We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 4 Bab Menyimpul Kain Di Tengkuk Apabila Hendak Bersembahyang April 13, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 7:21 pm
Tags: , , , , ,

بَاب عَقْدِ الْإِزَارِ عَلَى الْقَفَا فِي الصَّلَاةِ

Bab 3 Menyimpul Kain Di Tengkuk Apabila Hendak Bersembahyang

Sebelum bab ini, Imam Bukhari menceritakan tentang kewajipan menutup aurat. Kali ini, cara memakai kain pula. Sebenarnya, tidak kisah bagaimana fesyen dan cara atau warna apa yang dipakai, janji tutup aurat. Yang terbaik adalah memakai pakaian yang susah terbuka macam yang banyak dibuat oleh sahabat, iaitu dengan menyimpul di tengkuk. Tapi seeloknya kena tutup bahu. Tangan lepas diluar supaya senang diangkat untuk takbir dan sebagainya. Nabi marah kalau tangan didalam. Kerana nanti susah nak angkat tangan. Dan senang tersentuh kemaluan. Nanti itu akan menyebabkan tidak khusyuk pula nanti.

Sahabat pada zaman Nabi, ramai yang tidak ada baju. Kerana miskin ramai yang hanya pakai satu kain sahaja. Tapi walaupun dengan keadaan begitu, mereka ibadat kuat dan menjalankan dakwah, berperang dan sebagainya. Mereka mengembangkan Islam dengan maju sekali.

وَقَالَ أَبُو حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ صَلَّوْا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى عَوَاتِقِهِمْ

Abu Hazim meriwayatkan dari Sahl bin Saad katanya mereka (para sahabat) solat bersama Nabi SAW dengan menyimpul kain-kain mereka di tengkuk.

339 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ قَالَ حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنِي وَاقِدُ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ صَلَّى جَابِرٌ فِي إِزَارٍ قَدْ عَقَدَهُ مِنْ قِبَلِ قَفَاهُ وَثِيَابُهُ مَوْضُوعَةٌ عَلَى الْمِشْجَبِ قَالَ لَهُ قَائِلٌ تُصَلِّي فِي إِزَارٍ وَاحِدٍ فَقَالَ إِنَّمَا صَنَعْتُ ذَلِكَ لِيَرَانِي أَحْمَقُ مِثْلُكَ وَأَيُّنَا كَانَ لَهُ ثَوْبَانِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

339. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ashim bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepadaku Waqid bin Muhammad dari Muhammad bin Al Munkadir berkata, “Pernah Jabir mengerjakan solat dengan memakai sehelai kain yang disimpul hujungnya di tengkuk, sedangkan kain-kainnya yang lain ada tergantung di penyangkut baju. Seseorang lalu berkata kepadanya, “Kenapa kamu solat dengan menggunakan satu kain!” Jabir menjawab, “Aku lakukan itu supaya dilihat oleh orang yang bodoh seperti kamu. Siapalah diantara kami pada masa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, yang memiliki dua kain!”

Bolehkah cakap macam tu? Macam kasar pula nampaknya. Tapi kalau ada sebab dibolehkan.
Hadis ini menunjukkan bahawa boleh pakai sehelai kain sahaja walau ada kain lain.
Zaman itu orang Islam dah senang dah. Dah banyak baju mereka boleh pakai. Zaman itu masih ada sahabat lagi. Yang menjadi contoh masa itu adalah para sahabat.
Memanglah selalunya kita akan pakai baju yang lengkap. Memang molek macam itu pun. Tapi mungkin ada masa kita nak pakai satu kain sahaja walaupun ada banyak kain lain. Contohnya kadang-kadang cuaca terlalu panas sampai kalau nak pakai baju banyak akan menyebabkan kita terlalu panas sampai tak khusyuk pula. Yang penting adalah nak jaga khusyuk. Khusyuk adalah amat penting.

Ulama khilaf pasal bahu samada kena tutup masa solat atau tidak. Ada yang kata tak sah kalau taktutup bahu semasa solat.
Kopiah kalau pakai atau tidak tak kisah. Serban itu hanyalah pakaian bangsa Arab. Tiada kelebihan seperti dikatakan 70 kali ganda dari tidak pakai serban.

Perbuatan Jabir dalam hadis ini menunjukkan bahawa orang alim boleh memilih cara yang ringkas supaya mudah diikuti. Walaupun dia boleh buat lebih. Jabir sengaja pakai sehelai kain walaupun dia ada banyak kain lain sebab dia nak mengajar bahawa boleh kalau pakai satu kain sahaja.

Boleh kata macam jabir kalau orang mencela dahulu. Boleh keras sikit. Sebab yang bertanya itu hairan dan rasa macam perbuatan Jabir itu salah.
Ini juga menunjukkan kepada kita supaya berbaik sangka dengan orang alim. Mereka buat sesuatu itu kerana mereka tahu hukum. Kadang-kadang orang yang tidak tahu sahaja yang berlebih lebih.
Kita kena tahu bahawa para sahabat tidak melakukan apa Nabi tak buat. Nabi pun ada solat pakai satu kain sahaja walaupun baginda ada banyak kain. Sebab Nabi senang sikit kalau dibandingkan dengan sahabat lain.

340 – حَدَّثَنَا مُطَرِّفٌ أَبُو مُصْعَبٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الْمَوَالِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ رَأَيْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَقَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ

340. Telah menceritakan kepada kami Mutharrif Abu Mush’ab berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Abu Al Mawali dari Muhammad bin Al Munkadir berkata, “Aku pernah melihat Jabir bin ‘Abdullah melaksanakan salat dengan hanya mengenakan satu pakaian sahaja. Dan beliau berkata, “Aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat dengan mengenakan hanya (satu) kain sahaja.”

Sahabat buat apa yang mereka lihat Nabi buat. Mereka tidak berani kalau nak reka sendiri.

بَاب الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ مُلْتَحِفًا بِهِ

Bab 4 Bersembahyang Dengan Memakai Sehelai Kain Sebagai Selimut

Samada kain itu memang selimut atau dipakai semacam selimut. Pun boleh juga dibuat begitu. Imam Bukhari nak cerita bagaimana cara nak pakai kalau hanya ada satu kain sahaja.

Dia bawa tajuk ini kerana nak tolak pendapat seperti Ibn Umar dan Ibn Mas’ud yang kata tidak boleh pakai satu kain sahaja kalau ada kain lebih. Sebab banyak hadis yang kata boleh. Itulah hujjah Imam Bukhari. Dua sahabat itu kata yang boleh pakai satu kain sahaja itu hanya pada zaman Nabi iaitu semasa susah. Tapi bagaimana pula ada perbuatan Jabir yang memakai dua kain itu walaupun dalam masa senang dan dia pun ada kain lain?

قَالَ الزُّهْرِيُّ فِي حَدِيثِهِ الْمُلْتَحِفُ الْمُتَوَشِّحُ وَهُوَ الْمُخَالِفُ بَيْنَ طَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ وَهُوَ الِاشْتِمَالُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ قَالَ قَالَتْ أُمُّ هَانِئٍ الْتَحَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَوْبٍ وَخَالَفَ بَيْنَ طَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ

Az Zuhri berkata dalam hadisnya: orang yang berselimut dengan menyilangkan dua tepi selimutnya diatas dua bahunya, itulah yang dipanggil dua bahu.
Umm Hani’ pernah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersembahyang dengan menggunakan sehelai kain. Baginda menyilangkan dua hujung selimut itu diatas dua bahunya.

Imam Bukhari nak menceritakan bahawa banyak jenis nama untuk perbuatan itu yang digunakan. Yang pentingnya adalah menutup dua bahu dan tangan dibiarkan lepas. Samada ikat atau tidak. Pernah Nabi ajar kepada sahabat kalau ada kain kecil sahaja, boleh jikalau hanya menutup aurat sahaja. Contohnya, untuk lelaki, kena tutup antara pusat dan lutut. Tapi itu adalah kalau kain kecil sahaja ada. Kalau ada kain besar, kena tutup bahu. Tidak sesuai kalau ada kain, tapi tidak tutup bahu. Kalau tiada kain besar juga, kena cari kain macam tudung, untuk menutup bahu. Dengan diselempangkan diatas bahu.

341 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ قَدْ خَالَفَ بَيْنَ طَرَفَيْهِ

341. Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin Musa berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Umar bin Abu Salamah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah salat dengan mengenakan satu kain yang disilangkan dua hujungnya diatas bahu.”

Imam Bukhari membawakan hadis yang hampir sama. Kenapa? Ini adalah kerana dia hendak mengajar kita tentang sanad. Hadis diatas mempunyai taraf Sanad yang tinggi kerana hanya ada 3 perawi sahaja. Semakin kurang perawi dalam sanad itu, semakin tinggi taraf sanad hadis itu. Hadis yang kedua mempunyai 4 perawi. Tapi kenapa dia bawa hadis yang mempunyai taraf sanad rendah pula sedangkan sudah ada hadis yang lebih tinggi? Kerana walaupun hadis diatas tinggi tapi dalam hadis itu perawi tak kata dia sendiri nampak Nabi menggunakan satu helai kain sahaja. Cuma cakap pernah Nabi bersembahyang dengan satu kain. Dan ia adalah riwayat an’anah. Riwayat sebegitu kurang kuat. Jadi Bukhari gabungkan semua untuk menguatkan hujah beliau. Terdapat perbezaan lafaz itu adalah kerana perbezaan perkataan yang digunakan oleh guru. Ini dinamakan Lafaz bilmakna. Iaitu mereka menggunakan perkataan lain-lain dalam menceritakan sesuatu hadis itu tapi tidaklah dalam perkataan yang sama. Ini tidak mengapa, kerana hadis bukanlah ayat Quran. Kalau ayat Quran, tak boleh kalau lari satu perkataan pun.

342 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فِي بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ قَدْ أَلْقَى طَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ

342. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari ‘Umar bin Abu Salamah bahwa dia pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat di rumah Ummu Salamah dengan mengenakan satu helai kain sahaja. Baginda menyilangkan dua hujung kain itu diatas bahunya.”

– Seperti disebut sebelum ini, perkataan dalam hadis ini menyebut dengan terang bawa Umar bin Abu Salamah nampak sendiri Nabi menggunakan satu kain sahaja.

343 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ أَخْبَرَهُ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ مُشْتَمِلًا بِهِ فِي بَيْتِ أُمِّ سَلَمَةَ وَاضِعًا طَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ

343. Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaid bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya bahwa ‘Umar bin Abu Salamah mengabarkan kepadanya, ia berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam shalat di rumah Ummu Salamah dengan mengenakan satu kain sebagai selimut. Beliau menyilangkan dua hujung selimut itu diatas dua bahunya.”

344 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي أُوَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ هَانِئٍ بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ تَقُولُ ذَهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ فَوَجَدْتُهُ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ ابْنَتُهُ تَسْتُرُهُ قَالَتْ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَقَالَ مَنْ هَذِهِ فَقُلْتُ أَنَا أُمُّ هَانِئٍ بِنْتُ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ مَرْحَبًا بِأُمِّ هَانِئٍ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ غُسْلِهِ قَامَ فَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ مُلْتَحِفًا فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ زَعَمَ ابْنُ أُمِّي أَنَّهُ قَاتِلٌ رَجُلًا قَدْ أَجَرْتُهُ فُلَانَ ابْنَ هُبَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَرْنَا مَنْ أَجَرْتِ يَا أُمَّ هَانِئٍ قَالَتْ أُمُّ هَانِئٍ وَذَاكَ ضُحًى

344. Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Abu Uwais berkata, telah menceritakan kepadaku Malik bin Anas dari Abu An Nadlar mantan budak ‘Umar bin ‘Abdullah bahwa Abu Murrah mantan budak Ummu Hani’ binti Abu Thalib mengabarkan kepadanya, bahwa ia mendengar Ummu Hani’ binti Abu Thalib berkata, “Aku berkunjung kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun pembebasan Makkah, aku dapati beliau sedang mandi sementara Fatimah, puteri beliau menutupinya dengan tabir.” Ummu Hani’ binti Abu Thalib berkata, “Aku lantas memberi salam kepada beliau, lalu beliau bertanya: “Siapakah itu?” Aku menjawab, “Aku Ummu Hani’ binti Abu Thalib.” Lalu beliau bertanya, “Selamat datang wahai Ummu Hani’.” Setelah selesai mandi beliau salat delapan rakaat dengan berselimut menggunakan sehelai kain sahaja. Setelah selesai salat aku berkata, “Wahai Rasulullah, anak ibuku (Ali Abi Thalib) mengatakan dia akan membunuh seorang lelaki yang telah aku lindungi (jaminan perlindungan) yakni Fulan bin Hubairah.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Kami lindungi orang yang engkau lindungi wahai Ummu Hani’!” Ummu Hani’ berkata, “Saat itu adalah waktu dhuha.”

Siapakah Umm Hani’ dalam hadis ini? Beliau adalah kakak Saidina Ali yang seibu sebapa dengan Umm Hani’. Dalam hadis ini menceritakan tentang Umm Hani’ yang datang kepada Nabi untuk meminta perlindungan kepada seseorang. Orang itu adalah anak kepada suaminya. Tidak pasti samada anaknya juga atau anak tirinya.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

Perempuan boleh menabiri lelaki. Mahram atau tidak. Dalam kes ini, Fatimah sendiri yang menabiri ayahnya. Tapi kalau bukan mahram pun boleh juga. Tapi tak boleh tengok.
Perempuan boleh beri salam kepada lelaki. Tak mesti nampak orang yang hendak diberi salam itu.
Nabi tanya dulu siapa dulu. Boleh kalau buat begitu, tidak semestinya jawap terus. Tapi jangan tunggu lama nak jawap salam itu.
Kena cakap siapa dia dengan terang apabila ditanya macam yang dibuat oleh Umm Hani’ apabila ditanya oleh Nabi.
Perempuan boleh dengar suara lelaki.
Mengalukan kedatangan pengunjung adalah baik sekali samada Islam atau kafir. Umm Hani’ semasa itu masih kafir lagi. Dia hanya masuk Islam semasa Pembukaan Mekah.
Guna nama yang disenangi oleh seseorang itu. Nabi memanggil Umm Hani’ dengan gelarannya atau dipanggil kuniah. Nama sebenarnya adalah Fakhitah atau Hendon.

Hadis ini juga digunakan sesetengah orang sebagai dalil mengatakan adanya solat dhuha. Walaubagaimana pun, hadis ini tidak terang sebagai dalil untuk mengatakan boleh solat dhuha. Ada yang kata Nabi mengerjakan solat lapan rakaat itu adalah sebagai kesyukuran menang dan dapat menakluk Mekah.

Juga menunjukkan boleh memberi jaminan untuk keselamatan seseorang. Nabi terima jaminan yang diberikan oleh Umm Hani’. Ini adalah sistem kenegaraan zaman dulu. Tapi ada juga negara yang masih pakai lagi. Tidak ada masalah.Tapi, tidak semestinya kita kena pakai macam ni. Nabi buat sebab baginda adalah ketua negara dan caranya adalah sebegitu pada zaman itu. Zaman jahiliah juga pakai begitu. Cuma Nabi telah mengubah sedikit. Orang perempuan dan orang yang lemah juga boleh memberi jaminan kepada seseorang pada zaman Nabi. Zaman jahiliah, mereka hanya menerima jaminan dari orang lelaki yang berpengaruh. Kerajaan sekarang tidak semestinya pakai. Kena ikut keadaan zaman semasa. Terpulang kepada pemerintah. Kerana kalau dipakai sekarang, mungkin tidak sesuai kerana ada orang jahat pula yang memberi jaminan kepada orang jahat juga. Walaupun Nabi ada buat, tapi tak semestinya kita kena ikut. Nak kena pandai memilih mana yang boleh diikut dan mana yang tidak. Ulama kena perincikan mana yang sunnah dan mana yang tidak.

345 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ سَائِلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَلِكُلِّكُمْ ثَوْبَانِ

345. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Al Musayyab dari Abu Hurairah bahwa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang salat menggunakan sehelai kain sahaja. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali bertanya: “Apakah setiap orang dari kalian memiliki dua helai kain?

Hadis ini menunjukkan ada soal jawap dalam majlis Nabi. Tidak kaku dan sehala sahaja. Majlis yang hidup.
Soal jawab perlu untuk pengajian yag berkesan.
Kena solat juga kalau hanya ada sehelai kain.
Ada orang Islam yang miskin pada zaman itu sampai Nabi tanya adakah setiap orang ada lebih dari dua kain.
Keharusan mendirikan solat walaupun hanya dengan sehelai kain. Nak tolak pendapat yang kata kalau senang tidak boleh pakai sehelai sahaja. Pemakaian sehelai kain sahaja tidak tertakluk kepada susah atau senang seseorang itu dari segi harta atau darurat sahaja.
Kalau Nabi tak khususkan kepada orang tertentu, hukumnya adalah umum, semua boleh pakai. Sebab ada yang Nabi khususkan kepada seseorang sahabat sahaja. Dalam hadis ini, Nabi tidak khususkan, maka hukum ini boleh dipakai oleh semua orang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s