We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Demokrasi adalah haram! April 6, 2013

Filed under: Books — visitor74 @ 11:38 pm


cover-pilihanraya

Bertepatan dengan demam pilihanraya sekarang ini, amatlah bersesuaian untuk kita membaca apakah kata satu pendapat Islam tentangnya. Buku ini ditulis oleh Ustaz Rasul Dahri yang saya hormati. Saya tidak selalu mendengar kuliah beliau, tapi setakat mana yang saya lihat dia, dia adalah seorang ustaz Sunnah yang tegas. Cakapnya lembut sahaja, tapi dia tidak takut melawan arus. Kalau putih dia kata putih. Tapi yang selalu menyebabkan dia dituduh macam-macam adalah bila hitam, dia akan kata hitam. Manusia, apabila terkena kepada batang hidung mereka sendiri, mereka tentu tidak suka.

Tentulah ramai yang tidak suka beliau. Puak yang bukan sunnah, sudah tentu. Tapi yang hairan, ada juga pasukan yang saya sangkat sunnah juga, pun marahkan beliau. Perjuangan bukanlah mudah. Tapi saya lihat dia tegar, rasanya dia hanya takut Allah sahaja. Biarlah Allah yang menilai dia.

Buku ini adalah satu kupasan dari beliau tentang demokrasi dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Tentang pemimpin, tentang pilihanraya dan beberapa perkara lagi. Beliau banyak menukilkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi. Tentu ramai yang kata itu adalah tafsiran beliau sendiri. Tapi saya bersetuju dengan beliau.

Secara ringkasnya, beliau memberikan hujah dan Quran, Sunnah dan sejarah dunia, untuk menunjukkan bahawa Sistem Demokrasi itu adalah haram. Ianya adalah ciptaan Yahudi, dan jauh sekali dari amalan Islam. Ianya bukanlah cara politik yang Islam mahukan. Dan pemimpin yang merasakan mereka ingin menegakkan agama menggunakan politik atau demokrasi, adalah tertipu.

Tetapi orang Islam perlulah keluar mengundi, kata beliau. Kerana sistem ini sedang berjalan sekarang. Dan pemerintahan mestilah di tangan orang Islam. Bermakna, sistem yang diamalkan dalam negara ini sekarang adalah sistem yang munkar ini. Keadaan sekarang adalah keadaan darurah. Dalam keadaan darurah, kita dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara yang haram juga. Jadi, seperti juga kita dibenarkan untuk memakan daging babi dalam darurah untuk kelangsungan hidup, kita juga perlu mengundi untuk memastikan bahawa pemerintahan di tangan orang Islam. Maka kena juga mengundi. Jikalau pertandingan itu adalah antara orang kafir dan Islam. Kita perlu memilih pemimpin Islam.

Berkecimpung di dalam sistem politik adalah tidak wajar sama sekali. Biarlah mereka yang gilakan kuasa berbuat begitu. Yang kita hanya boleh lakukan adalah jikalau pertandingan itu antara Islam dan Kafir.

Ustaz RD juga menceritakan tentang apakah pemerintahan Islam yang sebenarnya. Pemerintahan Islam adalah menggunkan syura. Iaitu majlis syura yang dianggotai oleh orang yang alim akan memilih pemimpin. Kepemimpinan itu tidaklah boleh diminta. Nabi dah nasihat dah jangan minta jawatan. Begitulah yang sepatutnya. Pemilihan sepatutnya diberikan kepada orang yang bijak, bukan dibuka kepada seluruh masyarakat. Kita pun tahu bahawa kebanyakan masyarakat bukanlah orang yang baik-baik, bukan yang pandai-pandai. Kalau mereka bukan begitu, agaknya siapakah yang mereka akan pilih?

Saya suka buku ini kerana beliau memberikan hujah-hujah dari Quran dan Sunnah. Begitulah buku yang sepatutnya. Bukan hanya memberikan buah fikiran manusia semata yang belum tentu benarnya.

Dah nak kena mengundi la pulak tahun ini….. adussss

Luangkan sedikit masa untuk membaca buku beliau. Boleh download disini: Demokrasi-Pilihanraya-dan-Mengundi-Satu-Kajian-Menurut-Penilaian-Al-Quran-dan-As-Sunnah. Suratkhabar dan Facebook boleh baca hari-hari. Sekali sekala bacalah yang ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s