We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 9 – Bab Menyelati Rambut Dan Bulu-Bulu March 25, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 12:37 am

بَاب تَخْلِيلِ الشَّعَرِ حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنَّهُ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ أَفَاضَ عَلَيْهِ

Bab Menyelati Rambut Dan Bulu-Bulu Sehingga Apabila Seseorang Itu Telah Yakin Bahawa Dia Telah Meratakan Air Pada Kulitnya, Dia Pun Melimpahkan Air Ke Seluruh Tubuhnya

– Tajuk ini menjelaskan tentang khilaf yang ada dikalangan ulama tentang hukum perempuan mandi junub. Adakah kena ratakan air ke seluruh rambut kepada perempuan? Jumhur ulama mengatakan demkian. Kepada mereka, sama sahaja mandi janabah dan mandi haidh kepada perempuan. Tapi Bukhari mempunyai pendapat yang berbeza. Kalau berkenaan dengan mandi selepas haidh memang semua ulama termasuk Imam Bukhari, mengatakan kena buka ikatan rambut dan semua rambut perlu diratakan air. Tapi kepada Imam Bukhari, jikalau ianya adalah Mandi Janabah, hanya kena sampai air ke kulit kepala sahaja. Dia sama pendapat dengan Imam Ahmad. Yang lain, sama sahaja, iaitu kena ratakan air ke seluruh rambut. Sebab tu tajuk ni mengatakan ‘meratakan air ke kulit’ sahaja. Pendapat ini adalah menyenangkan untuk perempuan. Tidak perlu pun mereka membuka sanggul mereka. Tidak perlu mereka susah nak kena keringkan rambut dengan teruk selepas itu. Sebab kalau kena basahkan semua rambut, lambatlah kering rambut dan susah nak pakai tudung. Zaman sekarang, senanglah sikit sebab ada hair dryer, tapi bukan semua ada.

Kalau bulu tu, termasuklah bulu hidung dan bulu mata. Tapi tidaklah sampai menyusahkan seperti pendapat Ibn Umar. Dia berpendapat sampai biji mata pun kena air dalam wudu dan mandi janabah. Akhir hayat beliau, mata dia buta.

Memang banyak pendapat mazhab. Kita pun kadang-kadang pening mana nak pakai. Seeloknya kita belajar supaya kita tahu dalil yang digunakan imam-imam mazhab untuk mencapai pendapat mereka. Itu dinamakan ittiba‘. Tak sama dengan taqlid. Ittiba’ lebih elok lagi. Semua terima macam tu. Dalam feqah, kita boleh pakai pendapat mana-mana mazhab asalkan kita tahu. Iaitu kita tahu apakah pendapat mazhab itu berkenaan sesuatu perkara. Macam kita tahu bahawa mazhab Syafie mengatakan sunat qunut subuh tapi tidak kepada mazhab yang lain.

 

264 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَيْهِ وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اغْتَسَلَ ثُمَّ يُخَلِّلُ بِيَدِهِ شَعَرَهُ حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنَّهُ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ وَقَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ نَغْرِفُ مِنْهُ جَمِيعًا

264. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Hisyam bin ‘Urwah dari bapaknya dari ‘Aisyah berkata,: “Adalah Nabi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mandi janabat, mencuci tangannya dan berwudu’ sebagaimana wudu’ unmtuk shalat. Kemudian mandi dengan menyelati rambut dan bulu-bulu dengan tangannya hingga bila dia telah yakin telah merata air pada kulitnya, Beliau melimpahkan air tiga kali keseluruh tubuhnya. “‘Aisyah berkata,: “Aku pernah mandi bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari bekas yang sama dan kami saling mencelup air daripadanya”.

– Ada beza antara bunyi hadis cara mandi janabah riwayat Aisyah dan Maimunah. Iaitu berkenaan dengan basuh kaki. Kalau dalam hadis riwayat Aisyah, dia menceritakan bahawa Nabi mengambil wudu seperti wudu untuk solat. Itu boleh dikatakan Nabi mengambil wudu dengan sempurna termasuk basuh kaki terus. Selepas itu baru meratakan air ke seluruh badan. Tapi dalam riwayat Maimunah, diceritakan bahawa Nabi akan basuh kaki akhir sekali. Bukhari lebih cenderung untuk pakai riwayat Maimunah sebab hadis Maimunah lebih kuat.

Ilmu Hadis ni kena belajar. Tak boleh baca sendiri. Boleh silap faham kalau cuba nak faham sendiri. Ada yang bila tak kena cara tu, boleh jadi sesat. Belajar kena ada kaedah.

——————————————————————————————————————————————

بَاب مَنْ تَوَضَّأَ فِي الْجَنَابَةِ ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ وَلَمْ يُعِدْ غَسْلَ مَوَاضِعِ الْوُضُوءِ مَرَّةً أُخْرَى

Bab Orang Yang Berwudhu Sebelum Mandi Junub, Kemudian Mandi Dengan Meratakan Air Ke Seluruh Tubuhnya Dengan Tidak Membasuh Anggota-Anggota Wudhu Sekali Lagi

– Perlukah membasuh semula anggota wudu yang telah kena air semasa ambil wudu? Kerana dimulakan mandi janabah dengan wudu. Selepas wudu itu, perlukah lagi meratakan air ke muka, tangan dan anggota-anggota wudu yang lain? Kerana semasa wudu dan kena air dah tadi.

Dalam tajuk ini, Imam Bukhari hendak menjelaskan sekurang-kurangnya dua perkara: hukum wudu; dan samada wudu itu sebahagian dari mandi janabah atau tidak.

Imam Bukhari mengatakan ianya adalah sebahagian dari mandi janabah. Maka tidak perlu ulangi basuh anggota wudu dah. Kalau buat pun boleh.

Apabila dikatakan basuh seluruh anggota, itu boleh dikatakan termasuk kemaluan. Maknanya, Nabi ada sentuh kemaluan baginda. Maka tak batal wudu kalau pegang kemaluan. Imam Bukhari nak ulang lagi pendapatnya ini.

Adakah khilaf itu perkara yang buruk? Khilaf itu boleh diandaikan macam cabang pokok. Ada kebaikan kalau banyak cabang pokok. Sahabat pun ada berbeza pendapat. Umar kata batal kalau sentuh kemaluan. Ali pula kata tak batal. Itulah jangan mengata pendapat orang lain. Itu sahabat tu. Maknanya, kalau kita mengata kepada orang yang mengatakan pegang kemaluan itu batal wudu, sebenarnya kita mengata kepada pendapat Umar. Dengan ada khilaf antara ulama, kita sebenarnya diberikan pilihan untuk memakai manakah pendapat yang sesuai dengan kita. Kalau dalam bab feqah, boleh kita memilih mana pendapat yang sesuai dengan kita. Kalau dalam bab aqidah, tidak boleh.

 

265 – حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ عِيسَى قَالَ أَخْبَرَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمٍ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ وَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضُوءًا لِجَنَابَةٍ فَأَكْفَأَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ فَرْجَهُ ثُمَّ ضَرَبَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ أَوْ الْحَائِطِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ ثُمَّ غَسَلَ جَسَدَهُ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ رِجْلَيْهِ قَالَتْ فَأَتَيْتُهُ بِخِرْقَةٍ فَلَمْ يُرِدْهَا فَجَعَلَ يَنْفُضُ بِيَدِهِ

265. Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin ‘Isa berkata, telah mengabarkan kepada kami Al Fadlol bin Musa berkata, telah mengabarkan kepada kami Al A’masy dari Salim dari Kuraib sahaya Ibnu ‘Abbas dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhu dari Maimunah berkata,: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan air untuk mandi janabat. Beliau menuangkan keatas telapak tangan mencucinya dua kali atau tiga kali. Lalu mencuci kemaluannya lalu menggosok tangannya ke tanah atau dinding dua kali atau tiga kali. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung lalu mencuci wajahnya dan kedua lengannya. Kemudian mencurahkan air ke atas kepalanya lalu membasuh badannya dan mengakhirinya dengan berganjak lalu membasuh kedua telapak kakinya”. ‘Maimunah berkata,: “Maka aku berikan secebis kain tapi Beliau tidak mahu, malah Beliau mengibas-ngibaskan tangan untuk menghilangkan sisa air dari badannya”.

———————————————————————————————————————————————-

بَاب إِذَا ذَكَرَ فِي الْمَسْجِدِ أَنَّهُ جُنُبٌ يَخْرُجُ كَمَا هُوَ وَلَا يَتَيَمَّمُ

Bab Apabila Seseorang Teringat Di Dalam Masjid Bahawa Dia Berjunub, Dia Boleh Keluar Dengan Keadaannya Itu Tanpa Bertayammum

Imam Bukhari dengan membawakan tajuk ini, hendak menolak pendapat Sufyan at Tsauri dan Ishak Rahawaih yang kata kena tayamum terus sebelum keluar. Dia Mujtahid besar. Tidak bergantung kepada mana-mana pendapat mazhab. Kerana dia boleh buat sendiri pendapatnya kerana dia adalah mujtahid mutlak. Tapi cara dia tolak adalah dengan cara beradab. Iaitu dia bawa dalil.

 

266 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ وَعُدِّلَتْ الصُّفُوفُ قِيَامًا فَخَرَجَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا قَامَ فِي مُصَلَّاهُ ذَكَرَ أَنَّهُ جُنُبٌ فَقَالَ لَنَا مَكَانَكُمْ ثُمَّ رَجَعَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَيْنَا وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَكَبَّرَ فَصَلَّيْنَا مَعَهُ
تَابَعَهُ عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَرَوَاهُ الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ الزُّهْرِيِّ

266. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin ‘Umar berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhry dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata,: “pernah terjadi setelah Qamat untuk shalat telah dikumandangkan dan shaf telah diluruskan sambil mereka berdiri, lalu keluarlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Setelah berdiri di tempat shalat Beliau baru teringat bahwa Beliau sedang junub, lalu berkata, kepada kami; “tetaplah di tempat kalian”. Maka Beliau kembali lalu mandi. Kemudian datang dalam keadaan kapalanya menitiskan air. Terus Beliau bertakbir, maka kamipun shalat bersamanya”. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abdul A’laa dari Ma’mar dari Az Zuhry dan diriwayatkan juga oleh Al Auza’i dari Az Zuhry.

– Tidak ada kata dalam hadis ini bahawa Nabi tayamum dulu sebelum keluar itu. Kalau ikut pendapat Sufyan as Tsauri, kalau sesiapa tiba-tiba teringat bahawa dia sebenarnya berjunub, dia kena tayamum dulu. Tapi itu akan menyusahkan orang pula, nak kena cari bahan untuk bertayamum. Kalau dalam zaman Nabi, bolehlah sebab masjid dibuat dari tanah.

Mengikut Bukhari, berjunub boleh duduk dalam masjid. Tidak ada masalah. Perempuan yang dalam haidh pun boleh duduk dalam masjid. Yang dalam hadis itu, Nabi keluar dan mandi sebab baginda nak solat. Itu sebab dia keluar.

Yang kata kena tayamum itu adalah kerana menjaga kesucian masjid.

Bukhari kata boleh orang berjunub duduk dalam masjid dengan membawakan dalil ahli suffah. Mereka duduk di serambi masjid – kira-kiranya dalam masjid juga. Tentulah meraka ada berjunub. Dan Bukhari berpendapat bahawa perempuan dalam haidh boleh duduk dalam masjid kerana pernah Nabi membenarkan seorang perempuan tinggal dalam masjid. Dan perempuan itu masih muda, maka tentulah dia ada ketika akan datang haidh. Nabi tak pesan pun kepada dia kalau dia datang haidh, kena keluar.

Dan perempuan dalam haidh boleh baca Quran. Sebab dalil yang mengatakan tidak boleh itu adalah lemah.

Pengajaran lain yang kita boleh belajar dari hadis ini:

1. Keelokan mendirikan Saf
2. Imam kena maklumkan jikalau dia ada sebab yang memerlukan dia tidak boleh terus menjadi imam. Jangan malu nak beritahu. Tidak ada malu dalam perkara ibadat. Tapi, katakanlah dia malu dan dia tidak cakap dia dalam junub. Bagaimanakah kedudukan solat mereka? Tentulah kalau imam itu meneruskan solat, solatnya tidak sah kerana dia dalam junub. Tapi kepada makmum, solat mereka sah.
3. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi pun ada sifat lupa. Meyakinkan kita bahawa Nabi itu adalah manusia juga.
4. Menunjukkan keharusan bercakap lepas iqamah. Tidak boleh lama antara iqamah dan solat. Kalau lama, kena iqamah semula.
5. Tidak boleh malu dalam perkara agama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s