We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 10 – Bab Mengibaskan Kedua-Dua Tangan Selepas Mandi Junub March 25, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 1:32 am

بَاب نَفْضِ الْيَدَيْنِ مِنْ الْغُسْلِ عَنْ الْجَنَابَةِ

Bab Mengibaskan Kedua-Dua Tangan Selepas Mandi Junub

– Ada yang kata tak boleh buat begitu. Imam Bukhari nak tolak pendapat itu sebab ini jelas Nabi ada buat begitu.

Sebab Bukhari kemukakan bab ini:
Hendak menunjukkan kesucian air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas. Kalau tak suci, tentulah Nabi tidak mengibas sebab tentu akan terpercik dan kena kepada baju atau masuk dalam bekas air yang belum digunakan lagi. Maknanya, disini pun ada cerita tentang hukum air mustaqmal. Air mustaqmal itu adalah air yang mula-mula digunakan. Contohnya, basuhan pertama pada muka, pada tangan dan sebagainya. Yang kedua dan ketiga tidak dikira mustaqmal. Ini adalah istilah feqah. Tapi Imam Bukhari nak membawa maksud bahawa air mustaqmal itu sebenarnya suci. Suci lagi menyucikan. Kerana kalau dalampendapat mazhab Syafie, ianya hanya suci, tapi tidak menyucikan. Iaitu suci seperti digunakan untuk membasuh, untuk diminum, tapi tidak menyucikan – tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas. Dia mengulangi apa yang telah dikatakan oleh beliau sebelum ini banyak kali dah. Air mustaqmal itu boleh digunakan lagi kalau nak pakai untuk bersuci lagi pun. Ini juga pendapat Imam Malik dan qaul Qadim Imam Syafie.

Dulu sudah diceritakan yang Nabi pun pernah beri minum air wuduk baginda. Kalau nak pakai untuk wuduk atau mandi junub semula pun boleh. Itulah yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari dengan cara halus. Tidak perlu nak kena air itu dua kolah baru boleh dipakai. Itu adalah menyusahkan. Bayangkan kalau tempat itu tidaka ada air yang banyak. Atau di tempat yang airnya adalah mahal. Padahal Islam nak memudahkan manusia. Allah tidak membuat kesusahan kepada manusia dalam perkara agama. Bayangkan kalau ada tempat yang tidak banyak air di kawasan mereka.

Setiap gerak geri Nabi memberi pengajaran kepada kita. Jadi dengan perbuatan Nabi itu mengibas itu membawa makna yang boleh kita ambil hukum.

Keduanya, nak menghapuskan kekeliruan mereka yang kata Nabi tak pakai tuala itu kerana tidak mahu menghilangkan kesan ibadat. Kalau begitulah, tentulah Nabi tidak mengibaskan air yang ada pada tubuh baginda.

Memang ada tempat Nabi tak hilangkan kesan ibadah. Contohnya, Nabi tidak sapu kesan pasir pada dahi baginda. Ianya akan menjadi saksi ibadat kita nanti. Tapi tidak untuk air dalam mandi janabah. Kesan ibadat itu adalah maknawi sahaja. Pahala dah dapat apabila kita sudah selesai mengambil wudu atau selesai mandi janabah.

Ketiga, nak isyarat ada hadis dhaif. Kena budayakan memakai hadis sahih. Iaitu hadis yang mengatakan Nabi melarang mengibas-ngibas kerana itu adalah perbuatan syaitan. Kita kena berhati-hati dalam mengambil hadis sebagai sumber hukum. Kena tengok hadis itu apakah statusnya. Tapi sekarang masyarakat kita dok pakai sahaja mana-mana hadis. Sudah tak kisah samada hadis itu adalah sahih atau tidak.

267 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو حَمْزَةَ قَالَ سَمِعْتُ الْأَعْمَشَ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَتْ مَيْمُونَةُ وَضَعْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُسْلًا فَسَتَرْتُهُ بِثَوْبٍ وَصَبَّ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ صَبَّ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ فَرْجَهُ فَضَرَبَ بِيَدِهِ الْأَرْضَ فَمَسَحَهَا ثُمَّ غَسَلَهَا فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ ثُمَّ صَبَّ عَلَى رَأْسِهِ وَأَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ فَنَاوَلْتُهُ ثَوْبًا فَلَمْ يَأْخُذْهُ فَانْطَلَقَ وَهُوَ يَنْفُضُ يَدَيْهِ

267. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Hamzah berkata, aku mendengar Al A’masy dari Salim bin Abu AL Ja’di dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas berkata, telah berkata, Maimunah radliallahu ‘anha menceritakan: “Aku meletakkan air untuk mandi kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku menabiri Beliau dengan kain. Maka Beliau menuangkan air ke tangannya lalu mencuci keduanya. Kemudian menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu mencuci kemaluannya, lalu tangannya diletakkannya ke tanah kemudian menggosoknya lalu mencucinya. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh mukanya dan kedua lengannya lalu menuangkan air kekepalanya lalu meratakan air keseluruh badannya dan diakhiri dengan berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya. Lalu aku menghulurkan sehelai kain (sebagai pengering) tapi Beliau tidak mengambilnya, lalu Beliau pergi sambil mengibas-ngibaskan kedua-dua tangannya untuk menghilangkan air dari tubuh beliau”.

—————————————————————————————————————————————

بَاب مَنْ بَدَأَ بِشِقِّ رَأْسِهِ الْأَيْمَنِ فِي الْغُسْلِ

Bab Orang Yang Memulakan Dengan Bahagian Kanan Kepalanya Ketika Mandi Junub

Tajuk ini mengatkaan bahawa tidak wajib wudu dulu. Ini menolak pendapat zahiriah yang mengatakan wajib mengambil wudu dalam mandi janabah dan kalau tidak, mandi janabah itu tidak sah. Tapi itu tidak benar kerana dalam hadis ini, dimulakan mandi janabah dengan cara kepala dahulu. Bukan macam biasa, iaitu dengan wudu dahulu. Tapi, sentiasa sahaja Nabi akan mulakan dengan bahagian kanan dahulu. Samada bahagian kanan kepala atau bahagian kanan bahu.

Kita dapat pahala dengan ikut Nabi. Senang sekali untuk dapat pahala. Asalkan kita tahu manakah yang dikatakan sunnah dan manakah yang tidak. Kehidupan kita di dunia ini tidak lama macam umat-umat yang dahulu. Jadi, Allah telah berikan kelebihan kepada kita.

268 – حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ نَافِعٍ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنَّا إِذَا أَصَابَتْ إِحْدَانَا جَنَابَةٌ أَخَذَتْ بِيَدَيْهَا ثَلَاثًا فَوْقَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَأْخُذُ بِيَدِهَا عَلَى شِقِّهَا الْأَيْمَنِ وَبِيَدِهَا الْأُخْرَى عَلَى شِقِّهَا الْأَيْسَرِ

268. Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Nafi’ dari Al Hasan bin Muslim dari Shafiyah binti Syaibah dari ‘Aisyah berkata, “Apabila salah seorang dari kami berjunub, maka ia mengambil air dengan kedua tangannya dan disiramkan ke atas kepala sebanyak tiga kali, lalu mengambil air dengan tangan kanannya lalu mencurahkan ke bahagian kanan kepalanya dan dengan tangan kiri untuk mencurahkan ke bahagian kiri kepalanya”

Dalam hadis ini, Aisyah mengatakan apabila ‘kami’berjunub. Ini adalah menunjukkan bahawa ianya adalah perbuatan sahabat. Bukan Nabi sahaja. Maknanya, Imam Bukhari memakai juga perbuatan sahabat sebagai dalil. Sahabat boleh dijadikan dalil. Itulah yang Bukhari nak ajar kepada kita.

—————————————————————————————————————————————————-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ بَاب مَنْ اغْتَسَلَ عُرْيَانًا وَحْدَهُ فِي الْخَلْوَةِ وَمَنْ تَسَتَّرَ فَالتَّسَتُّرُ أَفْضَلُ

Bab Orang Yang Mandi Dengan Bertelanjang Seorang Diri Di Tempat Yang Sunyi Dan Orang Yang Mandi Dengan Bersembunyi Di Sebalik Tabir Itu Lebih Afdhal
Atau: orang yang menutup auratnya ketika bersendirian itu lebih afdhal.

– Bolehkah kalau kita mandi dengan tidak menggunakan tabir atau kain basahan? Kita telah belajar sebelum ini bahawa Nabi Musa sendiri mandi telanjang. Dan Nabi Ayyub. Itu bukan dalam bilik mandi. Itu adalah dilakukan di khalayak ramai tapi tidak ada orang yang berdekatan. Orang perempuan juga begitu. Dia kena periksa dulu samada ada orang atau tidak. Maknanya dia dah buat apa yang sepatutnya. Tapi kalau orang yang lalu, mereka yang tidak boleh tengok. Kalau tengok, mereka yang lihat itu yang berdosa.
Maka, kalau di tempat lapang pun boleh, maka kalau di tempat tertutup lagi boleh.

Semua ulama terima bahawa kalau tutup aurat lagi afdhal. Tapi ini adalah hendak menceritakan bab hukum samada boleh mandi telanjang atau tidak.

Mandi telanjang ada kala lagi senang. Kerana boleh meratakan air keseluruhan badan dengan lebih mudah. Dalil tidak ada yang mengatkan tidakboleh mandi telanjang.

وَقَالَ بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ مِنْ النَّاسِ

Dan berkata Bahaz bin Halim dari ayahnya dari datuknya dari Nabi SAW: Allah lebih patut dimalui oleh seseorang berbanding manusia.

Dalam hadis ini mengatakan kita lebih berhak untuk malu dengan Allah. Kerana kita tahu bahawa Allah sentiasa nampak. Tapi kerana hadis ini tidak capai tahap sahih piawaian Bukhari, maka dia tidak bawakan sanad untuk hadis ini, dan hanya diletakkan di bahagian tajuk sahaja.

Hukum telanjang, jika perlu, dibolehkan. Contohnya untuk memudahkan mandi janabah. Atau doktor nak check. Dibolehkan.

269 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ وَكَانَ مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلَّا أَنَّهُ آدَرُ فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ يَقُولُ ثَوْبِي يَا حَجَرُ حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَاللَّهِ إِنَّهُ لَنَدَبٌ بِالْحَجَرِ سِتَّةٌ أَوْ سَبْعَةٌ ضَرْبًا بِالْحَجَرِ

269. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Nashir berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Ma’mar dari Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang-orang bani Israil jika mandi maka mereka mandi dengan telanjang, hingga sebagian melihat sebagian yang lainnya. Sedangkan Nabi Musa ‘Alaihis Salam mandi sendirian. Maka mereka pun berkata, “Demi Allah, tidak ada menghalangi Musa untuk mandi bersama kita kecuali kerana ia adalah seorang laki-laki yang berpenyakit besar buah zakarnya. Pernah sekali Musa pergi untuk mandi dan meletakkan pakaiannya pada sebuah batu, lalu batu tersebut lari dengan membawa pakaiannya. Maka Musa lari keluar dari tempat mandinya mengejar batu tersebut sambil berkata ‘Wahai batu, kembalikan pakaianku! ‘ sehingga orang-orang bani Israil melihat Musa. Mereka baru berkata, ‘Demi Allah, pada diri Musa tidak ada apa-apa kekurangan pun.’ Musa kemudian mengambil pakaiannya dan memukul batu itu.” Abu Hurairah berkata, “Demi Allah, sungguh pada batu tersebut terdapat bekas pukulan enam atau tujuh kesan akibat pukulannya.”

– Ada yang kata Abu Hurairah reka hadis ini. Golongan Syiah kata begitu sebab merek amat tak suka Abu Hurairah. Kononnya mereka nak membela Nabi Musa. Mereka kata macam manalah ahli sunnah boleh terima hadis ini. Selain dari Syiah pun ada juga yang kata begitu. Dan ada yang kata hadis ini daif. Tapi diterima oleh Imam Bukhari sebagai sahih, maka itulah sebab dia memasukkan hadis ini dalam kitabnya. Maknanya ianya adalah sahih. Memang ada dikatakan perawi yang meriwayatkan hadis ini tidak boleh diterima. Sebab perawi yang dikatakan lemah itu tidak ada dalam sanad ini.

Hadis ini pula bukan kata Nabi Musa mandi sekali dengan mereka. Dia mandi seorang diri sahaja. Itu kalau mereka kata takkanlah Nabi Musa nak mandi telanjang. Teruk sungguh bani Israil. Dengan Nabi pun mereka nak kata. Kaum Yahudi pada zaman Nabi Musa pun dah teruk. Dengan Nabi pun mereka tak hormat. Mereka boleh kata macam-macam perkara tidak molek kepada Nabi Musa

Inilah yang dikatakan dalam Quran, mereka menyakiti Nabi Musa. Ada banyak lagi contoh-contoh perkara yang menyakiti Nabi Musa tapi yang lain itu tidak sahih. Yang Imam Bukhari terima sebagai sahih untuk menjelaskan perkara yang menyakiti Nabi Musa  itu adalah hadis ini. Atau boleh juga kita masukkan semua sekali perkara-perkara yang dikatakan sebagai menyakiti baginda itu semua ada ayat Quran itu. Kerana memang Bani Israil itu adalah jenis kaum yang teruk. Ada kata pasal mereka tuduh dia bunuh Nabi Harun. Ada kata sebab mereka upah perempuan untuk kata dia berzina dengan Nabi. Allah melepaskan NabiNya daripada sangkaan buruk umatnya.

Sebenarnya syariat zaman itu boleh mandi telanjang ramai-ramai. Yang menghairankan itu adalah kenapa Nabi Musa mandi berasingan. Sebab itulah umatnya mengata macam itu. Mereka mengatakan dia ada penyakit. Dosa besar kalau ada anggapan buruk seperti itu kepada mana-mana Nabi. Allah menjadikan Nabi-NabiNya sempurna supaya tidak ada alasan kepada umat untuk menolak dakwah mereka. Tidak boleh kita menganggap ada kekurangan kepada Nabi-Nabi samada dari segi akal atau physical. Ini adalah dalil mengatakan bahawa Allah menjadikan Nabi-Nabi dalam keadaan sempurna.

Yang kisah Nabi Musa ketuk batu tu sampai berbekas pun ada yang tak terima. Tapi mereka kira berdasarkan kekuatan kita sekarang. Tapi Nabi Musa memang ditakdirkan ada kekuatan yang lebih. Dia tumbuk orang pun boleh mati. Dan kisah dia angkat penutup telaga pun seorang sahaja. Dia pukul itu sebab batu itu sudah bersifat seperti binatang dah.

Banyak dugaan Nabi Musa melayan umat dia yang teruk itu.

Kenapa Musa kejar baru tu? Kenapa tak tunggu sahaja batu tu berhenti atau suruh keluarga dia sahaja yang ambil baju kerana dia sedang bogel? Itu semua adalah hikmat Allah telah jadikan. Kerana hendak menjelaskan yang lebih besar lagi iaitu mereka mengatakan bahawa Nabi Musa ada penyakit. Kejadian itu terjadi tiba-tiba sampaikan dia terkejut. Sampaikan dia pukul batu itu. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi-Nabi itu adalah makhluk juga. Mereka tidak tahu semua perkara ghaib. Sama juga dengan kisah bagaimana Nabi Musa memukul mata Izrail yang datang hendak mengambil nyawanya.

Hadis ini menunjukkan bahawa orang mulia lebih elok untuk tidak telanjang bogel di khalayak ramai. Walaupun zaman itu syariat tidak mengharamkan melihat aurat orang lain. Tapi sebagai manusia mulia, Musa tidak melakukannya. Itulah sebabnya dia mencari tempat mandi di tempat yang lain dan sunyi. Begitu juga kita, walaupun duduk berseorangan dalam rumah, lebih afdhal untuk tidak berbogel. Musa tak tegur umatnya berbogel itu menunjukkan tidak salah berbogel dalam syariatnya. Tapi dia tidak ikut bersama itu kerana sifat malunya. Sebenarnya, Nabi Musa itu bersifat pemalu.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa Imam Bukhari memakai juga syariat Nabi terdahulu. Dalam kes ini, ia berkenaan boleh mandi bogel asalkan bukan depan orang lain. Sebab itu dia bawakan hadis dari kisah Nabi Musa dan Nabi Ayyub itu. Kalau tidak, dia tidak bawakan. Dan Nabi pula tidak mengatakan bahawa itu adalah syariat umat dulu, jadi tidak boleh ikut.

Keharusan melihat anggota tubuh orang lain jika ada keharusan. Contohnya untuk melihat samada seseorang itu ada kecacatan atau tidak. Ataupun doktor nak tengok tubuh pesakit dia.

Keharusan bersumpah untuk menguatkan hujah. Kerana dalam hadis ini Abu Hurairah bersumpah.

Ini adalah kisah salah satu mukjizat Nabi Musa. Mukjizat itu bukan nak kena ada orang cabar. Boleh keluar dengan tiba-tiba. Tidak perlu ada orang nak cabar atau minta supaya Nabi keluarkan sesuatu. Macam pernah Nabi Musa mengeluarkan air dengan mukjizat kerana umatnya minta.

 

270 – وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ فَنَادَاهُ رَبُّهُ يَا أَيُّوبُ أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى قَالَ بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لَا غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ
وَرَوَاهُ إِبْرَاهِيمُ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا

270. Dan (masih dari jalur periwayatan yang sama dengan hadits sebelumnya) dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tatkala Ayyub mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba berguguran belalang emas dari atasnya. Lalu Ayyub mengumpulkan dan memasukkannya ke dalam baju. Maka Raabnya memanggilnya: ‘Wahai Ayyub, bukankah aku sudah membuat engkau tidak perlu kepada apa yang kau lihat itu? ‘ Ayyub menjawab, ‘Benar, dan demi segala kemuliaan-Mu. Tetapi aku tetap perlu kepada keberkatan-Mu’.” Ibrahim juga meriwayatkan dari Musa bin ‘Uqbah dari Shafwan bin Sulaim dari ‘Atha’ bin Yasar dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Ketika Ayyub mandi dalam keadaan telanjang.” Hingga ke akhir hadis.

– Nabi Ayyub kutip belalang emas dan Allah kata bukankah Dia telah menjadikan Ayyub tidak memandang perkara keduniaan. Nabi Ayyub jawap bahawa benda itu tentu dari Allah, bukan benda biasa. Jadi kalau Allah beri, dia akan ambil. Menunjukkan sesuatu perkara itu bergantung kepada niat. Dia kutip bukan sebab dunia tapi sebab Allah beri. Kita kena terima apa yang Tuhan beri. Takdir Tuhan.

Allah tak tegur Ayyub mandi bogel. Nabi Muhammad pun tak cakap pun tidak boleh mandi bogel. Maka, kita pun boleh buat juga. Sebab Nabi-nabi pun ada buat.

Bersumpah dengan nama Allah dibolehkan macam Ayyub cakap.

Kaya itu lebih baik untuk orang mukmin. Boleh buat lebih kepada orang lain. Tidak salah haloba kepada benda halal. Contohnya berniaga siang malam. Tak boleh kita kata kepada orang yang buat begitu. Selagi dia buat perkara yang halal. Jangan kata lebih baik miskin daripada kaya. Nabi Muhammad sendiri pun berdoa untuk berlindung dari kefakiran. Tapi kena taat dalam kayalah. Seorang yang kaya yang taat lebih baik dari miskin yang taat. Seorang miskin yang taat adalah lebih baik dari seorang kaya yang tidak taat.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s