We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Berkenaan solat Jenazah March 10, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 6:52 pm

Solat jenazah.
Pernah Nabi dan Ibn Abbas apabila solat jenazah membacakan fatihah dengan suara kuat. Ibn Abbas buat dan mengatakan supaya manusia tahu bahawa ianya adalah Sunnah. Tapi kalau buat kat Malaysia ni, tentulah akan dianggap pelek benar. Tapi kita yang belajar ni, kalau dengar imam solat jenazah, tidaklah kita melatah. Kalau tempat Sunnah macam di Pakistan, mereka ada imam yang baca fatihah jahar.

Ahli zahiri seperti Daud zahiri dan Ibn Hazm mengatakan bahawa tidak wajib berwudu apabila melakukan solat jenazah. Pernah dalam satu ceramah, ada yang tanya kepada ustaz tentang hal ini. Terkejut ustaz tu.

Dalam hadis tidak dikatakan bahawa wajib baca fatihah dalam solat jenazah. Tapi ianya adalah sunat untuk dibaca. Maka, eloklah baca.

Kalau suami dan isteri adalah org yang baik, maka mereka berdua akan bertemu didalam syurga. Bagaimana kalau isteri yang berkahwin dua dan dua dua suami adalah baik? Tidak boleh dua dua bersama dengan dia. Kalau ikut hadis, isteri itu akan bersama dengan isteri kedua. Tapi tidak boleh suami berwasiat supaya isteri tidak kahwin lain bila dia meninggal nanti. Kalau seorang isteri pernah kahwin dua dan hanya salah seorang sahaja yang masuk syurga, tidak ada masalah sebab hanya seorang sahaja. Yang kita musykil adalah kalau dua dia suaminya masuk syurga. Ada pendapat mengatakan bahawa isteri tidak ada pilihan. Dia akan diberikan dengan suami yang paling baik antara dua suaminya itu. Dan kalau seorang wanita tidak pernah bersuami semasa hidupnya, tentulah Allah akan memberikan pasangannya di dalam syurga nanti. Bukankah telah disebut didalam Quran bahawa mereka akan duduk bersama pasangannya dalam lindungan?

Biasa yang kita buat dalam masyarakat kita adalah takbir 4 kali. Tapi Nabi pernah buat lebih dari itu. Para sahabat pun pernah buat lebih dari 4. Ada yang kata sampai 9 kali pun ada juga. Maka, kalau kita nampak orang solat jenazah takbir lebih dari 4 kali, janganlah kita melatah. Maka, ada kalanya kalau kita nak takbir lebih, mungkin kerana jenazah itu adalah orang yang rapat sangat dengan kita, macam isteri kita, boleh sebenarnya kalau kita nak takbir lebih dari 4 kali.

Adakah mengangkat tangan semasa takbir? Pendapat Imam Syafie adalah mengangkat tangan semasa setiap kali takbir. Imam Syafie mengqiyaskan dari sembahyang biasa dimana kita mengangkat tangan dalam takbir selama mana kita berdiri. Kita hormati pendapat Imam Syafie, seorang ulama yang besar. Tapi dia sendiri pernah membuat kaedah bahawa: “la qiasa fil ibaadah” – tiada qiyas dalam ibadat. Tapi kali ini dia pula menggunakan qiyas dalam ibadat. Iaitu dia mengambil qiyas mengangkat takbir dari perbuatan soalan yang biasa. Yang sebenarnya adalah Nabi hanya mengangkat takbir untuk takbir kali yang pertama. Untuk takbir yang tiga lagi tu, hanya sebut dimulut sahaja. Yang buatnya hanyalah Ibn Umar. Tapi Ibn Umar bukanlah Nabi. Kita kena ikut Nabi.

Dalam doa, ada doa yang memohon kepada Allah semoga tidak diputuskan pahalanya dari kita. Apakah yang dimaksudkan dengan itu? Dalam banyak keadaan, manusia akan mendapat pahala dari manusia lain. Contohnya, bapa akan mendapat pahala daripada amalan anaknya. Jika anaknya seorang yang baik. Tapi ada kemungkinan pahala itu ada yang terputus. Contohnya, jikalau ibubapa tidak melakukan aqiqah anaknya itu. Mengikut kata ulama, kalau tak buat aqiqah, di akhirat kelak, anak tidak mengenal anak dan ibubapa tidak mendapat pahala hasil anak itu. Maka, itu adalah contoh pahala terputus. Ada lagi contoh-contoh lain. Maka, kita berdoa semoga pahala orang mati itu yang boleh mengalir kepada kita tidak terputus hendaknya.

Apakah doa selepas takbir keempat? Tidak ada. Nabi selepas salam, terus baginda beri salam ke kanan dan habis solat itu.

Adakah doa selepas solat jenazah? Tidak dibuat Nabi. Dalam Islam, doa terbaiknya dilakukan dalam solat atau dalam melakukan sesuatu ibadat itu. Bukan selepas ibadat dah habis. Tambahan pula, apa yang kita lakukan didalam solat jenazah itu memang dah doa dah pun.

Secara ringkasnya, beginilah cara mendirikan solat jenazah:

1. Takbir pertama
2. Bacaan fatihah
3. Takbir kedua tanpa angkat tangan.
4. Baca selawat keatas Nabi. Selawat sama macam dalam tahiyat. Ataupun dianamakan ‘selawat ibrahimiyyah’.
5. Takbir ketiga tanpa angkat tangan
6. Mendoakan kepada simati. Boleh cari sendiri ni.
7. Takbir keempat tanpa angkat tangan
8. Terus salam ke kanan sekali sahaja. Tanpa salam kekiri.

Kenapa perempuan tidak mengerjakan solat jenazah? Padahal yang mati itu adalah emak atau ayah mereka, suami mereka dan sebagainya. Amat penting kalau merekah doakan kepada jenazah. Yang selalunya adalah kerana mereka tak bawa telekung. Padahal sebenarnya kalau dah tutup aurat, boleh sahaja solat pakai baju itu juga.

Adakah perlu salam kiri dan kanan? Nabi tak buat. Maka seeloknya tidak buat. Tidak perlu salam kekiri. Kalau pergi ke Masjidil Haram, kita pun boleh lihat bahawa salam hanya kekanan sahaja.

Advertisements
 

4 Responses to “Berkenaan solat Jenazah”

  1. visitor Says:

    kalau di mekah atau di medinah, jemaah malaysia dan indonesia akan memberi salam ke kanan dan kiri, tidak mengikut sunnah.

    • visitor74 Says:

      Kalau tak silap, di Masjidilharam hanya salam sekali ke kanan sahaja.

      Tapi kalau buat ke kanan pun, tidaklah sampai bidaah rasanya. Cuma khilaful awla sahaja.

      Allahu a’lam.

  2. Mohammaad Says:

    Hadis yang menjadi pegangan golongan yang hanya mengangkat tangan hanya pada takbiratulihram bertaraf “gharib” dimana rawinya majhul seperti yang dinyatakan oleh albani


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s