We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 1 Kitab Tayammum April 1, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 3:46 pm

Kitab Tayamum ini adalah sambungan dari tajuk-tajuk yang lepas. Sebelum ini Imam Bukhari telah membawakan tajuk mandi janabah dan haidh. Asal hukum adalah menggunakan air untuk mengangkat kedua-dua hadas itu. Tetapi dalam keadaan yang tiada air, maka Tayamum boleh mengangkat kedua-dua hadas itu. Kerana itulah Imam Bukhari membawa tajuk tayamum selepas kedua tajuk itu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كِتَاب التَّيَمُّمِ

Kitab Tayammum

وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ }

Dan firman Allah taala: Maka jika kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan mukabumi tanah dan lain-lain yang bersih. Sapulah muka dan tanganmu dengannya.

Seperti selalu di awal Kitab, Imam Bukhari membawakan isyarat ‘permulaan’. Disini Imam Bukhari membawakan ayat Quran surah al-Maidah ayat 6. Ini adalah salah satu dari dua ayat berkenaan tayammum yang ada dalam Quran.
Imam Bukhari hendak memberitahu punca asal hukum tayamum adalah dari Quran. Itulah isyarat permulaan.
Dalam hadis dibawah, Aisyah mengatakan bahawa ayat Tayammum telah diturunkan. Dengan membawa ayat Quran ini, Imam Bukhari mengisyaratkan bahawa Hadis dibawah merujuk kepada ayat ini. Sebab ada dua ayat tayamum. Satu lagi ayat didapati dalam surah Nisa.
Kemudian Imam Bukhari membawakan banyak Hadis kerana dia hendak memberitahu kepada kita semua bahawa hadis menafsirkan ayat Quran.

Terjemah Quran yang diberi diatas itu lain dari yang biasa kita lihat dalam terjemah Quran yang lain. Disini, dipakai perkataan ‘mukabumi’ untuk merujuk kepada makna صَعِيدًا supaya sesuai dengan kehendak dan faham Imam Bukhari dan apa yang dia hendak sampaikan. Akan dibahaskan nanti dengan panjang lebar.

322 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالْبَيْدَاءِ أَوْ بِذَاتِ الْجَيْشِ انْقَطَعَ عِقْدٌ لِي فَأَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْتِمَاسِهِ وَأَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ فَأَتَى النَّاسُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ فَقَالُوا أَلَا تَرَى مَا صَنَعَتْ عَائِشَةُ أَقَامَتْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسِ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاضِعٌ رَأْسَهُ عَلَى فَخِذِي قَدْ نَامَ فَقَالَ حَبَسْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسَ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَقَالَتْ عَائِشَةُ فَعَاتَبَنِي أَبُو بَكْرٍ وَقَالَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ وَجَعَلَ يَطْعُنُنِي بِيَدِهِ فِي خَاصِرَتِي فَلَا يَمْنَعُنِي مِنْ التَّحَرُّكِ إِلَّا مَكَانُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى فَخِذِي فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَصْبَحَ عَلَى غَيْرِ مَاءٍ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَتَيَمَّمُوا فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ الْحُضَيْرِ مَا هِيَ بِأَوَّلِ بَرَكَتِكُمْ يَا آلَ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ فَبَعَثْنَا الْبَعِيرَ الَّذِي كُنْتُ عَلَيْهِ فَأَصَبْنَا الْعِقْدَ تَحْتَهُ

322. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari ‘Abdurrahman bin Al Qasim dari bapaknya dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu perjalanan yang dilakukannya. Hingga ketika kami sampai di Baida’, atau tempat peristirahatan pasukan, aku kehilangan kalungku. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berhenti untuk mencarinya. Orang-orang lain juga berhenti untuk mencarinya. Mereka berhenti di tempat yang tiada air. Sahabat-sahabat lalu bertemu dengan Abu Bakar Ash Shidiq seraya berkata, ‘Nah lihat apa yang telah diperbuat oleh ‘Aisyah? Dia telah membuatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan orang-orang berhenti di tempat yang tiada air dan mereka juga tidak memiliki bekalan air! ‘ Lalu Abu Bakar datang kepadaku sedangkan saat itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang tidur dengan meletakkan kepalanya di pahaku. Kata Abu Bakar: “Engkau telah membuatkan Rasulullah tertahan di sini dengan orang-orang lain. Mereka berhenti di tempat yang tiada air. Mereka juga tidak mempunyai air. Kata Aisyah: Abu Bakar mengataiku macam-macam sungutan terhadapku. Dia juga telah menusuk pinggangku dengan tangannya, dan tidak ada yang menghalangiku untuk bergerak (karena rasa sakit) kecuali kerana keberadaan kepala Rasulullah yang di pahaku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun di waktu subuh dalam keadaan tidak ada air. Allah Ta’ala menurunkan ayat tayamum, maka orang-orang pun bertayamum.” Usaid bin Al Hudlair lalu berkata, “Ini bukan keberkatanmu yang pertama wahai keluarga Abu Bakar!” ‘Aisyah berkata, “Kemudian unta yang aku tunggangi berdiri yang ternyata kami temukan kalungku berada dibawahnya.”

– Perjalanan itu adalah untuk memerangi bani Mustaliq. Tahun 6H. Ada kata 4H. Masa ini juga dikatakan terjadinya fitnah kepada Aisyah. Kejadian itu kemungkinan terjadi di Dzul Hulaifah.

Di dalam ayat Quran, digunakan perkataan Sayyidan tayyiban: Muka bumi yang bersih. Tengok hadis kedua. Iaitu mukabumi dijadikan tempat solat. Maknanya, ia boleh jadi macam-macam. Asalkan ianya bersih suci. Tidak ada penggunaan perkataan ‘debu’. Tidak ada juga perkataan ‘tanah yang boleh menumbuhkan tanaman’. Itu adalah pendapat sesetengah mazhad yang mengatakan ianya mestilah debu atau ada mazhab yang kata ianya adalah dari tanah yang boleh menumbuhkan tanaman.

Jadi, jikalau ia boleh jadi apa sahaja, asalkan mukabumi, maka disini kita boleh kata salji pun boleh juga. Atau jikalau ianya adalah batu licin, langsung tiada tanah diatas batu itu. Kerana batu itu pun boleh juga dikatakan sebagai mukabumi juga. Itu termasuklah pokok dan rumput. Tapi kenalah pokok yang belum terputus dari bumi. Allah bukan nak menyusahkan. Ayat Quran pasal tayamum pun Allah dah kata bukan untuk menyusahkan.

Ada pendapat mazhab yang mengatakan bahawa tanah yang digunakan itu mestilah tanah yang sesuai. Kerana mereka melihat dalam Quran, apabila disebutkan tanah, ianya bermakna: Tanah yang baik. Dan dalam ayat lain, dikatakan tanah yang baik adalah yang boleh menumbuhkan tanaman. 

Dan ada yang mengatakan ianya mestilah ada debu, kerana dalam ayat Quran itu, ada perkataan ‘Minhu’: darinya. Maka, kata mereka, dalam menggunakan tayamum itu, mestilah ada kesan sedikit yang melekat pada tangan kita dan kena pada muka kita.

Jadi, itu adalah sedikit menyusahkan, tapi begitulah kata mereka. Kerana dari segi makna tayamum, ia adalah makna dicari.

Tapi Imam Bukhari nak luaskan makna saaid itu. Bukan hanya bermaksud tanah tertentu sahaja.

Minhu bukan hanya satu makna sahaja, ianya boleh juga bermakna ‘mula’ iaitu mula dari perbuatan tepuk itu. Bukan bihi, kalau hendak dikatakan sebahagian dari tanah itu. Dan ada banyak lagi kemungkinan makna. Jadi kalau begitu tidak boleh dijadikan sebagai dalil nak kata kena melekat tanah pada tangan. Ayat kedua tiada minhu. Jadi ayat surah Maidah lebih lengkap.

Jumhur ulama mengatakan bahawa ayat tayamum surah Nisa turun dahulu sebelum ayat dari surah Maidah. Jadi para sahabat dah tahu pasal tayamum semasa kejadian dalam hadis ini. Jadi mengapa mereka kecoh apabila tiada air? Kalau dah tahu pasal tayamum, pakai sahajalah tayamum. Tapi bukan itu yang terjadi. Ini adalah kerana dalam ayat Nisa, tayamum itu hanya untuk mereka yang musafir. Tapi dalam hadis ini, mereka dilambatkan kerana mencari kalung, iaitu hal dunia. Maka mereka tak pasti samada mereka boleh tayamum ataupun tidak. Maka apabila turun ayat tayamum dalam surah Maidah, barulah jelas bahawa kebolehan itu adalah umum. Dan dalam surah Nisa, hanya isyarat bahawa ianya boleh untuk hadas kecil sahaja, jadi mereka tidak pasti kalau ianya boleh digunakan untuk mengangkat hadas besar juga. Kerana dalam kejadian dalam hadis itu, ada yang berjunub juga. Tapi kerana ayat Surah Maidah itu lengkap, maka mereka suka kerana mereka tahu bahawa kalau berjunub pun, boleh pakai tayamum juga.

Dalam surah an-Nisa, Imam Syafie pakai makna ayat itu sebagai membenarkan seseorang yang berjunub untuk melintas sahaja dalam masjid. Tapi Imam Bukhari pakai sebagai ‘musafir’. Pada dia, kalau berjunub, boleh tidur dan berada dalam masjid pun. Ini telah dibincangkan dahulu. Iaitu, ada sahabat dari golongan ahlus suffah yang tinggal di serambi masjid.

Beberapa pengajaran lain yang boleh kita ambil dari hadis ini:

  1. Boleh mengadu kepada bapa walaupun seseorang anak itu sudah kahwin. Sebab ada sahabat-sahabat yang mengadu tentang Aisyah kepada Abu Bakr. 
  2. Kalau seseorang itu penyebab kepada sesuatu perkara, dia boleh dikatakan bahawa dia yang membuatnya. Dalam kes ini, Aisyah dikatakan sebagai penyebab kepada mereka tertahan di tempat yang tiada air.
  3. Boleh masuk menemui anak walau anak bersama dengan suaminya. Asal sesuai dengan keadaan. Janganlah pula semasa mereka sedang bersetubuh pula.
  4. Ibubapa boleh lagi mendisiplinkan anaknya walaupun sudah kahwin.
  5. Boleh menahan diri dari menganggu orang yang sedang beribadat atau berehat. Walaupun dicucuk oleh ayahnya, Aisyah tidak menggerakkan badannya, kerana tidak mahu mengganggu kepaada Nabi yang berada diatas pahanya. 
  6. Adanya rukhsah untuk tidak solat tahajjud kepada Nabi. Selama ini kita tahu bahawa solat tahajjud adalah wajib kepada Nabi. Tapi dalam hadis ini, kita nampak bahawa Nabi tidak solat tahajud, kerana pagi bagi hendak mencari air.
  7. Mencari air tidak wajib sebelum masuk waktu solat. Mereka hanya mencari air sewaktu subuh datang. Tak cari awal-awal. 
  8. Sahabat telah tahu tentang wudu dengan air. Walaupun ayat surah Maidah ini baru turun. Sebab mereka sibuk mencari air, maka mereka dah tahu kena wudu dengan air. Jadi, mereka tahu tentang wudu dengan air itu berdasarkan Sunnah. Kadangkala turun ayat kerana sebagai pengesahan sahaja.
  9. Kewajipan niat dalam tayamum. Sebab maknanya sendiri adalah mencari. Semasa tepuk itu adalah dengan niat untuk mengangkat hadas.
  10. Sama sahaja kalau pakai tayamum untuk orang berjunub. Kecuali pendapat Umar dan Ibn Abbas. Itu akan diceritakan kemudian dalam bahagian yang lain. 
  11. Boleh pakai tayamum untuk sakit dan musafir. Kalau tiada air.
  12. Keharusan membawa wanita untuk perang atau apa-apa sahaja sebab.
  13. Dunia pun penting juga. Jangan abai dan sia-siakan harta. Kita boleh lihat Nabi sampai berhenti mencari kalung Aisyah yang hilang itu.
  14. Wanita boleh pakai hiasan. Aisyah pun pakai kalung. 
  15. Suami boleh letak kepala atas paha isteri.
  16. Boleh menahan susah untuk kepentingan orang lain. Macam Aisyah buat untuk Nabi semasa ayahnya cucuk dia.
  17. Hadis ini juga menunjukkan kelebihan dan keutamaan Aisyah. Banyak keberkatan beliau untuk Islam.

Ini bukan kisah yang sama dengan kisah Aisyah difitnah. Ini panjang untuk diceritakan. Kerana kisah antara dua kejadian itu tidak sama.

323 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ هُوَ الْعَوَقِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ قَالَ ح و حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ النَّضْرِ قَالَ أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ قَالَ أَخْبَرَنَا سَيَّارٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ هُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ الْفَقِيرُ قَالَ أَخْبَرَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً

323. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan -yaitu Al ‘Awaqi- telah menceritakan kepada kami Husyaim berkata. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepadaku Sa’id bin An Nadlr berkata, telah mengabarkan kepada kami Husyaim berkata, telah mengabarkan kepada kami Sayyar berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid -yaitu Ibnu Shuhaib Al Faqir- berkata, telah mengabarkan kepada kami Jabir bin ‘Abdullah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pertama, aku diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada sesiapapun sebelumku; aku diberi pertolongan dengan kegerunan musuh terhadapku pada jarak sejauh satu bulan perjalanan, Kedua, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sembahyang dan sebagai bahan untuk bersuci. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat, dimana sahaja dia berada; ketiga, dihalalkan untukku dan umatku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk sesiapapun sebelumku, keempat, aku diberikan syafa’at (kuasa menolong orang lain pada hari kiamat nanti), dan kelima, para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sahaja, sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia.”

Jadi, Imam Bukhari nak menunjukkan bahawa perkataan yang digunakan oleh Nabi dalam hadis ini adalah ‘bumi’. Maknanya, bumi itu untuk dua kegunaan, untuk

Apakah tidak langsung diberikan kelebihan kepada Nabi ini kepada Nabi lain? Tidak dikurniakan kepada sesiapa sahaja secara terkumpul. Ada yang ada dapat sikit-sikit. Disini, disebutkan lima kelebihan sahaja. Ada kala dikatakan sampai enam. Ikut latar belakang tertentu. Ada banyak lagi kelebihan yang Nabi dapat. Ada yang kira sampai 60. Imam Suyuti kira sampai 300. Yang lima ini terkumpul dalam hadis yang sahih. Antara yang lain Nabi dapat adalah Saf dalam solat kerana tidak ada nabi lain yang dapat macam itu.
Semua orang dalam kubur nanti akan ditanyakan tentang Nabi Muhammad. Nabi-nabi yang lain tidak ada sebegitu.
Umat Nabi Muhammad juga akan diberi kelebihan kelihatan kesan wudu mereka di akhirat nanti. Dan juga bahagian solat yang menyentuh tanah tidak dimakan api neraka.
Azan solat hanya kepada Nabi Muhammad sahaja.
Solat lima waktu diberikan kepada Nabi Muhammad sahaja.

Yang duduk jauh sebulan perjalanan dari Madinah merasa gerun dengan Nabi. Beza dengan zaman sekarang. Sudah jadi terbalik sebab musuh Islam tak takut Islam langusng. Musuh Islam bukan hanya takut kepada Nabi sahaja. Mereka juga takut kepada sahabat yang meneruskan kerja-kerja Nabi. Ini semua terjadi kepada kita kerana kita tak amalkan Sunnah. Alhamdulilllah, sekarang dah nampak Islam mula nak naik balik. Sistem kita seperti sistem ekonomi kita mula dipakai oleh orang bukan Islam pun.

Nabi mengatakan bahawa bumi dijadikan sebagai tempat sembahyang. Ini bukanlah bermaksud bahawa keseluruhan  dunia ini dalah masjid, tapi ia bermakna ianya adalah tempat ibadah, kecuali tempat-tempat yang telah diberikan larangan oleh Allah. Penggunaan perkataan Masjid itu adalah sebagai penggunaan kata yang umum. Islam selalu ada konsep begitu. Ibadat pun ada ibadah yang khusus dan ibadah yang umum. Disini juga kita boleh ambil falsafah masjid dalam dunia luar masjid. Iaitu hati kita selalu bertaut dengan masjid. Kalau dalam masjid, kita tidak buat perkara yang merapu, maka dalam dunia luar pun kita tidak buat merapu. Kalau dalam masjid, kita sentiasa ingat Allah, maka diluar pun begitu juga. Demikianlah seterusnya.

Bahan bersuci adalah dengan bumi. Kita sudah tahu bahawa apabila nak solat, kita kena suci. Menunjukkan kepentingan dan kehebatan solat. Allah tahu samada kita suci atau tidak.
Benda yang boleh digunakan untuk tayamum adalah samada bumi atau yang naik dari mukabumi. Termasuk salji. Itulah yang senang. Asalkan suci. Tidak menghadkan tanah yang menumbuhkan tanaman. Sudahlah kena cari air tadi, ini kena cari tanah yang jenis tertentu. Tentulah itu sudah menyusahkan. Pendapatnya sama dengan Imam Malik dan Hanafi. Ini kerana dalam hadis, digunakan perkataan al-ard, iaitu mukabumi. Tetapi kepada imam Syafie dan Daud zahiri, kena tanah yang boleh menumbuhkan tanaman. Itu adalah pendapat masing-masing. Mereka pun orang yang berilmu tinggi juga.

Tayamum untuk memudahkan. Sapu sekali sahaja dan sapu di muka dan tangan sahaja. Tidak perlu ikut tertib. Tidak perlu ada debu sebab Nabi pun tiup debu pada tangannya. Menunjukkan yang bukanlah debu yang dikehendaki.

Harta ghanimah. Untuk dapat harta ini, kena perang dulu. Kalau lari sebelum perang dipanggil al-Fai. Perang itu pula, mestilah atas nama agama. Dianggap sebagai harta yang paling suci kerana Nabi pun makan harta ghanimah. Sebanyak 4/5 diberikan kepada yang ikut serta dalam perang. 1/5 untuk Allah dan rasulNya. Itu adalah secara umum. Zaman Umar tidak beri semua bahagian yang ikut serta kerana ramai yang sudah kaya. Dia simpan untuk generasi akan datang.
Harta ghanimah ini tidak diberikan kepada umat dan nabi-nabi terdahulu. Kalau generasi dulu, mereka akan kumpul harta selepas perang itu di padang dan Allah akan turunkan api dari langit. Kalau diambil api, bermakna Allah suka dan redha. Kalau tidak, tentu ada sebabnya. Mungkin ada yang ambil harta untuk diri mereka sendiri.

Nabi Muhammad diutuskan untuk semua manusia sekalian. Tidak ada dah nabi dan rasul selepas Nabi kita. Kerana telah sempurna ajaran Islam yang disampaikan Nabi. Kalau nak dikatakan ada Nabi sebelum Nabi Muhammad, itu boleh lagi. Macam kalau ada yang kata Krishna yang dipuja oleh penganut Hindu itu adalah Nabi dulu. Adalah kemungkinannya. Kerana mungkin selepas itu mereka telah menganggapnya sebagai tuhan pula. Tapi yang pasti, kalau lepas Nabi Muhammad, tidak ada Nabi lagi. Macam Guru Nanak yang mereka agama Sikh itu. Dia tidak langsung boleh dianggap sebagai Nabi.

 

2 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 1 Kitab Tayammum”

  1. […] ini kita telah belajar dalam bab tayamum sebelum ini. Tapi itu dengan maksud nak cerita bahan yang digunakan untuk bersuci. Kali ini untuk menceritakan […]

  2. […] dalam musafir, boleh solat kalau dengan menggunakan tayamum. Ini kita telah belajar dalam Kitab Tayammum […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s