We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 5 – Bab Berkumur-Kumur Dan Menghisap Air Ke Hidung Ketika Mandi Janabah March 18, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Mandi Junub — visitor74 @ 6:53 pm
Tags: ,

بَاب الْمَضْمَضَةِ وَالِاسْتِنْشَاقِ فِي الْجَنَابَةِ

Bab Berkumur-Kumur Dan Menghisap Air Ke Hidung Ketika Mandi Janabah

Berkumur-Kumur Dan Menghisap Air Ke Hidung itu adalah sebahagian dari wudu atau sebahagian dari mandi janabah? Tidak jelas kerana dalam hadis disebutkan perbuatan itu dibuat semasa mengambil wudu.

Tidaklah menunjukkan kewajiban kerana Nabi buat itu untuk menyempurnakan wudunya. Maka ianya tidak wajib dalam mandi junub. Jumhur ulama berpendapat begitu. Ada juga yang kata wajib dalam wudu dan mandi junub. Ada juga pendapat sunat dalam wudu dan wajib dalam mandi junub.

Ada pensyarah yang mengatakan Imam Bukhari berpendapat ianya adalah sebahagian dari wudu dan wudu itu sendiri tidak wajib. Yang dalam hadis adalah kerana Nabi nak menyempurnakan wudu.

Tapi tak jelas lagi itu adalah pendapat Bukhari. Itu adalah pendapat pensyarah Bukhari. Bukhari sendiri tidak kata apakah pendapatnya. Dia hanya meletakkan tajuk sahaja dan pensyarah-pensyarah cuba untuk memahamkan apakah pendapat Imam Bukhari. Mungkin benar dan mungkin tidak. Dan kerana Kitab Sahih Bukhari ini adalah kitab yang besar, maka banyaklah yang mensyarahnya. Jadi, ada banyak pendapat. Semua ulama yang mensyarah itu memerah otak mereka dan ilmu mereka untuk mencapai apakah yang hendak dimaksudkan dalam tajuk Imam Bukhari ini.

Dalam wudu, seperti yang kita telah belajar sebelum ini, jelas Bukhari mengatakan bahawa kumur dan masukkan air dalam hidung tidak wajib. Ianya adalah sunat yang selalu dilakukan oleh Nabi. Tapi dalam tajuk Bukhari ini, kita lihat dia letakkan pasal wudu dalam mandi. Dan dikhususkan dalam bab ini. Kerapa dia buat macam tu? Mesti kerana sesuatu. Imam Bukhari tidak terikat kepada mana-mana mazhab. Tapi banyak mazhab yang kata Bukhari berpihak kepada mereka. Maka ini adalah tajuk yang masih lagi khilaf antara ulama. Masing-masing hendakkan supaya Bukhari berpihak kepada mereka.

 

251 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ حَدَّثَنِي سَالِمٌ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ حَدَّثَتْنَا مَيْمُونَةُ قَالَتْ
صَبَبْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُسْلًا فَأَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى يَسَارِهِ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ غَسَلَ فَرْجَهُ ثُمَّ قَالَ بِيَدِهِ الْأَرْضَ فَمَسَحَهَا بِالتُّرَابِ ثُمَّ غَسَلَهَا ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَأَفَاضَ عَلَى رَأْسِهِ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِمِنْدِيلٍ فَلَمْ يَنْفُضْ بِهَا

251. Telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Hafsh bin Ghiyats berkata, telah menceritakan kepada kami Bapakku telah menceritakan kepada kami Al A’masy berkata, telah menceritakan kepadaku Salim dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas berkata, telah menceritakan kepada kami Maimunah berkata, “Aku menuangkan air didalam satu bekas untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi, lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada tangan kirinya lalu membasuh keduanya. Kemudian mencuci kemaluannya, lalu menyentuhkan tangannya ke tanah dan menyapunya dengan tanah, lalu membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung, kemudian membasuh muka dan menyiramkan air ke atas kepalanya. Kemudian beliau beralih dari tempat mandi untuk mencuci kedua kakinya. Setelah itu beliau diberi tuala, tapi beliau tidak menggunakannya.”

– Tidak jelas disini bahawa Nabi Berkumur-Kumur Dan Menghisap Air Ke Hidung adalah kerana sebahagian dari wudu. Nabi tak cakap pun ianya adalah sebahagian dari wudu. Ianya boleh jadi hanya tafsiran perawi. Memang ada dalam hadis-hadis yang lain yang mengatakan bahawa Nabi menyempurnakan wudu, tapi dalam hadis yang lain, tidak.

Jadi, pendapat yang lebih kemas adalah kita lihat tajuk yang Bukhari letak. Dia buat tajuk itu khas sebagai nak mengatakan bahawa wajib berkumur dan hisap air ke hidung. Kerana Nabi buat setiap kali. Tidak ada hadis yang mengatakan Nabi tak buat. Kalau Nabi buat setiap kali, maka ia menunjukkan bahawa ianya adalah wajib. Tidak boleh kita kata kepada dia sahaja yang wajib, tapi kepada kita, tidak. Kerana kalau hanya wajib kepada Nabi, Nabi kena cakap bahawa ianya hanya untuk dia sahaja. Kalau dia tak cakap, maknanya kita kena buat.

Kenapa ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan oleh Bukhari? Sebab Bukhari tak cakap dengan jelas. Ini semua adalah penafsiran anak murid. Sama juga dengan pendapat mazhab. Anak murid cuba untuk mendapatkan maksud guru mereka dengan ilmu mereka. Sebagai contoh, sampai ada tiga pendapat Imam Ahmad tentang isu berkumur dan menghisap air ke hidung. Iaitu samada ia wajib atau tidak. Janganlah kita gunakan ini sebagai alasan untuk mengatakan pendapat Imam Bukhari tak kemas. Kerana kalau begitu, tidak adalah pendapat mazhab yang kemas. Kerana semua pendapat Imam Mazhab pun ada anak murid yang tidak pasti dan mereka memberikan pendapat mereka apakah yang hendak dimaksudkan oleh Imam mazhab mereka.

Kita boleh pilih pendapat mana yang kita rasakan kuat. Tapi kita kena tahu kenapa mereka berpendapat demikian. Kita yang pilih kerana kita sendiri rasa kuat. Tapi perlu diingat bahawa semua pendapat itu datang dari mereka yang kuat ilmu mereka. Kira semua ada lesen. Maknanya, semua mereka boleh diikut. Tapi kita tidak boleh kritik orang lain yang memakai pendapat lain dari kita. Kerana kita sendiri tidak tahu mana pendapat yang kuat. Yang pilihan kita itu adalah kerana kita pilih pendapat itu. Tapi tidak semestinya, ia adalah pendapat yang paling benar. Siapa kita hendak mengatakan bahawa pendapat itu yang paling kuat? Setakat mana sahaja kita belajar?

Dalam hadis ini, dikisahkan bahawa apabila diberikan tuala kepada baginda, baginda tidak pakai. Maka, apakah hukum mengeringkan badan selepas mandi junub dan wudu? Tidak ada hadis yang sahih yang mengatakan bahawa Nabi mengeringkan badannya selepas mandi junub. Tapi ada hadis yang sahih mengatakan Nabi tidak mengeringkan badan selepas mandi junub. Antaranya adalah hadis diatas. Imam Nawawi mengatakan hadis ini menunjukkan bahawa elok untuk tidak menggunakan tuala untuk mengeringkan air mandi janabah. Tapi ia juga menunjukkan bahawa Nabi ada juga menggunakan tuala. Kalau tidak, kenapakah isteri baginda menghulurkan tuala itu? Kalau memang Nabi tidak pernah menggunakan tuala, tentulah isteri baginda tidak akan menghulurkan tuala itu. Begitulah pemahaman Imam Nawawi. Jadi, nampak disini bahawa kali ini memang Nabi tidak pakai, tapi ada kemungkinan diwaktu lain, Nabi ada pakai.

Jadi kenapakah Nabi tidak menggunakan tuala itu? Banyak pendapat diberikan oleh ulama:

  1. Kerana tuala itu dicemari kotoran – tapi kalau ianya telah cemar, takkan isteri dia beri – mungkin isteri baginda tidak tahu – kalau benar ianya telah cemar dan isteri baginda tidak tahu, kenapa Nabi tidak beritahu – mungkin tidak sesuai beritahu. Ini adalah pendapat pertama. 
  2. Ada yang kata kerana wudu dan mandi janabah adalah ibadat, maka tidak elok dikeringkan. Kerana ada hadis yang mengatakan bahawa air itu akan ditimbang di akhirat kelak. Kalau kita keringkan, nampak macam kita tidak suka pula.
  3. Mungkin sebab lain. Air sembahyang itu menggugurkan dosa, seperti juga mandi janabah. Kita buat wudu dan mandji janabah kerana arahan Allah. Dosa akan keluar sehingga ke titisan terakhir. Jadi eloklah disapu sampai habis. Jadi kesatlah yang molek kalau ikut pendapat ini. Kebaikan yang kita dah buat iaitu wudu dan mandi janabah itu dah dikira dah. Jadi pendapat ini mengatakan ini menunjukkan tidak wajib kesat bekas mandi janabah. Kalau nak kesat boleh, tak kesat pun tidakmengapa.
  4. Nabi nak ajar jangan terikat dengan benda-benda cerewet. Tidak perlu nak kena siapkan perkakas-perkakas segala nak beribadat. Jangan mementingkan sangat hal ini. Dalam kehidupan, tidak perlu disusahkan. Seperti kalau anak murid di sekolah, kasut kotor. Jadi jangan cerewet sangat sampai suruh dia tukar. Dalam zaman Nabi, banyak jenis pakaian yang dipakai oleh sahabat. Tidak perlu cerewet sampai nak kena pakai uniform atau jenis pakaian yang sama pula. Pakaian itu bukan segala-galanya. Tidak perlu pakai baju askar pun untuk berjuang. Jangan wajibkan benda-benda yang remeh temeh. Besar maknanya kalau mengikut pemahaman ini. Jadi, terpulang kepada kita samada nak pakai atau tidak. Jangan biasakan kena ada baru boleh.

—————————————————————————————————————————————

بَاب مَسْحِ الْيَدِ بِالتُّرَابِ لِتَكُونَ أَنْقَى

Bab Menyapukan Tangan Di Tanah Supaya Lebih Bersih

252 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ الْحُمَيْدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ فَغَسَلَ فَرْجَهُ بِيَدِهِ ثُمَّ دَلَكَ بِهَا الْحَائِطَ ثُمَّ غَسَلَهَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ غُسْلِهِ غَسَلَ رِجْلَيْهِ

252. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Az Zubair Al Humaidi berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah, bahwa apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi janabat, beliau lalu mencuci kemaluannya dengan tangan, kemudian setelah menggosok tangannya ke dinding, beliau mencucinya. Kemudian berwudu sebagaimana wudu untuk shalat, selesai mandi beliau mencuci kedua kakinya.”

– Yang baginda menggosok ke dinding itu bermaksud ke tanah, kerana dinding rumah Nabi dibuat dari tanah. Persoalannya adalah kenapa dikatakan menyapu di tanah supaya lebih bersih, sedangkan kalau sapu di tanah itulah yang akan mengotorkan lagi tangan itu? Ini adalah kerana pada zaman itu, cara untuk membersihkan adalah dengan menggunakan tanah. Sekurang-kurangnya. Zaman sekarang lagi senang sebab kita ada banyak bahan pencuci – sabun dan sebagainya.

Bukanlah Nabi basuh pakai tanah itu sebagaimana samak najis mughallazah. Iaitu semasa nak basuh bekas jilatan anjing itu. Itu lain. Ini adalah Nabi menggunakan tanah sebab tanah boleh digunakan untuk membersihkan. Zaman sekarang, kalau ada bahan yang boleh menyucikan, tidak perlu samak dengan tanah pun. Boleh sahaja pakai bahan lain. Itu pun dalam pendapat Mazhab Syafie juga tu.

Menyapu ke tanah atau gunakan bahan lain untuk membasuh itu tidaklah wajib untuk dilakukan. Sebab itulah dikatakan oleh Imam Bukhari – ‘Supaya lebih bersih’. Kalau ada, gunakan, tapi kalau tidak ada bahan pencuci, sudah selesai dah mandi junub itu. Tidak semestinya kita kena ikut Nabi dalam perkara ini. Perkara-perkara dalam agama yang boleh difikirkan dengan akal, kita boleh faham kenapa Nabi buat sebegitu. Itu adalah perkara yang dinamakan ‘ma’qul ma’na‘ – perbuatan Nabi yang kita boleh fikirkan kenapa buat begitu. Tidaklah kita kena ikut 100%. Sebagai contoh lagi, Nabi menggunakan unta dan kuda dalam perjalanan baginda. Tujuannya adalah untuk cepat dalam perjalanan. Jadi tidaklah kita kena ikut, kerana zaman sekarang pengangkutan lagi hebat lagi dari unta dan kuda. Kita pakai kereka atau lain-lain lagi laju perjalanan. Yang penting adalah hendak sampai dengan cepat. Itulah tujuan Nabi pakai pengangkutan pun. Lagi contoh: Nabi pakai pedang semasa berperang. Takkan kita nak ikut macam tu juga? Berdosa pula kalau kita ikut macam tu. Kerana kalau orang lain pakai senapang dan meriam dan kita hanya pakai pedang sahaja – akan kalahlah kita. Ada perbuatan Nabi yang memang kita tidak boleh ikut. Sebagai contoh, Nabi semasa mengerjakan haji, baginda tawaf pakai unta. Kita tak boleh pakai unta. Tentulah akan kotor kaabah pula kalau manusia pakai unta. Ada sebab kenapa Nabi pakai unta. Kerana baginda hanya dapat buat haji sekali sahaja, maka baginda nak menunjukkan bagaimanakah cara hendak melakukannya. Tambahan pula unta yang Nabi pakai itu adalah special – unta jenis pandai. Jadi kita kena ikut kesesuaian keadaan dan masa. Sebagai contoh, Nabi suruh *cukur* bulu ari-ari dan *cabut* bulu ketiak. Tapi Imam Syafie tak buat macam tu walaupun dia tahu hadis Nabi itu. Kerana dia kata sakit. Jadi ada beza antara hadis dan sunnah. Tidak semua hadis adalah sunnah. Sunnah itu ada perbuatan Nabi yang kita kena ikut. Hadis tidak semestinya semua kena ikut. Hadis palsu pun orang pun panggil hadis juga.

Cara kita belajar Sahih Bukhari sekarang ini adalah cara yang mudah. Untuk mempercepatkan kita mengambil manfaat dari hadis itu. Kalau nak buat yang detail lagi, maka akan lama lagilah.

Kenapakah ada yang kata: kenapa Imam Bukhari pakai satu hadis sampai banyak kali? Kenapa tak buat cara lain? Ini benar, kerana dia akan pakai hadis yang sama tapi dia letakkan dalam banyak tajuk. Jadi, hadis itu berulang-ulang. Ini kerana dia hendak mengajar kita bagaimana mengambil hukum dari hadis. Satu hadis itu boleh digunakan banyak kali. Dengan satu hadis boleh diambil hukum untuk perkara-perkara yang lain. Imam Bukhari nak mengajar kita bagaimana mengambail hukum. Padanlah dengan hadis Nabi yang hebat itu. Kerana masa Nabi di dunia tidak lama. Maka Allah jadikan kata-kata Nabi itu padat dengan pengajaran. Boleh beratus pengajaran diambil dari satu-satu hadis. Sampai sekarang boleh dilihat kehebatan hadis itu. Orang belajar sampai beratus kitab mengulasnya. Ianya adalah sumber hukum yang mantap. Kerana ia juga adalah wahyu Allah.

Nabi itu macam telaga zam-zam. Dalam padang pasir, tapi airnya tak kering-kering. Air itu pula diakui sedunia sebagai yang terbaik sekali dalam dunia. Nak menunjukkan bahawa walaupun Nabi lahir di tengah-tengah masyarakat jahiliah yang teruk, yang bunuh orang, berperang dan sebagainya, cukup sahaja dengan datangnya Nabi memperbetulkan mereka. Sampai sekarang ajaran Nabi dipakai tidak lapuk oleh zaman.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s