We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Beringat sebelum mengkafirkan orang lain March 7, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 8:10 pm
Tidak boleh mengkafirkan orang lain tanpa sebab. Kena ada sebab yang kukuh. Contoh tanda yang kukuh adalah kalau ada yang kata Quran adalah ‘makhluk’. Allah bukan makhluk, maka KalamNya, iaitu Quran bukanlah makhluk. Apa yang boleh kita kata adalah perbuatan yang mengatakan Quran itu makhluk ‘boleh membawa kepada kekufuran’.
Ibn Taimiyyah pernah kata kat golongan Jahmiyyah Hululiyyah iaitu golongan yang keras dari golongan Jahmiyyah. Apabila mereka berdebat dengan Ibn Taimiyyah tentang ‘Di Mana Allah’, dia berkata:  “Kalau aku bersetuju dengan kamu, aku akan jatuh kafir kerana aku tahu bahawa pendapat kamu salah. Tapi kamu tidak aku tidak katakan kamu kafir kerana kamu adalah orang yang bodoh”.  Maksudnya, mereka bodoh kerana mereka tidak tahu bahawa pendapat mereka itu salah. Maka, kena dibawakan dalil dan hujah kepada mereka.
Selain daripada itu, antara isu yang dihujahkan yang boleh membawa kepada kekafiran adalah berkenaan dengan ayat Quran yang mengatakan Allah istiwa atas Arash. Kita biasa dari dulu lagi pegang pendapat yang kata, kalau kita tidak takwil ayat ini, ianya seperti mengatakan Allah ‘memerlukan’ tempat. Maka kita takwil dengan mengatakan Allah ‘memerintah’ dari Arash. Tapi apa kaedahnya untuk mengetahui yang benar? Pertama, kita kena cari ada tak ayat Quran yang menghuraikannya? Tidak jumpa ayat yang menghuraikan maksud istiwa itu. Ada tak Hadis yang menerangkannya? Pun tidak. Jadi kalau Allah tak terangkan dan Nabi pun tak terangkan, maka kita kena beriman penuh dengan ayat itu. Maka, apabila Allah kata Dia ‘bersemayam’ di atas Arash, kita kena terima bulat-bulat ayat itu. Bersemayamnya Allah adalah yang selayaknya bagi Allah. Takkan sama bersemayam Allah dengan duduknya raja di atas tahta? Jadi, kena tahu kaedah yang benar untuk sampai kepada sesuatu makna. Takkan Allah tak terangkan dan Nabi pun tak terangkan kita pandai pandai pula nak takwil ikut fikiran kita?
Ini satu lagi dalil yang mengatakan bahawa Allah bertempat. Dalam kisah Isra’ Mi’raj, bukanlah Nabi telah turun naik ke langit untuk berjumpa dengan Allah supaya Allah mengurangkan bilangan solat? Bukankah Nabi telah berjumpa dengan Allah di satu tempat? Ada ulama mengatakan tempat itu adalah Sidratul Muntaha. Maka, ini menunjukkan bahawa Allah bertempat. Tapi ini tidaklah mengatakan bahawa Allah ‘berkehendak’ kepada tempat seperti kita manusia yang kalau tidak ada lantai atau tanah, kita tidak boleh berdiri. Tidak ada sesiapa kata begitu. Apabila Nabi berjumpa Allah, Nabi berdepan dengan Allah tanpa halangan. Cuma Nabi tak nampak Allah. Dan Allah bercakap dengan Nabi dalam bahasa yang selayaknya bagi Allah. 
Hadis yang lain: Pernah Nabi bertanya sahabat. Apakah nikmat yang paling besar? Sahabat menjawab: syurga. Nabi mengatakan bahawa nikmat yang paling besar adalah melihat Allah. Iaitu manusia dapat melihat Allah seperti mereka sedang melihat bulan purnama. Iaitu nanti akan dikumpulkan ahli syurga pada setiap hari Jumaat di satu tempat dalam syurga. Mereka akan duduk dalam pusingan berlapis-lapis. Lapisan itu mengikut amalan makhluk semasa di dunia. Sesiapa yang paling banyak amal, akan duduk di depan. Maka Allah akan menghadirkan dzatNya dalam majlis itu. Maknanya, Allah datang ke syurga. Bagaimana caranya? Allahu a’lam. Kita tidak tidak tahu. Yang kita percaya adalah dengan yang selayaknya bagi Allah.
Dan lagi satu. Ada ayat Quran yang mengatakan bahawa Allah akan datang pada hari kiamat di Padang Mahsyar nanti. Maknanya, Allah akan datang kepada satu tempat iaitu di Padang Mahsyar. Dalam keadaan yang selayaknya bagi Allah. Kita tidak boleh nak bayangkan.
Dan satu hadis lagi: apabila Nabi bertanya ‘Di mana Allah’ kepada  seorang hamba perempuan. Hamba itu hendak dibebaskan. Tapi sebelum itu, hendak dipastikan samada dia adalah muslim atau tidak. Maka Nabi tanya dia dimana Allah? Hamba wanita itu jawap: fis sama’ – di langit. Maka Nabi menyuruh tuan hamba perempuan itu untuk dibebaskan hamba itu kerana dia adalah seorang muslim. Nabi tak kata pula yang dia syirik kalau kata Allah di langit. Maknanya, jawapan hamba perempuan itu benar. Iaitu Allah di langit. 
Maka, apabila Ibn Taimiyyah diajak berdebat dengan puak Jahmiyyah dalam hal Allah di mana, Ibn Taimiyyah kata kalau dia bersetuju dengan pendapat mereka, dia kata dia sendiri akan kafir kerana dia tahu itu adalah salah. Tapi Ibn Taimiyyah tidak mengkafirkan mereka kerana mereka tidak tahu kebenaran. Maka, kita tidak boleh mengkafirkan seseorang jikalau mereka tidak tahu. Kena beri hujah kepada mereka dahulu.
Kita hanya boleh kata perbuatan atau percakapan seseorang itu adalah kafir. Tapi kita tidak kata mereka kafir. Contohnya kalau ada yang kata bahawa kalau haramkan riba maka kita akan mundur. Itu adalah percakapan yang kafir kerana riba itu telah diharamkan oleh Allah. Dan apa yang Allah haramkan adalah tidak baik sebenarnya. Kita sahaja yang tak nampak. Maka, kalau ada yang kata begitu, kita tidak boleh mengkafirkan dia kecuali kena bawa hujah dahulu.
Dari segi perbuatan, ada juga yang boleh membawa kepada kekafiran. Contohnya, ada yang kalau pergi ke Thaipusam, mereka merelakan diri mereka dipakaikan nandek. Padahal itu adalah perbuatan dalam agama hindu. Kita tidak boleh buat macam tu.
Ataupun dari segi kefahaman dalam agama. Contohnya, apabila dikatakan kepada mereka bahawa perbuatan ibadat yang mereka lakukkan tidak pernah dibuat Nabi. Ada yang kata bahawa orang- orang dulu dah buat dah. Tapi apabila diminta dalil samada Nabi buat atau tidak, mereka tidak boleh beri. Hanya kata orang dulu-dulu dah buat dah. Lepas itu mereka akan kata bahawa memang Nabi tak pernah buat, tapi kalau mereka buat, elok. Maknanya, mereka beranggapan mereka lebih baik dari Nabi lagi. Kalau mereka berpendapat begitu, maka mereka boleh terkeluar dari Islam.
Pernah seorang sahabat dan seorang Yahudi berbalah dalam perniagaan mereka. Mereka telah membawa kes mereka kepada Nabi. Dan Nabi mengatakan bahawa orang Yahudi itu benar. Nabi tidak pilih kasih. Orang Islam itu tidak puas hati dan ajak lelaki Yahudi untuk membawa kes itu kepada Umar pula untuk mendapatkan pendapat kedua. Orang Yahudi itu setuju. Tapi bila sampai sahaja kepada Umar, Yahudi itu cepat-cepat cakap bahawa mereka telah bertemu Nabi dan Nabi telah membenarkan orang Yahudi itu. Umar, bila dengar begitu, dia terus pancung lelaki Islam itu. Ini adalah kerana lelaki Islam itu hendak memakai pendapat yang lain selepas telah diberi keputusan oleh Nabi. Allah turunkan ayat membenarkan perbuatan Umar itu.
Sedangkan Umar, telah pasti ahli syurga pun tidak boleh didahulukan dari Nabi, apatah lagi manusia lain.
Dalam pemerintahan Khalifah Uthman, dia telah melarang umat Islam untuk mengerjakan Haji ‘Tamattu’. Tentulah ada ijtihad beliau kenapa tidak dibenarkan buat begitu. Jadi, apabila Saidina Ali hendak mengerjakan Haji Tamattu’, ada yang tegur dia mengatakan bukankah Uthman telah melarang buat Haji Tamattu’. Ali jawab baik: Apakan daya, siapakah Uthman kalau hendak dibandingkan dengan Nabi? Aku sendiri pernah mendengar Nabi mengatakan yang jikalau dia panjang umur, dia akan mengerjakan Haji Tamattu’.
Maknanya, sedangkan Uthman pun boleh tidak dipegang pendapat dia, padahal dia adalah seorang yang besar, apatah lagi kalau kita memegang pendapat orang lain dan menolak pendapat Nabi? Nauzubillah.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s