We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah Taala {Dan Tuturkanlah Perkataan Kamu Dengan Perlahan Atau Dengan Nyaring,… March 3, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوْ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ } {يَتَخَافَتُونَ} يَتَسَارُّونَ

Bab Firman Allah Taala {Dan Tuturkanlah Perkataan Kamu Dengan Perlahan Atau Dengan Nyaring, (Sama Sahaja Keadaannya Kepada Allah), Kerana Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Akan Segala (Isi Hati) Yang Terkandung Di Dalam Dada. Tidakkah Allah Yang Menciptakan Sekalian Makhluk Itu Mengetahui (Segala-Galanya)? Sedang Ia Maha Halus Urusan Pentadbiran-Nya, Lagi Maha Mengetahui} {Mereka Berbisik-Bisik } Bercakap Secara Perlahan-Lahan.

Imam bukhari nak mengisbatkan sifat Mendengar Allah sekali lagi dalam tajuk ini. Dalam ayat ini, Allah menyuruh supaya Nabi memperlahankan bacaan Quran dalam solat. Tak kisah samada kuat atau perlahan sebab Allah Maha Mendengar. Samada kuat atau perlahan, Allah mendengar juga. Sifat mendengar Allah tidak sama dengan makhluk. Kepada makhluk, kalau cakap dengan perlahan, makhluk tidak dapat dengar. Kalau kuat, pun belum tentu lagi.

Keduanya, Imam Bukhari nak mengisbatkan sifat ilmu Allah ataupun sifat Tahu Allah. Dalam ayat itu mengatakan bahawa Allah tahu apa yang kita simpan dalam hati kita. Ini adalah kerana Allah Maha Mengetahui.

Dalam ayat seterusnya, Allah memberikan lojik. Takkan Allah tidak tahu tentang apa yang manusia katakan dan apa yang dalam hati manusia sedangkan Dia sendiri yang buat makhluk itu.

Ayat seterusnya mengatakan bahawa walaupun mereka berbisik sesama mereka pun Allah tahu juga kerana Dia Maha Mengetahui.

Ada yang berpendapat bukan itu maksud Imam Bukhari. Sebab pasal sifat ‘Mendengar’ dan ‘Ilmu’ Allahsudah ada dalam tajuk yang lain. Pendapat itu mengatakan bahawa Imam Bukhari masih lagi pada hal kalam Allah. Kerana isu kalam Allah ini adalah isu yang amat penting. Banyak yang keliru tentang hal Kalam ini. Isu Kalam inilah yang menyebabkan ramai yang tergelincir dan inilah juga puncanya sampai Imam Bukhari telah dihalau dari negerinya.

Maka, pendapat ini kata: Allah sebenarnya yang memberi manusia berkata-kata. Berkata-kata itu termasuk dalam perbuatan juga. Sama macam gerak tangan dan kaki. Tapi dalam ayat itu Allah seumpama mengatakan manusia yang berkuasa untuk berkata. Sebab itu Dia suruh perlahankan suara. Ini adalah kerana manusia itu mempunyai pilihan untuk bercakap atau tidak. Dalam hal bercakap, manusia mempunyai usaha.

Bacaan kita itu adalah satu perkara yang baharu. Tidak ‘qadim’ seperti perbuatan Allah. Perbuatan kita seperti membaca itu adalah makhluk. Apa yang dibaca, iaitu Quran adalah Qadim.

٧٥٢٥ – حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ عَنْ هُشَيْمٍ أَخْبَرَنَا أَبُو بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِي قَوْلِهِ تَعَالَى { وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } قَالَ نَزَلَتْ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُخْتَفٍ بِمَكَّةَ فَكَانَ إِذَا صَلَّى بِأَصْحَابِهِ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالْقُرْآنِ فَإِذَا سَمِعَهُ الْمُشْرِكُونَ سَبُّوا الْقُرْآنَ وَمَنْ أَنْزَلَهُ وَمَنْ جَاءَ بِهِ فَقَالَ اللَّهُ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ } أَيْ بِقِرَاءَتِكَ فَيَسْمَعَ الْمُشْرِكُونَ فَيَسُبُّوا الْقُرْآنَ { وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } عَنْ أَصْحَابِكَ فَلَا تُسْمِعُهُمْ { وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا }

‘Amar bin Zurarah telah meriwayatkan kepada kami daripada Husyaim, katanya: Abu Bisyr telah menceritakan kepada kami daripada Sa`id bin Jubair daripada Ibnu ‘Abbas r.a berhubung dengan firman Allah taala: {Jangan engkau nyaringkan sembahyangmu dan jangan engkau perlahankannya (sangat)}. Ibnu ‘Abbas berkata: “Ayat ini turun ketika Rasulullah s.a.w. bersembunyi di Mekah. Nabi s.a.w. apabila bersembahyang mengimamkan sahabat-sahabatnya Baginda mengangkat suaranya membaca al-Quran. Apabila orang-orang musyrikin mendengar, mereka memaki al-Quran, orang yang menurunkannya dan orang yang membawanya. Ketika itu Allah berfirman kepada Nabi-Nya: {Jangan engkau nyaringkan sembahyangmu} iaitu bacaanmu di dalam sembahyangmu sehingga didengari orang musyrikin lalu mereka memaki al-Quran. {Jangan engkau perlahankan (sangat) bacaan itu} sehingga engkau tidak memperdengarkan kepada mereka { pilihlah jalan pertengahan dalam bacaan itu }

Bacaan Nabi adalah perbuatan yang baru. Tapi Quran tak baru. Quran itu qadim. Kerana Quran itu adalah Kalam Allah. Dalam ayat itu Allah kata memperlahankan solat, tapi maksud sebenarnya adalah memperlahan bacaan. Itu adalah cara Quran, ada bahagian yang ditinggalkan dalam susunan ayat.

٧٥٢٦ – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ
{ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } فِي الدُّعَاءِ

‘Ubaid bin Ismail telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam daripada ayahnya daripada Aisyah r.a, beliau berkata: “Turunnya ayat ini {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا} berkenaan dengan doa.”

– Ayat yang sama tapi penggunaannya banyak. Dalam hadis ini, dikatakan bahawa turunnya ayat itu adalah berkenaan dengan doa pula. Sebelum ini, kita faham bahawa ayat itu diturunkan berkenaan dengan solat Nabi semasa awal dakwahnya di Mekah. Tapi, kali ini, riwayat dari Aisyah mengatakan bahawa ianya berkenaan dengan doa pula. Maknanya, kenalah perlahan tapi jangan perlahan sangat. Boleh jadi ayat ini turun sekali atau turun beberapa kali. Macam ayat bismillah juga. Ada yang kata ayat bismillah turun sekali sahaja dan ada yang kata turun banyak kali.

٧٥٢٧ – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ وَزَادَ غَيْرُهُ يَجْهَرُ بِهِ

Ishaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu ‘Asim telah meiwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu Juraij telah menceritakan kepada kami, katanya: Ibnu Syihab telah menceritakan kepada kami daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan dari kalangan kita orang yang tidak berlagu membacakan al-Qur`an.” Perawi lain menambahkan: Membacanya dengan nyaring.

Apabila dikatakan berlagu itu, mestilah maknanya membaca dengan kuat. Kalau baca dalam hati, bukan dikira berlagu.
Atau ayat ini juga boleh merujuk kepada orang yang merasa tidak cukup dengan Quran. Mereka nak juga rujuk sumber yang lain. Orang yang jenis macam itu pun bukan dari kalangan Islam.

Yang melagukan bacaan Quran itu adalah manusia, bukan Allah. Maka, ini menunjukkan bahawa perbuatan membaca Quran adalah perbuatan manusia.

———————————————————————————————————————————-

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ يَقُولُ لَوْ أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ هَذَا فَعَلْتُ كَمَا يَفْعَلُ فَبَيَّنَ أَنَّ قِيَامَهُ بِالْكِتَابِ هُوَ فِعْلُهُ وَقَالَ { وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ } وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ { وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ }

Bab Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang Yang Allah berikan al-Qur`an Kepadanya, Dia Berdiri Membaca al-Qur`an Pada Malam Dan Siang Dan Seorang Yang Lain Pula Berkata: “Kalaulah Diberikan Kepadaku Seperti Yang Telah Diberikan Kepada Dia Ini Pasti Akan Ku Lakukan Seperti Yang Dilakukannya. Allah Menerangkan Bahawa Dia Berdiri Membaca Kitabnya Adalah Perbuatannya Dan Allah Berfirman {Di Antara Tanda-Tanda Kebesaran Allah Ialah Menjadikan Langit-Langit Dan Bumi Dan Berbezanya Lidah-Lidah Kamu Dan Warna-Warna Kulit Kamu} Dan Allah Berfirman {Kamu Lakukanlah Kebaikan, Mudah-Mudahan Kamu Berjaya}

Masih lagi perbincangan tentang kalam. Penekanan bahawa manusialah yang membaca Quran. Gerak membaca itu adalah perbuatan makhluk. Kertas mushaf itu makhluk. Tapi hakikat Quran itu bukan makhluk.

Tapi perbuatan Allah. Allah menjadikan segalanya. Yang kita ada adalah ikhtiar kita.

Buatlah kebajikan sebanyak mungkin yang kita mampu. Kita ada pilihan dan usaha. Kemampuan itu, Allah yang buat. Allah beri kebebasan. Allah juga berkuasa menghalang perbuatan kita itu kalau Dia mahu. Tapi Puak Muktazilah kata Allah tak boleh sekat. Itu kita jangan kira, kerana mereka adalah puak yang sesat.

٧٥٢٨ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسُدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ هَذَا لَفَعَلْتُ كَمَا يَفْعَلُ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ فِي حَقِّهِ فَيَقُولُ لَوْ أُوتِيتُ مِثْلَ مَا أُوتِيَ عَمِلْتُ فِيهِ مِثْلَ مَا يَعْمَلُ

Qutaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir telah meriwayatkan kepada kami daripada al-A’masy daripada Abi Solih daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada dengki mendengki kecuali kerana dua perkara. Yang pertama ialah seorang yang Allah berikan kepadanya al-Quran maka dia membaca al-Quran malam dan siang lalu ada orang lain berkata: “Kalaulah aku diberikan sebagaimana yang diberikan kepada orang ini nescaya saya akan lakukan seperti yang dilakukannya.” Dan seorang lagi ialah orang yang Allah berikannya harta lalu dia membelanjakannya pada haknya (pada tempatnya) maka/lalu ada orang lain berkata: “Kalaulah diberikan kepada saya seperti yang diberikan kepadanya pasti saya akan lakukan seperti yang dilakukannya.”

Membaca adalah perbuatan manusia. Ianya adalah perbuatan makhluk jadi ianya adalah perbuatan yang baharu.

٧٥٢٩ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ سَمِعْتُ سُفْيَانَ مِرَارًا لَمْ أَسْمَعْهُ يَذْكُرُ الْخَبَرَ وَهُوَ مِنْ صَحِيحِ حَدِيثِهِ

‘Ali bin ‘Abdillah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Zuhri berkata daripada Salim daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w., beliau berkata: “Tiada hasad dengki melainkan pada dua perkara; pertama, seorang yang diberikan kepadanya al-Qur`an maka dia membaca al-Quran itu malam dan siang dan yang kedua, orang yang Allah berikan kepadanya harta lalu dibelanjakannya malam dan siang”. Ali bin Abdillah berkata: Saya telah mendengar Sufyan beberapa kali tetapi saya tidak pernah mendengarnya menyebutkan hadits ini dengan lafaz khabar (tahdis), ia termasuk dalam haditsnya yang sohih.

Ini adalah ghibtah. Tidak sesuai jikalau dikatakan perbuatan itu adalah hasad dengki kerana kalau hasad, orang yang hendakkan sesuatu kelebihan itu mahu supaya kelebihan orang itu diambil. Tapi kalau ghibtah, dia cuma hendakkan sahaja, kerana dia pun nak buat kebaikan juga. Dia tidak mahu orang itu diambil kelebihan daripada orang itu.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s