We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah s.w.t: { Maka Janganlah Kamu Menjadikan Sekutu-Sekutu Bagi Allah } March 2, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا }

Bab Firman Allah s.w.t: { Maka Janganlah Kamu Menjadikan Sekutu-Sekutu Bagi Allah }

Kali ini Imam Bukhari nak mengistsbatkan tauhid itu. Selepas dibawakan dalil-dalil untuk perkara perkara yang lain sebelum ini dalam bab-bab yang lain.

وَقَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ { وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ }

Dan firmanNya: Dan kamu menjadikan beberapa sekutu bagiNya sedangkan Dia Tuhan semesta alam.

– Kenapakah kita nak menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan seluruh alam ini?
Apa yang Imam Bukhari nak bawa dalam tajuk ini bukanlah tentang syirik menyembah berhala itu. Itu memang dah cerita di tempat yang lain. Ini sebenarnya adalah syirik yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri kerana mereka tidak faham.

Allah menjadikan seluruh apa yang ada dalam alam semesta ini termasuklah dengan ‘perbuatan’ kita sendiri. Kita tidak boleh kata perbuatan kita, seperti mengangkat tangan, berjalan dan sebagainya adalah perbuatan kita. Ini adalah kerana kita tidak ada kuasa sendiri. Allah lah yang menggerakkan kita. Ini ramai yang tidak faham. Kalau kita kata kita berkuasa untuk menggerakkan badan kita pun sudah dikira syirik. Kita hanya ada ‘usaha’ sahaja. Tapi tidak ada kuasa. Yang menyebabkan kita ingat kita ada kuasa itu adalah kerana kita rasa memang rapat perbuatan itu dengan kita. Sebab kita rasa kalau kita nak gerakkan tangan kita sahaja, kita boleh gerak tanpa ada susah payah. Tapi kalau kita kata rasa kita ada kuasa, manakah kuasa menggerakkan tangan kita kalau Allah melumpuhkan tangan kita? Tentu kita sudah tidak boleh gerak dah.

Allah lah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu. Samada perbuatan yang baik atau perbuatan yang jahat. Tapi ada puak yang mengatakan bahawa perbuatan baik sahaja dari Allah. Tapi perbuatan jahat dari tangan manusia. Mereka faham dari ayat Quran juga tu. Mereka memang hendak menyucikan Allah taala. Sebab nampak macam Allah buat perkara yang tak sempurna. Dan kalau Allah yang buat, kenapa masukkan mereka yang buat benda yang salah dalam neraka pula? Sudah nampak macam Allah zalim la pula. Itulah hujah dari puak Muktazilah. Ahli Sunnah menjawap balik. Kalau kita buat, setakat mana kita boleh buat? Tentu terhad perbuatan manusia di alam ini. Kalau bukan Allah yang benarkan, tidak boleh kita nak buat. Siapalah kita sebagai makhluk? Dan manusia buat perbuatan itu sejak bila? Bila kita dah dewasa kah, atau bila kita dah mumayyiz. Kerana kita sentiasa dalam tiada kuasa. Bilakah mulanya seorang manusia itu mempunyai kuasa sendiri untuk buat benda-benda yang salah? Kelip mata seorang budak pun tak boleh buat sendiri. Waktu itu, kita boleh kata dia tidak boleh buat perbuatan sendiri. Jadi bila dia mula buat sendiri? Itu kita tidak tahu. Kita tidak boleh letakkan satu jangkamasa bilakah seorang makhluk itu ada kuasa yang bukan dari kuasa Allah untuk melakukan sesuatu. Dan katakanlah kita kata perbuatan jahat itu dari manusia sendiri dan bukan dari Allah, tak bolehkah Allah halang? Bukankah Allah tak suka manusia buat maksiat? Allah tak suka tapi Allah tak dapat halang? Itu dah macam kita lebih kuat dari Allah pula. Nauzubillah dari kita mempunyai rasa yang sebegitu.

– Yang Imam Bukhari nak bawa dalam tajuk ini adalah, kalau kita kata kita ada kuasa sendiri selain dari Allah, maka itu kita menjadikan ‘sekutu’ bagi Allah. Kita kata kita ada kuasa pula yang diluar kuasa Allah. Itu adalah satu perbuatan syirik juga. Ini bukan setakat kita kata ada tuhan lain, tapi kita kata manusia pun ada kuasa juga.

Puak-puak jahmiyyah berpendapat bahawa manusia langsung tidak ada usaha. Itu maknanya, mereka meletakkan semuanya pada Allah belaka. Padahal, kita sebagai ahli sunnah mengatakan bahawa kuasa itu pada Allah, tapi kita sebagai manusia, ada usaha.

وَقَوْلِهِ { وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ } { وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ بَلْ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنْ الشَّاكِرِينَ }

Dan firmanNya: {dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain disamping Allah.}
{Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang orang sebelum mu bahawa sesungguhnya jika engkau melakukan syirik pastinya amalan kamu akan hilang dan engkau pasti masuk di antara orang orang yang rugi bahkan hendaklah Allah jua yang engkau sembah dan jadilah kamu orang orang yang bersyukur. }

Menyembah itu bukan hanya bermaksud sembah seperti orang kafir sembah berhala tu. Sembah itu bermaksud kita merendahkan diri dan menghinakan diri kepada sesuatu. Kita hanya boleh buat benda-benda begitu kepada Allah sahaja. Tapi berapa banyak yang merendahkan diri dan menghinakan diri mereka kepada entiti yang selain dari Allah?

Syirik itu adalah satu kesalahan yang amat besar. Sampai dikatakan kepada Nabi Muhammad yang kalaulah Nabi sendiri melakukan syirik, segala amalannya akan jadi sia-sia dan dia akan jadi orang yang rugi. Sedangkan kalau Nabi buat syirik pun akan sia-sia amalan dia dan dia jadi rugi, apatah lagi kalau kita yang buat. Ingatlah bahawa perbuatan syirik itu adalah amat besar kesalahannya.

وَقَالَ عِكْرِمَةُ { وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ } { وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ } وَ { مَنْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ }
فَذَلِكَ إِيمَانُهُمْ وَهُمْ يَعْبُدُونَ غَيْرَهُ وَمَا ذُكِرَ فِي خَلْقِ أَفْعَالِ الْعِبَادِ وَأَكْسَابِهِمْ لِقَوْلِهِ تَعَالَى { وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا }

Dan Ikrimah berkata: {tidaklah kebanyakan mereka beriman dengan Allah melainkan keadaan mereka mensyirikkanNya.}
Jika kamu bertanya mereka {siapakah yang menjadikan mereka dan menjadikan langit dan bumi ini mereka akan menjawab Allah}. Itulah iman mereka. Disamping itu mereka menyembah yang lain.

– Orang yang beriman pun ada juga melakukan syirik. Maknanya mereka itu memang dah Islam, tapi ada yang melakukan syirik. Mereka percaya bahawa Allah itulah yang menjadikan kita semua dan segala alam ini, dan Dia adalah Tuhan kita semua. Tapi kita ada juga buat benda-benda yang syirik apabila kita rasa bahawa ada lagi makhluk lain yang ada sifat Tuhan. Itulah yang dinamakan syirik juga. Kita buat itu, sebab kita tak tahu sahaja. Bukan kita niat nak syirik pun.

Kalau ditanya kepada mereka dan orang-orang kafir, siapakah yang menjadikan alam ini, mereka akan mengaku bahawa Allah yang menjadikan. Tapi dalam masa yang sama, mereka juga menyembah selain Allah. Maknanya mereka telah ada tauhid ‘Rububiyyah’. Tapi tidak ada tauhid ‘Uluhiyyah’. Ulama telah membahagikan tauhid kepada dua bahagian, iaitu Rububiyyah dan Uluhiyyah. Rububiyyah itu mengaku bahawa Allah lah Tuhan. Tauhid uluhiyyah pula menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang patut disembah.

Dan ini bab tentang apa yang disebutkan tentang makhluknya perbuatan hamba ini dan usaha mereka. Kerana firman Allah {Dia telah menjadikan segala sesuatu dengan ketetapan yang sempurna}

وَقَالَ مُجَاهِدٌ { مَا تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ إِلَّا بِالْحَقِّ } بِالرِّسَالَةِ وَالْعَذَابِ { لِيَسْأَلَ الصَّادِقِينَ عَنْ صِدْقِهِمْ } الْمُبَلِّغِينَ الْمُؤَدِّينَ مِنْ الرُّسُلِ { وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ } عِنْدَنَا { وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ } الْقُرْآنُ { وَصَدَّقَ بِهِ } الْمُؤْمِنُ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ هَذَا الَّذِي أَعْطَيْتَنِي عَمِلْتُ بِمَا فِيهِ

Dan berkata Mujahid: {tidak Kami turunkan malaikat melainkan membawa kebenaran}. Apa itu kebenaran? Iaitu Risaalah. Iaitu perutusan dari Allah dan azab.
{Supaya Dia bertanya orang orang yang benar}. Iaitu mubaligh yang menyampaikan dari kalangan rasul rasul.
{Dan Kami benar benar menjaganya dari sisi Kami.}
{Dan orang yang membawa kebenaran}. Iaitu Quran.
{Dan orang yang membenarkannya}. Iaitu orang mukmin yang berkata pada hari kiamat nanti: inilah kitab yang telah Engkau berikan kepadaku. Aku telah beramal dengan kandungannya.

Apakah dalil yang mengatakan manusia ada usaha untuk melakukan sesuatu? Yang mengatakan manusia ada pilihan samada nak buat baik atau kejahatan? Maka Imam Bukhari membawakan dalil-dalil dari ayat Quran.
– Malaikat turun membawa kebenaran. Adakah malaikat turun sendiri? Tidak, mereka turun dengan kuasa Allah. Mereka itu membawa ajaran dan azab dari Allah. Dengan izin Allah. Maknanya, Allah yang beri kebenaran kepada kita dalam bentuk Quran. Tapi Allah tugaskan malaikat untuk membawanya turun.
– Akhirat nanti Allah akan tanya kepada orang yang benar tentang apa yang mereka lakukan semasa didunia. Kalau Allah yang buat, buat apa Dia nak tanya mereka? Baik Dia tanya Diri Dia sendiri. Tapi tidak begitu. Allah akan tanya kepada mereka kerana mereka ada ‘pilihan’ untuk melakukan sesuatu dalam dunia ini. Dan bukan hanya orang yang benar sahaja. Semua manusia akan ditanya.
– Bagaimana Allah menjaga Quran? Dengan manusia membuktikannya, seperti mereka menghafal dan mengkajinya. Kalau ada manusia yang cuba mengubahnya, seperti banyak yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam, maka mereka yang menjaganya akan dapat tahu. Maknanya Allah menggunakan manusia juga untuk berusaha menjaga Quran. Allah mudahkan kepada manusia supaya senang menghafal Quran. Bukanlah apabila Allah kata Dia akan jaga Quran, manusia tidak boleh nak koyak Quran atau membakarnya pula. Allah menggunakan usaha manusia.

– Nabi yang bawa Quran dimaksudkan disini. Dengan usaha baginda. Dan orang mukmin membenarkan. Perbuatan membenarkan itu adalah kita manusia. Nak menunjukkan bahawa kita ada usaha nak membenarkan. Sebab ada manusia yang tak membenarkan. Dan orang mukmin berkata mereka beramal dengannya. Maknanya ada usaha manusia untuk beramal. Bukan segala-galanya Allah. Kalau Allah sahaja, maka semua manusia akan ikut beriman dan beramal baik sahaja. Tapi tidak begitu kan? Kerana manusia ada pilihan. Kemampuan dan ikhtiar itu diberi oleh Allah. Maka kita boleh kata seseorang itu beramal dengan usaha dan ikhtiarnya. Walaupun hakikatnya Allah yang buat.
Tapi golongan muktazilah mengatakan bahawa manusia tidak ada usaha.

 

٧٥٢٠ – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُرَحْبِيلَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ :سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قُلْتُ إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ تَخَافُ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ بِحَلِيلَةِ جَارِكَ

6966. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wail dari ‘Amru bin Syurahbil dari ‘Abdullah berkata, “Pernah aku bertanya Nabi Shallahu’alaihiwasallam, dosa apa yang paling besar di sisi Allah?” Nabi menjawab, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah, padahal Dialah yang menciptamu.” Aku lalu berkata, “Jika demikian berarti itu memang besar dosanya!” kemudian aku bertanya lagi, ‘Lalu apa lagi? ‘ Nabi menjawab: “Engkau membunuh anakmu karena kamu khuatir akan makan bersamamu.” Kemudian saya bertanya, “Lantas apa lagi?” Nabi menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”

– ‘Engkau menjadikan sekutu’ itu bermaksud mereka yang mengatakan bahwa manusia boleh buat sendiri perbuatannya. Maksudnya manusia itu ada usaha untuk mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah. Dengan mereka menyembah berhala atau membuat amalan yang bukan diajar Nabi dan amalan itu ada perbuatan syirik. Dan ada daya usaha yang buruk, contohnya membunuh anak. Walaupun hakikatnya Allah yang mengambil nyawa. Sebab kalau Allah tak benarkan, takkan terjadi.
Sama juga dengan berzina. Dikaitkan dengan perbuatan manusia.
Kena iktikad semua perbuatan manusia itu adalah Allah yang benarkan dan buat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s