We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 8 Bab Bertayammum Dengan Satu Tepukan April 8, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 9:35 pm

بَاب التَّيَمُّمُ ضَرْبَةٌ

Bab Bertayammum Hanya Dengan Satu Tepukan

Ada dua persoalan yang hendak dibincangkan dalam tajuk ini:
1. Berapakah tepukan pada mukabumi itu dan apakah had anggota tayammum
2. Tertib dalam menyapu anggota tayamum

Dalam persoalan pertama, ulama terbahagi kepada tiga:
A. Satu tepukan sahaja dan hanya disapu tangan hingga pergelangan tangan sahaja. Ulama yang berpendapat seperti ini adalah Imam Bukhari, Saidina Ali, Ammar, Ibn Abbas, Hafiz Ibn Hajar, Atha dan Imam Ahmad. Ini adalah pendapat jumhur ulama dan ianya adalah pendapat yang paling kuat.

B. Dua kali tepukan. Dan sapun pada tangan hingga kesiku. Mereka juga menggunakan nas dari hadis. Tapi, hadis yang digunakan adalah lemah. Mereka juga mengatakan bahawa pendapat golongan pertama juga tidak kuat kerana mereka kata Umar pun tak terima pendapat itu. Tapi, dari cara Umar balas kata-kata Ammar itu, tidaklah dia menidakkan pendapat Ammar. Sebab dia kata kepada Ammar untuk meneruskan jikalau dia rasa itu adalah benar. Dan ada pendapat yang kata Umar pun akhirnya terima pegangan golongan pertama itu. Antara ulama yang memegang pendapat ini adalah: Ibn Umar, Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah.

C. Tiga tepukan. Pertama pada muka. Kedua pada belakang tapak tangan hingga ke pergelangan. Tepukan ketiga, disapu pada lengan hingga ke siku atau hingga ke ketiak dan ada yang sampai ke bahu. Antara ulama yang berpendapat begini adalah Ibn Musayyab. Ini adalah ulama besar zaman tabein, sampaikan dia digelar Sayyidul Tabien. Jadi bukan pendapat main-main. Selain dari dia, Ibn Shihab juga berpendapat demikian. Dia adalah ulama yang mula sekali catit hadis setelah diarahkan oleh Khalifah Umar ibn Aziz. Ibn Sirin, ulama yang terkenal dengan tadbir mimpi juga berfikiran macam ini. Mereka guna pendapat ini kerana mereka Qiyas dengan wudu. Kalau wudu, bukankah sampai ke lengan? Tapi Quran tak sebut. Kalau nak qiyas, kenapa tidak sapu kepala dan kaki sekali, kerana itu juga adalah anggota wudu? Kalau pencuri pun dipotong tangan hanya sampai pergelangan tangan. Hadis pun cakap setakat pergelangan tangan sahaja. Dan hanya satu tepukan sahaja.

Berkenaan dengan tertib dalam menyapu muka dan tangan. Imam Bukhari berpendapat hanya sunat sahaja kalau dimulakan muka dulu. Syafie kena tertib. Hanabilah wajib dlm hadas kecil. Pada Bukhari sama sahaja.

334 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى لَوْ أَنَّ رَجُلًا أَجْنَبَ فَلَمْ يَجِدْ الْمَاءَ شَهْرًا أَمَا كَانَ يَتَيَمَّمُ وَيُصَلِّي فَكَيْفَ تَصْنَعُونَ بِهَذِهِ الْآيَةِ فِي سُورَةِ الْمَائِدَةِ { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا }
فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَوْ رُخِّصَ لَهُمْ فِي هَذَا لَأَوْشَكُوا إِذَا بَرَدَ عَلَيْهِمْ الْمَاءُ أَنْ يَتَيَمَّمُوا الصَّعِيدَ قُلْتُ وَإِنَّمَا كَرِهْتُمْ هَذَا لِذَا قَالَ نَعَمْ فَقَالَ أَبُو مُوسَى أَلَمْ تَسْمَعْ قَوْلَ عَمَّارٍ لِعُمَرَ بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِد الْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي الصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ الدَّابَّةُ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَصْنَعَ هَكَذَا فَضَرَبَ بِكَفِّهِ ضَرْبَةً عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ نَفَضَهَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا ظَهْرَ كَفِّهِ بِشِمَالِهِ أَوْ ظَهْرَ شِمَالِهِ بِكَفِّهِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِe أَفَلَمْ تَرَ عُمَرَ لَمْ يَقْنَعْ بِقَوْلِ عَمَّارٍ
وَزَادَ يَعْلَى عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ كُنْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى فَقَالَ أَبُو مُوسَى أَلَمْ تَسْمَعْ قَوْلَ عَمَّارٍ لِعُمَرَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَنِي أَنَا وَأَنْتَ فَأَجْنَبْتُ فَتَمَعَّكْتُ بِالصَّعِيدِ فَأَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْنَاهُ فَقَالَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا وَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ وَاحِدَةً

334. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam berkata; telah mengabarkan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Syaqiq ia berkata; Aku pernah duduk bersama ‘Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa Al Asy’ari. Lalu Abu Musa berkata kepadanya, “Seandainya ada seseorang mengalami junub dan tidak mendapatkan air selama satu bulan, adakah dia tidak boleh bertayamum dan shalat? Abdullah menjawab: Dia tidak boleh bertayammum walaupun tidak mendapat air selama sebulan. Abu Musa tus bertanya: Dan bagaimana dengan ayat di dalam Surah Al Maidah ayat 6: ‘(Lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih) ‘? ‘Abdullah berkata, “Kalau dipermudahkan kepada mereka dalam masalah ini, nanti bila dirasakan sejuk, mereka akan terus bertayamum menggunakan tanah.” Al A’masy bertanya, “Apakah kamu (Syaqiq) tidak suka orang bertayammum kerana ini?” Syaqiq menjawab, “Ya.” Kemudian Abu Musa berkata, “Tidakkah kamu pernah mendengar ucapan ‘Ammar kepada Umar, ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutusku dalam suatu urusan, aku lalu junub dan tidak mendapatkan air. Maka aku pun berguling-guling di atas tanah seperti hewan. Kemudian aku ceritakan hal tersebut kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: “Sebenarnya cukup buatmu melakukan begini.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian menepuk telapak tangannya sekali ke permukaan tanah dan mengibaskannya, lalu mengusap belakang tangan kanannya dengan telapak tangan kirinya, dan belakang telapak kirinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian beliau mengusap wajahnya dengan kedua-kedua belah tangannya.” Abdullah berkata, “Tidakkah engkau melihat ‘Umar tidak tidak berpuas hati dengan kata-kata ‘Ammar itu?” Ya’la menambahkan dari Al A’masy dari Syaqiq, “Aku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa. Abu Musa lalu berkata, “Tidakkah kamu mendengar perkataan ‘Ammar kepada ‘Umar ‘Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus aku dan kamu, lalu aku mengalami junub dan kerananya aku bergulingan di atas tanah. Kemudian kita temui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan hal itu kepada beliau. Beliau lalu bersabda: “Sebenarnya buat begini sahaja sudah memadai untukmu.” Beliau lalu menyapu muka dan kedua tangannya satu kali sahaja.

Abu Musa pergi bertanya itu sebab dia dah dengar orang berkata tentang pendapat Ibn Mas’ud. Itulah sebabnya dia pergi kerana hendak memastikan. Ibn Mas’ud berpendapat bahawa jikalau dalam keadaan junub, tidak boleh sembahyang kerana ada ayat Quran yang mengataakan Tuhan tidak terima solat tanpa bersuci.

Akhirnya, kita tahu bahawa anak murid Ibn Mas’ud sendiri yang kata bahawa Ibn Mas’ud berpendapat begitu kerana sadduz zara’ah. Iaitu menutup jalan daripada manusia mengambil jalan mudah untuk tidak mandi junub.

Lagi contoh pengamalan sadduz zara’ah: Pembunuh tidak boleh warisi dari yang dibunuh. Ini untuk menutup jalan anak membunuh ayahnya kerana hendak mendapatkan harta pesaka. Walaupun kalau dia tidak sengaja bunuh, kerana kita tidak tahu samada dia bunuh sengaja atau tidak. Jadi, terus tutup supaya tidak terbuka perasaan orang hendak membunuh seseorang untuk mendapatkan harta pesaka.

Dalam Islam juga, kita didisipkan untuk mengalihkan pandangan antara lelaki dan perempuan. Ini adalah untuk mengelakkan jadi zina akhirnya.

Apabila talak baen, seorang suami hanya boleh kahwin kembali dengan isterinya selepas ditalak tiga jikalau isteri itu telah kahwin lain. Dalam hukumnya, kena sampai isteri itu setubuh. Kalau tidak, tentu akan ada isteri yang sengaja sahaja menikah main-main sampai tidak berjimak. Itulah yang hendak dihapuskan, maka Nabi telah mengatakan bahawa isteri itu mestilah merasa jimak dengan suami barunya. Selepas bercerai dengan suami barunya, barulah dia boleh berkahwin balik dengan suaminya yang pertama.

– Dalam hadis ini, kalau kita teliti, Nabi hanya tepuk sekali sahaja. Dari segi bahasa, perkataan ضَرْبَةً menunjukkan Nabi memukul tanah sekali sahaja. Kalau ditepuk dua kali, tentu bahasa yang digunakan adalah lain. Itupun dikaji oleh Imam Bukhari.
Dalam hadis ini juga menceritakan Nabi menyapu tangan dulu. Imam Bukhari mengambil darinya menunjukkan bahawa tidak ada tertib. Kalau nak mulakan dengan tangan pun boleh. Kalau nak mulakan dengan muka, sunat.
Ada ulama yang kata ini menunjukkan hadis Ammar tak tetap. Sekejap dimulakan dengan muka dan sekejap dengan tangan. Sebab itu ada yang tak pakai. Kerana mereka hadis ini jenis yang tidak tetap. Oleh itu, lemah pada pendapat mereka.

Bukhari ada pendapat yang lain pula. Dia kata sengaja Ammar tukar kadang-kadang muka dan kadang-kadang dimulakan dengan tangan kerana nak tunjukkan bahawa tiada tertib.
Perkataan yang digunakan adalah ‘waw’. Seperti yang kita telah belajar, itu hanya menunjukkan makna ‘dan’ sahaja dan bukan menunjukkan tertib. Dan kerana tayammum itu mengganti wudu. Seperti kita telah belajar dalam bab wudu, Imam Bukhari berpendapat bahawa tiada tertib dalam mengambil wudu. Imam Syafie kata kena ada tertib.

(Bab tanpa tajuk)

335 – بَاب حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا عَوْفٌ عَنْ أَبِي رَجَاءٍ قَالَ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ الْخُزَاعِيُّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا مُعْتَزِلًا لَمْ يُصَلِّ فِي الْقَوْمِ فَقَالَ يَا فُلَانُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تُصَلِّيَ فِي الْقَوْمِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ وَلَا مَاءَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ فَإِنَّهُ يَكْفِيكَ

335. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Auf dari Abu Raja’ berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Imran bin Hushain Al Khaza’i, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat seorang lelaki menyendiri dan tidak ikut shalat bersama orang banyak, baginda lalu bertanya: “Wahai fulan, apa yang menghalangi kamu untuk shalat bersama orang-ramai?” Maka orang itu menjawab: “Wahai Rasulullah, aku mengalami junub dan tidak ada air.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Gunakanlah tanah kerana ia memadai untukmu.”

Daripada pembelajaran kita dalam Kitab Tayammum ini, kita dapat belajar bahawa Fiqh Bukhari sesuai untuk zaman moden. Ada kemudahan diberikan didalam Islam. Boleh pakai banyak bahan tayammum, bukan hanya dengan debu tanah sahaja. Tepuk sekali sahaja, tidak perlu banyak kali. Kerana memang Allah hendak memberi kemudahan kepada manusia. Tapi memanglah kita tahu ada yang tak suka yang mudah. Mereka kata, kita pandai-pandai memudahkan agama. Padahal, kalau Nabi, dia akan memilih yang lagi mudah. Takkan kita tidak nak ikut Nabi? Kepada mereka, biarlah mereka hendak melakukan perkara yang susah.

Kita juga boleh lihat bahawa Imam Bukhari membawakan dalil yang kukuh dari Quran dan Sunnah. Dalam dalil yang sahih, yang digunakan untuk tayamum adalah ‘mukabumi’, bukan tanah. Tanah pun termasuk mukabumi juga. Itu adalah dari lafaz hadis yang kuat kalau dibandingkan dengan hadis yang mengatakan ‘tanah’.

Bukhari juga mengambil contoh-contoh hidup para sahabat dan para tabein sebagai menguatkan pendapat beliau. Maknanya, ianya bukan hanya pendapat dia sahaja.

Imam Bukhari menunjukkan ajaran dan panduan hidup yang realistik dan praktis. Yang boleh dibuat. Senang untuk diamalkan.

Kita lihat bahawa Imam Bukhari mempunyai pemerhatian yang mendalam dan kritis terhadap nas syariah. Dia mengkaji sungguh-sungguh dan mendalam nas-nas yang ada. Ijtihad yang juga mantap digunakan.

Kita dapat tahu daripada hadis dan tajuk yang dibawakan, ianya mengandungi kritikan yang halus dan beradab terhadap pandangan ulama lain. Seperti contoh, apabila dia kata tepukan hanya satu tepukan sahaja. Bermakna dia menolak pendapat ulama yang kata kena dua tepukan. Tapi dia tidak mengatakan dengan terang-terang bahawa itu adalah pandangan yang salah. Dia hanya membawakan pendapatnya dan orang yang tahu mengerti bahawa dia dengan secara tidak langsung menolak pendapat yang lain. Bukan dia tidak tahu pendapat-pendapat yang lain itu. 

Dia perhatikan perbuatan Nabi dan sahabat juga. Juga tabein. Bersambung amalan mereka itu. Iaitu tidak lari perbuatan mereka dengan perbuatan Nabi.

Dorongan untuk mempraktikkan amalan Sunnah iaitu yang sumber amalan yang terbaik. Dia menganjurkan untuk menggunakan hadis yang paling kemas. Bukan hanya pakai sahaja mana-mana hadis tanpa diteliti duduknya hadis itu. Kena dihalusi manakah yang lebih kuat. Dia menggalakkan manusia memilih mana yang lebih kuat. Dalam kitab Tayammum, dia bawa 17 hadis marfu‘ – yang sampai kepada Nabi. Yang berulang ada 10. Hanya sekali dipakai, ada 7. Dia juga membawakan 10 athar (perbuatan/kata) sahabat dan tabein.

Seperti biasa, di hujung Kitab, dia ada isyarat kepada selesai. Terletak pada kata Nabi: ‘sesungguhnya ia sudah memadai untukmu’. Itu adalah isyarat kepada akhir. Hujung perdebatan. Macam dia kata: apa yang saya bawa ini sudah cukup.

Dia juga membawa isyarat kepada kematian. Hujung hayat manusia. Mengingatkan manusia kepada kematian. Iaitu kata: ‘Cukup kepadamu mukabumi’. Kerana manusia akan dimasukkan dalam mukabumi diakhir hayatnya. Nabi pernah bersabda: Takkan penuh hajat manusia hingga dia dipenuhi oleh tanah. Akirnya kita akan masuk dalam tanah juga akhirnya.

Lagi satu adalah apabila Nabi nampak seorang yang terpisah dan tidak berjemaah sama sahabat yang lain. Yang tidak berjemaah itu adalah orang mati lah maknanya. Yang tak sembahyang itu adalah orang mati sahaja. Nabi pernah bersabda supaya Jangan jadikan rumah sebagai kubur. Maknanya, kena ada solat di rumah. Dan di kubur tidak boleh sembahyang.

Begitu juga dengan soalan Nabi kepada orang itu: Apakah yang menghalang kamu? Sakit kah? Kalau sakit, dah dekat nak mati lah kira-kiranya tu.

Begitulah berakhirnya Kitab Tayammum. Sehingga bertemu dalam kitab yang lain, Kitab Solat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s