We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah Ta`ala {Dan Semasa Kamu Berselindung (Ketika Melakukan Dosa Di Dunia Dahulu) March 2, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ }

Bab Firman Allah Ta’ala { Dan Tidaklah Kamu Bersembunyi (Ketika Melakukan Dosa Ataupun Apa-Apa Yang Dilarang Oleh Allah) Bukanlah Kerana Kamu Bimbangkan Pendengaran Dan Penglihatan Serta Kulit-Kulit Badan Kamu Menjadi Saksi Terhadap Perbuatan-Perbuatan Kamu Yang Berdosa Itu, Akan Tetapi Kerana Kamu Menyangka Bahawa Allah Tidak Mengetahui Kebanyakan Dosa Yang Kamu Lakukan (Secara Bersembunyi Itu)}

– Imam Bukhari nak mengisbatkan sifat ‘Mendengar’ Allah. Dalam ayat diatas dikatakan bahawa kulit-kulit badan pun mendengar perbuatan mereka. Padahal bukanlah kulit badan itu ada telinga. Maknanya, mendengar itu tidak semestinya dengan telinga. Allah juga Mendengar, tapi tidak semestinya Allah mendengar dengan telinga. Kalau Dia boleh membuat alat yang kita nampak dalam dunia ini tidak nampak bersifat mendengar tapi di akhirat nanti baru kita tahu boleh mendengar, tentulah Dia boleh mendengar. Pendengaran Allah pula adalah lain dengan makhluk. Pendengaran Allah adalah sempurna.

Imam Bukhari bawa tajuk ini kerana puak Jahmiyah mengatakan bahawa Allah tidak mendengar. Kepada mereka, Allah tahu segala sesuatu itu dengan ilmuNya, bukan dengan sifat mendengar. Kerana pada mereka, Allah tidak mempunyai sifat. Kerana mereka kata kalau Allah mendengar, tentu memerlukan alat mendengar. Tapi mendengar Allah itu bukan dengan alat. Tidaklah sama cara mendengar Allah dengan kita. Kalau manusia, memerlukan telinga untuk mendengar.

Ada juga yang mengatakan Allah mendengar. Tapi Dia tidak boleh mendengar KalamNya. Ini adalah pendapat yang salah dan tidak dapat diterima.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa Imam Bukhari bukan nak cerita pasal sifat Mendengar lagi. Tapi mereka kata Imam Bukhari nak bawa tajuk yang mengatakan bahawa Allah bercakap bila Dia mahu. Dan bila Dia perlu. Tapi sifat bercakap itu Qadim. Tidak baru. Macam Quran itu pun tidak baru.

٧٥٢١- حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ أَبِي مَعْمَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :اجْتَمَعَ عِنْدَ الْبَيْتِ ثَقَفِيَّانِ وَقُرَشِيٌّ أَوْ قُرَشِيَّانِ وَثَقَفِيٌّ كَثِيرَةٌ شَحْمُ بُطُونِهِمْ قَلِيلَةٌ فِقْهُ قُلُوبِهِمْ فَقَالَ أَحَدُهُمْ أَتَرَوْنَ أَنَّ اللَّهَ يَسْمَعُ مَا نَقُولُ قَالَ الْآخَرُ يَسْمَعُ إِنْ جَهَرْنَا وَلَا يَسْمَعُ إِنْ أَخْفَيْنَا وَقَالَ الْآخَرُ إِنْ كَانَ يَسْمَعُ إِذَا جَهَرْنَا فَإِنَّهُ يَسْمَعُ إِذَا أَخْفَيْنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ }الْآيَةَ

7521- Al-Humaidi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Mansur telah meriwayatkan kepada kami daripada Mujahid daripada Abi Ma’mar daripada Abdillah, beliau berkata: “Dua orang dari Bani Tsaqif dan seorang Quraisy telah berhimpun ataupun dua orang Quraisy dan seorang bani Tsaqif telah berkumpul dekat Ka’bah yang mana lemak perut mereka itu banyak dan pemahaman hati mereka itu sedikit. Salah seorang daripada mereka berkata: “Adakah kamu fikir Allah mendengar apa yang kita cakapkan ini?” Yang seorang lagi berkata: “Dia mendengar jika kita bercakap dengan kuat dan Dia tidak mendengar jika kita bercakap dengan perlahan”. Yang seorang lagi berkata: “Sesungguhnya jika Dia mendengar jika kita bercakap dengan kuat maka Dia akan mendengar juga jika kita bercakap dengan perlahan.” Maka Allah menurunkan {Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu} sehingga ke akhir ayat.

– Ini mengisahkan tentang musuh Islam yang apabila mereka berkomplot jahat untuk melakukan sesuatu kepada orang Islam, mereka lakukan dalam keadaan rahsia. Mereka tidak tahu bahawa apa sahaja keburukan yang mereka lakukan itu akan diketahui juga oleh Allah. Dan mereka tak kisah pun sebab mereka bukan percaya kepada Allah dan hari berbangkit pun. Yang mereka takutkan hanya dengan manusia. Padahal, apalah sangat yang manusia boleh buat berbanding Allah. Bukanlah Allah tidak tahu apa yang mereka perbuat dalam mereka sembunyi itu. Nanti kulit dan anggota badan mereka akan menjadi saksi kepada kesalahan yang mereka perbuat semasa di dunia.

Hadis ini menunjukkan bahawa pendapat lelaki yang ketiga itu adalah benar. Selalunya, kalau dalam keadaan normal kepada makhluk, makhluk akan dapat mendengar kalau suara itu kuat. Kalau perlahan, belum tentu lagi. Itulah yang dikatakan oleh lelaki kedua itu. Tapi yang sebenarnya yang betul adalah apa yang dikatakan oleh lelaki ketiga. Dia kata kalau kuat pun dengar, perlahan pun Allah dengar juga. Ini bukanlah cara mendengar makhluk yang normal. Ini menunjukkan bahawa pendengaran Allah bukan seperti pendengaran manusia. Allah Maha Mendengar. Pendengaran Allah adalah sempurna. Tidak kisah samada makhluk bercakap dengan suara yang kuat atau suara yang senyap. Semuanya Allah boleh dengar.

Tapi cakap sahaja tidak boleh diterima. Lelaki itu hanya bercakap dengan mulutnya sahaja tapi dia tidak menerima dengan hatinya. Dia tidak dikira beriman lagi. Menunjukkan bahawa yang penting adalah iktikad manusia. Kalau apa yang dia cakap itu benar, tapi tidak dipercayai dalam hati, tidak diterima juga.

———————————- tajuk yang seterusnya:

كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
Setiap Ketika Dia (Allah Berada) Dalam Urusan-Nya

Allah sentiasa dalam keadaan menguruskan alam ini. Bukan setiap hari tapi setiap ketika. Kerana segala sesuatu yang terjadi adalah dalam urusan Allah jua. Walaupun Dia menghantar malaikat, tapi hakikatnya Dia juga. Segala yang berlaku dari dulu sampai bila-bila adalah urusanNya.

مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ
Tidaklah Datang Kepada Mereka Apa-Apa Peringatan Daripada Tuhan Mereka Yang Baru

Bukhari ambil potongan ayat Quran sahaja. Ayat yang penuh ada dalam Anbiya:2
مَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka yang baru, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya.

– Ayat itu mengatakan bahawa apabila Allah menurunkan Quran, orang-orang kafir masih tidak mahu percaya juga. Puak Muktazilah mengatakan bahawa daripada ayat ini, menunjukkan bahawa dalam Quran sendiri mengatakan bahawa Quran itu adalah perkara ‘yang baru’. Maka, kata mereka, kalau baharu itu, adalah sifat makhluk, maka Quran itu adalah makhluk. Padahal, perkataan ‘Dzikrin’ itu boleh jadi banyak makna. Boleh dikatakan maknanya adalah Quran, boleh juga dikatakan ‘perintah’. Kalau perintah, adakah ia bersifat baharu? Padahal Allah tidak baharu. Tapi perintah itu datang dari Dia juga.

Tajuk ini kembali kepada permasalahan kalam Allah kembali. Dalam Allah menguruskan alam ini, tentulah Allah akan berkata-kata.

Puak Muktazilah telah menggunakan ayat ini sebagai mengatakan bahawa Quran itu makhluk. Kerena mereka kata dalam ayat ini mengatakan ‘zikri’ iaitu yang selalunya diterima sebagai Quran, adalah baharu. Baharu adalah sifat makhluk. Jadi, pada mereka, Quran sendiri yang mengatakan bahawa Quran itu baharu. Tapi pendapat ini telah ditentang. Kerana apa yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari adalah bahawa Quran itu adalah ‘kalam Allah’. Dan kalam Allah itu bukanlah makhluk. Hanya yang dibenarkan oleh Imam Bukhari adalah kalau kita kata Quran yang dibaca oleh lidah manusia itu ‘baharu’. Ada beza antara ‘makhluk’ dan ‘baharu’. Kalau kita kata Quran itu baharu, boleh lagi diterima kerana Quran itu ‘baharu’ diturunkan kepada Nabi. Sedikit demi sedikit diturunkan. Tapi yang sebenarnya, ianya telah ada dari dulu lagi. Cuma beri sedikit demi sedikit kepada Nabi. Maka yang baru diberi kepada Nabi Itulah yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Sebagai contoh nak beri faham lagi. Katakanlah diajarkan sesuatu perkara kepada seseorang. Pada mulanya dia tidak faham. Lama-lama dia faham. Adakah yang dia faham itu benda baru? Tidak, kerana dah lama ada dah. Dia sahaja baru faham.
Dan sifat Allah ar Razaq boleh juga dijadikan sebagai contoh. Sifat itu telah ada. Tapi kalau hari ini Allah memberikan rezeki kepada seseorang, kita tidaklah boleh kata itu sifat yang baru. Sifat itu sudah ada dah. Tapi tidaklah dikatakan rezeki itu diberikan dari dulu lagi kepada makhluk kerana dia pun belum ada lagi.

– Imam Hafiz ibn Hajar tak terima kalau dikatakan Imam Bukhari nak cakap begitu. Dia kata kalau kita kata Quran itu ‘muhdath’ pun tidak boleh kerana kalau perkataan ‘baharu ‘pun boleh membawa maksud makhluk. Pada dia, sama sahaja dua perkataan itu. Yang dia hujahkan adalah perkataan ‘dzikrin’ dalam ayat itu tidak semestinya bawa maksud ‘Quran’ sahaja. Ia ada banyak makna. Kalau dah banyak makna, maka tidak bolehlah dijadikan hujah oleh puak Muktazilah untuk mengatakan Quran itu makhluk. Dia kata makna dzikrin itu boleh juga diberi makna ‘rasul’. Sebab memang ada ayat dalam Quran yang menggunakan ‘dzikrin’ untuk membawa makna ‘rasul’. Ada lagi makna-makna lain kepada dzikrin itu. Maka, tidaklah boleh digunakan untuk kata bahawa ia bermakna Quran sahaja. Sebab kalau nak dijadikan hujah yang melibatkan perkara tauhid, kenalah menggunakan makna yang jelas.

Muktazilah mengatakan bahawa Quran itu makhluk dengan menggunakan ayat Quran juga. Antara lain mereka mengatakan dalam ayat Quran mengatakan Nabi Isa itu adalah ‘kalimatullah’ – kalam Allah. Mereka kata kalau Isa adalah makhluk, maka ‘kalam Allah’ adalah makhluk juga. Sebenarnya kalamatullah bermakna bahawa Nabi Isa dijadikan dengan kalam ‘kun’. Para ulama dahulu sudah lama berperang dengan puak Muktazilah sampai akhirnya tiada lagi Muktazilah dalam bentuk kumpulan. Bukan senang nak berhujah dengan mereka. Kerana mereka menggunakan ayat Quran dan menggunakan logik akal. Yang sekarang ada adalah dalam bentuk perseorangan atau kumpulan-kumpulan yang ada pemahaman mereka seperti fahaman Muktazilah.

Dalam memahami ayat Quran, kadang-kadang perlu untuk ditakwil ayat itu. Kerana kalau tidak, kita tidak akan faham. Atau akan menyebabkan orang salah sangka dengan Islam. Dengan hadis pun begitu juga. Contohnya, ada hadis Nabi yang mengatakan bahawa kurma Nabi adalah makanan syurga, bermaksud ianya mempunyai banyak khasiat. Dan tentang Nabi kata antara rumahnya dan mimbar masjid Nabawi adalah satu dari taman-taman syurga. Bukanlah itu bermakna Raudhah itu benar-benar Taman Syurga, tapi ianya ‘membawa ke syurga’. Banyak perkataan-perkataan yang macam ni. Tapi janganlah banyak sangat ditakwil. Kenalah bersesuaian. Pakai yang pertengahan. Untuk tahu mana yang kena takwil dan mana yang tidak, kena belajar.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s