We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 1&2 Bab Bagaimana Difardhukan Sembahyang Pada Malam Isra April 12, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 3:58 pm
Tags: , , , ,

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كِتَاب الصَّلَاةِ

Kitab Shalat

Sebelum ini Imam Bukhari membawakan tajuk bersuci, iaitu wudu, mandi janabah tayammum. Itu adalah semua untuk mengangkat hadas. Semua itu adalah untuk menyucikan diri. Dan yang penting sekali untuk menyucikan diri adalah untuk mendirikan solat. Kerana solatlah ibadat yang amat penting sekali. Kerana hendak mengerjakan solat lah kena bersuci itu. Maka, sekarang kita telah sampai kepada ibadat yang penting itu, iaitu solat. Itu adalah kaitan antara tajuk ini dan tajuk-tajuk sebelumnya. Begitulah Imam Bukhari, apabila dia membawakan tajuk yang baru, ada kaitan antara tajuk yang lama dan yang baru.

بَاب كَيْفَ فُرِضَتْ الصَّلَاةُ فِي الْإِسْرَاءِ

Bab Bagaimana Difardhukan Sembahyang Pada Malam Isra

Dan seperti selalu, apabila memulakan Kitab yang baru, Imam Bukhari akan meletakkan isyarat ‘mula’. Dalam tajuk ini, dia nak menunjukkan permulaan difardhukan solat itu iaitu pada malam isra‘. Sebelum malam itu, memang dah amalan solat dilakukan oleh orang Islam. Tapi ianya hanya difardhukan pada malam isra’ itu.

Dalam tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari ini, dia menggunakan perkataan كَيْفَ ‘Bagaimana’. Kalau tanda permulaan, sepatutnya perkataan yang digunakan adalah ‘bila?’ Kenapa begini? Itulah halusnya pemikiran Imam Bukhari. Ini adalah kerana dia bukan hanya hendak menceritakan tentang ‘masa’ sahaja. Lima perkara sekali dia hendak cerita. Iaitu bagaiman kejadian masa itu, bila, siapa, keadaan dan sebagainya.

Dari segi bahasa, Isra itu adalah perjalanan dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa. Mi’raj pula adalah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit tinggi. Tapi Imam Bukhari hanya menggunakan perkataan ‘isra’ sahaja. Ini adalah kerana dia hendak mengatakan bahawa itu adalah kejadian dalam malam yang sama, bukan ada malam yang lain. Dan ianya terjadi hanya sekali sahaja.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ حَدَّثَنِي أَبُو سُفْيَانَ فِي حَدِيثِ هِرَقْلَ فَقَالَ يَأْمُرُنَا يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالصَّلَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ

Ibn abbas berkata: Abu Sufyan meriwayatkan kepadaku dalam kisah Hiraql, katanya: “dia menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, dan memelihara diri dari perkara-perkara keji”.

Kisah ini telah dimasukkan dalam Kitab Wahyu dengan sanad dan matan yang lengkap. Ketika itu Abu Sufyan masih kafir lagi. Dia telah pergi mengadap Hiraql dan Hiraql telah bertanya kepada dia apakah yang didakwahkan oleh Nabi Muhammad. Itulah jawapan yang diberi Abu Sufyan. Ini menunjukkan bahawa di Mekah lagi sudah ada ibadah solat. Jadi, itu menunjukkan kejadian semasa di Mekah. Dia pun tidak jumpa Nabi lepas Nabi Hijrah, jadi kita boleh kata bahawa solat itu telah ada semasa di Mekah lagi. Ini juga sebagai isyarat ‘mula’ yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari. Iaitu ibadat solat telah dimulakan di Mekah.

336 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ أَبُو ذَرٍّ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِي وَأَنَا بِمَكَّةَ فَنَزَلَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرَجَ صَدْرِي ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَإِيمَانًا فَأَفْرَغَهُ فِي صَدْرِي ثُمَّ أَطْبَقَهُ ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي فَعَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَلَمَّا جِئْتُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ جِبْرِيلُ لِخَازِنِ السَّمَاءِ افْتَحْ قَالَ مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا جِبْرِيلُ قَالَ هَلْ مَعَكَ أَحَدٌ قَالَ نَعَمْ مَعِي مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أُرْسِلَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ فَلَمَّا فَتَحَ عَلَوْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَإِذَا رَجُلٌ قَاعِدٌ عَلَى يَمِينِهِ أَسْوِدَةٌ وَعَلَى يَسَارِهِ أَسْوِدَةٌ إِذَا نَظَرَ قِبَلَ يَمِينِهِ ضَحِكَ وَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ يَسَارِهِ بَكَى فَقَالَ مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالِابْنِ الصَّالِحِ قُلْتُ لِجِبْرِيلَ مَنْ هَذَا قَال هَذَا آدَمُ وَهَذِهِ الْأَسْوِدَةُ عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ نَسَمُ بَنِيهِ فَأَهْلُ الْيَمِينِ مِنْهُمْ أَهْلُ الْجَنَّةِ وَالْأَسْوِدَةُ الَّتِي عَنْ شِمَالِهِ أَهْلُ النَّارِ فَإِذَا نَظَرَ عَنْ يَمِينِهِ ضَحِكَ وَإِذَا نَظَرَ قِبَلَ شِمَالِهِ بَكَى حَتَّى عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَقَالَ لِخَازِنِهَا افْتَحْ فَقَالَ لَهُ خَازِنِهَا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُ فَفَتَحَ قَالَ أَنَسٌ فَذَكَرَ أَنَّهُ وَجَدَ فِي السَّمَوَاتِ آدَمَ وَإِدْرِيسَ وَمُوسَى وَعِيسَى وَإِبْرَاهِيمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُثْبِتْ كَيْفَ مَنَازِلُهُمْ غَيْرَ أَنَّهُ ذَكَرَ أَنَّهُ وَجَدَ آدَمَ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا وَإِبْرَاهِيمَ فِي السَّمَاءِ السَّادِسَةِ قَالَ أَنَسٌ فَلَمَّا مَرَّ جِبْرِيلُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِدْرِيسَ قَالَ مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالْأَخِ الصَّالِحِ فَقُلْتُ مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا إِدْرِيسُ ثُمَّ مَرَرْتُ بِمُوسَى فَقَالَ مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالْأَخِ الصَّالِحِ قُلْتُ مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا مُوسَى ثُمَّ مَرَرْتُ بِعِيسَى فَقَالَ مَرْحَبًا بِالْأَخِ الصَّالِحِ وَالنَّبِيِّ الصَّالِحِ قُلْتُ مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا عِيسَى ثُمَّ مَرَرْتُ بِإِبْرَاهِيمَ فَقَالَ مَرْحَبًا بِالنَّبِيِّ الصَّالِحِ وَالِابْنِ الصَّالِحِ قُلْتُ مَنْ هَذَا قَالَ هَذَا إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأَخْبَرَنِي ابْنُ حَزْمٍ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ وَأَبَا حَبَّةَ الْأَنْصَارِيَّ كَانَا يَقُولَانِ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ عُرِجَ بِي حَتَّى ظَهَرْتُ لِمُسْتَوَى أَسْمَعُ فِيهِ صَرِيفَ الْأَقْلَامِ قَالَ ابْنُ حَزْمٍ وَأَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى أُمَّتِي خَمْسِينَ صَلَاةً فَرَجَعْتُ بِذَلِكَ حَتَّى مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى فَقَالَ مَا فَرَضَ اللَّهُ لَكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ فَرَضَ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ فَرَاجَعْتُ فَوَضَعَ شَطْرَهَا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى قُلْتُ وَضَعَ شَطْرَهَا فَقَالَ رَاجِعْ رَبَّكَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ فَرَاجَعْتُ فَوَضَعَ شَطْرَهَا فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا تُطِيقُ ذَلِكَ فَرَاجَعْتُهُ فَقَالَ هِيَ خَمْسٌ وَهِيَ خَمْسُونَ لَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقَالَ رَاجِعْ رَبَّكَ فَقُلْتُ اسْتَحْيَيْتُ مِنْ رَبِّي ثُمَّ انْطَلَقَ بِي حَتَّى انْتَهَى بِي إِلَى سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَغَشِيَهَا أَلْوَانٌ لَا أَدْرِي مَا هِيَ ثُمَّ أُدْخِلْتُ الْجَنَّةَ فَإِذَا فِيهَا حَبَايِلُ اللُّؤْلُؤِ وَإِذَا تُرَابُهَا الْمِسْكُ

336. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yunus dari Ibnu Syihab dari Anas bin Malik berkata, Abu Dzar menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semasa aku berada di Makkah atap rumahku terbuka, tiba-tiba turun Malaikat Jibril Alaihis Salam. Lalu dia membelah dadaku kemudian mencucinya dengan menggunakan air zamzam. Dibawanya pula bekas terbuat dari emas berisi penuh hikmah dan iman, lalu dituangnya ke dalam dadaku dan menutupnya kembali. Lalu dia memegang tanganku dan membawaku naik ke langit. Tatkala kami sudah sampai di langit dunia, Jibril Alaihis Salam berkata kepada Malaikat penjaga langit, ‘Bukalah’. Malaikat penjaga langit berkata, ‘Siapa Ini? ‘ Jibril menjawab, ‘Ini Jibril’. Malaikat penjaga langit bertanya lagi, ‘Apakah kamu bersama orang lain? ‘ Jibril menjawab, “Ya, bersamaku Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.’ Penjaga itu bertanya lagi, ‘Apakah dia telah dijemput? ‘ Jibril menjawab, ‘Ya.’ Setelah dibuka pintu langit, kami naik sampai di langit dunia, disitu kami dapati ada seorang yang sedang duduk, di sebelah kanan orang itu ada bayang-bayang hitam begitu juga di sebelah kirinya juga ada bayang-bayang hitam. Apabila dia melihat kepada ke sebelah kanannya ia tertawa, dan bila melihat ke kirinya ia menangis. Orang itu berkata, ‘Selamat datang Nabi yang salih dan anak yang salih.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah dia? ‘ Jibril menjawab, “Dialah Adam Alaihis Salam, dan bayang-bayang hitam yang di sebelah kanan dan kirinya adalah ruh-ruh anak cucunya. Mereka yang ada di sebelah kanannya adalah ahli syurga sedangkan yang di sebelah kirinya adalah ahli neraka. Jika dia memandang ke sebelah kanannya dia tertawa dan bila memandang ke sebelah kirinya dia menangis.’ Kemudian aku dibawa menuju ke langit kedua, Jibril lalu berkata kepada penjaganya: “buka”. Penjaga langit itu menjawab sebagaimana penjaga langit pertama. Maka langit pun dibuka’.” Anas berkata, “Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan bahwa pada tingkatan langit-langit itu beliau bertemu dengan Adam, Idris, Musa, ‘Isa dan Ibrahim. Bagaimanapun Abu Dzar tidak menjelaskan bagaimana kedudukan Nabi-Nabi itu, kecuali bahwa beliau bertemu Adam di langit dunia dan Ibrahim di langit keenam.” Anas melanjutkan, “Ketika Jibril membawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dekat Idris, dia berkata, ‘Selamat datang kepada Nabi yang salih dan saudara yang salih.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah dia? ‘ Jibril menjawab, ‘Dialah Idris.’ Lalu aku berjalan melewati Musa, ia pun berkata, ‘Selamat datang kepada Nabi yang salih dan saudara yang salih.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah dia? ‘ Jibril menjawab, ‘Dialah Musa.’ Kemudian aku berjalan melewati ‘Isa, dan ia pun berkata, ‘Selamat datang kepada saudara yang shalih dan Nabi yang salih.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah dia? ‘ Jibril menjawab, ‘Dialah ‘Isa.’ Kemudian aku melewati Ibrahim dan ia pun berkata, ‘Selamat datang Nabi yang salih dan anak yang salih.’ Aku bertanya kepada Jibril, ‘Siapakah dia? ‘ Jibril menjawab, ‘Dialah Ibrahim shallallahu ‘alaihi wasallam.’ Ibnu Syihab mengabarkan kepadaku bahwa Ibnu ‘Abbas dan Abu Habbah Al Anshari keduanya berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kemudian dia membawa aku hingga sampai ke suatu kawasan yang tinggi dan rata yang aku dapat mendengar bunyi gesekan pena.” Ibnu Hazm dan Anas bin Malik menyebutkan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka Allah ‘azza wajalla mewajibkan kepada ummatku salat sebanyak lima puluh kali. Maka aku pergi membawa perintah itu tetapi bila aku berjumpa dengan Musa, ia bertanya, ‘Apa yang Allah perintahkan buat umatmu? ‘ Aku jawab: ‘Salat lima puluh kali.’ Lalu dia berkata, ‘Kembalilah kepada Rabbmu, karena umatmu tidak akan mampu! ‘ Maka aku kembali merayu kepada Tuhan dan Allah mengurangi sebahagiannya. Aku kemudian kembali menemui Musa dan aku katakan bahwa Allah telah mengurangi sebahagian daripadanya. Tapi ia berkata, ‘Kembalilah kepada Rabbmu karena umatmu tidak akan sanggup.’ Aku lalu kembali merayu menemui Allah dan Allah kemudian mengurangi sebahagian lagi.’ Kemudian aku kembali menemui Musa, ia lalu berkata, ‘Kembalilah kepada Rabbmu, karena umatmu tidak akan mampu.’ Maka aku kembali menemui merayu Allah Ta’ala, Allah lalu berfirman: ‘Itulah lima waktu sembahyang dan ia sebenarnya menyamai lima puluh waktu sembahyang. Keputusan ini tidak akan diubah disisiKu! ‘ Maka aku kembali menemui Musa dan ia tetap berkata, ‘Kembalilah kepada Rabb-Mu! ‘ Aku katakan, ‘Aku malu untuk merayu lagi kepada Rabb-ku.’ Jibril lantas membawaku hingga sampai di Sidratul Muntaha yang dikelubungi dengan warna-warni yang aku tidak tahu benda apakah hakikatnya. Kemudian aku dimasukkan ke dalam syurga, ternyata di dalamnya banyak kalung-kalung mutiara dan tanahnya pula dari kasturi.”

– Dalam hadis ini, Nabi memulakan dengan mengatakan bahawa “atap rumahku terbuka”, padahal kalau disebut dalam ayat Quran, dikatakan bahawa Nabi memulakan Isra itu dari Masjidilharam. Sebenarnya, kita tidak boleh mengatakan bahawa Jibrail datang itu semasa Nabi berada di rumahnya kerana ianya berlawanan dengan ayat Quran. Imam Bukhari, walaupun dia mengajar hadis, tapi dia tahu bahawa Quran adalah lagi tinggi dari hadis. Tidak boleh hadis berlawanan dengan Quran. Nabi tidak memulakan isra dari rumahnya, atau dari riwayat Ibn Ishak, dari rumah Umm Hani’. Itu adalah dari sejarah rekaan Syiah. Sebenarnya waktu Jibrail datang itu, baginda sedang berada di Hatim, iaitu didalam Hijr Ismail. Hijr Ismail itu adalah sebenarnya dalam Kaabah. Cuma semasa Kaum Quraish hendak membina semula Kaabah, mereka tidak mempunyai cukup wang dari sumber yang bersih, jadi mereka terpaksa membina Kaabah itu kecil sedikit dari yang sepatutnya. Duit mereka banyak, tapi duit mereka banyak dari sumber yang hara dan maksiat. Mereka pun tahu bahawa duit macam itu, tidak boleh digunakan untuk membina Kaabah yang mulia.

Apa yang kita boleh katakan adalah Nabi merasa seperti baginda berada di rumahnya waktu itu. Kerana dia waktu itu dalam keadaan antara jaga dan tidur. Ataupun kita boleh ambil makna ‘menyingkap atap’ itu sebagai makna yang simbolik. Kerana dalam kisah Isra Mi’raj ini, banyak perkara kita kena pakai simbolik, kalau tidak, kita akan susah nak terima atau susah nak faham.

Simboliknya dikatakan Jibrail menyingkap atap rumah itu adalah Jibrail akan membuka banyak perkara kepada Nabi pada malam itu. Pertamanya, menyingkap bahawa kejadian yang akan terjadi pada malam itu adalah perkara-perkara yang luar biasa. Dan perbuatan tiba-tiba itu menyebabkan Nabi terkejut. Apabila terkejut, masa seseorang itu akan memberikan perhatian. Seterusnya, kalau Jibrail buka atap rumah, bermaksud pada malam itu, Jibrail tidak memijak bumi menunjukkan bahawa hal pada malam itu bukan dari hal dunia, tapi hal langit. Ia juga boleh dikataka sebagai isyarat bahawa pembelahan dada Nabi tidak akan meninggalkan kesan seperti juga pembukaan atap itu yang tidak meninggalkan kesan.

Tapi ingatlah bahawa Isra’ Mi’raj bukan bermula dari rumah Nabi kerana ayat Quran kata bermula dari Masjidilharam.

– Pembelahan dada bukan semata-mata belah tapi nak cerahkan seperti dikatakan dalam ayat Quran ayat alam nashrah. Perkara dalaman lebih penting untuk baginda supaya baginda boleh hadapi apa yang baginda akan hadapi pada malam itu. Supaya dada baginda cerah, kuat dan bertenaga untuk menghadapi peristiwa pada malam itu. Kemudian dada baginda ditutup semula. Ada riwayat yang tidak sahih yang kata Anas nampak lagi kesan belahan itu pada dada Nabi. Muktazilah tolak hadis belah dada Nabi ini. Mereka tak dapat terima masa itu kerana tidak dapat diterima akal bahawa dada manusia boleh dibelah dan tidak mati. Tapi ulama Sunnah bawa juga hadis sebegini hingga sampai kepada kita. Dan zaman kita boleh perkara diterima manusia boleh dibelah dadanya dan hidup lagi.

Telah dibuang stesen syaitan dalam diri baginda. Itu tempat syaitan nak connect kepada manusia. Kemudian dimasukkan iman dan hikmat. Ini tidak boleh dibuat oleh pakar bedah mana-mana pun sekarang dan akan datang. Walaupun manusia sekarang boleh belah dada, tapi tak boleh nak buang stesen syaitan itu dan tidak boleh nak masukkan iman dan hikmah. Sampai bila-bila pun. Kejadian Jibrail belah dada Nabi itu juga adalah sebagai isyarat bahawa manusia dimasa hadapan akan boleh belah dada manusia. Doktor boleh belah dada, tapi terhad apa yang mereka boleh lakukan. Begitu juga bila Nabi boleh naik ke langit, mengisyaratkan bahawa manusia juga boleh naik ke langit, tapi terhad jarak yang manusia boleh sampai. Itulah bezanya naik dengan mukjizat dan naik dengan kuasa manusia.

Ada ulama ada kata pembelahan dada itu telah berlaku beberapa kali. Sekali lagi semasa Nabi kecil semasa baginda bersama dengan ibu susuan baginda. Dikatakan itu adalah sebagai persediaan awal untuk baginda menjadi Nabi. Sekali lagi dikatakan semasa baginda berumur sepuluh tahun. Sekali lagi semasa baginda terima wahyu di Gua Hira’. Ada kata sekali lagi semasa Nabi berumur 20 tahun. Yang sahih hanya satu kali sahaja iaitu semasa isra mi’raj iaitu hadis ini. Yang lain-lain itu menjadi pertikaian ulama. Yang semasa kecil itu ada memang ada dalam Sahih Muslim tapi itu pun tidak benar. Imam Bukhari hanya terima berlaku sekali sahaja. Kerana Imam Bukhari amat kritis dalam menerima hadis. Dia tidak terima hadis-hadis yang lain.

– Selepas itu, kisah diteruskan dimana Nabi terus dibawa naik ke langit. Kerana yang penting adalah berkenaan sembahyang iaitu kisah dalam perjalanan Mi’raj. Mi’raj itu pun ada yang kata banyak kali terjadi. Imam Bukhari terima hanya sekali sahaja. Tapi puak tarekat ada kata guru mereka beribu kali naik mi’raj. Macam guru mereka lebih pula dari Nabi. Yang kata Nabi Mi’raj lebih dari sekali itu adalah sebab keliru dengan riwayat-riwayat yang ada. Kerana hadis Isra’ Mi’raj banyak tapi dengan kisah yang tidak sama. Ada yang kata Nabi pernah Mi’raj dalam mimpi. Mereka ingat sebab ada perbezaan cerita, mereka ingat ianya adalah dari cerita yang berbeza. Seperti kadang-kadang satu hadis kata Nabi Ibrahim di langit ketujuh dan hadis lain kata Nabi Ibrahim berada di langit keenam. Tidak begitu, sebenarnya. Cerita berbeza sebab perawi menggunakan penceritaan yang tidak sama. Padahal, ianya adalah dari satu cerita yang sama juga. Dalam hadis, ini boleh jadi macam itu sebab hadis bukan Quran.

– Timbul pula persoalan tentang Nabi berjumpa dengan Nabi-Nabi yang dahulu. Kenapakah ada Nabi-Nabi di langit-langit itu? Bukankah mereka ditanam di dunia? Begitu juga dengan kisah Nabi Adam melihat anak cucunya yang berada di syurga dan neraka. Adakah betul-betul roh anak cucunya ada disitu bersama baginda? Banyak pendapat yang cuba menjelaskan kenapa. Ini adalah berkenaan dengan pembahagian jenis-jenis wujud. Kewujudan sesuatu perkara itu tidak sama. Sebagai contoh, ada yang wujud di alam nyata, dan ada yang hanya wujud dalam fikiran kita sahaja. Pendapat yang kuat adalah waktu itu Nabi sedang menghadapi alam mithal, bukan alam sebenar.

– Sapaan Nabi-Nabi itu kepada Nabi Muhammad juga ada makna. Hanya Nabi Adam dan Nabi Ibrahim menyapa baginda dengan panggilan ‘anak yang soleh’ tapi Nabi-Nabi lain menggunakan perkataan ‘saudara’. Menunjukkan bahawa mereka ada yang bapa kepada Nabi Muhammad dan ada yang tidak. Kita boleh lihat bahawa Nabi Idris sapa Nabi sebagai ‘saudara’, tidak ‘anak’. Ini adalah antara dalil Imam Bukhari guna untuk mengatakan bahawa Nabi Idris bukanlah sebelum Nabi Nuh tapi selepas. Maknanya, Nabi Adam bukanlah dari keturunan dia.

– Nabi telah sampai ke tempat bunyi pen yang sedang menulis. Itu adalah tempat malaikat-malaikat yang menerima perintah Allah dan mereka menulis perintah Allah itu. Ada banyak malaikat dan banyak pen. Mereka menulis dengan penuh tanggungjawab. Maknanya, bukan mereka terima sahaja, tapi mereka tulis sekali. Ini bukanlah qalam yang dikatakan menulis pada Lauh Mahfuz itu. Itu satu pen sahaja. Tapi yang Nabi dengar dalam hadis ini adalah pen yang banyak.

– Barulah masuk kisah tentang sembahyang. Inilah yang penting sekali yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari. Dia hendak mengatakan bahawa sembahyang itu diterima pada malam isra mi’raj ini. Hakikatnya ianya adalah hadiah yang diberikan kepada Nabi Muhammad dan umatnya.
Banyak persoalan ditimbulkan. Kenapakah banyak sangat diberikan pada mulanya? Sehingga 50 waktu? Sampai Nabi Musa sendiri kata umat Nabi Muhammad tidak akan sanggup. Umat dia yang kuat pun dia kata tak sanggup. Bukanlah ini hendak mengatakan yang umat dia pun dapat 50 waktu juga. Umat dia dapat 3 waktu sahaja. Tapi yang 3 waktu itu pun mereka tak sanggup nak tunaikan, apatah lagi kalau 50.

Kenapa pula Nabi tak minta sendiri supaya Allah kurangkan dari mula baginda dapat dari Allah? Sampai kena Nabi Musa pula yang nasihatkan dia? Ini kerana Nabi Muhammad sedang berada dalam maqam ‘kehambaan’. Kalau lihat pada ayat Quran pun: memperjalankan ‘hambaNya’. Sebagai seorang hamba, tidak mempersoalkan apa yang disuruh oleh Tuhannya. Menerima sahaja apa arahan yang diberikan.

Hadis ini menunjukkan istimewanya solat itu. Allah cakap sendiri kepada Nabi. Kalau perkara lain, selalunya melalui perantaraan iaitu Jibrail. Tapi kali ini, Jibrail pun tiada bersama semasa Nabi berjumpa dengan Allah. Jibrail tidak boleh naik atas bersama dengan Nabi. Kenapa 50 kali? Menunjukkan banyak sekali diberi sekali hadiah ini. Kerana solat itu adalah hadiah. Jadi, walaupun kemudiannya, solat fardhu hanya ada lima, tapi bukankah ada banyak lagi solat-solat sunat yang disunatkan kepada kita?

Kenapa pula Nabi Musa yang dipilih untuk memberi nasihat kepada Nabi? Kenapa tidak Nabi Adam, bapa kepada manusia? Kenapa tidak Nabi Ibrahim, bukankah kita banyak ikut millah (ajaran agama) baginda? Ini adalah kerana banyak kesamaan antara umat Nabi Musa dan umat Nabi Muhammad. Dua-dua Nabi itu ada ramai umat. Dua-dua melawan pemerintah yang zalim. Dua-dua umat mereka ditindas dengan teruk sekali. Umat mereka juga telah diperintah untuk hijrah dalam kadar yang ramai. Dan dalam hadis yang lain, apabila Nabi Musa tahu betapa mulianya umat Nabi Muhammad, dia telah berdoa supaya dia dimasukkan ke dalam umat Nabi Muhammad. Dan kerana anak cucu dia pun nanti akan mengikuti syariat umat Nabi Muhammad, maka dia juga mengenangkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh mereka. Maka, kerana dia simpati kepada anak cucunya, maka dia telah nasihat Nabi Muhammad untuk memohon supaya dikurangkan bilangan solat itu.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi Musa adalah sebagai wakil Bani Israil. Nabi Muhammad pula adalah wakil dari Bani Ismail. Dua jaringan keluarga yang berbeza iaitu dari keturunan Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Tapi walaupun berbeza, tapi mereka berbaik antara sama lain. Tidak ada permusuhan. Boleh memberi pandangan sesama mereka. Maknya, tidak ada permusuhan antara dua jaringan keluarga ini. Dan juga menunjukkan keberanian dan kebesaran Nabi Musa. Kerana dia telah biasa cakap terus dengan Allah, maka dia adalah orang yang istimewa. Dia berani berkata-kata. Kita juga pernah belajar dalam hadis yang bagaimana dia berani untuk berdebat dengan Nabi Adam. Dia kata kerana Nabi Adamlah manusia tinggal di dunia dan tidak di syurga.

Disini tidak dicakap berapa banyak dikurangkan setiap kali Nabi naik. Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa, setiap kali Nabi naik, lima waktu dikurangkan. Bukanlah terus kurang separtuh. Bermakna, 9 kali Nabi naik mengadap Allah untuk mengurangkan waktu solat itu. Akhir sekali, Nabi kata dia malu nak minta dikurangkan lagi. Padahal, dari firman Allah yang digunakan dalam hadis ini, bukanlah Allah tutup dah dari minta lagi. Allah berfirman: Itulah lima waktu sembahyang… kalau Nabi faham sebagai sudah muktamad, tentu dia akan cakap kepada Nabi Musa bahawa Allah dah tak beri kurang. Tapi baginda tidak cakap begitu, baginda kata dia ‘malu’. Bermakna, ada ruang lagi untuk meminta. Tapi Nabi dah malu. Kenapa? Ini adalah satu persoalan yang dibincangkan oleh ulama-ulama.

Hadis ini menunjukkan, pahala 50 waktu tidak berubah walaupun hanya melakukan lima waktu. Di alam zahir, kita melakukan lima waktu, tapi sebenarnya, kita telah melakukan 50 waktu dialam ghaib. Pahala yang diberikan adalah 50. Bermakna, setiap solat digandakan sepuluh kali. Ini sesuai dengan ayat Quran yang mengatakan setiap amalan baik akan diberikan pahala sepuluh kali ganda sekurang-kurangnya. Dan setiap amalan jahat, hanya diberikan sama dengan perbuatan itu. Allah tidak menzalimi hambaNya.

Tentulah Allah dah tahu bahawa waktu solat itu akhirnya akan jadi lima sahaja. Jadi, kenapa tidak terus bagi lima waktu sahaja? Tentulah ada hikmat kenapa Nabi naik sampai sembilan kali. Pertama, nak menunjukkan sifat Nabi yang amat penyayang dan belas kasihan kepada umatnya sampai dia sanggup turun naik untuk memohon kepada Allah. Ini juga memberi peluang kepada Nabi untuk mengadap Allah – begitulah kalau kita sayang seseorang, kita hendak berjumpa selalu dengan orang itu. Ini juga menunjukkan bahawa hukum mungkin berubah dengan sebab syafaat Nabi. Amat besar jasa Nabi. Itulah sebabnya kita disuruh selawat kepada Nabi tu.

Jadi kenapa Nabi malu untuk meminta lagi kepada Allah supaya dikurangkan lagi bilangan waktu solat itu? Antara sebab yang dikatakan:
1. Nabi dah tahu bahawa umat dulu ada dapat 2,3,4 malah ada juga yang diperintahkan untuk melakukan 5 waktu. Jadi, kalau kurang dari 5, tidak sesuai untuk baginda sebagai penghulu para Nabi dan umat baginda sebagai umat terbaik.
2. Setiap pengurangan yang diberi adalah 5 waktu. Kali terakhir, dah tinggal 5. Kalau baginda jumpa lagi, mungkin terus tiada solat. Padahal, baginda sendiri ada bersabda bahawa tiada kebaikan pada agama tanpa solat.
3. Solat adalah hadiah agung yang Allah berikan kepada Nabi dalam suasana yang paling istimewa. Kalau baginda minta lagi, ada kemungkinan akan tiada langsung ibadah solat. Bukankah itu satu kebiadapan menolak hadiah yang diberikan? Selain dari solat, ada dua lagi hadiah dari Allah pada malam itu. Pertama, dua ayat terakhir surah Baqarah. Maka kerana itulah dua ayat ini khas, sampaikan Nabi ajar untuk baca semasa hendak tidur terutamanya. Keduanya, Allah berjanji bahawa sesiapa yang mati dengan tidak melakukan syirik walaupun dia berdosa, Dia boleh ampunkan dan masukkan orang itu ke dalam syurga. Tapi solatlah juga yang paling mulia dari ketiga hadiah ini.
4. Nabi memang faham dari firman Allah: “Keputusan ini tidak akan diubah disisiKu! ” bahawa 5 waktu itulah yang diredhai oleh Allah. Oleh kerana itulah Nabi malu nak minta lagi kerana Allah telah redha dengan 5 waktu itu.

– Selepas itu Nabi dibawa naik keatas lagi. Sampai ke Sidratul Muntaha. Dari segi bahasa, Sidratul itu maksud pohon bidara. Ianya adalah sebagai tanda ‘hujung’. Penanda garisan penamat antara alam bawah dan alam atas. Ia terletak di langit ke 6. Ianya adalah seperti satu stesen kepada malaikat. Malaikat yang tidak boleh melepasi tahap itu, akan sampai hanya ke situ dan apa-apa urusan akan dibawa oleh malaikat yang lain. Ada yang kata pendapat yang lebih sahih, Sidratul Muntaha itu atas lagi dari langit ke 7. Imam Nawawi menjamakkan dua riwayat itu dengan mengatakan akarnya di langit 6 dan pokoknya di langit ke 7. Ianya berada di sebelah kanan Arash.

Dinamakan Muntaha kerana malaikat tidak boleh melepasinya. Pengetahuan mereka pun tidak melepasinya – mereka tidak tahu apa yang terjadi disebaliknya. Zon bawah dari Sidratul Muntaha itu dikatakan akan hancur semuanya dan akan jadi neraka semuanya dan atas darinya akan jadi syurga. Maknanya, segala planet-planet yang ada sekarang semuanya akan hancur dan akan dijadikan neraka nanti.
Apabila akarnya di langit ke 6 dan pokoknya di langit ke 7, ianya adalah simbolik kepada amalan manusia di dunia yang hasilnya akan zahir di akhirat.
Sidratul Muntaha juga adalah perhentian roh para syuhada‘. Mereka akan duduk di situ. Begitu mulianya kedudukan mereka.

Ianya juga adalah berdekatan dengan syurga Ma’wa. Seperti yang disebut di dalam Quran dalam ayat dibawah:
Ayat Mi’raj ada dalam Quran. Najm:11-18.
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ: Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ: Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ: Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ: Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ: (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ: Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ: Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

Ada yang kata ayat Mi’raj tidak ada dalam Quran, yang ada hanya ayat berkenaan Isra’ sahaja, tapi kalau dilihat ayat-ayat ini, ianya tentulah mengatakan pasal Mi’raj sahaja, tidak boleh nak dikatakan ianya adalah ayat berkenaan perkara lain. Kerana peristiwa Nabi melihat Sidratul Muntaha hanya sekali sahaja, iaitu semasa isra mi’raj ini. Dan begitu juga ini adalah kali kedua Nabi melihat Jibrail dalam keadaan asalnya. Sekali lagi, semasa Jibrail menyampaikan wahyu pada kali pertama di Gua Hira’.

Memanglah ada yang tak terima ayat itu kerana mereka menggunakan akal fikiran yang tidak dapat menggarap perbuatan Allah dan alam ghaib. Ini adalah seperti pemahaman puak Muktazilah. Puak Muktazilah dalam kumpulan tidak ada lagi, tapi sampai sekarang ada yang berfikiran seperti mereka. Mereka sampai ada yang tak terima kejadian mukjizat. Contohnya, mereka kata kejadian Nabi Musa membelah laut tidak terjadi, tapi ianya adalah kepandaian Nabi Musa dalam ilmu falak sampai dia tahu bilakah air akan pasang surut. Jadi, dia dah kira bilakah air akan surut supaya dia boleh menyeberang dengan kaumnya. Tapi, kalau dilihat dari bahasa yang digunakan, ianya tidak begitu. Orang sebegini adalah dikenali sebagai Muktazilah Moden.

– Nabi dikatakan melihat Kalung Mutiara di syurga itu. Ada yang kata ada masalah dari segi bahasa, dan sepatunya, ianya adalah Kubah Mutiara. Ianya adalah sebagai perhiasan syurga. Seperti juga di dunia, kita ada perhiasan dalam rumah, di syurga juga ada perhiasan.

– Nabi tahu bahawa tanah syurga berbau kasturi kerana dia sendiri yang ambil tanah itu dan hidu.

– Taraf hadis ini Mutawatir Makna. Ini bermakna, ramai yang meriwayatkannya, tapi tidaklah dalam lafaz yang sama sentiasa. Ini pun menunjukkan bahawa tarafnya adalah tinggi. Jadi, jikalau kita menidakkan hadis yang sebegini, boleh menyebabkan masalah kepada aqidah kita.

Walaupun lafaz berbeza antara semua hadis itu, kita dapat satu kisah asas: Nabi isra mi’raj.

337 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ فَرَضَ اللَّهُ الصَّلَاةَ حِينَ فَرَضَهَا رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ فَأُقِرَّتْ صَلَاةُ السَّفَرِ وَزِيدَ فِي صَلَاةِ الْحَضَرِ

337. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Shalih bin Kaisan dari ‘Urwah bin Az Zubair dari ‘Aisyah Ibu kaum Mu’minin, ia berkata, “Pada asalnya Allah telah mewajibkan shalat dua rakaat dua rakaat, samada dalam mukim atau dalam perjalanan. Kemudian ditetapkanlah ketentuan tersebut untuk shalat safar (dalam perjalanan), dan ditambahkan lagi untuk shalat di saat mukim.”

– Dengan kita mengetahui bahawa dulunya solat yang difardhukan adalah hanya dua rakaat sahaja, maka kita mengetahui sejarah hukum solat Ibadah solat ini berkembang sebenarnya. Contoh kalau dulu, sahabat-sahabat boleh bercakap antara mereka semasa berada dalam solat.

Semasa di Mekah, solat hanyalah dua rakat sahaja setiap waktu. Tapi, apabila berhijrah ke Madinah, solat orang yang bermukim ditambah menjadi empat untuk waktu zuhur, asar dan isya’. Waktu Subuh dikekalkan macam asal sebab panjang bacaan. Bermaksud kerana lamanya masa mengerjakannya oleh Nabi dan sahabat, ianya seperti empat rakaat juga. Dan waktu Maghrib dikekalkan jadi tiga rakaat kerana ianya witr siang. Solat witr kena dalam kuantiti ganjil. Jadi, dua rakaat ditambah satu menjadi tiga.

Pada tahun 4 Hijrah, umat Islam diberi rukhsah untuk mengerjakan solat qasar dalam musafir. Ini telah disebut dalam Ayat Quran.
Allah beri lagi kelonggaran. Iaitu, bukan hanya Safar sahaja, tapi boleh juga jamak. Apabila jamak, bermaksud waktu solat itu berkurangan. Boleh jadi, kadang-kadang kita akan melakukan hanya tiga waktu solat sahaja. Jadi, macam waktu solat telah dikurangkan juga.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s