We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Percakapan Tuhan Dengan Ahli Syurga February 26, 2013

بَاب كَلَامِ الرَّبِّ مَعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Bab Percakapan Tuhan Dengan Ahli Syurga

Imam Bukhari nak menceritakan bahawa Allah berkata-kata dengan hambaNya yang masuk syurga. Imam Bukhari nak menyatakan bahawa Kalam Allah itu bukan hanya dalam Quran dan kitab-kitab yang lain.

٧٥١٨ – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ فَيَقُولُونَ لَبَّيْكَ رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ فَيَقُولُ هَلْ رَضِيتُمْ فَيَقُولُونَ وَمَا لَنَا لَا نَرْضَى يَا رَبِّ وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَيَقُولُ أَلَا أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُونَ يَا رَبِّ وَأَيُّ شَيْءٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُ أُحِلُّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِي فَلَا أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا

6964. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman telah menceritakan kepadaku Ibn Wahb berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Zaid bin Aslam dari ‘Atha’ bin Yasar dari Abu Sa’id Al Khudzri radliyallahu’anhu berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah berkata kepada penduduk syurga, ‘Hai penduduk syurga! ‘ Mereka pun menyahut, ‘Ya, kami penuhi panggilan-Mu, dan seluruh kebaikan berada di tangan-Mu! Allah meneruskan, ‘Apakah kalian telah puas! ‘ Mereka menjawab, ‘Bagaimanakah kami tidak puas wahai Rabb, sedang telah Engkau beri kami apa yang belum pernah Engkau berikan kepada satu pun dari makhluk-Mu! Allah berkata, ‘Maukah Aku beri kalian suatu yang lebih baik daripada itu semua? ‘ Mereka balik bertanya, ‘Ya Rabb, apalagi yang lebih baik daripada itu semua? ‘ Allah menjawab, ‘Aku lempahkan untuk kalian keredaan-Ku, sehingga Aku tidak murka terhadap kalian selama-lamanya! ‘

– Dalam hadis ini menunjukkan bahawa Allah bercakap-cakap dengan hambaNya dalam syurga itu. Allah memanggil mereka dan mereka menjawab. Itu menunjukkan bahawa ada percakapan antara mereka. Alangkah indahnya nikmat dapat berkata-kata dengan Allah.

Apabila Allah tanya mereka, apakah mereka telah puas dengan apa yang mereka dapat di syurga, mereka menjawa ya. Mereka kata takkanlah mereka tidak puas lagi kerana Allah telah memberi mereka apa yang tidak diberi kepada orang lain. Mereka kata begitu kerana mereka rasa apa yang mereka dapat itu lebih dari apa yang orang lain dapat. Padahal, dari hakikatnya tidak begitu. Kerana dalam syurga nanti ada juga tingkatan-tingkatan. Ada yang dapat lebih dari orang lain. Tapi mereka tidak merasa begitu. Mereka rasa apa yang mereka dah dapat itu lebih dari orang lain. Mereka tidak rasa dengki dengan ada yang orang lain dapat. Allah boleh buat begitu. Allah boleh memberi mereka mendapat perasaan begitu. Sampai mereka rasa suka sekali bahawa mereka mendapat yang paling baik. Kalau nak dibandingkan, kita lihatlah binatang. Mereka tidak merasa dengki pun dengan binatang yang mendapat makanan lain. Ada lembu dengki kat kucing sebab dapat makan ikan? Tidak. Allah mampu buat penghuni syurga pun rasa macam tu juga.

Hanya di dalam syurgalah kita baru akan merasa puas dengan hidup ini. Kerana semasa di dunia, ada sahaja yang kita tidak puas. Kalau kita dapat minum sedap, tentulah ada had untuk kita minum itu. Kalau minuman itu sedap, belum kita boleh minum hari-hari. Itulah satu dalil mengatakan yang syurga itu ada. Kerana kalau Allah menjadikan kita untuk hidup, tapi tidak memberikan kepuasan kepada kita, maknanya, macam tak lengkap apa yang Allah jadikan. Kepuasan yang hakiki adalah hanya di syurga.

Mereka merasa sangat puas hati sampaikan apabila Allah tanya, mahukah mereka apa yang lagi baik dari apa yang sedang dapati, mereka hairan, apakah lagi yang boleh lebih dari itu? Allah kata bahawa Dia memberikan keredaanNya kepada mereka. Itulah yang paling besar. Apabila Allah redha, tidak ada lagi yang lagi besar dari itu.

Yang keduanya Allah mengatakan yang Dia tidak akan murka lagi kepada mereka. Kalau di dunia, ada kemungkinan bahawa Allah akan murka dengan kita kerana kesalahan kita, tapi tidak lagi di syurga.

 

٧٥١٩ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ حَدَّثَنَا هِلَالٌ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَوْمًا يُحَدِّثُ وَعِنْدَهُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ اسْتَأْذَنَ رَبَّهُ فِي الزَّرْعِ فَقَالَ لَهُ أَوَلَسْتَ فِيمَا شِئْتَ قَالَ بَلَى وَلَكِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَزْرَعَ فَأَسْرَعَ وَبَذَرَ فَتَبَادَرَ الطَّرْفَ نَبَاتُهُ وَاسْتِوَاؤُهُ وَاسْتِحْصَادُهُ وَتَكْوِيرُهُ أَمْثَالَ الْجِبَالِ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى دُونَكَ يَا ابْنَ آدَمَ فَإِنَّهُ لَا يُشْبِعُكَ شَيْءٌ فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَا تَجِدُ هَذَا إِلَّا قُرَشِيًّا أَوْ أَنْصَارِيًّا فَإِنَّهُمْ أَصْحَابُ زَرْعٍ فَأَمَّا نَحْنُ فَلَسْنَا بِأَصْحَابِ زَرْعٍ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ

6965. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih telah menceritakan kepada kami Hilal dari ‘Atha’ bin Yasar dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suatu hari sedang bercerita dan di sisinya ada seorang Arab hulu: “Ada seorang penduduk syurga meminta izin Tuhannya untuk bercucuk tanam. Allah berkata, ‘Bukankah engkau dalam keadaan diperkenankan sekehendakmu! ‘ Orang tersebut menjawab, ‘Memang, namun aku ingin bercucuk tanam! ‘ Orang itu kemudian bergegas menabur benih, dan tanamannya cepat tumbuh daripada sekelip mata, juga perkembangbiakannya, sehingga ia juga cepat menuai, yang himpunan penuaiannya sebesar bukit. Kemudian Allah berfirman, ‘Silakan kau ambil hai Anak Adam, sungguh tak ada sesuatu yang mengenyangkanmu! ‘ Maka si arab Badwi berkata, ‘Wahai Rasulullah, (jika demikian) tidak akan engkau temukan seperti orang ini selain dari Quraisy atau orang Anshar, sebab mereka adalah petani dan peladang, adapun kami, bukan petani atau peladang! Mendengar kata-kata orang itu, Rasulullah pun menjadi tertawa suka.”

– Orang Arab Badwi itu adalah orang yang tinggal di hulu. Mereka ada banyak kekurangan kerana kemajuan tidak sampai kepada mereka. Zaman sekarang ada, zaman Nabi dulu pun ada juga. Pengetahuan mereka tidak tinggi. Maka, dengan orang yang sebegitu pun Nabi pandai untuk berdakwah.

Yang nak disampaikan oleh Imam Bukhari dalam hadis ini adalah bahawa Allah berkata-kata dengan hambaNya. Dalam kisah ini adalah seorang penghuni syurga yang memohon kepada Allah untuk membenarkan dia bercucuk tanam. Allah tanya kenapa? Padahal tentulah Allah tahu keinginannya itu. Tapi Allah bertanya sebagai tanda mesra. Menunjukkan kemesraan Allah dengan penghuni syurga. Alangkah indahnya perasaan itu. Dilayan oleh Allah sendiri bercakap-cakap. Macam kita juga bila menegur orang lain. Kita nampak dia sedang membasuh baju, tapi kita tanya juga dia buat apa. Padahal bukan kita tidak nampak. Tapi kita tanya itu adalah kerana nak bermesra dengan dia. Kerana kita nak sembang dengan dia.

Sebenarnya, tidaklah ada keperluan untuk dia bercucuk tanam di syurga. Kerana makanan semua dah ada. Tapi Allah benarkan. Kerana keinginannya begitu. Tapi bukanlah macam menanam di dunia. Di dunia kena tunggu lama baru boleh tuai hasil tanaman itu. Di syurga kejap sahaja. Sekejap sahaja sudah tumbuh tanaman itu dan dia sudah boleh menuai dah. Menuai pula dengan banyak sekali. Sama juga tanaman zaman sekarang tidak sama dengan zaman dulu. Zaman dulu kena menunggu lama baru boleh menuai tanaman kita. Tapi semakin maju manusia, semakin pandai kemajuan perladangan kita. Maka kita sudah boleh menuai sampai tiga kali dalam setahun. Kalau dulu boleh sekali sahaja setahun. Allah tunjukkan bahawa perubahan boleh ada. Dan di syurga, lagilah Allah boleh jadikan lagi cepat. Lagi cepat dari sekelip mata.

Kalau kita dalam dunia, ada sahaja kita tidak puas. Tidak puas tidur, makan dan sebagainya. Kerana macam-macam sebab. Tapi di dunia nanti segala apa keinginan kita akan didapati. Apa sahaja. Teringat sahaja akan dapat. Tapi selepas hamba itu sudah menuai, Allah kata kepada dia: sungguh tak ada sesuatu yang mengenyangkanmu. Apakah yang dimaksudkan dengan kata Allah itu? Pendapat mengatakan bahawa tidak memuaskan itu adalah dia tidak akan kenyang. Kerana kalau kita makan, tapi kita kenyang, kita tidak boleh makan lagi dah. Tapi perasaan itu tidak akan ada di syurga nanti. Kita makan dah banyak pun, tapi kita boleh makan lagi.

 

بَاب ذِكْرِ اللَّهِ بِالْأَمْرِ وَذِكْرِ الْعِبَادِ بِالدُّعَاءِ وَالتَّضَرُّعِ وَالرِّسَالَةِ وَالْإِبْلَاغِ

Bab Mengingati Allah Supaya Berlaku Sesuatu Perkara Dan Hamba Mengingati (Allah)/Berzikir Dengan Berdoa Dan Bertadarru’ Dan Menyampaikan Risalah Dan Penyampaian.

لِقَوْلِهِ تَعَالَى { فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ } { وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ نُوحٍ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكُمْ مَقَامِي وَتَذْكِيرِي بِآيَاتِ اللَّهِ فَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُنْ أَمْرُكُمْ عَلَيْكُمْ غُمَّةً ثُمَّ اقْضُوا إِلَيَّ وَلَا تُنْظِرُونِ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُمْ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنْ الْمُسْلِمِينَ } غُمَّةٌ هَمٌّ وَضِيقٌ

Kerana firman Allah: kamu ingatlah Aku, nescaya aku akan ingat kepada kamu.
Dan bacalah kepada mereka kisah Nuh ketika dia berkata kepada kaumnya: wahai kaumku, jika kamu berasa sukar dengan kedudukan mu dan peringatan ku kepada kamu dengan ayat-ayat Allah, aku hanya berserah kepada Allah. Kamu tetapkan lah keazaman kamu bersama-sama dengan sekutu kamu untuk melakukan sesuatu yang jahat terhadapku. Kemudian apa yang kamu putuskan itu tidak menjadi kesempitan kepada kamu untuk melakukannya terhadapku. Hingga ke hujungnya.

غُمَّةٌ bermaksud kesempitan dan kesusahan.

قَالَ مُجَاهِدٌ اقْضُوا إِلَيَّ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ يُقَالُ افْرُقْ اقْضِ وَقَالَ مُجَاهِدٌ {وَإِنْ أَحَدٌ مِنْ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ} إِنْسَانٌ يَأْتِيهِ فَيَسْتَمِعُ مَا يَقُولُ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ فَهُوَ آمِنٌ حَتَّى يَأْتِيَهُ فَيَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ وَحَتَّى يَبْلُغَ مَأْمَنَهُ حَيْثُ جَاءَهُ النَّبَأُ الْعَظِيمُ الْقُرْآنُ{صَوَابًا} حَقًّا فِي الدُّنْيَا وَعَمَلٌ بِهِ

Mujahid berkata: lakukanlah terhadapku apa yang berada dalam hati-hati kamu. Dikatakan lakukan, pergilah dan lakukan.
Dan berkata Mujahid berhubung dengan firman Allah: jika seseorang dari kalangan orang musyrikin meminta perlindungan denganmu. Insan itu bermaksud seseorang yang datang kepada Nabi lalu mendengar apa yang diucapnya dan apa yang diturunkan kepada Nabi maka orang itu aman, sehingga dia sampai kepada Nabi lalu mendengar kalam Allah dan sehingga dia sampai ke tempat amannya. النَّبَأُ الْعَظِيمُ bermaksud Quran.
صَوَابًا bermaksud haq di dunia dan mengamalkannya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s