We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 8 – Bab Membasuh Mazi Dan Berwudhu Kerananya March 24, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 5:39 pm

بَاب غَسْلِ الْمَذْيِ وَالْوُضُوءِ مِنْهُ

Bab Membasuh Mazi Dan Berwudhu Kerananya

Dalam tajuk ini ada 2 bahagian. Pertama adalah berkenaan basuh Mazi dan kedua, mengambil wudu.
Seperti yang telah dipelajar, air mazi adalah najis kepada Bukhari najis. Ini adalah juga pendapat ulama-ulama yang lain juga. Dan, najis kerana air mazi ini kena dibasuh dengan air dan tidak boleh cara lain. Tidak boleh nak gunakan batu, atau cara lain seperti membersihkan najis yang lain. Jumhur ulama kata begitu. Tapi ada yang kata boleh.
Pendapat jumhur ulama adalah hanya basuh bahagian yang kena air mazi sahaja. Iaitu, kalau bahagian kepada zakar sahaja yang terkena, maka basuh bahagian kepala zakar sahaja. Tapi kepada Mazhab Hanabilah (Hanbali), kena basuh zakar dan telur sekali.
Tidak mesti terus ambil wudu apabila ada najis air mazi. Tiada dalil yang mengatakan terus kena ambil wudu. Kalau nak solat baru kena.
Hukum kepda lelaki sama dengan perempuan.
Ada kelebihan kenapa Allah jadikan air mazi. Air kencing itu adalah berbisa, dan kalau tercampur dengan air mani, tidak boleh mengandung. Dengan mengeluarkan air mazi dahulu, menolak air kencing yang mungkin ada dalam saluran kencing keluar. Ini adalah kerana, air kencing, air mazi dan air mani keluar dari saluran yang sama.
Wudu dalam bahasa Arab ada dua makna. Pertama, wudu yang diambil untuk membolehkan kita solat. Satu lagi adalah dengan membasuh sahaja untuk menyegarkan badan.

 

261 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ أَبِي حَصِينٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَأَمَرْتُ رَجُلًا أَنْ يَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَسَأَلَ فَقَالَ تَوَضَّأْ وَاغْسِلْ ذَكَرَكَ

261. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Abi Hushain dari Abu ‘Abdurrahman dari ‘Ali berkata,: “aku adalah seorang yang sering keluar air madzi. Maka aku minta seseorang untuk bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana putri Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam adalah isteriku. Maka orang itu bertanya, lalu Jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.: “berwudulah dan basuh lah kemaluanmu“.

– Dalam hadis ini menceritakan bahawa Saidina Ali malu dengan mertua dia iaitu Nabi Muhammad. Itulah sebabnya dia segan nak tanya sendiri dan dia minta orang lain yang tanyakan. Ini menunjukkan tahap kesopanan sahabat yang telah dididik Nabi. Hadis ini juga boleh dijadikan asas untuk mengatakan boleh memakai hukum feqah walaupun tidak yakin. Sebab dalam hadis ini, Ali tak tanya sendiri. Kalau nak yakin, tentulah kena tanya sendiri. Tapi, dia pakai juga, menunjukkan boleh diterima hukum yang kita tidak yakin 100%. Kita pun banyak buat begitu. Contohnya, untuk mengetahui waktu solat dengan yakin, kena lihat kepada matahari. Tapi sekarang kita pakai jam untuk menentukan waktu. Ini adalah dinamakan Dzan. Iaitu tidak 100% yakin tapi lebih berat kearah yakin. Hanya boleh digunakan dalam bab Feqah sahaja. Dalam perkara aqidah, kena yakin 100%. Banyak perkara kehidupan melibatkan dzan sahaja sebenarnya. Sebab tidak boleh dipastikan dengan yakin. Contohnya ada orang bagi air minum kepada kita. Macam mana nak pastikan bahawa air itu boleh diminum?

Dzan: berat ke arah yakin
Syak: sama berat antara yakin dan tidak
Waham: lebih berat ke arah tidak
Jahil: langsung tidak tahu apa-apa.

Macam-macamlah kisah pasal Ali selalu keluar air mazi ini. Ada yang kata Saidina Ali kuat daya seks dia. Sebab itu selalu keluar mazi tu. Timbullah pula pasal tongkat Ali. Yang dia kuat sebab dia makan Tongkat Ali. Dan walaupun dia kuat, dia tak kahwin banyak sebab Fatimah pun kuat juga. Iaitu dikatakan Fatimah mampu nak melayan keinginan Ali. Dan Fatimah tu dikatakan kuat sebab makan kacip Fatimah lah pula. Macam-macam kisah mengarut bila manusia nak buat cerita dongeng. Sebenarnya tidaklah sentiasa Saidina Ali keluar air mazi itu. Pada suatu masa sahaja. Kerana Ali itu adalah seorang pahlawan. Takkan dia sentiasa keluar air mazi tak henti-henti. Sebab dia sakit. Keluar mazi banyak ni sebab penyakit sahaja. Bukan sebab lain. Dah telah ditakdirkan Allah dia jadi begitu. Tapi Syiah putar belit hukum, sampai kata air mazi bukan najis. Mereka kata kalau air mazi meleleh waktu sembahyang sampai ke tumit pun tak batal solat. Sebab mereka nak lawan hukum ASWJ. Kita kata najis, mereka nak lawan bagi hukum yang sebaliknya.

Dalam sesetengah kitab termasuk dalam cetakan sesetengah kitab sahih Bukhari yang telah diubah, ada memberikan gelaran alaihis salam selepas nama Ali. Itu semua adalah agenda Syiah untuk meninggikan martabat Ali melebihi yang sepatutnya. Mereka masukkan dalam kitab-kitab tertentu. Padahal, kalau cetakan yang benar, tidak ada. Gelaran alaihis salam itu selalunya digunakan kepada Nabi dan malaikat sahaja. Selalunya begitu, jadi kalau diberikan kepada orang lain yang tidak tahu, akan mengakibatkan kekeliruan. Gelaran yang kita boleh berikan kepada Ali hanyalah radiallahu anhu atau karamallahu wajhah sahaja. Dan karamallahu wajhah itu adalah nak memuliakan kembali nama Ali kerana ada yang memberi gelaran doa untuk menggelapkan wajah beliau. Walaupun memang tidak ada hadis yang mengatakan alaihis salam adalah untuk Nabi dan malaikat sahaja, tapi kerana ianya telah biasa digunakan untuk dua entiti itu, maka kita tidaklah boleh pakai macam itu kepada Ali.

Hadis ini digunakan oleh Imam Bukhari sebagai dalil sokongan untuk mengatakan bahawa tidak batal wudu dengan pegang zakar. Sebab dalam hadis ini, Nabi cakap basuh zakar selepas ambil wudu. Hanya boleh dijadikan dalil sokongan sahaja sebab kadang-kadang tertib dalam hadis tidak semestinya kena ikut macam tu. Sebab huruf waw disitu bermaksud ‘dan’ tapi tidaklah bermaksud ianya berturut. Itu dalam kaedah bahasa Arab. Contohnya kita kata: Ali dan Samad masuk dalam dewan. Tidak semestinya ayat itu bermakna, Ali masuk dahulu, kemudian baru Samad. Ia hanya menyatakan bahawa dua-dua lelaki itu ada masuk dalam dewan. Tapi Tidak semestinya dalam masa yang berturut.

—————————————————————————————————————————————–

بَاب مَنْ تَطَيَّبَ ثُمَّ اغْتَسَلَ وَبَقِيَ أَثَرُ الطِّيبِ

Bab Orang Yang Memakai Wangi-Wangian Kemudian Mandi Tetapi Kesan Wangian Itu Masih Ada

Tajuk ini nak menyentuh hukum apakah sah mandi jikalau ada lagi bau wangian pada badan selepas mandi. Atau adakah molek kalau begitu?

Hadis ini menceritakan bahawa kalau mandi itu, tapi masih ada lagi bau wangian yang telah diletakkan sebelum mandi, mandi itu adalah sah.
Wangian yang digunakan oleh Nabi pada zaman itu, bukan macam wangian zaman sekarang. Ada jirim kepada minyak yang digunakan. Ini bermakna, jikalau ada berminyak sikit pun boleh. Memang amalan pada zaman itu, mereka meratakan air wangi dengan pakai dulu. Dengan meletakkan sikit pada satu bahagian, dan apabila dilalukan dengan air, wangian itu akan merangkumi keseluruhan badan.

 

262 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَذَكَرْتُ لَهَا قَوْلَ ابْنِ عُمَرَ مَا أُحِبُّ أَنْ أُصْبِحَ مُحْرِمًا أَنْضَخُ طِيبًا فَقَالَتْ عَائِشَةُ أَنَا طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ طَافَ فِي نِسَائِهِ ثُمَّ أَصْبَحَ مُحْرِمًا

262. Telah menceritakan kepada kami Abu AN-Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Ibrahim bin Muhammad bin Al Muntasyir dari bapaknya: “Aku bertanya kepada ‘Aisyah radliallahu ‘anhu lalu aku ceritakan tentang ucapan Ibnu ‘Umar radliallahu ‘anhu yang mengatakan: “aku tidak suka diwaktu pagi aku berihram, aku berada dalam keadaan semerbak berbau wangi”. Maka ‘Aisyah radliallahu ‘anhu berkata,: “Sungguh aku sendiri pernah memakaikan pewangi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Beliau mendatangi isteri-isterinya. Kemudian Beliau mengenakan pakaian ihram keesokan paginya”

– Hadis ini menceritakan Sunnah pakai wangian sebelum bersama dengan isteri. Itulah sebabnya Aisyah memakaikan pewangi kepada Nabi tu. Ianya boleh menjaga kenikmatan bersama. Ada lelaki atau perempuan yang pandang berat benda ni. Tak sama seorang dan seorang yang lain. Itulah antara suami isteri itu semasa tidur kena jaga. Ada yang sampai bercerai sebab itu. Nampak baik sahaja antara mereka. Tapi sebenarnya mungkin ada terkesan sebab itu. Dia sebenarnya tak tahan dengan bau busuk suami atau isteri dia. Jadi, dia nak cerai. Tapi tidak dicakap cerai itu adalah sebab bau, sebab malu nak cakap benda tu. Nabi mengajar umatnya tentang itu. Bukan hanya untuk diamalkan olehnya sahaja. Dia hidup sekejap sahaja, tapi pengajaran yang diberikan olehnya itu boleh dipakai oleh umatnya zaman berzaman.

Nabi juga mengajar mencium isteri. Iaitu mencium di mulut. Tetapi kalau gigi rosak, tentulah tidak menyenangkan. Jadi, jangan memaksa kalau kita gigi buruk.

Kalau pakai pewangi sebelum ihram, tidak mengapa. Ini hukum dalam bahagian haji.

 

263 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى وَبِيصِ الطِّيبِ فِي مَفْرِقِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ

263. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hakam dari Ibrahim dari Al Aswad dari ‘Aisyah radliallahu ‘anhu berkata,: “Seakan aku masih nampak lagi kilauan pewangi pada belahan rambut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Beliau sedang berihram”.

Tidak semesti hilang jirim. Islam itu mudah.
Tapi macam cat kuku tidak boleh. Kena hilangkan juga.

Hadis ini menunjukkan Nabi membelah rambutnya. Kadang-kadang tidak. Maka ikut apa kita nak buat dengan rambut kita. Dia belah rambut itu untuk mencantikkan. Tidak salah kalau untuk mencantikkan diri. Bukan dia tidak kisah dengan penampilan diri baginda. Baginda Nabi itu sentiasa ingat kepada Allah. Tapi tidak melupakan hal dunia.
Pewangi itu nampak berkilat kerana pewangi itu jenis berjirim.

Sayangnya Aisyah kepada Nabi. Masih segar ingatan beliau kepada Nabi. Itu tanda sayang tu.

Ini adalah cerita Aisyah sendiri. Bukan dia dengar dari orang lain.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s