We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Telaga Kautsar March 23, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 3:44 pm

Telaga kautsar

Satu hari ternampak keadaan Nabi gembira sangat. Maka sahabat tanya kenapakah baginda suka? Maka baginda menjawab bahawa baginda baru diberikan wahyu bahawa baginda telah diberikan telaga kautsar dihari akhirat nanti. Iaitu surah al-kautsar.

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) Telaga Kautsar.

Nabi akan menunggu para mukmin di telaga ini nanti. Maka sesiapa yang dapat minum dari telaga ini, tidak ada kedahagaan sampai bila-bila. Setiap rasul ada telaga masing-masing tapi telaga Nabi adalah yang paling besar. Terdapat gelas sebanyak bintang di langit menanti orang mukmin.

Di manakah letaknya telaga itu? Ada pendapat mengatakan di syurga. Ada yang kata di Padang Mahsyar. Maka ada pendapat yang paling kuat mengatakan bahawa telaga itu matairnya dari syurga tapi mengalir sebelum Titian Sirat.

Adakah kita perlukan Telaga Kautsar itu? Dalam keadaan hiruk pikuk dan kesusahan nanti di Padang Mahsyar, tentunya kita sangat menginginkan air dari Telaga itu. Semoga kita mendapatnya.

Nabi akan mengenal orang Islam kerana cerah bahagian Wudu tetapi nanti akan suara yang menghalang mereka. Maka Nabi tanya kenapa mereka dihalang kerana mereka itu adalah umatnya? Nabi akan diberitahu bahawa baginda Nabi tidak tahu apa yang mereka perbuat selepas kewafatan baginda.

Mereka dihalang kerana meminda agama
Nabi akan halau mereka dengan kata “Sahqan!” “Sahqan!”

Apakah yang dikatakan menambah amalan?
1. Menambah amalan. Agama dah lengkap. Nabi telah menyampaikan semua yang perlu disampaikan dalam agama. Semasa Haji Wada’ baginda telah berkhutbah kepada semua manusia disitu. Akhirnya, baginda telah bertanya: “Alla hal ballaghtu?” – “Adakah aku telah sampaikan?” Kerana baginda takut nanti dikata ada yang baginda tak sampaikan. Semua yang ada disitu menjadi Saksi bahawa Nabi telah menyampaikan. Itu adalah kejadian Mukjizat. Kerana Nabi bercakap dari atas bukit tapi beribu-ribu jemaah yang ada disitu boleh mendengar dengan jelas walaupun tanpa pembesar suara.
Maka, selepas jemaah yang ada disitu menyaksikan bahawa Nabi telah menyampaikan, Nabi mendongak wajah baginda ke langit dan berkata: “Allahu masyhad” – Ya Allah, saksikanlah! Kejadian Nabi berkhutbah itu adalah amat panjang. Dari selepas Subuh membawa ke asar. Waktu itulah Wahyu turun yang mengatakan bahawa agama Islam telah sempurna.

Zaman Nabi masih ada sahabat nak buat amalan yang lain dari Islam. Sebagai contoh, bekas pendita Yahudi yang bernama Abdullah bin Salam. Dia nak baca Kitab Taurat pada setiap malam Sabtu sebab semasa dia Yahudi dulu, itu adalah perbuatannya dan dia rindu nak buat perkara yang sama. Susah dia nak tinggalkan. Nabi telah larang.

2. Mengurangkan ajaran Nabi. Ini Nabi dah cakap dalam hadis. Iaitu dari perkara hukum hakam. Mula yang hilang adalah dari segi pemerintahan. Akhirnya solat akan dihilangkan. Ini semua dah mula terjadi.

3. Ada nanti yang akan buang Islam secara keseluruhan. Mereka akan menjadi Murtad. Termasuk yang buat khurafat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s