We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 5 Bab Apabila Seseorang Bersembahyang Dengan Memakai Sehelai Kain Sahaja April 14, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 10:31 pm

بَاب إِذَا صَلَّى فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَلْيَجْعَلْ عَلَى عَاتِقَيْهِ

Bab 5 Apabila Seseorang Bersembahyang Dengan Memakai Sehelai Kain Sahaja, Dia Hendaklah Meletakkan (Sebahagian Daripada) Kain Itu Di Atas Kedua Belah Bahunya

Ada dua perkara yang hendak Imam Bukhari bawa dengan tajuk ini. Pertama, ada khilaf ulama tentang menutup bahu. Jumhur ulama mengatakan tidak wajib menutup bahu. Tapi ada yang kata tidak, seperti Imam Ahmad yang kata solat tidak sah kalau tidak tutup bahu. Itulah pendapat dia. Atau dalam satu lagi pendapat dia, solat itu sah, tapi berdosa. Perbezaan pendapat itu adalah kerana perbezaan pemahaman dalam memahami hadis Nabi. Sebab ada yang kata suruhan Nabi itu bukanlah wajib tapi lebih molek sahaja. Imam Bukhari berada di pihak jumhur – tidak wajib menutup bahu. Sebab ada hadis riwayat Jabir yang kata Nabi suruh dia pakai kain dipinggang sahaja kalau hanya ada kain kecil. Cuma Imam Ahmad memahaminya sebagai arahan yang wajib.

Keduanya, Imam Bukhari nak kata bahawa saranan ini adalah khusus untuk kain yang panjang. Kalau kain pendek, maka hanya pakai diikat dipinggang sahaja. Sebab, kalau kain itu kecil dan kalau nak letak kat bahu, tentulah akan terangkat kain itu pula.

346 – حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ شَيْءٌ

346. Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim dari Malik dari Abu Az Zanad dari ‘Abdurrahman Al ‘raj dari Abu Hurairah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian shalat dengan menggunakan hanya satu kain, dalam keadaan tidak ada diatas bahunya sesuatu (sebahagian dari kain itu)”

347 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ سَمِعْتُهُ أَوْ كُنْتُ سَأَلْتُهُ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فَلْيُخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ

347. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya bin Abu Katsir dari ‘Ikrimah berkata, “Aku pernah mendengar, atau aku pernah bertanya kepadanya, ia berkata, “Aku mendengar Abu Hurairah berkata, “Aku bersaksi bahwa aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa shalat dengan menggunakan hanya satu kain, maka hendaklah ia selempangkan kedua hujungnya (dalam keadaan menutup kedua belah bahu).”

 

بَاب إِذَا كَانَ الثَّوْبُ ضَيِّقًا

Bab 6 Apabila Kain Yang Dipakai Itu Kecil (Pendek)

Tajuk sebelum ini adalah kalau menggunakan kain besar. Kali ini, apakah yang kita kena lakukan jikalau kita hanya ada satu kain yang kecil sahaja?

348 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ فَقَالَ خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَجِئْتُ لَيْلَةً لِبَعْضِ أَمْرِي فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي وَعَلَيَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ فَاشْتَمَلْتُ بِهِ وَصَلَّيْتُ إِلَى جَانِبِهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ مَا السُّرَى يَا جَابِرُ فَأَخْبَرْتُهُ بِحَاجَتِي فَلَمَّا فَرَغْتُ قَالَ مَا هَذَا الِاشْتِمَالُ الَّذِي رَأَيْتُ قُلْتُ كَانَ ثَوْبٌ يَعْنِي ضَاقَ قَالَ فَإِنْ كَانَ وَاسِعًا فَالْتَحِفْ بِهِ وَإِنْ كَانَ ضَيِّقًا فَاتَّزِرْ بِهِ

348. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Shalih berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari Sa’id bin Al Harits berkata, “Kami bertanya kepada Jabir bin ‘Abdillah tentang salat dengan mengenakan satu helai kain sahaja. Maka ia menjawab, “Aku keluar bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu perjalanannya. Pada satu malam, aku datang menemuinya untuk satu urusan. Saat itu aku dapati beliau sedang salat. Aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Kerana itu, aku berselimut dengannya dan salat disampingnya. Setelah selesai bersembahyang, beliau bertanya: “Kenapa datang malam wahai Jabir?” Maka aku sampaikan keperluanku kepada beliau. Setelah aku selesai, beliau berkata: “Selimut apa yang aku lihat ini? ‘ Aku jawab, “Ia adalah sehelai kain (ia adalah sehelai kain yang kecil dan pendek)” Beliau bersabda: “Jika kain itu besar berselimutlah dengannya, tetapi gunakanlah sebagai kain pakai sarung yang dikilas atau diikat dibahagian pinggang kalau kain itu kecil (pendek).”

Kain yang dipakai oleh Jabir itu adalah sehelai kain yang kecil sahaja. Jadi, dia hanya boleh tutup bahagian atas sahaja. Sebab dia ingat kalau ada kain, kena dijadikan sebagai selimut untuk menutup bahu. Jadi, kalau dia buat begitu, maka tentulah kain itu akan terangkat kerana kainnya tidak besar. Tapi tidak jelas tersingkap sampai mana. Ada juga kemungkinan kain terangkat sampai terdedah aurat. Ada yang pakai hadis ini untuk mengatakan tutup aurat bukan syarat sah solat. Sebab Nabi tidak suruh dia ulang balik. Tapi Bukhari tak setuju. Pada dia, seseorang itu kena tutup aurat juga dalam solat kerana tutup aurat adalah syarat sah solat.

Kejadian ini terjadi semasa satu peperangan. Nabi menghantar Jabir untuk pergi dahulu mencari air. Nabi selalunya akan begitu. Supaya air berada dalam kawalan pihak mereka. Menunjukkan Nabi menggunakan cara yang bijaksana dalam peperangan. Bukanlah hanya bertawakal sahaja. Nabi akan mengambil tindakan juga.

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi dan sahabat sentiasa berjihad di sepanjang hayat mereka. Boleh dikatakan sejak dari mula Hijrah ke Madinah, tidak berhenti mereka berjihad. Selepas Nabi wafat, sahabat pula meneruskan perjuangan itu. Jihad itu adalah penting. Itulah sebabnya jihad tidak boleh ditinggalkan. Sampai sekarang ada lagi kewajipan itu. Kerana itu janganlah kita terpedaya dengan pendapat yang mengatakan jihad itu sudah mansukh. Ada pihak yang membiayai pertubuhan Islam yang mengatakan jihad sudah tida ada dalam Islam. Dalam keadaan sekarang, bukanlah hanya jihad perang sahaja kita lakukan. Menyebarkan agama juga adalah jihad. Membangunkan ekonomi Islam juga adalah jihad. 

Hadis ini bermula dengan para tabein bertanya kepada Jabir tentang solat, kerana mereka ambil berat tentang solat sebab itu mereka tanya. Inilah ibadat yang paling besar dan sentiasa dibuat. Pada zaman Nabi, mereka akan tanya Nabi. Zaman tabein mereka akan tanya sahabat. 

Para sahabat sentiasa mengambil peluang untuk beribadat dengan Nabi. Kalau mereka nampak Nabi solat, mereka akan ikut sekali. Kalau Nabi puasa, mereka akan puasa sekali. Selagi Nabi tidak menghalang mereka, mereka akan teruskan. Macam Jabir ikut Nabi solat, Nabi tak larang. Mereka rasa bertuah kalau dapat beribadat bersama Nabi. Ada solat sunat yang boleh berjemaah dan ada yang tidak. Secara umum, solat sunat boleh berjemaah. Kerana itulah ada yang guna dalil itu mengatakan boleh berjemaah dalam solat sunat. Tapi kalau Nabi tak pernah buat berjemaah, kalau buat juga, maka itu adalah bidaah. Bukanlah dalil kalau kata benda molek pada pandangan kita, kita ingat boleh buat. Macam Ibn Umar baling batu kepada mereka yang solat dhuha berjemaah di masjid. Bidaah itu adalah perkara berdosa. Tidak ada raya puasa enam contohnya – itu adalah rekaan sahaja. Takbir raya hanya sampai solat raya sahaja. Tidak boleh sambung selepas itu. Walaupun takbir itu adalah perkara yang baik. Panduan kita adalah Nabi. Jangan tengok orang kemudian selepas Nabi sebab banyak yang dah ubah. Sampai jadi boleh berubah agama. Satu lagi, adalah perbuataan bidaah untuk ziarah kubur pada hari raya. Iaitu yang menjadikan ketetapan. Boleh sahaja ziarah pada hari lain, tapi menetapkan selepas solat raya untuk ziarah kubur adalah bidaah. Sampai ada yang kata itu adalah Sunnah Nabi kerana mereka tidak tahu padahal itu bukanlah sunnah Nabi. Itu menipu atas nama Allah. Yang Sunnah Nabi adalah melawat kubur pada malam hari. Tidak pula hendak diikut macam tu? Kalau ada yang kata Sunnah, kena minta pada mereka dalil. Jangan ikut sahaja. Tapi orang kita nak tanya itu pun takut, apatah lagi nak jihad atas nama agama.

Sahabat tetap berjuang bersama Nabi meskipun dalam serba kekurangan. Jabir pakai sehelai kain sahaja. Satu generasi perang bersama Nabi, bukan sikit-sikit atau golongan tertentu sahaja.

Hadis ini menunjukkan boleh mengadukan sesuatu kepada pemimpin atau beri makluman kepadanya walaupun pada waktu malam. Jabir datang jumpa Nabi itu pada waktu malam. Tidak menghalang dia untuk bertemu Nabi. Jangan terima adat yang mengatakan ada perkara tidak boleh dilakukan pada malam hari. Itu kerana ada yang pakai hadis palsu yang mengatakan tidak boleh.

Seseorang yang berpakaian ganjil kena ditegur. Lebih-lebih lagi kalau tidak menutup aurat. Jangan tak tegur. Jangan ingat kalau kita dah ikut agama, kita buat tak kisah kepada orang lain. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan kita. Jangan biarkan mereka dalam kejahilan. Boleh menyebabkan kita tak dapat masuk syurga kerana mereka akan menarik kita ke dalam neraka. Hanya kerana kita tidak mengingatkan mereka tentang perkara yang benar.

Kalau ditanya kenapa kita buat perkara yang pelik, macam cara pakai Jabir ini, kita kena jawap kenapa. Jangan selindung-selindung. Khalifah Umar pernah naik unta untuk ke Syam dengan hamba dan mereka telah bergilir naik unta. Apabila sampai ke Syam, giliran hambanya naik unta, maka masyarakat sangkakan dialah Saidina Umar. Dia pakai sama sahaja dengan hamba dia. Disana, dia nampak Muawiyah pakai pakaian cantik dan mewah dan kerana itu dia tegur. Maknanya, dia tidak suka. Muawiyah jawap dia pakai begitu kerana dia berhadapan dengan orang kafir. Tidak sama dengan keadaan di Madinah. Masyarakat Syam lihat seseorang itu hebat jikalau pakai hebat. Barulah Umar setuju. Kadang-kadang kita terpaksa menunjukkan kehebatan luaran kerana itulah yang dipandang oleh orang lain. Kerana ramai yang tidak faham dan hanya melihat luaran sahaja. Kena pandai menilai keadaan.

Seorang pemimpin kena sentiasa mengajar anak buahnya, seperti Nabi yang terus menegur Jabir dalam pemakaiannya. Bimbingan Nabi sentiasa ada. Nabi ada banyak peranan yang dipegangnya. Ada sebagai ayah, ada sebagai hakim, pemimpin negara, guru agama dan sebagainya. Kena lihat apakah peranan yang dipegangnya semasa dia buat keputusan itu. Kalau tak, kita ikut perbuatan yang tidak sepatutnya. Contohnya, kita tak boleh nak senang-senang hukum orang dengan hukum hudud kerana itu adalah perkara agama.

 

349 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ كَانَ رِجَالٌ يُصَلُّونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ كَهَيْئَةِ الصِّبْيَانِ وَيُقَالُ لِلنِّسَاءِ لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَسْتَوِيَ الرِّجَالُ جُلُوسًا

349. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Sufyan berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Hazim dari Sahal bin Sa’d berkata, “Ada beberapa lelaki salat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mengikatkan kain-kain mereka pada tengkuk mereka seperti yang dibuat oleh kanak-kanak. Lalu dikatakan kepada kaum wanita: “Janganlah kalian mengangkat kepala kalian (daripada sujud) hingga para laki-laki benar-benar telah duduk.”

Menunjukkan bahawa sahabat hidup dalam keadaan susah. Mereka tidak ada kain. Ada kemungkinan tidak terjaga aurat. Kerana itulah Imam Malik menggunakan dalil seperti ini bahawa menutup aurat tidaklah syarat sah. Nabi pun tidak ada kata kalau terdedah aurat kena ulang solat. Itu adalah pendapat dia.

Perempuan diingatkan supaya terus sujud kerana takut mereka ternampak. Macam mana nak tahu? Kena agak-agak sahaja. Mereka kena lambat sikit angkat kepala. Nak kena jaga semasa sujud kerana waktu sujud para lelaki yang hanya memakai kain kecil itu susah nak kawal kedudukan mereka.

Siapa yang kata kepada orang perempuan itu? Berdasarkan riwayat dalam kitab lain, arahan itu dari Nabi sendiri. Bukanlah ini mengatakan perempuan kena sentiasa angkat kepala lambat. Ini adalah hanya kerana keadaan semasa itu memerlukannya.

Ada perbuatan itu hanya kerana keadaan semasa. Seperti contoh, Nabi ada suruh lelaki duduk dulu selepas solat. Bukan nak suruh zikir macam dikatakan oleh ramai orang sekarang. Tapi supaya perempuan boleh keluar dulu supaya tidak bersesak semasa nak keluar. Kerana masjid masa itu adalah kecil sahaja. Khusus untuk keadaan itu sahaja. Kalau tidak masalah sebegini, tidaklah perlu buat macam tu. Bukan kena sentiasa ikut sentiasa. Kena faham kenapakah Nabi suruh macam itu. Kena ikut keadaan semasa.

Pernah Nabi solat zuhur baca dengan kuat. Itu adalah sebagai nak ajar bahawa bacaan sama sahaja dengan solat lain pun. Bukan nak kata boleh solat zuhur dalam keadaan jahr. Kena tengok apa yang selalu Nabi lakukan iaitu solat zuhur dengan bacaan senyap. Kadang-kadang sampai baginda berjalan naik ke mimbar. Itu adalah kerana nak mengajar. Bukanlah kena ikut macam tu. Kena pandailah memilih perbuatan Nabi. Itu bukan Sunnah nak kena ikut. Baginda nak tunjuk bahawa imam boleh jalan jika perlu. Dan imam boleh duduk lebih tinggi dari makmum dalam solat.

Hadis ini juga menunjukkan sahabat mengalami zaman kesukaran semasa zaman Nabi. Islam sesuai untuk orang senang dan susah. Boleh diamalkan dengan mudah. Bukan macam agama lain. Macam kalau tidak mampu pergi haji atau umrah, ada peluang untuk mendapatkan pahala pergi haji dan umrah. Kalau tak, rugi lah kepada meraka yang tidak mampu. Ini adalah ciri ugama yang benar. Islam adalah agama yang lengkap. Semuanya diceritakan. Urusan agama dan urusan dunia. Contohnya, Islam mengajar tentang keburukan riba walaupun itu adalah perkara dunia. Dan memang riba itu akan menyusahkan kehidupan manusia. Allah tak serahkan semuanya kepada manusia. Kerana akal manusia tidak sampai kesitu kalau Allah tidak beritahu. Kerana kalau pakai logik, mereka kata kalau tak beri wang itu kepada orang, duit tidak berkembang. Kerana itulah mereka kata elok riba tu. Padahal kalau dia pegang tidak semestinya akan berkembang. Kalau hilang? Dan kalau dia gunakan sebagai berniaga, tidak semestinya untung.

Perempuan pun solat berjemaah bersama Nabi. Perempuan pun dapat kelebihan kalau solat berjemaah. Yang tidak setuju itu adalah mazhab Hanafi. Mereka kata akan menimbulkan fitnah. Padahal, fitnah itu bukanlah hanya terjadi di masjid. Lagi banyak kat tempaat luar. Rugi kalau tidak datang ke masjid kepada orang perempuan. Kerana itulah, dari pengamatan, perempuan mazhab Hanafi jahil tentang agama. Kerana ketinggalan ilmu agama yang boleh didapati kalau solat berjemaah di masjid. Umar pun tidak suka perempuan ke masjid. Ada seorang perempuan yang sebelum kahwin, dia kata kalau nak kahwin dengan dia, kena benarkan dia untuk solat di masjid. Kerana memang ada hadis Nabi kata jangan larang perempuan ke masjid. Dia adalah perempuan yang sangat cantik. Lepas itu dia kahwin dengan Zubair. Dia pun tak suka perempuan pergi masjid. Ali pula nak menikah dengan dia. Tapi dia kata tak payahlah sebab yang menikah dengan dia semua mati awal. Jadi, jangan halang perempuan ke masjid. Kerana kalau sebab fitnah itu, pun ada di tempat-tempat lain. Kalau itu pun tak dihalang, maka tak payahlah halang kalau perempuan hendak ke masjid. Masjid adalah pusat ilmu. Nak solat Jumaat pun boleh, tambahan pula kerana semasa Jumaat ada khutbah Jumaat. Jadi, kenalah menilai pendapat mazhab kita. Jangan taksub dengan mazhab sangat.

Orang perempuan disuruh itu kerana keadaan mengkehendaki sebegitu. Buat masa tu sahaja. Bukanlah sampai bila-bila. Kalau ada keadaan sebegini berlaku, bolehlah dipakai kembali.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s