We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 2 Bab Jika Seseorang Tidak Mendapati Air Dan Tidak Juga Mendapati Tanah April 2, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 3:26 pm

بَاب إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً وَلَا تُرَابًا

Bab Jika Seseorang Tidak Mendapati Air Dan Tidak Juga Mendapati Tanah

324 – حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا اسْتَعَارَتْ مِنْ أَسْمَاءَ قِلَادَةً فَهَلَكَتْ فَبَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا فَوَجَدَهَا فَأَدْرَكَتْهُمْ الصَّلَاةُ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَصَلَّوْا فَشَكَوْا ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ لِعَائِشَةَ جَزَاكِ اللَّهُ خَيْرًا فَوَاللَّهِ مَا نَزَلَ بِكِ أَمْرٌ تَكْرَهِينَهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ ذَلِكِ لَكِ وَلِلْمُسْلِمِينَ فِيهِ خَيْرًا

324. Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Numair berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah bahwa ia meminjam kalung kepada Asma’ lalu hilang. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk mencarinya hingga kalung itu pun ditemukan. Lalu datanglah waktu salat sementara mereka tidak memiliki air, namun mereka tetap bersembahyang. Setelah itu mereka mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, hingga turunlah ayat tayamum. Usaid bin Al Hudlair lalu berkata kepada ‘Aisyah, “Semoga Allah membalasmu dengan segala kebaikan. Sungguh demi Allah, tidaklah terjadi suatu peristiwa menimpa anda yang anda tidak sukai kecuali Allah menjadikannya untuk anda dan Kaum Muslimin sebagai kebaikan.”

Ada kemungkinan kita boleh dapati diri kita dalam keadaan dimana tidak bahan untuk bersuci, contohnya dikurung atau terperangkap di tempat yang tidak ada dua-dua tanah atau air. Ataupun kalau ada air, tapi tak boleh pakai. Mungkin sebab air hanya cukup untuk minuman kita atau binatang yang bersama dengan kita. Atau mungkin kita sakit tidak boleh guna air.

Jadi macam mana kalau dua-dua bahan bersuci tidak ada? Atau tidak boleh digunakan? Imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat orang sebegini wajib sembahyang juga kerana sembahyang itu berkait dengan waktu. Kalau dah masuk waktu, kena solat. Seperti yang disebut dalam Quran. Tak disebut dalam ayat itu kalau tiada bahan pencuci tidak boleh sembahyang. Ini adalah kerana mereka kata kita kena jaga waktu sembahyang. Sembahyang lebih besar dari lain-lain. Kalau tiada bahan-bahan itu, tidak bermaksud kita tidak boleh berhubung dengan Allah. Itulah tempat yang terbaik untuk berdoa. Katakanlah waktu itu kita diperangkap atau dipenjara, bagaimanakah cara terbaik untuk kita berhubung dengan Allah? Bukankah solat adalah waktu yang terbaik?

Dan pada pendapat Imam Bukhari, tidak perlu diqadha solat itu nanti apabila dah ada air atau tanah. Pendapat sama dipegang juga Muzani, anak murid Imam Syafie. Dan Imam Syafie memberikan pendapat yang sama dalam salah satu qaul qadimnya. Imam Nawawi kata inilah pendapat yang paling kuat.

Dalil hadis diatas menunjukkan sahabat-sahabat bersolat juga walaupun tiada air. Mereka tidak tayamum kerana waktu itu tidak jelas hukum tayamum lagi. Iaitu mereka tidak pasti samada mereka boleh menggunakan tayamum dalam keadaan bukan musafir dan dalam junub. Maka, mereka kena buat setakat mana yang boleh buat. Nabi tak pesan pula jangan buat macam itu. Menunjukkan boleh solat tanpa wudu. Sama juga bila tanah pun tiada nanti. Katakanlah kita dipenjara langsung tidak boleh guna tanah atau air.

Hadis ini adalah dikira sebagai taqrir Nabi. Iaitu sunnah itu samada dari kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, atau Nabi tak buat tapi Nabi tidak halang. Maka ini adalah Sunnah juga.

Pendapat Abu Hanifah lain pula. Padanya, tidak perlu menunaikan solat dalam keadaan demikian. Hanya perlu qadha kemudian hari apabila ada air atau tanah. Sama pendapat dengan Syafie dalam qaul Qadim Imam Syafie. Kerana mereka kata syarat solat adalah bersuci. Jadi kalau syarat tidak cukup, tidak bolehlah melakukan solat. Mereka berdasarkan hadis Nabi yang kata Allah tak terima solat tanpa bersuci. Dan untuk bersuci itu hanya dengan dua cara sahaja. Pada mereka, tidaklah berdosa kalau tidak melakukan solat waktu itu kerana syarat tidak cukup.
Tapi hubungan dengan Allah tidak patut diputuskan. Jadi mereka kata boleh guna cara lain untuk beribadat kepada Allah. Macam baca Quran pun boleh.

Satu lagi pendapat Imam Syafie adalah kena buat kedua-dua. Iaitu kena solat dalam tiada air dan tanah itu, dan kemudian bila dah ada, kena qadha balik. Pendapat Imam Malik pula dua-dua tak perlu buat. Macam orang haid, tidak perlu solat dan tidak perlu diqadha.

Kita tidak boleh nak kritik pendapat yang lain dengan Bukhari kerana itu adalah pendapat orang besar-besar. Mereka juga ada dalil.

Ayat yang dikatakan diturunkan dalam hadis ini adalah ayat Maidah:6. Ini sama dengan hadis awal. Sebelum itu ayat Nisa:43 tidak jelas. 

Apa yang dikatakan tak disukai itu adalah sebelum itu Aisyah pernah dikatakan berzina. Ini menunjukkan bahawa kejadian itu adalah dalam peristiwa lain.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s