We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah { Dia Telah Menurunkannya Mengikut IlmuNya Dalam Keadaan Para Malaikat Menyaksikan } February 19, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلَائِكَةُ يَشْهَدُونَ }

Bab Firman Allah { Dia (Allah) Telah Menurunkannya Mengikut Ilmu-Nya Dalam Keadaan Para Malaikat Menyaksikan }

– Tajuk ini masih lagi berkenaan dengan kalam Allah. Imam Bukhari nak menyampaikan bahawa kalam itu ‘diturunkan’. Tapi tidak boleh dikatakan diturunkan dari ‘atas’. Ianya bermakna dari tempat yang mulia.

قَالَ مُجَاهِدٌ { يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ } بَيْنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ وَالْأَرْضِ السَّابِعَةِ

Mujahid berkata: {terus menerus turun perintah di antaranya} maksudnya: di antara langit yang ketujuh dan bumi ketujuh.

– Manakah bumi ketujuh? Ada bawah kita kah? Sebenarnya kita ini sudah duduk di bumi ketujuh dah.

 

6934 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا فُلَانُ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ أَجْرًا

6934. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abul Ahwash telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq Al Hamdani dari Barra’ bin Azib berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai fulan, apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka panjatkanlah doa: “ALLAAHUMMA ASLAMTU NAFSII ILAIKA, WAWAJJAHTU WAJHII ILAIKA, WAFAWWADLTU AMRII ILAIKA, WA ALJA”TU ZHAHRII ILAIKA, RUGHBTAN WA RUHBATAN ILAIKA, LAA MALJA’A WA LAA MANJAA MINKA ILLAA ILAIKA, AAMANTU BIKITAABIKAL LADZII ANZALTA WABINABIYYIKAL LADZII ARSALTA ‘(Ya Allah, aku serahkan jiwaku kepada-Mu, dan kuhadapkan wajahku kepada-Mu, dan aku serahkan urusanku kepada-Mu, dan aku sandarkan belakangku kepada-Mu, dengan penuh rasa gemar dan gentar kepada-Mu, sesungguhnya tidak ada tempat perlindungan dan tidak ada tempat lari daripadaMu selain kepada-Mu jua, saya beriman kepada kitab-Mu yang Engkau telah turunkan dan kepada nabi-Mu yang Engkau utus) ‘. Maka sekiranya engkau meninggal di malammu, maka engkau meninggal di atas fitrah, dan jika engkau bangun pada esok paginya, engkau akan peroleh pahala.”

– Doa ini merupakan doa tauhid. Supaya tidur dalam tauhid kepada Allah. Kita menyerahkan diri kepada Allah. Kita juga tidak boleh lari dari Allah. Kena menyerah dan mengharap kepadaNya sahaja.

Yang Imam Bukhari nak sampaikan dalam hadis ini adalah doa yang mengatakan bahawa Quran itu ‘diturunkan’.

 

6935 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْأَحْزَابِ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ سَرِيعَ الْحِسَابِ اهْزِمْ الْأَحْزَابَ وَزَلْزِلْ بِهِمْ
زَادَ الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي خَالِدٍ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

6935. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ismail bin Abu Khalid dari Abdullah bin Abu Aufa berkata, “Dalam perang Ahzab, Rasulullah Shallallhu’alaihiwasallam berdoa: “ALLAAHUMMA MUNZILAL KITAAB, SARII’AL HISAAB, AHZIMIL AHZAAB, WAZALZIL BIHIM (Ya Allah yang menurunkan kitab, yang cepat perhitungan-Nya, kalahkan lah pasukan bersekutu, dan goncangkanlah mereka) ‘. Sedang Humaidi menambahkan; telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Khalid aku mendengar ‘Abdullah aku mendengar nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Sekali lagi doa Nabi yang menyatakan bahawa Allah telah menurunkan kitab. Kitab itu adalah kalam Allah.

 

6936 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ عَنْ هُشَيْمٍ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا { وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } قَالَ أُنْزِلَتْ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَارٍ بِمَكَّةَ فَكَانَ إِذَا رَفَعَ صَوْتَهُ سَمِعَ الْمُشْرِكُونَ فَسَبُّوا الْقُرْآنَ وَمَنْ أَنْزَلَهُ وَمَنْ جَاءَ بِهِ فَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى { وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا } { لَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ } حَتَّى يَسْمَعَ الْمُشْرِكُونَ { وَلَا تُخَافِتْ بِهَا }
عَنْ أَصْحَابِكَ فَلَا تُسْمِعُهُمْ { وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا } أَسْمِعْهُمْ وَلَا تَجْهَرْ حَتَّى يَأْخُذُوا عَنْكَ الْقُرْآنَ

6936. Telah menceritakan kepada kami Musaddad dari Husyaim dari Abu Bisyr dari Sa’id bin Jubair dari Ibn Abbas mengenai ayat: ‘(Dan janganlah engkau menyaringkan bacaan shalatmu dan jangan juga pula engkau terlalu merendahkan bacaannya) ‘ (Qs. Al Isra’: 110), ayat ini diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersembunyi di Makkah. Ketika itu, jika beliau mengangkat suara bacaannya, maka kaum musyrikin mendengarnya hingga mereka mencela Al Qur’an dan Tuhan yang menurunkannya dan orang yang membawanya, maka kerana itulah Allah menurunkan: ‘(Jangan kamu menyaringkan bacaan shalatmu dan jangan pula terlalu merendahkannya) ‘ (Qs. Al Isra’: 110). Jangan kamu mengeraskan bacaanmu maksudnya hingga terdengar oleh orang-orang musyrik, dan jangan pula kamu merendahkannya, maksudnya sehingga tidak terdengar oleh sahabat-sahabat. Dan carilah jalan tengah di antara keduanya, maksudnya bacalah sehingga terdengar oleh sahabat-sahabat supaya mereka boleh mengambil Quran daripadamu.”

– Nabi disuruh jangan memberi peluang kepada orang kafir untuk mencela Islam. Macam kita juga dilarang mencela agama lain sebab nanti mereka akan mencela Islam pula.

Yang Imam Bukhari nak ambil dalam hadis ini adalah dalil mengatakan bahawa Quran itu ‘diturunkan’. Iaitu Ibn Abbas kata ayat itu diturunkan semasa Nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi semasa di Mekah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s