We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah { Katakan! Bawakanlah Taurat Lalu Bacalah Taurat Itu Jika Kamu Memang Benar } March 6, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tauhid — visitor74 @ 3:22 am

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا }

Bab Firman Allah { Katakan! Bawakanlah Taurat Lalu Bacalah Taurat Itu Jika Kamu Memang Benar }

Ada beberapa kes dimana Nabi menurut perintah Allah meminta ahli kitab membuka kitab Taurat mereka didalam menentukan hukum. Seperti kisah mereka membawa kepada Nabi apakah hukum orang yang telah kahwin berzina. Nabi kata sepatutnya ianya adalah hukum rejam kerana itulah hukum dari zaman ke zaman. Sepatutnya dalam Taurat itulah juga. Tapi bila ditanya apakah yang mereka buat, ahli kitab kata mereka akan menghitamkan wajah pelaku zina dan memalukan mereka sahaja. Jadi, apabila Nabi suruh mereka buka kitab Taurat, mereka cuba tutup apabila mereka sampai pada bahagian rejam itu. Sebenarnya, memang ada dalam Kitab Taurat mereka, tapi mereka sahaja yang tidak menggunakannya.

Dari ayat ini, Allah telah menunjukkan cara untuk berdakwah kepada orang bukan Islam. Lebih-lebih lagi kepada ahli kitab. Gunakan kitab mereka balik. Kerana kalau guna Quran, mereka memang tidak percaya. Maka kalau guna kitab mereka, mereka terpaksa terima kerana mereka sendiri sudah mengaku bahawa mereka beriman dengan kitab mereka.

Apakah maksud Imam Bukhari membawa tajuk ini? Dia masih lagi membicarakan tentang kalam Allah. Dia nak membandingkan kalam Allah dan bacaan kita. Bacaan kita adalah amalan kita. Tapi bukan kalam Allah. Apabila ianya adalah amalan manusia, ada yang bagus bacaan dan ada yang tidak seberapa. Tapi ianya sudah baik dah sebab amalan membaca itu adalah mengikut suruhan Allah sebab Allah lah yang suruh baca kitab Quran itu. Itu dah dikira menurut perintah Allah. Dah ibadat dah tu. Sikit dan banyak atau elok atau tidak bacaan itu, itu adalah lain hal.

Apabila ianya amalan manusia, tentulah berbeza antara seorang dan lainnya. Tapi apa yang dibaca itu adalah Quran dan ianya tiada cacat cela dan mulia sentiasa. Perfect.

 

وَقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُعْطِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا بِهَا وَأُعْطِيَ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ الْإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا بِهِ وَأُعْطِيتُمْ الْقُرْآنَ فَعَمِلْتُمْ بِهِ وَقَالَ أَبُو رَزِينٍ { يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ } يَتَّبِعُونَهُ وَيَعْمَلُونَ بِهِ حَقَّ عَمَلِهِ

Dan Nabi s.a.w. bersabda: Diberikan Taurat kepada ahli Taurat maka mereka beramal mengikut Taurat dan diberikan Injil kepada ahli Injil maka mereka beramal mengikut Injil dan diberikan pada kamu al-Quran maka kamu beramal mengikut al-Quran. Abu Razin berkata { Mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya)}. Mereka mengikutinya dan beramal dengannya dengan sebaik-baik amalannya.

– Makna tilawah itu banyak. Memang asal maknanya adalah ‘membaca’. Tapi kena pakai semua makna barulah jelas. Maka, kita kena faham bahawa tilawah itu adalah mengamalkan dengan sepenuh penuhnya. Bukan hanya setakat membaca sahaja.

 

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّه { يُتْلَى } يُقْرَأُ حَسَنُ التِّلَاوَةِ حَسَنُ الْقِرَاءَةِ لِلْقُرْآنِ { لَا يَمَسُّهُ } لَا يَجِدُ طَعْمَهُ وَنَفْعَهُ إِلَّا مَنْ آمَنَ بِالْقُرْآنِ وَلَا يَحْمِلُهُ بِحَقِّهِ إِلَّا الْمُوقِنُ لِقَوْلِهِ تَعَالَى {مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ }

Abu Abdillah berkata: {dibaca} dibaca yang baik bacaan al-Qurannya. {Tidak menyentuhnya} tidak akan menikmati rasanya dan faedahnya kecuali orang yang beriman dengan al-Quran dan tidak akan menanggung al-Quran itu dengan sepatutnya kecuali orang yang yakin dengannya kerana firman Allah Taala {Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Alangkah buruk perbandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim }

– Ini adalah kata-kata Imam Bukhari. Kuniah Imam Bukhari adalah Abu Abdillah. Dia mengatakan bahawa makna ayat tidak dapat menyentuh Quran itu kecuali orang yang suci adalah: tidak akan mendapat manfaat dari Quran itu melainkan orang yang beriman dengan Quran. Bukanlah ayat itu maksudnya tidak boleh sentuh Quran kalau tiada wudu atau dalam hadas. Kerana ‘la’ dalam ayat itu bukanlah bermakna ‘jangan’, tapi maknanya adalah ‘tidak boleh’. Dalam realitinya, orang yang tidak suci memang boleh sentuh mushaf Quran itu. Orang kafir kalau nak sentuh pun tak jadi apa dengan dia. Padahal, mereka lagi tidak suci. Kalau begitu, orang boleh kata salah cakap Allah. Mereka akan kata: Tuhan kamu kata tidak boleh sentuh Quran, tapi aku boleh sahaja sentuh!

Orang yang tidak beramal dengan Quran, samalah seperti keldai yang membawa kitab besar tapi tidak apakah kitab kitab itu. Tidak tahu apa apa pun mereka kalau tidak memahami dan mengamalkannya.

 

وَسَمَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِسْلَامَ وَالْإِيمَانَ وَالصَّلَاةَ عَمَلًا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِبِلَالٍ أَخْبِرْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الْإِسْلَامِ قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ إِلَّا صَلَّيْتُ وَسُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ الْجِهَادُ ثُمَّ حَجٌّ مَبْرُورٌ

Dan Nabi s.a.w. menamakan Islam, Iman dan sembahyang sebagai amalan. Abu Hurairah berkata: “Nabi s.a.w. berkata kepada Bilal. Ceritakan padaku tentang amalan yang paling engkau harapkan yang pernah engkau lakukan dalam Islam.” Bilal berkata: “Tidak ada satu amalan yang lebih aku harapkan kecuali satu: tidak aku bersuci melainkan aku bersembahyang (selepas bersuci). Nabi s.a.w. pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling afdhol?” Nabi s.a.w. bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian berjihad kemudian haji mabrur.”

– Kenapa pula Islam dan Iman itu adalah amalan? Kalau solat itu, memang kita faham, ianya adalah perbuatan. Tapi, bagaimana pula dengan islam dan iman? Sebenarnya, dalam rukun islam itu semua adalah amalan-amalan. Iaitu dari syahadah, solat, haji dan sebagainya. Semua itu adalah amalan. Iman pula adalah percaya kepada lima perkara itu. Kepercayaan itu adalah amalan hati. Dikira sebagai amalan juga. Dalam rukum Iman itu pula ada percaya kepada Quran iaitu Kalam Allah.
Solat memang sebagai satu ibadat yang besar. Dalam solat itu kena baca Quran, sekurangnya fatihah, iaitu Kalam Allah. Kerana itulah dibawakan amalan Bilal iaitu setiap kali selepas dia ambil wudu dia akan mendirikan solat. Itulah perkara yang dia harapkan supaya memasukkan dia ke dalam syurga. Dan itulah sebabnya yang dia masuk syurga. Pernah ada satu hadis, bagaimana Nabi telah mendengar bunyi tapak kaki Bilal di syurga.

Apabila ditanya kepada baginda apakah amalan yang paling afdhal, baginda jawap ianya adalah iman. Itu adalah jawapan pertama baginda. Ini adalah kerana iman itu adalah ibadah hati. Ianya adalah amalan juga.
Keduanya, selepas iman, amalan yang paling afdhal adalah jihad. Kita tahu bahawa jihad itu adalah penting itu adalah dari Quran. Dan Quran  itu adalah Kalam Allah. Ilmu kita akan kembali kepada Quran juga. Apa-apa yang kita tahu adalah daripada Quran dan dari Hadis Nabi. Begitu juga kita buat haji itu adalah kerana ianya telah disebut dalam Quran. Bagaimana untuk mendapatkan Haji Mabrur? Kenalah menyempurnakan haji. Itulah yang disebut dalam Quran, iaitu Kalam Allah.

 

6979 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي سَالِمٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا بَقَاؤُكُمْ فِيمَنْ سَلَفَ مِنْ الْأُمَمِ كَمَا بَيْنَ صَلَاةِ الْعَصْرِ إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ أُوتِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا بِهَا حَتَّى انْتَصَفَ النَّهَارُ ثُمَّ عَجَزُوا فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ثُمَّ أُوتِيَ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ الْإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا بِهِ حَتَّى صُلِّيَتْ الْعَصْرُ ثُمَّ عَجَزُوا فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ثُمَّ أُوتِيتُمْ الْقُرْآنَ فَعَمِلْتُمْ بِهِ حَتَّى غَرَبَتْ الشَّمْسُ فَأُعْطِيتُمْ قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ فَقَالَ أَهْلُ الْكِتَابِ هَؤُلَاءِ أَقَلُّ مِنَّا عَمَلًا وَأَكْثَرُ أَجْرًا قَالَ اللَّهُ هَلْ ظَلَمْتُكُمْ مِنْ حَقِّكُمْ شَيْئًا قَالُوا لَا قَالَ فَهُوَ فَضْلِي أُوتِيهِ مَنْ أَشَاءُ

‘Abdaan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri, katanya: Salim telah menceritakan kepada kami daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya tempoh kamu beramal berbanding ummat-ummat sebelum kamu ialah seperti waktu ‘asar sehingga terbenamnya matahari. Ahli Taurat diberikan Taurat maka mereka beramal dengan Taurat sehingga separuh siang sehingga mereka lemah, kerana itu mereka diberikan satu-satu qirat. Kemudian ahli Injil diberikan Injil lalu mereka beramal mengikut Injil itu sehingga dikerjakan sembahyang ‘asar kemudian mereka lemah maka diberikan satu-satu qirat. Kemudian diberikan kamu al-Quran maka kamu beramal mengikut al-Quran itu sehingga terbenam matahari, kerananya kamu diberikan dua-dua qirat. Maka ahli kitab berkata: “Mereka ini kurang amalannya berbanding kita tetapi lebih banyak mendapat ganjaran.” Allah berkata: “Adakah mana-mana hakmu telah dizalimi?” Mereka menjawab: “Tidak.” Allah berkata: “Itu adalah limpah kurniaku yang aku berikannya kepada sesiapa yang aku mahu.”

– Ahli kitab tidak puas hati kerana amalan kita kurang kalau dibandingkan dengan amalan mereka. Kerana amalan mereka lagi lama dari kita. Umur mereka panjang-panjang pula tu. Umur kita yang pendek. Tapi walaupun amalan kita sikit, tapi Allah bagi lebih. Itulah yang mereka tidak puas hati. Tapi Allah tanya balik, adakah Allah beri lebih kepada umat Nabi Muhammad itu, Allah ambil dari bahagian mereka? Tidak. Tidak dikurangkan sedikit pun dari apa yang mereka patut dapat. Cuma Allah beri lebih kepada umat Nabi Muhammad. Itu adalah kerana hikmah Allah. Dan terpulang kepada Allah. Tidak boleh ditanya lagi. Ikut suka Allah lah nak beri.

Kerana umur kita pendeklah yang Allah beri kelebihan kepada amalan yang kita buat. Supaya kita boleh dapat lebih. Sebab umur kita pendek, kita tidak dapat nak kejar amalan yang dibuat oleh umat terdahulu. Bagaimana cara Allah beri kelebihan kepada kita? Kalau dibandingkan dengan zaman sekarang, kita lagi senang nak buat ibadat. Kalau sekarang nak infak pun lagi senang dari dulu. Nak derma pakai sms pun dah boleh sekarang. Dan walaupun sama amalan kita buat, tapi kita dapat berganda dari apa yang ahli kitab dulu dapat. Umat Nabi Muhammad ada kelebihan yang lebih dari orang dahulu. Tapi fitnah kita pun lagi banyak dari mereka. Umat dahulu menghadapi satu-satu dosa besar sahaja, tapi zaman kita semua ada. Macam dikumpul semua sekali pada kita. Jadi, kita dapat kelebihan dan juga kekurangan sekali.

Lagi satu, kerana kita beramal dengan Quran, satu kitab yang lagi hebat dari kitab mereka.

—————————————————————————————————————

بَاب وَسَمَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ عَمَلًا وَقَالَ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Bab Nabi s.a.w. Menamakan Sembahyang Sebagai Amal Dan Sabdanya: “Tidak Ada Sembahyang Bagi Orang Yang Tidak Membaca Fatihah al-Kitab.”

– Sembahyang adalah satu ibadat yang besar, sebab dalam solat itu ada baca Quran. Mesti kena baca. Tak boleh tak baca. Sekurang-kurangnya fatihah. Sampaikan kalau tak dibaca fatihah tidak dikira solat, seperti yang disebut dalam ayat di atas. Dan kita disuruh baca Quran semasa berdiri. Iaitu dalam kedudukan yang kuat, iaitu ketika berdiri. Sebab itulah tidak boleh baca Quran dalam sujud dan rukuk. Kerana ia bidalan bahawa kita akan menegakkan ayat Quran yang kita baca itu.

Begitulah hebatnya Kalam Allah. Kalau dibaca diwaktu lain pun dah dapat pahala banyak dah, tambahan lagi kalau dalam solat.

 

6980 – حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْوَلِيدِ ح و حَدَّثَنِي عَبَّادُ بْنُ يَعْقُوبَ الْأَسَدِيُّ أَخْبَرَنَا عَبَّادُ بْنُ الْعَوَّامِ عَنْ الشَّيْبَانِيِّ عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ الْعَيْزَارِ عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ ثُمَّ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Sulaiman telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Walid ح ‘Abbad bin Ya’kub al-Asadiy telah meriwayatkan kepada saya katanya, ‘Abbad bin al-‘Awwam menceritakan kepada kami daripada al-Syaibani daripada al-Walid bin al-‘Izar daripada Abi ‘Amar al-Syaibani daripada Ibnu Mas`ud bahawa seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w.: “Apakah amalan yang paling utama?” Baginda menjawab: “Bersembahyang pada waktunya dan berbuat baik kepada ibubapa kemudian berjihad di jalan Allah.”

– Sekali lagi Imam Bukhari membawakan hadis yang berkenaan solat. Ini adalah kerana dalam solat, ada bacaan Quran iaitu Kalam Allah. Didalam hadis ini Nabi mengatakan “Bersembahyang pada waktunya”, bukan ““Bersembahyang di awal waktu”. Kerana itulah Imam Abu Hanifah tidak menyuruh untuk solat di awal waktu. Cukup jikalau di dalam waktunya. Kerana itulah kepada mazhab Hanafi, mereka akan solat subuh dan Isya’ di hujung waktu. Kerana Nabi memang menggalakkan solat Isya’ di akhir waktunya. Kalau Nabi menggalakkan begitu, tentulah tak suruh solat di awal waktu. Tentulah solat Isya’ di hujung waktu yang afdhal.

——————————————————————————————–

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا }ضَجُورًا{ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا}

Bab Firman Allah Taala {Sesungguhnya Manusia Itu Dijadikan Bersifat Keluh Kesah} Mudah Jemu {Apabila Mereka Ditimpa Kesusahan Mereka Sangat Resah Gelisah Dan Apabila Ia Beroleh Kesenangan Mereka Bersikap Kedekut}

– Memang itu semua adalah sifat manusia yang asal. Allah telah jadikan sebegitu.Bukan orang kafir sahaja, orang Islam pun macam tu juga. Cuma Nabi telah mendidik para sahabat untuk mempunyai sifat yang mulia. Jadi walaupun asalnya mereka pun begitu juga.

6981 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ عَنْ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ تَغْلِبَ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَالٌ فَأَعْطَى قَوْمًا وَمَنَعَ آخَرِينَ فَبَلَغَهُ أَنَّهُمْ عَتَبُوا فَقَالَ إِنِّي أُعْطِي الرَّجُلَ وَأَدَعُ الرَّجُلَ وَالَّذِي أَدَعُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الَّذِي أُعْطِي أُعْطِي أَقْوَامًا لِمَا فِي قُلُوبِهِمْ مِنْ الْجَزَعِ وَالْهَلَعِ وَأَكِلُ أَقْوَامًا إِلَى مَا جَعَلَ اللَّهُ فِي قُلُوبِهِمْ مِنْ الْغِنَى وَالْخَيْرِ مِنْهُمْ عَمْرُو بْنُ تَغْلِبَ فَقَالَ عَمْرٌو مَا أُحِبُّ أَنَّ لِي بِكَلِمَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُمْرَ النَّعَمِ

Abu al-Nu’man telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir bin Hazim telah meriwayatkan kepada kami daripada Hasan, katanya: ‘Amar bin Taghlib telah meriwayatkan kepada kami, katanya: “Pernah sampai harta kepada Nabi s.a.w. maka Nabi s.a.w. memberikan harta kepada sebahagian orang dan tidak memberikan kepada sekumpulan yang lain. Selepas itu Nabi s.a.w. mendapat tahu mereka tidak senang hati dengan pembahagian tersebut maka Baginda bersabda: “Sesungguhnya aku memberikan kepada seseorang dan tidak memberikan kepada yang lain, yang aku tidak berikan itu sebenarnya lebih aku kasihi daripada orang yang aku berikan. Aku berikan kepada beberapa kalangan yang ada keluh kesah dan gelisah di dalam hati mereka itu dan aku serahkan segolongan orang kepada mempunyai sifat memadai dan kebaikan yang Allah letakkan di dalam hati mereka. Salah seorang dari golongan ini adalah ‘Amar bin Taghlib. Maka ‘Amar berkata: “Aku tidak merasa lebih baik mendapat unta merah berbanding ucapan yang telah Rasulullah s.a.w. ucapkan tentang aku itu.”

– Oleh kerana manusia itu macam-macam jenis, maka adalah yang merasa tidak puas hati dan keluh kesah dalam hati mereka kerana mereka tidak mendapat habuan dari harta ghanimah. Harta yang disampaikan oleh Nabi itu adalah harta ghanimah iaitu harta rampasan perang. Walaupun Nabi telah mendidik ramai dari golongan sahabat, tapi adalah yang masih lagi mempunyai saki-baki dari sifat manusia yang kurang molek itu. Itu biasalah. Maka, apabila Nabi telah mendengar ada rungutan, maka Nabi telah bangun dan memberikan ucapan kepada mereka. Nabi telah memberikan harta kepada yang memerlukan. Kepada yang Nabi tak berikan itu adalah kerana, Nabi tahu bahawa mereka mempunyai sifat memadai dan kebaikan. Antara yang tidak dapat adalah perawi hadis ini, iaitu Amar bin Taghlib. Suka betul dia apabila dia mendengar Nabi cakap macam itu. Dia lagi suka mendengar Nabi cakap itu daripada dia mendapat unta merah, iaitu satu pemberian yang besar. Kerana sebenarnya, Nabi memuji mereka yang tidak dapat tu.

——————————————————————————————————————-

بَاب ذِكْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِوَايَتِهِ عَنْ رَبِّهِ

Bab Sebutan Nabi s.a.w. Dan Riwayatnya Daripada Tuhannya

6982 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ حَدَّثَنَا أَبُو زَيْدٍ سَعِيدُ بْنُ الرَّبِيعِ الْهَرَوِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّهِ قَالَ إِذَا تَقَرَّبَ الْعَبْدُ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا وَإِذَا أَتَانِي مَشْيًا أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

Muhammad bin ‘Abd al-Rahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Zaid Said bin al-Rabi’ al-Harawi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas daripada Nabi s.a.w. Baginda meriwayatkannya daripada Tuhannya. Allah berfirman: “Jika seseorang hamba itu menghampiriku sejengkal, aku akan menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta aku akan menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan, aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

– Hadis ini adalah salah satu dari hadis ‘Mutasyabihat’. Tidak dapat dipastikan dengan jelas, apakah maknanya. Jadi ada kalangan ulama yang tidak mahu mentakwilkannya. Kerana kalau dikatakan Allah berlari, akan seperti pendapat mujassimah yang mengatakan Allah sama macam manusia pula.

Ulama yang mentakwil mengatakan bahawa Allah membalas mengikut amalan manusia. Tapi Allah beri lebih lagi kepada manusia.

 

6983 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ عَنْ يَحْيَى عَنْ التَّيْمِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ رُبَّمَا ذَكَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَقَرَّبَ الْعَبْدُ مِنِّي شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا أَوْ بُوعًا
وَقَالَ مُعْتَمِرٌ سَمِعْتُ أَبِي سَمِعْتُ أَنَسًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Musaddad telah meriwayatkan kepada kami daripada Yahya daripada al-Taimi daripada Anas bin Malik daripada Abi Hurairah, perawi (al-Taimi) berkata: Kadang-kadang dia menyebutkan Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang hamba itu menghampiriku sejengkal, aku akan menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta aku akan menghampirinya sedepa.”

Mu’tamir berkata: Saya telah mendengar ayah saya berkata: Saya telah mendengar Anas daripada Nabi s.a.w. meriwayatkannya daripada Tuhannya.

– Ini adalah hadis qudsi. Hadis qudsi tidak semestinya lebih dari hadis yang biasa. Bergantung juga kepada sahih atau tidaknya hadis itu.

 

6984 – حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ قَالَ لِكُلِّ عَمَلٍ كَفَّارَةٌ وَالصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Adam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ziad telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Saya mendengar Aba Hurairah daripada Nabi s.a.w. meriwayatkannya daripada Tuhan kamu. Baginda bersabda: “Setiap amalan ada sesuatu yang dapat menghilangkan maksiat itu dan puasa aku simpan untukku dan akulah yang membalasnya dan sesungguhnya bau busuk mulut seorang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.”

– Amalan baik dapat menghilangkan kesalahan yang kita telah buat dahulu.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s