We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 7 – Bab Orang Yang Mencurahkan Air Dgn Tangan Kanan Ke Atas Tangan Kirinya Pada Ketika Mandi March 23, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 3:45 pm

بَاب مَنْ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فِي الْغُسْلِ

Bab Orang Yang Mencurahkan Air Dengan Tangan Kanan Ke Atas Tangan Kirinya Pada Ketika Mandi

258 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ قَالَتْ وَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُسْلًا وَسَتَرْتُهُ فَصَبَّ عَلَى يَدِهِ فَغَسَلَهَا مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ قَالَ سُلَيْمَانُ لَا أَدْرِي أَذَكَرَ الثَّالِثَةَ أَمْ لَا ثُمَّ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ فَرْجَهُ ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ أَوْ بِالْحَائِطِ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَغَسَلَ رَأْسَهُ ثُمَّ صَبَّ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ فَنَاوَلْتُهُ خِرْقَةً فَقَالَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَلَمْ يُرِدْهَا

258. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’di dari Kuraib sahaya Ibnu ‘Abbas dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhu dari Maimunah binti Al Harits radliallahu ‘anhu berkata,: “Aku menyediakan air untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan memasang tabir untuk baginda mandi. Maka Beliau menuangkan air dengan telapak tangan kanannya lalu mencuci keduanya satu atau dua kali. Lalu menuangkan air dengan telapak tangan kanannya ke atas telapak tangan kirinya kemudian mencuci kemaluannya lalu menggosokkan tangannya ke dinding. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali kemudian mencurahkan air keseluruh badannya. Kemudian di akhirnya Beliau bergeser dari tempat mandi lalu mencuci kedua telapak kakinya. Saya menghulurkan satu cebisan kain tapi beliau mengisyaratkan dengan tangannya bahawa beliau tidak mahu”.

– Hadis ini mengajar tentang adab dalam mandi janabah. Bukan semua perbuatan kita kena mulakan dengan tangan kanan. Ada tempat kena mulakan dengan tangan kiri. Macam dalam hadis ini, untuk membasuh kemaluan. Dan sebagai contoh lain, kita digalakkan untuk buka kasut dengan didahulukan kaki kiri. Begitu juga apabila masuk jamban. Buka baju juga elok dimulakan dengan bahagian kiri, jika boleh. Itu pun termasuk Sunnah juga. Apabila kena pada tempatnya. Memang dalam perkara lain, kita selalu digalakkan untuk memulakan tangan kanan. Untuk perkara-perkara yang molek, macam makan dan minum, kena pakai tangan kanan. Tapi kalau tangan kanan berlumuran dengan makanan, kita boleh pakai tangan kiri. Tidak ada hadis mengatakan Nabi memangku dengan tangan kanan apabila baginda minum menggunakan tangan kiri. Dikatakan ada hadis mengatakan Nabi pernah makan dengan tangan kiri. Yang orang buat tampung tangan kiri itu adalah pendapat mereka sahaja. Dan budaya kita memang berhalus sungguh. Padahal tidak disuruh pun.

– Berkenaan tuala: Ada perbezaan pendapat berkenaan penggunaan tuala itu. Kenapakah Nabi menolak pemberian tuala itu? Ada yang terjemah mengatakan bahawa baginda tidak menolaknya. Itu adalah kalau menggunakan pembacaan yang lain. Jadi pendapat itu mengatakan bahawa Sunnah untuk menggunakan tuala selepas mandi. Maka kita boleh pakai dua-dua. Kadang-kadang Nabi pakai, kadang-kadang tidak. Pengajarannya adalah jangan cerewet. Jangan kalau nak mandi itu, mesti nak kena sentiasa ada tuala. Itu akan menyusahkan kita.

– Tidak ada muwalat dalam mengambil wudu dan mandi janabah. Muwalat itu maknanya berterusan membasuh satu anggota ke satu anggota. Iaitu basuh anggota seterusnya sebelum anggota sebelumnya kering. Iaitu tidak ada pemisahan semasa ambil wudu. Apakah hukumnya? Ada khilaf dan masing-masing ada bawa dalil. Pada Bukhari, tidak mengapa kalau tiada muawalat. Sebab pernah Ibn Umar basuh kaki lepas kering bahagian. Dia siap jalan jauh, kemudian baru habiskan wudu beliau. Kalau tak sah, takkan dia buat. Kerana dia amat menjaga sunnah Nabi. Dan mandi dan wudu itu sama sebab dua-dua guna air. Lebih kurang sama sahaja hukumnya. Banyak persamaan antara dua ibadat itu. Imam Bukhari gunakan kaedah qiyas juga. Maknanya, kalau tidak ada muwalat dalam wudu, maka tidak ada juga muwalat dalam mandi janabah.

Secara ringkasnya, Imam Bukhari mengatakan bahawa tidak ada muwalat dalam wudu dan mandi janabah. Dia membawakan dalil sahabat. Dan kalau ada yang meminta dalil hadis, dia membawakan dalil Nabi mandi janabah diatas dan baginda mengakhirkan membasuh kakinya. Iaitu diakhir sekali.

———————————————————————————————————————————————

بَاب إِذَا جَامَعَ ثُمَّ عَادَ وَمَنْ دَارَ عَلَى نِسَائِهِ فِي غُسْلٍ وَاحِدٍ

Bab Jika Seseorang Telah Bersetubuh Kemudian Mahu Mengulangi Lagi, Dan Orang Yang Mengunjungi (Menyetubuhi) Isteri-Isterinya Dengan Hanya Satu Kali Mandi Sahaja

– Imam Bukhari nak menceritakan bahawa ada khilaf dalam isu ini. Ada yang kata wajib kena mandi janabah selepas setiap kali jimak dengan isteri sebelum mengulang lagi. Imam Bukhari berpendapat boleh sekali sahaja mandi selepas banyak kali jimak. Samada dengan isteri yang lain atau isteri yang sama. Memanglah sunat untuk basuh kemaluan dan wudu sebelum mengulang. Mazhab Zahariah kata wajib wudu dan basuh kemaluan. Dari hadis lain memang ada diriwayatkan pada satu hari, Nabi mandi setiap kali selepas berjimak dengan seorang isteri dan mandi dulu sebelum menjimak isteri lain. Khadam dia tanya kenapa Nabi buat macam tu, Nabi kata supaya ‘lebih suci’ dan ‘lebih segar’. Maka, ianya adalah ‘lebih baik’, bukan wajib. Dari situlah yang dipegang oleh Imam Bukhari, bahawa ianya adalah sunat sahaja.

Cuma sebelum ini kita dah belajar bahawa, Bukhari anggap mazi dan mani adalah najis. Maka kalau nak jimak dengan isteri yang lain, kena basuh kemaluan dulu sebab tak elok bawa najis kita kepada orang lain. Kalau dengan isteri yang sama mengulang jimak, tidak mengapa. Sebab telah bercampur dah.
Ada juga hadis yang lain mengatakan Nabi lepas jimak terus tidur tanpa mandi atau ambil wudu pun. Maka, itu menunjukkan tidak wajib.

Kenapakah ada sahabat yang tahu sampai perbuatan Nabi selepas jimak? Kerana mereka itu adalah khadam Nabi seperti Abu Rafi’, dan tugas mereka antara lain, menyediakan air untuk Nabi. Maka tentulah mereka faham perbuatan Nabi. Mereka juga orang dewasa. Begitulah Islam menyampaikan ajaran walaupun dalam perkara-perkara sebegini. Dalam batas tertentu. Tidaklah mereka tengok lebih-lebih.

 

259 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ ذَكَرْتُهُ لِعَائِشَةَ فَقَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ كُنْتُ أُطَيِّبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَطُوفُ عَلَى نِسَائِهِ ثُمَّ يُصْبِحُ مُحْرِمًا يَنْضَخُ طِيبًا

259. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu ‘Ady dan Yahya bin Sa’id dari Syu’bah dari Ibrahim bin Muhammad bin Al Muntasyir dari bapaknya berkata,: “Aku menyebutkan tentangnya (kata-kata Ibnu ‘Umar) kepada ‘Aisyah, maka jawabnya: “Semoga Allah merahmati Abu ‘Abdurrahman. Sungguh aku pernah memakaikan wewangian kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian Beliau mendatangi isteri-isterinya. Dan pada esok paginya Beliau mengenakan pakain ihram dalam keadaan wangi semerbak

– Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata Ibn Umar itu? Ibn Umar ada kata yang dia tak suka berbau wangi sebelum ihram. Ini adalah hadis yang ringkas. Kena tahu dari hadis yang lain dalam kitab yang lain. Bukhari hanya hendak menyampaikan apa yang hendak disampaikannya sahaja. Sebab itu Bukhari tak menceritakan apakah yang dikatakan oleh Ibn Umar itu. Kena tahu dari hadis yang lain. Hadis ini menceritakan bahawa, Nabi sendiri pun ada pakai pewangi sebelum berihram dan semasa dia memulakan ihram itu, pewangi itu masih ada kesan lagi. Yang tidak boleh adalah kalau dah ihram, baru pakai pewangi. Itu memanglah tidak boleh. Seperti biasa, Imam Bukhari hanya membawakan bahagian yang hendak disampaikannya sahaja.

Kerana dia seorang yang halus pemerhatiannya, dia nampak ada perkara lain lagi yang boleh diambil pengajaran selain hal pewangi itu. Hadis itu juga menceritakan bahawa, semasa Nabi bersama dengan Aisyah, Aisyah meletakkan wangian kepada Nabi. Dan selepas itu Nabi telah menjimak isteri-isteri baginda yang lain. Kejadian ini berlaku semasa baginda melakukan haji. Semasa melakukan Haji Wada’, baginda bawa semua sekali isteri-isteri baginda. Jadi baginda telah menjimak semua isterinya satu demi satu. Dan Imam Bukhari nampak bahawa pewangi Aisyah masih ada lagi. Itu bermakna, bahawa Nabi tidak mandi selepas setiap kali menjimak isterinya. Kalau mandi setiap kali, tentu dah hilang kesan pewangi tu.

 

260 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدُورُ عَلَى نِسَائِهِ فِي السَّاعَةِ الْوَاحِدَةِ مِنْ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُنَّ إِحْدَى عَشْرَةَ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَوَكَانَ يُطِيقُهُ قَالَ كُنَّا نَتَحَدَّثُ أَنَّهُ أُعْطِيَ قُوَّةَ ثَلَاثِينَ
وَقَالَ سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ إِنَّ أَنَسًا حَدَّثَهُمْ تِسْعُ نِسْوَةٍ

260. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam berkata, telah menceritakan kepada saya bapakku dari Qatadah berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik radliallahu ‘anhu berkata,: “Adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi (menyetubuhi) isterinya pada waktu yang sama di malam hari dan siang hari, mereka sebelas orang”. Aku bertanya kepada Anas bin Malik radliallahu ‘anhu: “Apakah Beliau mampu melakukannya?”. Kata Anas: “Dahulu kami selalu bercakap-cakap bahawa Beliau diberikan kekuatan tiga puluh lelaki”. Berkata, Sa’id dari Qatadah bahwa Anas radliallahu ‘anhu menerangkan kepada mereka bahwa jumlah isteri-isteri Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam sembilan orang”.

– Berapakah sebenarnya bilangan isteri-isteri Nabi? Bilangan yang mengatakan 9 orang lagi kuat kesahihannya. 11 orang itu kalau dicampur 2 orang hamba.

Berapakah kekuatan seks baginda? Ada yang kata 30, 40 dan ada yang kata 100. Yang dikatakan 30 orang itu lebih sahih. Bukan 40 atau 100. Yang dikatakan 100 itu mungkin kerana kekeliruan kerana ada hadis yang mengatakan bahawa penghuni Syurga akan diberikan kekuatan seks 100 orang lelaki. Itu adalah hal lain, semua penghuni syurga akan dapat benda tu nanti.

Kenapakah ada isu ini? Inilah dia antara tohmahan yang dikeluarkan oleh musuh Islam. Mereka kata Nabi kuat seks. Asyik memikirkan seks sahaja, kata mereka. Isteri pun ramai. Sebenarnya perspektif itu adalah salah. Allah telah memberikan kekuatan yang lebih kepada baginda, memang benar. Tapi dengan kekuatan lebih itu pun, baginda hanya menikah sikit sahaja. Padahal, kalau kekuatan lebih itu, maknanya Nabi boleh menikah banyak lagi. Tapi Nabi boleh menahan nafsunya. Nabi mengamalkan kehidupan yang zuhud. Dalam ada kekuatan itu, Nabi masih banyak buat kerja-kerja lain dan melakukan dakwah tanpa henti. Dan ibadah baginda banyak sekali. Dan baginda menikah ramai itu sebab ada gunanya. Bukan baginda menikah anak dara sahaja, tapi janda-janda kerana Nabi hendak membantu mereka. Dan pernikahan itu boleh juga dikatakan sebagai ‘pernikahan Politik’. Kerana zaman itu, apabila Nabi menikah dengan seseorang dari sesuatu kabilah, seluruh kabilah itu masuk Islam kerana mereka bangga apabila orang besar menikahi golongan mereka.

Sebenarnya, dalam berpoligami, kena menjaga giliran antara isteri. Kalau giliran isteri pertama, maka seorang suami kena tinggal bersama isteri pertama untuk hari itu. Jadi kenapa ada kisah Nabi menggiliri isteri-isteri baginda semua sekali pada satu malam? Sebenarnya ada sebab. Kejadian itu berlaku sekali sahaja. Dan ada yang kata dua kali. Ianya berlaku pada Haji wada’. Nabi hendak menunjukkan Sunnah. Iaitu semasa dalam ihram dan melakukan ibadat, tidak boleh fikirkan sangat perkara lain. Kena tumpu pada ibadat. Dan kerana itu Nabi puaskan dirinya dan isteri-isterinya. Nanti sudah tidak terfikir dah hal-hal sebegitu.

Adakah Nabi telah memberi kepuasan kepada isterinya? Kerana masa Nabi bersama isterinya tidak lama mana. Tambahan pula selepas itu mereka tidak boleh kahwin dengan orang lain. Dan ada yang hidup berpuluh tahun selepas wafatnya Nabi. Sebenarnya kepuasan seorang isteri itu bergantung kepada individu. Macam dengan Nabi, tentulah Allah telah atur bagaimana untuk memuaskan isteri-isterinya. Dan keadaan zaman sekarang pun, kalau seorang perempuan itu telah berkahwin dengan orang besar, mereka memang jarang ingin untuk kahwin dengan orang lain selepas itu dah. Kerana memang sifat manusia, kalau dah kahwin dengan orang besar, tidak teringin dengan orang lain. Tambahan pula Allah boleh menutup perasaan inginkan kepada orang lain kepada isteri-isteri Nabi itu. Maknanya, isteri-isteri Nabi sudah puas hidup dengan baginda. 

 

Kuliah Maulana Asri 

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s