We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman-Nya {Dan Allah Telah Berkata-Kata Kepada Nabi Musa Dengan Kata-Kata (Secara Langsung, Tidak Ada Perantaraan)} February 21, 2013

بَاب قَوْلِهِ { وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا }

Bab Firman-Nya {Dan Allah Telah Berkata-Kata Kepada Nabi Musa Dengan Kata-Kata (Secara Langsung, Tidak Ada Perantaraan)}

6961 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ حَدَّثَنَا عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى فَقَالَ مُوسَى أَنْتَ آدَمُ الَّذِي أَخْرَجْتَ ذُرِّيَّتَكَ مِنْ الْجَنَّةِ قَالَ آدَمُ أَنْتَ مُوسَى الَّذِي اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِرِسَالَاتِهِ وَكَلَامِهِ ثُمَّ تَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قَدْ قُدِّرَ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ أُخْلَقَ فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى

6961. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits telah menceritakan kepada kami Uqail dari Ibn Syihab telah menceritakan kepada kami Humaid bin Abdurrahman dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Adam dan Musa berbahas pada hari kiamat, Musa berkata kepada Adam, ‘Engkaulah penyebab yang mengeluarkan anak cucumu dari syurga! ‘ Sedang Adam berkata, ‘Engkau Musa, yang Allah telah memilihmu dengan kerasulan dan diberi keistimewaan dapat bercakap dengan-Nya, kenapa engkau mencelaku atas sesuatu yang telah ditakdirkan bagiku sebelum aku dicipta! ‘ Maka Adamlah yang mengalahkan Musa dalam perbahasan itu.”

Yang Imam Bukhari nak bawa itu adalah Musa diberi keistimewaan berkata-kata dengan Allah. Sebab itulah dia dinamakan ‘Khalilullah’. Bermakna orang yang dapat bercakap dengan Tuhan. Itu adalah satu kelebihan yang besar sebagaimana Allah telah sebut dalam Quran.

Orang yang ada kelebihan itu bermakna dia telah mendapat kedudukan yang tinggi. Jadi Nabi Musa telah mendapat kedudukan yang tinggi. Kerana itulah dia dapat berbahas dengan Adam. Bukan semua orang dapat buat macam tu. Tidak pernah kita dengar ada orang lain lagi yang berbahas dengan Nabi Adam. Atau yang menyalahkan Adam kerana mengeluarkan zuriatnya dari syurga. Nabi Musa seorang sahaja.

Allah tidak beri kelebihan bercakap kepada Musa semasa didunia. Sebab telah dikatakan didalam Quran bahawa Musa mengatakan saudaranya Harun lebih pandai bercakap dari dia. Bahkan dia berdoa seperti didalam Quran supaya dia boleh bercakap dengan manusia. Iaitu doa yang selalu kita baca sebelum berucap. Maknanya dalam dunia, Nabi Musa tidak istimewa dalam bercakap dengan manusia. Daripada riwayat, dikisahkan bahawa Firaun telah menduga Musa untuk melihat samada dia betul budak atau tidak. Diletakkan bara api dan makanan dan diberi dia pilih mana satu Musa hendak. Musa nak pilih bara api itu. Oleh itu, Jibrail telah tepis tangan dia. Itulah kesan kepada dirinya.

Begitulah Allah memberi kelebihan dalam satu bahagian dan kekurangan dalam bahagian lain. Kepada Musa, dia ada kelebihan dalam kekuatan. Sampai apabila dia memukul orang bangsa Qibti, mati terus orang itu. Tapi dia tidak pandai bercakap dengan manusia.

Perbahasan antara Nabi Adam dan Nabi Musa adalah tentang syurga. Nabi Musa menyatakan sebab Adamlah yang menyebabkan manusia tidak dapat hidup di syurga. Adam mengatakan bahawa itu semua telah ditakdirkan. Maka, kenapalah nak salahkan dia pula.

Ada yang mengatakan bahawa syurga yang Nabi Adam duduk itu bukanlah syurga di langit tapi di dunia. Banyak alasan telah diberikan. Tapi hujjah yang kuat adalah itu adalah syurga yang di langit. Kalau ada yang mengatakan kalau syurga di langit, macam mana boleh syaitan masuk pula? Jawapannya adalah Syaitan tidaklah perlu berada di sana kerana dia masih boleh menghubungi Adam walaupun dia di luar. Macam zaman sekarang, walaupun jauh tapi masih boleh menghubungi orang lain melalui bermacam alat telekomunikasi.

Allah telah mentakdirkan bahawa manusia akan hidup di dunia. Memberi kepelbagaian kepada makhluk Allah. Bukat jenis malaikat sahaja yang taat sentiasa kepada Allah. Dan menunjukkan kepada malaikat bahawa ada manusia yang akan taat kepada Allah. Kerana dalam surah Baqarah, dikatakan bahawa mereka tidak percaya yang manusia akan menjadi taat.

Nabi Adam telah memenangi perbahasan itu kerana Nabi Musa senyap sahaja apabila telah dijawap oleh Adam. Menunjukkan bahawa walaupun Adam tidak bercakap secara langsung dengan Allah, tapi dia tahu. Adam pun Nabi juga, maka dia pun ada pengetahuan juga. Tambahan pula, dia telah lama hidup.

Cara Nabi Musa bercakap dengan Allah itu kita tidak tahu. Kalau ditanya kepada Musa pun mungkin dia tidak boleh jawap. Dia tak boleh cerita balik kepada . Macam kalau kita pernah merasa makanan yang orang lain tak pernah makan, kita tak boleh nak cerita kepada orang lain. Kerana pengalaman yang sangat berbeza.

 

6962 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجْمَعُ الْمُؤْمِنُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُونَ لَوْ اسْتَشْفَعْنَا إِلَى رَبِّنَا فَيُرِيحُنَا مِنْ مَكَانِنَا هَذَا فَيَأْتُونَ آدَمَ فَيَقُولُونَ لَهُ أَنْتَ آدَمُ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَأَسْجَدَ لَكَ الْمَلَائِكَةَ وَعَلَّمَكَ أَسْمَاءَ كُلِّ شَيْءٍ فَاشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّنَا حَتَّى يُرِيحَنَا فَيَقُولُ لَهُمْ لَسْتُ هُنَاكُمْ فَيَذْكُرُ لَهُمْ خَطِيئَتَهُ الَّتِي أَصَابَ

6962. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas radliyallahu’anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang-orang mukmin akan dikumpulkan pada hari kiamat dan berkata, ‘Alangkah baiknya sekiranya kita meminta syafaat untuk kami kepada Tuhan kami, sehingga Allah bisa memberi kenyamanan bagi kami di tempat kita ini.’ Lantas mereka mendatangi Adam seraya berkata, ‘Hai Adam, engkau adalah nenek moyang seluruh manusia, Allah telah menciptamu dengan tangan-Nya, Allah telah menyuruh para malaikat untuk sujud kepadamu, dan Dia mengajarimu nama-nama segala sesuatu, maka mintalah syafaat untuk kami kepada Tuhan kami sehingga Allah memberi kenyamanan bagi kami.’ Maka Adam berkata, ‘bukan aku orangnya, ‘ lantas Adam menceritakan kesalahan yang pernah dilakukannya.”

Adam dijadikan oleh tangan Allah. Kita pun sebenarnya Allah yang jadikan. Tapi dalam cara yang lain. Mulianya Adam sampai disuruh malaikat sujud kepada Adam. Adamlah manusia pertama yang dikenali malaikat. Dia juga yang mula-mula tahu bahasa. Dia juga diajar ‘nama-nama’. Maknanya, dia diajar ‘katanama’, bukan ‘katakerja’. Kenapa? Kerana semua perkataan yang lain dari katanama adalah datang dari nama. Contohnya, perkataan ‘kataba’: membaca datang dari perkataan ‘kitab’: buku. Jadi, kalau Adam dah tahu nama, dia akan tahu semua benda. Diajar semua sekali itu apa maksudnya? Maknanya walaupun zaman itu tidak ada lagi, tapi telah diajar kepada Nabi Adam. Tapi masa dia sampai ke dunia, dia lupa semua itu. Kemudian, anak cucu dia yang mengeluarkan balik segala benda-benda itu. Maknanya, kalau kita pakai komputer sekarang, ianya telah diajar kepada Nabi Adam dah dulu.

Nabi Adam malu kerana dia telah memakan pokok larangan itu. Walaupun dah lama dah kesalahan yang dia buat tu, dia masih ingat lagi. Dan memang Allah telah ampunkan kesalahannya itu sebagaimana dikatakan Allah dalam Quran. Tapi dia masih ada rasa malu lagi. Walaupun perbuatan yang dia lakukan itu memang dah takdir Allah. Kerana Allah nak bagi kita tinggal di dunia.  Walaupun begitu, dia masih rasa berkait dengan dia. Inilah dia orang yang bertaubat sungguh. Walaupun segala kesalahan yang kita buat itu memang Allah yang takdirkan akan jadi begitu, tapi kita kena juga rasa bersalah.

Dalam hadis ini manusia mengatakan bahawa Nabi Adam telah diajar nama semua benda. Ini sama macam yang diajar dalam Quran. Bagaimanakah cara dia belajar? Allah lah yang mengajar kepada Nabi Adam. Dan bila Dia mengajar, tentulah dengan Dia berkata-kata dengan Nabi Adam. Itulah yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari dalam hadis ini.

 

6963 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَسْجِدِ الْكَعْبَةِ أَنَّهُ جَاءَهُ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ قَبْلَ أَنْ يُوحَى إِلَيْهِ وَهُوَ نَائِمٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ فَقَالَ أَوَّلُهُمْ أَيُّهُمْ هُوَ فَقَالَ أَوْسَطُهُمْ هُوَ خَيْرُهُمْ فَقَالَ آخِرُهُمْ خُذُوا خَيْرَهُمْ فَكَانَتْ تِلْكَ اللَّيْلَةَ فَلَمْ يَرَهُمْ حَتَّى أَتَوْهُ لَيْلَةً أُخْرَى فِيمَا يَرَى قَلْبُهُ وَتَنَامُ عَيْنُهُ وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ وَكَذَلِكَ الْأَنْبِيَاءُ تَنَامُ أَعْيُنُهُمْ وَلَا تَنَامُ قُلُوبُهُمْ فَلَمْ يُكَلِّمُوهُ حَتَّى احْتَمَلُوهُ فَوَضَعُوهُ عِنْدَ بِئْرِ زَمْزَمَ فَتَوَلَّاهُ مِنْهُمْ جِبْرِيلُ فَشَقَّ جِبْرِيلُ مَا بَيْنَ نَحْرِهِ إِلَى لَبَّتِهِ حَتَّى فَرَغَ مِنْ صَدْرِهِ وَجَوْفِهِ فَغَسَلَهُ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ بِيَدِهِ حَتَّى أَنْقَى جَوْفَهُ ثُمَّ أُتِيَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ فِيهِ تَوْرٌ مِنْ ذَهَبٍ مَحْشُوًّا إِيمَانًا وَحِكْمَةً فَحَشَا بِهِ صَدْرَهُ وَلَغَادِيدَهُ يَعْنِي عُرُوقَ حَلْقِهِ ثُمَّ أَطْبَقَهُ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَضَرَبَ بَابًا مِنْ أَبْوَابِهَا فَنَادَاهُ أَهْلُ السَّمَاءِ مَنْ هَذَا فَقَالَ جِبْرِيلُ قَالُوا وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مَعِيَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ قَالَ نَعَمْ قَالُوا فَمَرْحَبًا بِهِ وَأَهْلًا فَيَسْتَبْشِرُ بِهِ أَهْلُ السَّمَاءِ لَا يَعْلَمُ أَهْلُ السَّمَاءِ بِمَا يُرِيدُ اللَّهُ بِهِ فِي الْأَرْضِ حَتَّى يُعْلِمَهُمْ فَوَجَدَ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا آدَمَ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ هَذَا أَبُوكَ آدَمُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَرَدَّ عَلَيْهِ آدَمُ وَقَالَ مَرْحَبًا وَأَهْلًا بِابْنِي نِعْمَ الِابْنُ أَنْتَ فَإِذَا هُوَ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِنَهَرَيْنِ يَطَّرِدَانِ فَقَالَ مَا هَذَانِ النَّهَرَانِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ هَذَا النِّيلُ وَالْفُرَاتُ عُنْصُرُهُمَا ثُمَّ مَضَى بِهِ فِي السَّمَاءِ فَإِذَا هُوَ بِنَهَرٍ آخَرَ عَلَيْهِ قَصْرٌ مِنْ لُؤْلُؤٍ وَزَبَرْجَدٍ فَضَرَبَ يَدَهُ فَإِذَا هُوَ مِسْكٌ أَذْفَرُ قَالَ مَا هَذَا يَا جِبْرِيلُ قَالَ هَذَا الْكَوْثَرُ الَّذِي خَبَأَ لَكَ رَبُّكَ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَقَالَتْ الْمَلَائِكَةُ لَهُ مِثْلَ مَا قَالَتْ لَهُ الْأُولَى مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قَالُوا وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ نَعَمْ قَالُوا مَرْحَبًا بِهِ وَأَهْلًا ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ وَقَالُوا لَهُ مِثْلَ مَا قَالَتْ الْأُولَى وَالثَّانِيَةُ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى الرَّابِعَةِ فَقَالُوا لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَقَالُوا مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَقَالُوا لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ عَرَجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَقَالُوا لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ كُلُّ سَمَاءٍ فِيهَا أَنْبِيَاءُ قَدْ سَمَّاهُمْ فَأَوْعَيْتُ مِنْهُمْ إِدْرِيسَ فِي الثَّانِيَةِ وَهَارُونَ فِي الرَّابِعَةِ وَآخَرَ فِي الْخَامِسَةِ لَمْ أَحْفَظْ اسْمَهُ وَإِبْرَاهِيمَ فِي السَّادِسَةِ وَمُوسَى فِي السَّابِعَةِ بِتَفْضِيلِ كَلَامِ اللَّهِ فَقَالَ مُوسَى رَبِّ لَمْ أَظُنَّ أَنْ يُرْفَعَ عَلَيَّ أَحَدٌ ثُمَّ عَلَا بِهِ فَوْقَ ذَلِكَ بِمَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللَّهُ حَتَّى جَاءَ سِدْرَةَ الْمُنْتَهَى وَدَنَا لِلْجَبَّارِ رَبِّ الْعِزَّةِ فَتَدَلَّى حَتَّى كَانَ مِنْهُ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى فَأَوْحَى اللَّهُ فِيمَا أَوْحَى إِلَيْهِ خَمْسِينَ صَلَاةً عَلَى أُمَّتِكَ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثُمَّ هَبَطَ حَتَّى بَلَغَ مُوسَى فَاحْتَبَسَهُ مُوسَى فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ مَاذَا عَهِدَ إِلَيْكَ رَبُّكَ قَالَ عَهِدَ إِلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ فَارْجِعْ فَلْيُخَفِّفْ عَنْكَ رَبُّكَ وَعَنْهُمْ فَالْتَفَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جِبْرِيلَ كَأَنَّهُ يَسْتَشِيرُهُ فِي ذَلِكَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ جِبْرِيلُ أَنْ نَعَمْ إِنْ شِئْتَ فَعَلَا بِهِ إِلَى الْجَبَّارِ فَقَالَ وَهُوَ مَكَانَهُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَنَّا فَإِنَّ أُمَّتِي لَا تَسْتَطِيعُ هَذَا فَوَضَعَ عَنْهُ عَشْرَ صَلَوَاتٍ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى مُوسَى فَاحْتَبَسَهُ فَلَمْ يَزَلْ يُرَدِّدُهُ مُوسَى إِلَى رَبِّهِ حَتَّى صَارَتْ إِلَى خَمْسِ صَلَوَاتٍ ثُمَّ احْتَبَسَهُ مُوسَى عِنْدَ الْخَمْسِ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ وَاللَّهِ لَقَدْ رَاوَدْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَوْمِي عَلَى أَدْنَى مِنْ هَذَا فَضَعُفُوا فَتَرَكُوهُ فَأُمَّتُكَ أَضْعَفُ أَجْسَادًا وَقُلُوبًا وَأَبْدَانًا وَأَبْصَارًا وَأَسْمَاعًا فَارْجِعْ فَلْيُخَفِّفْ عَنْكَ رَبُّكَ كُلَّ ذَلِكَ يَلْتَفِتُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جِبْرِيلَ لِيُشِيرَ عَلَيْهِ وَلَا يَكْرَهُ ذَلِكَ جِبْرِيلُ فَرَفَعَهُ عِنْدَ الْخَامِسَةِ فَقَالَ يَا رَبِّ إِنَّ أُمَّتِي ضُعَفَاءُ أَجْسَادُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ وَأَسْمَاعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَأَبْدَانُهُمْ فَخَفِّفْ عَنَّا فَقَالَ الْجَبَّارُ يَا مُحَمَّدُ قَالَ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ قَالَ إِنَّهُ لَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ كَمَا فَرَضْتُهُ عَلَيْكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ قَالَ فَكُلُّ حَسَنَةٍ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا فَهِيَ خَمْسُونَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ وَهِيَ خَمْسٌ عَلَيْكَ فَرَجَعَ إِلَى مُوسَى فَقَالَ كَيْفَ فَعَلْتَ فَقَالَ خَفَّفَ عَنَّا أَعْطَانَا بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا قَالَ مُوسَى قَدْ وَاللَّهِ رَاوَدْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ فَتَرَكُوهُ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَلْيُخَفِّفْ عَنْكَ أَيْضًا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مُوسَى قَدْ وَاللَّهِ اسْتَحْيَيْتُ مِنْ رَبِّي مِمَّا اخْتَلَفْتُ إِلَيْهِ قَالَ فَاهْبِطْ بِاسْمِ اللَّهِ قَالَ وَاسْتَيْقَظَ وَهُوَ فِي مَسْجِدِ الْحَرَامِ

6963. Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abdullah telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Syarik bin Abdullah berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diisra’kan dari masjid Ka’bah, beliau didatangi oleh tiga orang -yang ketika itu beliau belum menerima wahyu- ketika baginda tidur di masjidil haram. Laki-laki pertama berkata, ‘Mana orangnya? ‘ Laki-laki kedua berkata, ‘Itu, orang terbaik di antara mereka! ‘ Lantas laki-laki ketiga berkata, ‘Ambillah orang terbaik diantara mereka’, itu lah yang berlaku pada malam itu. Kemudian Nabi tidak melihat lagi mereka bertiga. Sehingga pada malam yang lain mereka mendatangi beliau lagi, yang ketika itu hati (beliau) melihat, mata beliau tidur namun tidak untuk hatinya. Demikian para nabi, mata mereka tidur namun hati mereka tidak tidur. Para malaikat itu tidak bercakap dengannya dan mereka membawa dan meletakkan beliau di sisi sumur zamzam, Jibril lantas memimpin mereka untuk menyucikan Nabi. Jibril kemudian membelah antara tenggorokan beliau hingga pangkal lehernya, sampai dadanya dan perutnya. Jibril kemudian memandikan beliau dengan air zamzam dengan tangannya hingga sampai pada bagian perut, setelah itu didatangkanlah bejana besar dari emas yang di dalamnya ada bejana yang terbuat dari tanah liat dari emas yang diisi dengan keimanan dan hikmah. Dengannya, Jibril mengisi dada dan urat-urat kerongkongannya lalu ditautkan kembali. Kemudian Jibril membawanya ke langit dunia dan ia ketuk salah satu pintunya sehingga penghuni langit bertanya, ‘Siapakah ini? ‘ Jibril berkata, ‘Para malaikat bertanya, ‘Siapa yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Bersamaku Muhammad.’ Penghuni langit bertanya, ‘adakah dia telah diutus? ‘ Jibril menjawab, ‘Benar.’ Penghuni langit lalu berkata, ‘Selamat datang, selamat atas kunjungannya.’ Maka penghuni langit sedemikian bergembira, mereka tidak tahu apa yang Allah inginkan terhadap diri Muhammad di muka bumi, hingga Allah memberitahu mereka. Lantas di langit dunia Nabi bertemu Adam, Jibril memperkenalkan kepada beliau, ‘Ini adalah ayahmu, Adam. Ucapkanlah salam kepadanya. Dia (Muhammad) lalu mengucapkan salam yang kemudian dijawab oleh Adam seraya berkata, ‘Selamat datang, selamat berkunjung wahai anakku, sungguh engkau anak yang terbaik.’ Ternyata di langit dunia ada dua sungai yang mengalir, Nabi Muhammad bertanya, ‘Dua sungai apa ini wahai Jibril? ‘ Jibril menjawab, ‘Ini adalah Nil dan Eufrat, punca bagi kedua-duanya.’ Kemudian Jibril membawa Nabi ke langit, tiba-tiba ada sungai lain yang di atasnya ada istana dari mutiara dan intan, Nabi menyentuh dengan tangannya, didapati baunya seperti minyak wangi kasturi. Nabi bertanya, ‘Ini apa wahai Jibril? ‘ Jibril menjawab, ‘Ini adalah sungai al Kautsar yang disimpan oleh Tuhanmu untukmu.’ Kemudian Jibril membawanya naik ke langit kedua, dan malaikat bertanya kepadanya seperti yang ditanyakan malaikat pada langit pertama. Mereka bertanya, ‘Siapa ini? ‘ Jibril menjawab, ‘Ini Jibril.’ Mereka bertanya lagi, ‘Dan siapa ini yang bersamamu? ‘ Jibril menjawab, ‘Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.’ Mereka bertanya, ‘Apakah dia telah diutus? ‘ Jibril menjawab, ‘Benar.’ Malaikat (langit tersebut) lalu berkata, ‘Selamat datang, selamat atas kunjungannya.’ Jibril kemudian membawanya naik ke langit ketiga dan para malaikat bertanya kepadanya sebagaimana yang ditanyakan malaikat di langit pertama dan kedua, kemudian Jibril membawanya naik ke langit keempat, dan mereka bertanya seperti halnya pertanyaan malaikat sebelumnya, kemudian Jibril membawanya naik ke langit kelima, dan mereka bertanya seperti halnya pertanyaan malaikat sebelumnya. Kemudian Jibril membawanya naik ke langit keenam, dan mereka bertanya seperti halnya pertanyaan malaikat sebelumnya. Kemudian Jibril membawanya naik ke langit ketujuh, dan mereka bertanya seperti halnya pertanyaan malaikat sebelumnya. setiap langit ada para nabi yang Jibril sebutkan nama-namanya. Dan seingatku di antara mereka ada Idris di langit kedua, Harun di langit keempat, dan lain di langit ke lima yang aku tak ingat namanya, Ibrahim di langit keenam, dan Musa di langit ketujuh karena diberi kelebihan berbicara langsung dengan Allah. Pada ketika itu Musa berkata, ‘Wahai Rabb, aku tidak menyangka ada orang yang lebih ditinggikan daripada aku, ‘ kemudian Jibril membawanya naik di atas kesemuanya yang tidak satupun yang tahu selain Allah hingga tiba di Sidratul Muntaha. Kemudian Jibril mendekati Allah, Al Jabbar, Rabb pemilik kemuliaan, Nabi terus mendekat hingga jarak antara keduanya sebatas dua busur panah atau lebih dekat lagi, dan Allah memberinya wahyu, yang di antara wahyunya, Allah mewajibkan lima puluh kali shalat untuk umatmu (Muhammad) siang-malam. Kemudian Nabi turun hingga bertemu Musa, Musa menahannya dan berkata, ‘Hai Muhammad, apa yang diberikan Tuhanmu kepadamu untuk dijaga? ‘ Nabi menjawab, ‘Allah mewajibkan aku untuk mendirikan lima puluh kali shalat sehari semalam.’ Musa berkata, ‘Umatmu tak mampu untuk melakukan sedemikian itu, kembalilah kamu agar Tuhanmu memberi keringanan untuk mu dan umatmu.’ Maka Nabi menoleh ke Jibril seolah-olah meminta pendapat tentang saranan Musa, dan Jibril memberi isyarat, ‘Silakan, kalau kau mahu.’ Maka Jibril kembali menaikkannya ke Allah Yang Maha Jabbar yang ketika itu masih berada di singgahsana-Nya, Nabi katakan, ‘Wahai Rabb, berilah kami keringanan, sebab umatku tak mampu melakukan shalat lima puluh kali dalam sehari! ‘ Lantas Allah mengurangi sepuluh kali, dan Nabi kembali bertemu Musa dan Musa menahannya, Musa terus-menerus membujuknya agar Nabi meminta kepada Rabbnya, sehingga Allah hanya mewajibkan lima kali shalat sehari-semalam. Musa kemudian menahannya ketika kewajiban shalat tinggal lima, Musa mengatakan, ‘Hai Muhammad, pernah aku membujuk Bani Israil, kaumku, untuk suatu yang lebih rendah daripada ini namun mereka meninggalkannya, padahal umatmu lebih lemah fisiknya, badannya, hatinya, pandangan dan pendengarannya, maka temuilah kembali Rabbmu agar Dia memberi keringanan.’ Dan atas semua saranan itu, Nabi menoleh kepada Jibril untuk meminta pendapat, namun Jibril tidak menunjukkan tidak suka atas itu semua. Lantas Jibril kembali membawanya naik untuk kali kelima, lalu Nabi berkata, ‘Ya Rabb, umatku adalah orang-orang lemah fisiknya, hatinya, pendengarannya, pandangannya, dan badannya, maka berilah kami keringanan.’ Allah Yang Maha Jabbar menjawab, ‘Hai Muhammad! ‘ Nabi menjawab, ‘Aku penuhi panggilan-Mu.’ Allah meneruskan firman-Nya, ‘Sesungguhnya ketetapan itu tidak boleh ditukar ganti dari sisiKu sebagaimana Aku wajibkan atasmu dalam ummul kitab.’ Allah meneruskan titah-Nya, setiap satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya, maka lima kali shalat itu tercatat lima puluh kali dalam ummul kitab, sekalipun hanya dilaksanakan lima kali olehmu.’ Maka Nabi kembali menemui Musa dan Musa bertanya, ‘bagaimana kamu telah lakukan? ‘ Nabi menjawab, ‘Allah betul-betul telah memberi kami keringanan, kerana setiap kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya.’ Musa berkata, ‘Demi Allah, aku pernah membujuk bani israil untuk yang lebih kurang daripada itu namun mereka meninggalkannya, maka kembalilah kau temui Tuhanmu agar Dia memberi keringanan terhadapmu.’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Hai Musa, demi Allah, aku telah malu kepada Tuhanku terhadap permintaan berulang kali yang kulakukan terhadap-Nya.’ Musa pun berkata, ‘Baik kalau begitu, silakan engkau turun dengan nama Allah.’ Maka Nabi sedar yang ketika itu beliau di Masjidil Haram.”

– Semua ulama boleh dikatakan sepakat mengatakan hadis ini ada masalah dari segi isinya. Kalau dikatakan ada masalah dalam kitab Sahih Bukhari, ini adalah salah satu yang hadis yang paling banyak dikritik.

Ulama mengatakan masalah dalam hadis ini datangnya dari perawi yang bernama Syarik bin Abdullah itu. Dia meriwayatkan dari Anas bin Malik berkenaan dengan hadis isra’ mi’raj. Bukan dia sahaja yg meriwayatkan. Ada banyak lagi. Cuma matan dari dia lain dengan org lain.

Pertamanya, dia kata bahawa kejadian isra itu sebelum Nabi mendapat wahyu. Maka, ini tidak sama dengan apa yang disampaikan dalam hadis-hadis yang lain. Yang kita pasti, Nabi isra’ mi’raj itu selepas baginda menerima wahyu. Kerana semasa itulah Nabi menerima perintah solat. Takkan dia terima perintah itu sebelum dia jadi Nabi.

Dan bercanggah dengan pertanyaan dan jawapan malaikat yang berkenaan baginda telah diutuskan. Kerana apabila malaikat bertanya kepada Jibrail adakah Nabi telah diutuskan, Jibrail menjawap ya.

Sepakat ulama tak terima hadis ini. Banyak waham (ketidakpastian) dalam hadis ini. Ulama kira sampai 20 waham.

Belah dada yang disepakit oleh ulama adalah sebelum kejadian isra’ mikraj ini.
Pasal Nabi tidur itu pun macam mengatakan Nabi mimpi pula. Tiada kelebihan isra’ mi’raj itu kalau Nabi melaluinya dalam mimpi. Orang Musyrikin boleh terima kalau dikatakan mikraj adalah perjalanan mimpi sahaja. Sebab dalam mimpi, apa-apa boleh terjadi. Padahal tidak begitu. Nabi telah mi’raj dengan batang tubuh baginda. Inilah yang kita faham dari hadis dan dari ayat Quran berkenaan dengan isra’ mi’raj itu. Orang kafir kalau dikatakan Nabi mimpi, mereka pun boleh terima. Tidak perlu mereka bantah kalau begitu.
Diakhir hadis ini pula diletakkan yang Nabi bangun dari tidur. Padahal mikraj bukan dalam mimpi. Bukan perjalanan roh tapi perjalanan Nabi dengan jasad sekali.

Bekas dalam hadis ini dikatakan berlapis. Dalam hadis orang lain tidak begitu.

Yang semua tak boleh terima adalah apabila Jibrail bawa naik sampai atas tu. Melenting ulama berkenaan kejadian itu. Apabila dikatakan Tuhan menghampiri Nabi lalu bergayut sehingga hampir kepada Nabi. Kerana hampir Allah dengan Nabi bukanlah macam hampir makhluk dengan makhluk. Dan kalau bergayut itu sifat makhluk. Dan dikatakan dalam hadis ini juga bahawa Tuhan ada tempat pula.

Sebenarnya yang rapat dengan Nabi itu adalah Jibrail dalam rupanya yang asal. Nabi hanya melihat Jibrail dalam rupa asal dua kali sahaja. Disini dan di ufuk mubin. Itulah faham orang lain berdasarkan riwayat lain.

Secara kesimpulannya, hadis ini mendapat banyak tentangan dari ulama hadis. Yang pertama yang kritik adalah Imam Muslim. Memang ada banyak masalah dengan hadis ini.

Hadis isra’ mi’raj melibatkan banyak persoalan. Shah Waliyullah mengatakan bahawa hadis ini adalah berkenaan dengan alam mithal, bukan alam sebenar, kerana itu banyak dalam hadis ini berkenaan perkara yang melibatkan bukan alam sebenar. Contohnya, punca sungai Nil adalah di Uganda, bukan di syurga. Cuma Allah nak menunjukkan bahawa sungai itu adalah sumber rahmat dan rahmat itu datang dari Allah. Allah memberikan mithal yang boleh difahami oleh manusia arab. Sebab kalau diberi contoh yang lain, mereka tidak faham pula nanti.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s