We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 12 – Bab Peluh Orang Yang Berjunub Dan Sesungguhnya Orang Muslim Itu Tidak Najis March 26, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 11:49 pm

بَاب عَرَقِ الْجُنُبِ وَأَنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

Bab Peluh Orang Yang Berjunub Dan Sesungguhnya Orang Muslim Itu Tidak Najis

– Tidak ada disebutkan pasal peluh pun dalam hadis ini. Tapi Imam Bukhari letakkan pasal peluh itu kerana dia nak sampaikan bahawa apa yang keluar dari seseorang yang sedang berjunub, tidak najis. Bukan peluh sahaja. Itu termasuklah air mata, air liur. Apa yang memang dah jelas najis seperti tahi dan air kencing, itu memanglah dah najis. Selain daripada itu, apa yang keluar tidak najis sebab sumber datangnya peluh itu tidak najis. Iaitu, manusia yang berjunub tidak najis.

Jikalau dikatakan dalam hadis ini bahawa, orang Islam tidak najis, bagaimana dengan orang kafir? Zahiriah kata mereka itu najis. Jumhur kata mereka tidak najis. Sebab boleh lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan ahli kitab. Mereka itu kafir, maka tentulah akan keluar peluh dan lain-lain air dari tubuh mereka. Takkan lelaki Islam akan bergelumang dengan najis pula. Zahiriah pula guna hadis ini juga sebagai dalil untuk mengtakan bahawa orang kafir itu najis. Sebab, kalau hadis ini mengatakan yang orang Islam tidak najis, maka dari segi logiknya, lawan kepada orang Islam adalah orang kafir, maka mereka itu najislah. Dan mereka juga menggunakan zahir ayat Quran yang mengatakan bahawa orang kafir itu najis, maka mereka tidak dibenarkan masuk lagi ke MasjidilHaram. Tapi jumhur ulama mentakwil ayat itu dengan mengatakan bahawa aqidah mereka yang najis, bukan tubuh mereka. Dalilnya adalah Nabi pernah pakai bekas makanan orang kafir. Dan makan keju buatan orang kafir. Baginda dan sahabat juga pernah makan masakan kambing orang Yahudi – yang telah diracun dan akhirnya menyebabkan kematian para sahabat yang memakannya dan Nabi pun sakit akhirnya.

Dan ada ayat yang lain mengatakan bahawa berhala, judi dan arak adalah najis. Tapi itu tidaklah bermakna kalau kita pegang berhala hindu, kita kena basuh tangan kita pula. Pemahaman mereka yang melakukan ‘perbuatan’ salah itulah yang najis. Dan satu lagi, pernah Nabi ikat seorang lelaki kafir di masjid. Tentulah kalau dia ada disitu, dia akan mengeluarkan cecair dari badannya seperti peluh dan sebagainya, tapi Nabi tidak pula kisah. Dan kalau orang kafir masuk Islam pun, mereka tidak perlu mandi. Kalau mereka itu najis, tentulah mereka kena mandi dulu baru masuk Islam. Tapi tidak pula disuruh mereka buat macam itu.

Tubuh seorang mukmin tidak najis. Cuma yang ada adalah najis hukmi atau najis maknawi. Tapi kalau Najis Aini seperti terkena air kencing , memang boleh terjadi. Kalau macam itu, cuma basuh sahaja. Apabila seseorang mukmin itu di dalam hadas, cuma ada perkara-perkara yang dia tidak boleh buat perkara tertentu seperti solat dan tawaf.
Hadis ini mengisyaratkan beza antara orang Islam dan kafir. Orang Islam itu suci samada hidup atau mati. Orang kafir hanya mulia dan suci masa hidup. Kerana Allah muliakan Bani Adam. Kalau dah mati, mereka tidak lagi suci. Mereka akan menjadi najis. Sampai ada ulama yang kata, kalau mayat orang kafir masuk telaga, kena punggah semua air yang ada dalam telaga itu. dan kalau kita jumpa mayat mereka, tidak perlu kita kisahkan.

Sama juga kalau perempuan dalam haidh. Kita boleh sentuh dia, boleh makan masakan dia. Cuma dia tidak boleh solat dan kita tidak boleh menjimak mereka. Apabila dia tidak najis, seorang perempuan sebenarnya boleh baca Quran. Walaupun mereka bukan dalam keadaan suci. Kerana kita ni memang dah suci. Nabi pun tidak larang Aisyah membaca Quran semasa dia dalam haidh. Dan Nabi meletakkan kepala baginda atas peha Aisyah walaupun Aisyah sedang dalam haidh masa itu.

Boleh pegang Quran walaupun tidak dalam wudu. Yang ayat Quran itu bukanlah bermaksud tidak boleh sentuh kalau dalam hadas. Dalam ayat Quran itu, sebenarnya menyatakan ‘tidak boleh’, bukan ‘jangan’. Iaitu Quran itu tidak boleh disentuh oleh makhluk lain seperti jin syaitan, kecuali malaikat yang suci sahaja.Bukanlah ayat itu melarang orang untuk memegang Quran dalam keadaan berhadas. Memanglah elok kalau begitu, tapi tidak semestinya, kena begitu. Seperti Aisyah yang boleh sentuh Nabi. Nabi itu penuh dengan Quran.

 

274 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ حَدَّثَنَا بَكْرٌ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فِي بَعْضِ طَرِيقِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ جُنُبٌ فَانْخَنَسْتُ مِنْهُ فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ وَأَنَا عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

274. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid berkata, telah menceritakan kepada kami Bakar dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berjumpa dengannya di salah satu jalan di Madinah, sementara ia dalam keadaan junub.” Abu Hurairah berkata, ‘Aku pun menyelinap keluar dan pergi mandi’. Setelah itu datang lagi, baginda lalu bertanya: “Kemana saja kamu tadi wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab: “Aku tadi dalam keadaan berjunub. Dan aku tidak suka di dalam majlismu sedang aku dalam keadaan tidak suci.” Mendengar jawapan Abu Hurairah itu, Beliau pun bersabda: “Subhaanallah! Sesungguhnya orang Muslim itu tidak itu najis.”

– Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:
Kena tampil bersih apabila bersama dengan orang lain. Begitulah faham Abu Hurairah. Tambahan pula kalau dengan Nabi, itulah sebabnya dia menyelinap untuk mandi.
Nabi tegur kemana Abu Hurairah pergi. Seorang guru kena tegur anak murid.
Boleh berjalan-jalan keluar rumah walaupun dalam keadaan berjunub. Macam Abu Hurairah dalam kisah ini berjalan merata tempat dengan Nabi.
Nabi ambil berat keadaan umatnya. Begitulah seorang guru kena macam itu.
Adab majlis kena beritahu kemana pergi. Tak boleh terus hilang sahaja.
Sebut subhanallah dalam banyak keadaan. Cakap sikit itu pun dah boleh dapat pahala. Dalam keadaan terkejut pun boleh sepertimana dalam hadis ini. Nabi terkejut kenapa Abu Hurairah sampai tak tahu bahawa seorang muslim itu tidak najis.

————————————————————————————————————–

بَاب الْجُنُبُ يَخْرُجُ وَيَمْشِي فِي السُّوقِ وَغَيْرِهِ وَقَالَ عَطَاءٌ يَحْتَجِمُ الْجُنُبُ وَيُقَلِّمُ أَظْفَارَهُ وَيَحْلِقُ رَأْسَهُ وَإِنْ لَمْ يَتَوَضَّأْ

Bab Orang Yang Berjunub Boleh Keluar Dan Berjalan Di Pasar Dan Selainnya. `Athaa’ Berkata: Orang Berjunub Boleh Berbekam, Memotong Kuku Dan Mencukur Kepala Walaupun Dia Tidak Berwudhu’

– Imam Bukhari hendak menyangkal pendapat yang mengatakan seseorang yang dalam junub kena mandi dulu.

Tajuk Imam Bukhari letak yang boleh berjalan dan macam-macam itu tidak ada dalam hadis. Dari mana Imam Bukhari dapat?
Dalam hadis ini, dikisahkan Nabi telah keluar rumah untuk bertemu dengan isteri-isterinya. Kita telah belajar bahawa Nabi pergi itu adalah untuk berjimak dengan mereka dan tentunya selepas itu Nabi dalam keadaan berjunub. Dan Nabi tidak mandi selepas itu. Maknanya, ada yang Nabi keluar rumah untuk pergi ke rumah isterinya yang lain, dalam keadaan berjunub. Tentulah ada perkara-perkara lain yang Nabi buat. Bukan terus jimak sahaja. Ada kemungkinan baginda makan dan sebagainya. Bukan bersetubuh sahaja. Banyak yang isteri baginda buatkan untuk baginda macam gunting rambut, potong kuku dan sebagainya.

Imam Bukhari mengambil pendapat Atha’, iaitu seorang tabein. Atha’ mengatakan tidak mengapa untuk Berbekam, Memotong Kuku Dan Mencukur Kepala. Ini adalah untuk menolak pendapat yang mengatakan tidak boleh. Bukhari tahu ada pendapat sebegitu, tapi dia tidak bawa pendapat mereka. Menunjukkan bahawa Bukhari memegang pendapat yang mengatakan tidak mengapa. Yang mengatakan tidak boleh itu adalah kerana mereka kata nanti bahagian tubuh yang dipotong itu nanti akan datang di akhirat kelak kerana mereka telah dipotong dari tubuh badan semasa dalam keadaan tidak bersih. Imam Bukhari tidak setuju dengan pendapat itu.

 

275 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُمْ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ فِي اللَّيْلَةِ الْوَاحِدَةِ وَلَهُ يَوْمَئِذٍ تِسْعُ نِسْوَةٍ

275. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul A’la bin Hammad telah menceritakan kepada kami Abdul A’la bin Abdul A’la berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Zurai’ berkata, telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah bahwa Anas bin Malik menceritakan kepada mereka, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menggilir semua isterinya dalam satu malam, padahal ketika itu isteri beliau ada sembilan orang.”

– Inilah hadis yang dikatakan bahawa Nabi keluar rumah dalam keadaan junub, kerana dari satu isteri ke satu isteri lain, tentulah di rumah yang berbeza. Ini menunjukkan tidak mengapa. Dan kita telah belajar sebelum ini bahawa Nabi tidak mandi selepas setiap kali mendatangi isterinya.

 

276 – حَدَّثَنَا عَيَّاشٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ بَكْرٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ لَقِيَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا جُنُبٌ فَأَخَذَ بِيَدِي فَمَشَيْتُ مَعَهُ حَتَّى قَعَدَ فَانْسَلَلْتُ فَأَتَيْتُ الرَّحْلَ فَاغْتَسَلْتُ ثُمَّ جِئْتُ وَهُوَ قَاعِدٌ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هِرٍّ فَقُلْتُ لَهُ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ يَا أَبَا هِرٍّ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَا يَنْجُسُ

276. Telah menceritakan kepada kami ‘Ayyasy berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul A’la telah menceritakan kepada kami Humaid dari Bakar dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berjumpa dengan aku padahal aku dalam keadaan junub. Beliau memegang tanganku dan aku pun berjalan bersama beliau hingga beliau duduk. Maka aku menyelinap lalu kembali ke rumah untuk mandi. Kemudian aku kembali lagi dan beliau masih duduk. Beliau lalu bertanya: “Kemana saja kamu tadi wahai Abu Hurairah?” Maka aku ceritakan pada beliau. Beliau lalu bersabda: “Subhaanallah! Wahai Abu Hurairah, seorang Mukmin itu tidaklah najis.

– Abu hurairah jumpa Nabi tu di pasar. Maknanya dia dah keluar rumah dah. Dia mungkin nak cari tempat mandi. Sebab zaman itu mandi diluar rumah. Kalau tak boleh keluar rumah kalau dalam keadaan junub, tidakkah menyusahkan? Katakanlah seseorang itu ken mandi di sungai, tentulah dia kena keluar rumah. Islam ini tidaklah menyusahkan umatnya dalam beribadah.

————————————————————————————————————–

 

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 12 – Bab Peluh Orang Yang Berjunub Dan Sesungguhnya Orang Muslim Itu Tidak Najis”

  1. […] dalam masjid, sedangkan pernah orang kafir pun ditahan oleh Nabi dalam masjid. Begitu juga dengan hadis Abu Hurairah yang dalam junub tapi Nabi berjalan-jalan dengan dia. Kerana dia malu, dia senyap-senyap lari […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s