We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 13 – Bab Keberadaan Orang Berjunub Di Rumah Apabila Dia Berwudhu Sebelum Mandi March 27, 2013

بَاب كَيْنُونَةِ الْجُنُبِ فِي الْبَيْتِ إِذَا تَوَضَّأَ قَبْلَ أَنْ يَغْتَسِلَ

Bab Keberadaan Orang Berjunub Di Rumah Apabila Dia Berwudhu’ Sebelum Mandi

Tajuk ini adalah berkenaan dengan orang yang berada di rumah. Tidak semestinya tidur. Tidur itu perkara lain. Ini adalah tentang perbuatan seseorang itu dalam dia berjunub. Dia mungkin duduk berehat untuk makan dan sebagainya. Bolehkah dia buat begitu?

Imam Bukhari meletakkan tajuk ini sebagai isyarat bahawa ada hadis dhaif yang dipegang oleh sesetengah orang. Hadis itu adalah berkenaan malaikat tak masuk rumah yang ada patung, anjing dan orang berjunub. Bahagian junub itu adalah dhaif. Kerana ada perawi majhul didalam sanad perawi hadis itu. Dan hadis itu bercanggah dengan hadis sahih. Kerana dalam hadis yang kita belajar dulu, Nabi pun buat macam tu. Ada ketikanya Nabi tidak mandi hadas pun terus. Atau ada masa, Nabi hanya ambil wudu sahaja. Ambik wudu adalah baik sekali kerana separuh dari hadas tersebut telah terangkat. Tapi bagaimana dengan hadis yang mengatakan bahawa malaikat tak masuk rumah jika di rumah itu ada orang yang berjunub. Secara logiknya, tentu Nabi nak malaikat rapat dengan dia. Jadi, bagaimana pula dengan keadaan baginda yang kadang-kadang tidak mandi janabah lagi. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Malaikat Rahmat tak masuk kalau langsung tak ambil wudu. Tapi ada pendapat yang kata bahawa kalau tak wudu pun malaikat akan masuk juga. Sebab ada hadis kata Nabi tidur dalam junub tanpa sentuh air.

Ada yang kata hadis itu telah dimansuhkan. Ada sebab kenapa dulu tidak boleh bela anjing dan simpan gambar dan begitu tidak dibenarkan duduk dalam keadaan berjunub dalam rumah. Seperti anjing, memang ada kisah yang Nabi arahkan supaya dibunuh semua sekali. Kemudian hanya disuruh bunuh anjing hitam sahaja. Kemudian lama-lama tidak dipedulikan. Kerana nak mengajar bahawa tidak boleh sama dengan bangsa Yahudi yang suka membela anjing. Dan supaya jangan ada yang sangka dengan bela anjing dapat memberi kelebihan pula.

Dan gambar yang tak boleh ada dalam rumah itu adalah gambar yang dipuja. Allah akan suruh beri nyawa di akhirat nanti. Kerana Allah nak tunjuk bahawa gambar itu tidak ada apa-apa nanti. 

Kita tidak akan boleh nak ikut sangat seperti Malaikat. Kita ada nafsu, maka nafsu itu akan membuatkan kita mahu melakukan macam-macam perkara yang malaikat tidak lakukan. Cukuplah dengan Allah menjadikan kita mengikut sifat malaikat tidak makan dan minum di dalam bulan Ramadhan. Itu pun dah tinggi dah.

277 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ وَشَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْقُدُ وَهُوَ جُنُبٌ قَالَتْ نَعَمْ وَيَتَوَضَّأُ

277. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam dan Syaiban dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah berkata, pernah aku bertanya kepada ‘Aisyah, “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur dalam keadaan junub?” ‘Aisyah menjawab, “Ya, dan beliau berwudu.”

————————————————————————————————————————————–

بَاب نَوْمِ الْجُنُبِ

Bab Tidur Orang Berjunub

Tajuk ini pula khas untuk cerita tentang tidur dalam keadaan berjunub. Kalau tidur ni, sudah masuk perkara lain. Bukan setakat duduk-duduk sahaja. Kerana mati adalah tanda kepada hendak mati. Allah ambik satu roh kita dan dipegangNya.
Elok untuk kita tidur dalam keadaan suci supaya dapat mimpi yang baik. Supaya Malaikat akan jaga. Kalau ditakdirkan kita mati pada malam itu, sekurang-kurangnya separuh dari hadas telah terangkat. Tidak wajib, tapi seelok-eloknya. Imam Bukhari sependapat dengan jumhur ulama dalam hal ini – iaitu mengatakan tidak wajib ambil wudu sebelum tidur dalam keadaan berjunub.

Jikalau kita ambil wudu sebelum kita tidur itu, bagaimana pula cara wudu itu? Pendapat jumhur mengatakan yang wudu itu adalah macam wudu untuk sembahyang. Ada kata wudu bersihkan diri sahaja. Kerana pernah diriwayatkan bahawa Ibn Umar pun pernah basuh muka sahaja. Maknanya, kalau begitu, ianya adalah hanya Wudu irsyadi sahaja. Iaitu wudu untuk kebaikan dunia sahaja, untuk menyegarkan tubuh badan sahaja.

278 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَرْقُدُ أَحَدُنَا وَهُوَ جُنُبٌ قَالَ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرْقُدْ وَهُوَ جُنُبٌ

278. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar bahwa ‘Umar bin Al Khaththab bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Apakah boleh seorang dari kami tidur dalam keadaan dia junub?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Ya. Apabila salah seorang dari kalian berwudu, maka bolehlah ia tidur meskipun dalam keadaan junub.”

– Inilah yang digunakan oleh ahli zahiriah kenapa wajib wudu selepas junub. Kalau dah wudu baru boleh tidur. Maknanya, kalau tak wudu tak boleh tidur lagi. Itu pemahaman mereka.

Tapi ramai yang kata tak wajib. Pertamanya, tengok pada perbuatan Nabi. Ada hadis dikatakan Nabi tidur tanpa menyentuh air. Jadi pada mereka, paling tinggi adalah perbuatan itu sunat. Tapi bukanlah sunat muakkad sebab kalau sunat muakkad, Nabi tak akan tinggalkan. Maka mereka mengatakan ini adalah perkara mustahab, iaitu baik sahaja. Perkara yang baik untuk dilakukan tapi tidaklah sampai ke tahap sunat. Nabi kalau sunat, dia tidak akan tinggalkan kecuali sekali sekala untuk menunjukkan bahawa ianya adalah sunat, bukan wajib. Dalam kes ini, banyak kali juga Nabi tinggalkan wudu selepas junub.

Tidaklah semua arahan Allah itu adalah dalam bentuk kena ikut. Seperti Allah suruh kalau kita mahu untuk tidak beriman. Kalau dilihat dari makna ayat Quran itu, nampak macam arahan dari Allah dah. Tapi tentulah tidak Allah suruh kita tidak beriman pula. Atau ada arahan Allah adalah dalam bentuk amr irsyadi. Iaitu mengajar kebaikan dalam kehidupan dunia, bukan syariat. Seperti ayat yang mengatakan kena ambil dua orang saksi lelaki dan kalau perempuan, kena ada dua orang perempuan, baru sama dengan satu lelaki. Bukanlah ayat ini untuk mengatakan perempuan itu kurang darjat dari lelaki. Tapi dibuat begitu kerana waktu itu perempuan tidak keluar rumah sangat, maka mereka kurang ilmu dari hal keduniaan. Tapi kalau zaman sekarang, kadang-kadang perempuan lagi tinggi ilmu mereka dari lelaki. Katakanlah, ada seorang perempuan yang pakar dalam bidang geologi, tentulah dia lebih faham tentang bidang dia dari lelaki yang bukan pakar geologi. Jadi, arahan dari Allah, walaupun dari Quran, kena diteliti balik, adakah ianya adalah arahan yang kena ikut seratus peratus atau boleh lagi kita nak takwilkan lagi. Ada yang boleh diteliti lagi untuk kita dapat pemahaman yang lebih mendalam lagi.

Dan kalau perkara wudu sebelum tidur selepas jimak itu adalah wajib, tentu Nabi tak ambil tayamum. Kerana dalam hukum wudu, kalau ada air, tidak boleh pilih tayamum. Sebab pernah Nabi ada tayamum dalam keadaan ada air, itu menunjukkan bahawa ianya ada tidak wajib. Kalau wajib, kena pakai air untuk wudu sahaja. Inilah kaedah feqah.

—————————————————————————————————————————————-

بَاب الْجُنُبِ يَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَنَامُ

Bab Orang Berjunub Mengambil Wudhu’ Kemudian Tidur

279 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ غَسَلَ فَرْجَهُ وَتَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ

279. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Ubaidullah bin Abu Ja’far dari Muhammad bin ‘Abdurrahman dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak tidur saat dirinya dalam junub, maka beliau membasuh kemaluannya dan berwudu sebagaimana wudu untuk shalat.”

280 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ اسْتَفْتَى عُمَرُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَنَامُ أَحَدُنَا وَهُوَ جُنُبٌ قَالَ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ

280. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Juwairiyah dari Nafi’ dari ‘Abdullah berkata, “‘Umar pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Apakah boleh seseorang dari kami boleh tidur dalam keadaan junub?” Beliau menjawab: “Ya. Apabila ia berwudu.”

‘Apabila’ itu bukan bermakna syarat. Ini menunjukkan ‘molek’. Ini adalah pendapat jumhur. Kalau mazhab Zahiriah, mereka akan kata perkataan ‘apabila’ itu sebagai syarat, itu adalah ijtihad mereka. Mereka pun orang Mujtahid juga. Mereka ada kedudukan dalam agama. Tidak boleh pandang ringan kepada mereka. Meraka ada dalil mereka yang mereka gunakan sebagai sandaran. Bukan hanya mengambil dari pendapat akal mereka semata-mata. Memang perkataan ‘iza’ itu ada membawa makna sebagai syarat pun. Tapi yang kita nak sampaikan adalah, tidak semua hadis ada perkataan ‘iza’ itu.

281 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ ذَكَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ تُصِيبُهُ الْجَنَابَةُ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ ثُمَّ نَمْ

281. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari ‘Abdullah bin Dinar dari ‘Abdullah bin ‘Umar bahwa ia berkata, “‘Umar bin Al Khaththab menceritakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa ia junub di malam hari. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata kepadanya: “Wudu dan cucilah kemaluanmu, kemudian tidurlah.”

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s