.

Kita tidak boleh kata perbuatan salah para Nabi sebagai berdosa. Apa yang mereka buat itu adalah ‘kegelinciran’ sahaja. Atau tersasul. Macam perbuatan Nabi Adam memakan pohon larangan. Atau perbuatan Nabi Muhammad tidak melayan orang buta yang hendak bercakap dengannya kerana dia sedang bercakap dengan pembesar quraish kerana dia berharap mereka akan masuk Islam dan nanti akan ramailah masyarakat akan masuk Islam sekali. Sedangkan yang buta itu telah Islam. Setakat itu pun Allah dah tegur.

Allahu a’lam. Ya Allah, tambahlah ilmu untuk kami.

 

Kuliah Maulana Asri

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s