We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah Taala {Dan Tidak Berfaedah Syafaat Di Sisi Allah Kecuali Bagi Orang Yang Telah Diizinkan Allah} February 15, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ }

Bab Firman Allah Taala { Dan Tidak Berfaedah Syafaat Di Sisi Allah Kecuali Bagi Orang Yang Telah Diizinkan Allah, (Maka Orang-Orang Yang Hendak Memohon Syafaat Terpaksa Menunggu Izin Itu Dengan Penuh Perasaan Takut Dan Bimbang) Sehingga Apabila Dihapuskan Allah Perasaan Takut Dari Hati Mereka (Dengan Pemberian Izin Itu) Bersukarialah Mereka Dengan Bertanya-Tanyaan Sesama Sendiri: “Apakah Yang Telah Dititahkan Oleh Tuhan Kamu?” Sebahagian Di Antara Mereka Menjawab: “Tuhan Telah Menitahkan Kebenaran”; Dan Dia Lah Jua Yang Maha Tinggi Keadaannya, Lagi Maha Besar Kekuasaannya }

Yang berkata-kata dalam ayat Quran dalam tajuk diatas adalah para malaikat. Sesama mereka berkata-kata.

Dalam tajuk kali ini, Imam Bukhari membawa kembali tajuk berkenaan kalam Allah. Ini adalah tajuk yang penting. Kerana itu adanya dalam Islam ini: Ilmu Kalam. Dan kerana hal inilah yang menyebabkan Imam Bukhari telah difitnah dan dihalau dari negerinya. Dan dia telah meninggal semasa dalam perjalanan itu.

Kisahnya begini: guru kepada imam Bukhari adalah Imam Ahmad. Khalifah semasa zaman Imam Ahmad memegang pendapat yang mengatakan bahawa Quran adalah makhluk. Tetapi pegangan ahli sunnah memegang bahawa Quran itu adalah kalam Allah, maka ianya bukan makhluk. Maka, Imam Ahmad telah diseksa dan dipenjara kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Quran adalah makhluk. Khalifah selepas itu pula lain pula pegangannya. Dia adalah sezaman dengan Imam Bukhari. Khalifah itu memegang pendapat mengatakan bahawa Quran itu adalah kalam Allah, tapi yang tidak bagusnya adalah dia terlebih sampai mengatakan kalam Allah itu termasuklah Quran tulisan di dunia ini juga. Maka, pendapat ini tidak diterima oleh Imam Bukhari. Kerana itulah yang menyebabkan Imam Bukhari telah dihalau dari negara.

Dalam ayat yang dibawa diatas, mengatakan yang Allah mengizinkan untuk diberi syafaat. Imam Bukhari nak bawa bahawa izin Allah itu adalah dengan kalam atau dengan suara.

وَلَمْ يَقُلْ مَاذَا خَلَقَ رَبُّكُمْ وَقَالَ جَلَّ ذِكْرُهُ { مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ } وَقَالَ مَسْرُوقٌ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ إِذَا تَكَلَّمَ اللَّهُ بِالْوَحْيِ سَمِعَ أَهْلُ السَّمَوَاتِ شَيْئًا فَإِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ وَسَكَنَ الصَّوْتُ عَرَفُوا أَنَّهُ الْحَقُّ وَنَادَوْا { مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقّ} وَيُذْكَرُ عَنْ جَابِرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُنَيْسٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَحْشُرُ اللَّهُ الْعِبَادَ فَيُنَادِيهِمْ بِصَوْتٍ يَسْمَعُهُ مَنْ بَعُدَ كَمَا يَسْمَعُهُ مَنْ قَرُبَ أَنَا الْمَلِكُ أَنَا الدَّيَّانُ

Allah tidak berfirman di dalam ayat tadi ‘apa Allah telah jadikan’ dan Allah berfirman tidak ada yang dapat memberi syafaat di hadapanNya melainkan dengan izinNya.
Dan berkata Masruq diambil dari Ibn Mas’ud: apabila Allah bercakap dengan memberi wahyu penghuni langit mendengar sesuatu. Apabila kehebatan wahyu itu hilang yang menyebabkan takut itu hilang dari hati mereka (malaikat) dan suara itu telah reda, mereka tahu bahawa itu adalah kalam Allah yang benar. Dan mereka berseru: apa Tuhanmu katakan? Malaikat yang lain berkata: alhaq – yang benar.
Disebutkan dari Jabir dari Abdullah dari Unais dari Nabi bersabda: Allah menghimpunkan hamba-hamba di Padang Mahsyar nanti lalu Dia menyeru mereka dengan suara yang didengar oleh orang yang jauh sepertimana didengar oleh orang yang dekat: “Akulah Raja yang sebenarnya. Akulah yang memiliki Hari Kemudian.”

– Malaikat tidak bertanya ‘apa yang Allah lakukan’, tapi apa yang Allah katakan. Maknanya, ada suara yang dikeluarkan oleh Allah. Yang didengari oleh sebahagian dari malaikat sampai mereka terkesan. Ada yang sampai pengsan. Maka, mereka yang terpengsan bertanya kepada yang sedar, apakah yang telah Allah katakan. Ini adalah dalil yang menunjukkan memang Allah ada suara. Cuma kita tidak tahu bagaimana suara Allah.

6927 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَضَى اللَّهُ الْأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتْ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ قَالَ عَلِيٌّ وَقَالَ غَيْرُهُ صَفْوَانٍ يَنْفُذُهُمْ ذَلِكَ فَإِذَا { فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ } قَالَ عَلِيٌّ وَحَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا عَمْرٌو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ بِهَذَا قَالَ سُفْيَانُ قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ عِكْرِمَةَ حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ عَلِيٌّ قُلْتُ لِسُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ عِكْرِمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ لِسُفْيَانَ إِنَّ إِنْسَانًا رَوَى عَنْ عَمْرٍو عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَرْفَعُهُ أَنَّهُ قَرَأَ فُرِّغَ قَالَ سُفْيَانُ هَكَذَا قَرَأَ عَمْرٌو فَلَا أَدْرِي سَمِعَهُ هَكَذَا أَمْ لَا قَالَ سُفْيَانُ وَهِيَ قِرَاءَتُنَا

6927. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru dari ‘Ikrimah dari Abu Hurairah yang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan kepadanya, beliau bersabda: “Apabila Allah memutuskan suatu keputusan di langit, maka malaikat akan mengepak-ngepakkan sayapnya karena tunduk kepada titah-Nya, seolah-olah kepakan sayapnya seperti loceng di atas batu licin yang besar.” Ali berkata, “Sedang Sufyan berkata, ‘Seperti batu besar licin yang menyerap suaraNya kepada mereka.’ Allah berfirman: ‘(Apabila ketakutan telah hilang dari hati mereka, mereka bertanya ‘Apa yang difirmankan Rabb kalian? Mereka menjawab ‘Kebenaran, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar) ‘ (Qs. Saba’: 34). Ali berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami ‘Amru dari ‘Ikrimah dari Abu Hurairah dengan redaksi ini.” Sedang Sufyan berkata, Amru berkata, aku mendengar Ikrimah telah menceritakan kepada kami Abu Hurairah, Ali berkata, saya bertanya Sufyan ia menjawab, ‘Aku mendengar Ikrimah berkata, aku mendengar Abu Hurairah berkata, ‘Ya.’ Saya bertanya kepada Sufyan, ‘Beberapa orang meriwayatkan dari ‘Amru dari ‘Ikrimah dari Abu Hurairah yang beliau memarfu’kannya, hanya ia membaca ‘furrigha (jika telah selesai) ‘. Sufyan berkata, ‘Beginilah ‘Amru membaca, maka aku tidak tahu, apakah ia mendengarnya seperti ini atau tidak.’ Sufyan berkata, ‘Dan begitulah bacaan kami.’

– Lagi satu dalil mengatakan bahawa kalam Allah ada suara.

6928 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَذِنَ اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ وَقَالَ صَاحِبٌ لَهُ يُرِيدُ أَنْ يَجْهَرَ بِهِ

6928. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibn Syihab telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdurrahman dari Abu Hurairah, bahwa ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah tidak mengizinkan untuk sesuatu sebagaimana izin-Nya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk melagukan Al Qur’an, ” sedang salah seorang sahabatnya berkata ‘maksud melagukan yaitu membaca dengan keras.”

6929 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ يَا آدَمُ فَيَقُولُ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ فَيُنَادَى بِصَوْتٍ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكَ أَنْ تُخْرِجَ مِنْ ذُرِّيَّتِكَ بَعْثًا إِلَى النَّارِ

6929. Telah menceritakan kepada kami Umar bin Hafs bin Ghiyats telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Al A’masy telah menceritakan kepada kami Abu Shalih dari Abu Said Al Khudzri radliyallahu’anhu berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah berfirman, ‘Wahai Adam! ‘ Adam menjawab, ‘Aku penuhi panggilan-Mu! ‘ lantas Adam dipanggil dengan suatu suara, ‘Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menyuruhmu untuk mengeluarkan dari anak cucumu, satu kumpulan ke neraka’.”

6930 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ وَلَقَدْ أَمَرَهُ رَبُّهُ أَنْ يُبَشِّرَهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ

6930. Telah menceritakan kepada kami Ubaid bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam bin Urwah dari Ayahnya dari ‘Aisyah radliyallahu’anhuma berkata, “Belum pernah aku sedemikian cemburu kepada seorang wanita sebagaimana kecemburuanku terhadap Khadijah, sebab Tuhan Muhammad telah menyuruhnya agar memberinya khabar gembira bahawa dia akan mendapat rumah yang istimewa didalam syurga.”

– Hadis ini menunjukkan bahawa Allah berkata-kata dengan Nabi Muhammad. Maknanya, cara cakap Allah itu adalah dengan suara. Suara yang layak dengan Dia. Dan bukanlah bahasa Dia dalam bahasa Arab. Sebab kalau kita tengok kitab-kitab sebelum Quran itu pun, dalam bahasa lain dan kita panggil kalam Allah juga. Apa yang Allah berikan kepada Jibrail itu sudah dalam bahasa Arab dah.

Bahagian kalam Allah bersuara ini adalah perkara furu’ akidah. Kalau ada yang tidak terima, tidaklah sampai menyesatkan mereka.

Muktazilah kata Allah tidak bersuara. Dia bercakap melalui makhluk yang ada berdekatan seperti baru atau pokok semasa bercakap dengan Musa.

 

Kuliah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s