We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 11 – Bab Memakai Tabir Ketika Mandi Dekat Orang Ramai March 25, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 12:48 pm

بَاب التَّسَتُّرِ فِي الْغُسْلِ عِنْدَ النَّاسِ

Bab Memakai Tabir Ketika Mandi Dekat Orang Ramai

Sebelum ini hukum bertelanjang jikalau tiada orang ramai. Iaitu kena cari tempat yang tiada orang, jauh sikit dari orang lain. Kali ini jika ada orang lain yang boleh nampak. Haram orang melihat aurat kita. Maka kena ada tabir. Inilah hadis yang dibawakan oleh Imam Bukhari untuk mengajar kita apa yang kita kena buat dalam keadaan begitu. Kena jaga aurat dan batas-batas. Hanya dibolehkan mandi telanjang bersama suami isteri sahaja. Agama lain tidak kisah macam mana pun. Ada yang mandi bogel ramai-ramai pun ada. Dan ada juga orang Islam yang buat macam ni. Macam ada juga sekolah agama yang dengarnya buat macam itu. Ini tidak boleh sebenarnya. Kalau antara perempuan, bolehlah berkemban sahaja.

271 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ هَانِئٍ بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ تَقُولُ ذَهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ فَوَجَدْتُهُ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ تَسْتُرُهُ فَقَالَ مَنْ هَذِهِ فَقُلْتُ أَنَا أُمُّ هَانِئٍ

271. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah bin Qa’nab dari Malik dari Abu An Nadlr mantan budak ‘Umar bin ‘Ubaidullah, bahwa Abu Murrah mantan budak Ummu Hani’ binti Abu Thalib, telah mengabarkan kepadanya, bahwa ia mendengar Ummu Hani’ binti Abu Thalib berkata, “Aku pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tahun pembukaan Kota Makkah, aku dapati beliau sedang mandi dan Fatimah menabirinya. Baginda lalu bertanya: “Siapa itu?” Aku menjawab, “Saya, Ummu Hani’.”

Dalam keadaan menutup aurat, boleh mandi di hadapan mahramnya.

Siapakah Umm Hani’ itu? Beliau adalah kakak kepada Saidina Ali. Beliau hanya masuk Islam semasa Fath Makkah – Pembukaan Mekah. Dalam hadis ini diceritakan bahawa Nabi sedang mandi ketika Umm Hani’ datang. Nabi mandi samada di rumah Umm Hani’ sendiri atau rumah orang lain. Tujuan dia jumpa Nabi itu adalah kerana dia hendak minta kepada Nabi supaya suaminya yang bernama Hubairah tidak dihukum. Tapi permintaan Umm Hani’ itu adalah sia-sia sahaja kerana dia sangat benci kepada Islam dan telah lari ke Rom dan masuk kristian akhirnya.
Kisah umm Hani’ penting untuk diterangkan sedikit kerana ada kisah yang tidak benar yang mengatakan bahawa Nabi memulakan perjalanan isra’ mi’raj dari rumah dia. Siap dikatakan Nabi solat dengan dia sebelum pergi dan selepas baginda pulang. Dan apabila Nabi menceritakan kepada dia tentang Isra’ Mi’raj itu, Umm Hani’ dikatakan telah memujuk baginda kerana dia takut ramai nanti tidak percaya kepada baginda. Dan apabila baginda tidak mahu merahsiakannya, beliau telah menarik selimut baginda sampai ternampak perut nabi. Begitulah serba ringkas riwayat yang kita dengar. Ini adalah kisah yang bohong belaka. Macam mana boleh Nabi solat dengan dia kerana dia bukan Islam waktu itu dan bagaimana Nabi boleh berada disitu kerana dia isteri orang. Kisah ini bahaya kalau orang bodoh membacanya, kerana sampai ada kisah dia nampak perut Nabi. Macam dalam keadaan mesra kalau begitu. Boleh menyebabkan kemusykilan kepada orang Islam. Ini semua adalah kerana ianya adalah riwayat Ibn Ishak dan Ibn Ishak itu sebenarnya adalah Syiah. Dalam hadis yang disampaikan itu tiada sanad. Dan kalau yang ada sanad pun, terdapat mereka yang tidak boleh dipercayai sebagai perawi didalamnya. Dan yang paling besar adalah, kisah itu bercanggah dengan Quran. Kerana dalam Quran, disebutkan bahawa Nabi memulakan Isra’ Mi’raj dari Masjidil haram. Dan adalah tidak lojik kalau dikatakan mereka solat bersama sebab arahan sembahyang belum lagi diterima. Bukankah arahan solat itu diterima semasa Isra’ Mi’raj? Ditambah lagi bahawa Nabi solat ‘bersama kami’ dalam hadis palsu itu? Kami tu siapa pula? Takkan solat bersama suaminya kerana suami Umm Hani’ itu musuh ketat Islam. Dan kalaulah dikatakan suami dia tiada, macam mana boleh sampai begitu? Itu menunjukkan bahawa hadis itu adalah hadis palsu. Ibn Ishak ingin merosakkan agama Islam sebenarnya.

Dan ada pula kisah Nabi pernah pinang Umm Hani’. Tapi tidak diterima. Ada yang kata kerana Abu Talib tak beri sebab Nabi miskin. Ada yang kata Umm Hani’ sendiri tak mahu sebab takut cuai jaga anak atau Nabi. Tapi masa itu dia kafir. Jadi bila masanya Nabi pinang dia? Kalau lepas dia masuk Islam, Nabi pun dah tak boleh menikah lagi lepas Maimunah. Kerana itu adalah arahan Allah dalam Quran. Iaitu Nabi sudah tidak boleh tukar atau tambah isteri dah selepas sembilan isteri. Cerita ini semua adalah kisah rekaan Syiah. Mereka masukkan kisah yang melibatkan Umm Hani’ sebab dia kakak Ali. Mereka nak letak semua keberkatan pada keluarga Ali. Mereka hendak memuliakan keluarga Saidina Ali sebenarnya sampai mereka sanggup berbohong. Sampai mereka mereka-reka cerita dan kata Hijrah ke Madinah itu bermula dari rumah Ali. Padahal yang sebenarnya ianya bermula dari rumah Abu Bakr dan keluarga Abu Bakr yang banyak terlibat dalam proses itu. Mereka hendak sangat memuliakan Ali sampai mereka kata Ali beranak di Kaabah. Kerana Kaabah itu mulia dan mereka nak melibatkan kemulian pada Saidina Ali. Semua itu adalah mengarut belaka. Kena kukuh agama baru tahu mana yang benar. Kita kena pakai kisah yang sahih sahaja. Jangan senang percaya terus apa yang kita baca. Ibnu Ishak itu adalah Syiah. Dia nak buat kononnya Umm Hani’ dah lama masuk Islam. Sebab Syiah rasa malu kalau ada keluarga Ali lambat masuk Islam. Kerana yang sebenarnya Umm Hani’ itu masuk Islam hanya semasa Pembukaan Mekah.

Cara Nabi tanya dalam hadis itu menunjukkan bahawa baginda dah tahu bahawa perempuan yang datang. Dia cuma tidak tahu siapa. Antara pengajaran yang kita boleh dapat dari hadis ini adalah, untuk berjumpa seseorang, kena minta izin. Dan apabila ditanya, kena jawap dengan molek, dengan memberitahu nama, macam cara Umm Hani’ itu. Sebab Nabi pernah tegur Jabir yang kata ‘saya’ sahaja apabila ditanya oleh Nabi. Kena cakap nama sebab mungkin tuan rumah tak nak jumpa juga. Mungkin bukan masa dia untuk berjumpa.

Hadis ini juga menunjukkan Nabi terima orang perempuan untuk bercakap dengan baginda. Banyak hadis menceritakan Nabi bercakap dengan perempuan. Tidak ada masalah. Dan dari hadis-hadis kita boleh tahu bahawa Nabi dan sahabat boleh kenal siapa perempuan itu. Maknanya mereka tidak pakai tutup muka. Ada kisah bagaimana sahabat menceritakan keadaan rupa seseorang wanita itu. Yang pakai tudung muka semasa zaman Nabi itu, adalah hanya isteri-isteri baginda. Iaitu setelah ayat kelubung diturunkan.

Hadis ini juga menunjukkan boleh kalau orang lain pegang tabir. Dalam hadis ini, Fatimah memegang tabir untuk Nabi. Kita tak tahu dia pakai kain basahan atau tidak dibelakang tabir itu. Kalau bogel pun tidak mengapa. Tapi kita tahu bahawa Nabi adalah seorang yang cermat, jadi kemungkinan besar, dia pakai kain basahan. Kerana tidak jelas ada hadis yang mengatakan Nabi pernah mandi bogel, maka elok kita kata Nabi pakai kain basahan. Yang kita boleh kata Nabi Musa dan Ayyub itu mandi bogel, boleh, kerana jelas dalam hadis dikatakan mereka berbogel.

272 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ
سَتَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَغْتَسِلُ مِنْ الْجَنَابَةِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ صَبَّ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ فَرْجَهُ وَمَا أَصَابَهُ ثُمَّ مَسَحَ بِيَدِهِ عَلَى الْحَائِطِ أَوْ الْأَرْضِ ثُمَّ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ غَيْرَ رِجْلَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ الْمَاءَ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ
تَابَعَهُ أَبُو عَوَانَةَ وَابْنُ فُضَيْلٍ فِي السَّتْرِ

272. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah ia berkata, “Aku menabiri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika beliau sedang mandi junub. Beliau mencuci kedua tangannya, lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada tangan kirinya, lalu mencuci kemaluannya dan apa yang terkena padanya. Beliau kemudian menggosokkan tangannya ke dinding atau tanah. Kemudian berwudlu sebagaimana wudlu untuk shalat kecuali kedua kakinya. Kemudian beliau meratakan air ke seluruh badannya. Kemudian berganjak lalu mencuci kedua kakinya.” Hadits ini dikuatkan oleh Abu ‘Awanah dan Ibnu Fudlail dalam menyebutkan lafaz “Aku menabiri Rasulullah SAW.”

– Nabi pakai tabir sebab untuk menjaga kalau ada orang lain datang. Bukanlah dia nak halang dari isterinya Maimunah nampak. Yang Maimunah letak tabir pun, dia nampak apa Nabi buat, sampai boleh cerita balik perbuatan nabi basuh itu dan ini dengan jelas. Jadi bukan dia tabirkan diri dia dari Maimunah. Kerana jelas bahawa seorang isteri boleh melihat aurat suaminya. Tiada batasan.

Hadis ini juga menyarankan isteri untuk tolong suami. Suami pun sama juga, digalakkan menolong isteri. Tentulah seorang suami lebih layak untuk memegang tabir untuk isterinya. Dan elok untuk lelaki atau hamba yang pergi ambil air. Seperti Nabi, hamba baginda bernama Abu Rafi’, yang akhirnya baginda merdekakan.

————————————————————————

بَاب إِذَا احْتَلَمَتْ الْمَرْأَةُ

Bab Apabila Wanita Bermimpi Bersetubuh

Soalan yang hendak dibangkitkan oleh Imam Bukhari adalah: kalau seorang perempuan itu mimpi bersetubuh, dan keluar air mani, adakah dia kena mandi teruskah? Jawapan kepada persoalan itu ada dalam hadis. Imam Bukhari tak jawap dalam tajuknya.

273 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي مِنْ الْحَقِّ هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ إِذَا رَأَتْ الْمَاءَ

273. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari Zainab binti Abu Salamah dari Ummu Salamah Ummul Mukminin, bahwa ia berkata, “Ummu Sulaim, isteri Abu Thalhah, pernah datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi bila bermimpi bersetubuh?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Ya. Kalau dia melihat air maninya.

Nampak air mani itu adalah samada pada tubuh atau kain. Kalau lelaki pun sama sahaja hukumnya – kena mandi juga kalau keluar air mani.
Hadis ini menunjukkan bahawa perempuan pun mimpi juga.
Imam Bukhari membawa hadis ini untuk menolak pendapat yang ada kata kalau perempuan tidak wajib mandi jika ihtilam. Ihtilam itu adalah mimpi bersetubuh atau mimpi basah.

Hadis ini juga menunjukkan adab cara tanya sesuatu masalah agama. Terus terang supaya senang faham. Perempuan pun boleh bertanya terus kepada guru. Janganlah perasaan malu menyebabkan tidak mendapat pengetahuan agama. Pernah Nabi memuji wanita Kaum Ansar yang perasaan malu mereka tidak menghalang mereka bertanya. Boleh macam-macam cara bertanya. Boleh minta orang lain tanyakan atau boleh tulis nota kepada guru.

Perempuan pun mengeluarkan air mani juga. Jika tidak, takkan anak ada yang menyerupai ibunya.

Cara tanya Umm Sulaim seperti dia tahu bahawa memang perempuan ada mengeluarkan air mani. Tapi kenapa isteri Nabi macam tak tahu? Mungkin dia tidak pernah mengalami ihtilam itu. Ada yang kata mereka yang terpilih jadi isteri Nabi itu terpelihara dari mengalami ihtilam. Dan memang ada perempuan yang tidak pernah mengalami ihtilam. Mereka memang dah kurang mengalami ihtilam kalau ada pun, kalau dibandingkan dengan lelaki. Yang banyak mengalami ihtilam ini adalah lelaki. Ada yang kata memang perempuan ada keluar air mani tapi sebab saluran faraj perempuan itu jauh, maka ianya tidak keluar sampai ke pintu faraj. Kalau keluar hanya dibahagian dalam sahaja, kebanyakan ulama kata tidak perlu mandi. Lelaki memang dah sifatnya memancut dan mudah nampak. Mudah juga terasa kesedapan keluar air mani itu. Jadi, mereka memang tahu bahawa mereka telah mengeluarkan air mani. Perempuan tidak begitu. Jadi macam tak keluar, tapi keluar. Yang kena mandi adalah kalau sampai keluar ke pintu faraj.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s