We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Berkenaan Dengan Firman Allah Taala { Sesungguhnya Rahmat Allah Dekat Kepada Orang-Orang Yang Memperbaiki Amalannya } January 30, 2013

بَاب مَا جَاءَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ الْمُحْسِنِينَ }

Bab Berkenaan Dengan Firman Allah Taala { Sesungguhnya Rahmat Allah Dekat Kepada Orang-Orang Yang Memperbaiki Amalannya }

6894 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أُسَامَةَ قَالَ كَانَ ابْنٌ لِبَعْضِ بَنَاتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ أَنْ يَأْتِيَهَا فَأَرْسَلَ إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلٌّ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ فَأَقْسَمَتْ عَلَيْهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقُمْتُ مَعَهُ وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ وَأُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ وَعُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ فَلَمَّا دَخَلْنَا نَاوَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّبِيَّ وَنَفْسُهُ تَقَلْقَلُ فِي صَدْرِهِ حَسِبْتُهُ قَالَ كَأَنَّهَا شَنَّةٌ فَبَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ أَتَبْكِي فَقَالَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

6894. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid telah menceritakan kepada kami ‘Ashim dari Abu Usman dari Usamah berkata, “Anak laki-laki dari anak perempuan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sakit, lantas puteri Nabi mengutus seorang utusan yang inti pesannya agar beliau mendatanginya. Hanya Nabi berhalangan dan menyampaikan pesan: ‘INNAA LILLAAHI MAA AKHDZA WALAHU MAA A’THAA WAKULLUN ILAA AJALIN MUSAMMAA FAL TASHBIR WAL TAHTASHIB’ (Milik Allah sajalah segala yang diambil dan yang diberikan, dan segala sesuatu mempunyai batasan waktu tertentu, hendaklah engkau bersabar dan mengharap-harap ganjaran) ‘. Lantas puteri Nabi untuk kali kedua mengutus utusannya seraya menyatakan sumpah agar beliau mendatangi. Maka Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam pun berangkat dan aku bersamanya, juga Mu’adz bin Jabal, Ubbay bin Ka’b, dan Ubadah bin Shamit. Ketika kami masuk, Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam mengendung cucunya sedang nafasnya sudah tersengal-sengal di dadanya -seingatku Usamah mengatakan seperti geriba usang-, maka Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam pun menangis sehingga Sa’d bin ‘Ubadah berkata, ‘Mengapa baginda menangis? ‘ Nabi menjawab: ‘Hanyasanya Allah menyayangi hamba-Nya yang penyayang.’

– Nak menceritakan bahawa kalau dalam kita mengharap belas kasihan Allah, kita hendaklah mempunyai belas kasihan dulu.

Sa’d bin ‘Ubadah hairan kenapa Nabi menangis kerana dia ingat yang Nabi tidak membenarkan orang Islam menangisi kematian. Tapi sebenarnya yang tidak dibenarkan adalah meratapi kematian, bukan menangisi. Kerana menangis itu adalah tanda seseorang itu mempunyai perasaan kesian kepada orang lain.

 

6895 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اخْتَصَمَتْ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ إِلَى رَبّهِمَا فَقَالَتْ الْجَنَّةُ يَا رَبِّ مَا لَهَا لَا يَدْخُلُهَا إِلَّا ضُعَفَاءُ النَّاسِ وَسَقَطُهُمْ وَقَالَتْ النَّارُ يَعْنِي أُوثِرْتُ بِالْمُتَكَبِّرِينَ فَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى لِلْجَنَّةِ أَنْتِ رَحْمَتِي وَقَالَ لِلنَّارِ أَنْتِ عَذَابِي أُصِيبُ بِكِ مَنْ أَشَاءُ وَلِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْكُمَا مِلْؤُهَا قَالَ فَأَمَّا الْجَنَّةُ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِنْ خَلْقِهِ أَحَدًا وَإِنَّهُ يُنْشِئُ لِلنَّارِ مَنْ يَشَاءُ فَيُلْقَوْنَ فِيهَا فَ { تَقُولُ هَلْ مِنْ مَزِيدٍ } ثَلَاثًا حَتَّى يَضَعَ فِيهَا قَدَمَهُ فَتَمْتَلِئُ وَيُرَدُّ بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ وَتَقُولُ قَطْ قَطْ قَطْ

6895. Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Sa’d bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Ya’qub telah menceritakan kepada kami Ayahku dari Shalih bin Kisan dari Al A’raj dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Syurga dan neraka saling berselisih kepada Tuhan keduanya, syurga berkata, ‘Wahai Tuhan, mengapa aku tak dimasuki selain orang-orang lemah dan rakyat jelata? ‘ Sedang neraka berkata, ‘Mengapa aku dikhususkan untuk orang-orang yang sombong? ‘ Allah ta’ala menjawab syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku“, dan Allah berfirman kepada neraka, ‘Engkau adalah Siksa-Ku, yang Aku timpakan kepada siapa saja yang Aku kehendaki, dan masing-masing diantara kalian berdua harus dipenuhi.’ Nabi bersabda: “Adapun syurga sesungguhnya Allah tidak menzalimi satupun dari makhluk-Nya, dan Allah akan memenuhi neraka dengan siapa saja yang dikehendaki-Nya, lantas mereka dilempar ke dalamnya ‘(neraka berkata, ‘Masihkah ada tambahan) ‘ (QS. Qaaf ayat: 30) -beliau mengulanginya tiga kali-, kemudian Allah meletakkan telapak kakinya sehingga neraka menjadi penuh, sebagian satu dengan sebagian yang lain saling berhimpitan, neraka pun berkata, ‘cukup, cukup, sukup.”

Syurga dan neraka adalah untuk menzahirkan sifat Allah. Iaitu sifat rahmat dan murkaNya.

Apakah yang dimaksudkan oleh Syurga bahawa ia hanya dimasuki orang yang lemah? Adakah ahli syurga hanya orang yang lemah sahaja? Tentulah ini tidak benar sepenuhnya kerana ada sahaja orang yang kuat yang akan masuk syurga. Adakah benar ia hanya dimasuki orang lemah? Ulama mengatakan bahawa maksudnya kebanyakan sahaja. Ada juga orang yang tidak lemah masuk tapi kebanyakan yang masuk adalah orang yang lemah.
Atau mereka lemah dimata manusia sahaja. Kerana mereka tak tunjuk kemewahan dan tidak menyalahgunakan kekuatan yang ada pada mereka.
Atau yang dimaksudkan adalah mereka lemah dengan Allah. Mereka rukuk dan sujud beribadat kepada Allah. Merendahkan diri dihadapan Allah.

 

6896 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيُصِيبَنَّ أَقْوَامًا سَفْعٌ مِنْ النَّارِ بِذُنُوبٍ أَصَابُوهَا عُقُوبَةً ثُمَّ يُدْخِلُهُمْ اللَّهُ الْجَنَّةَ بِفَضْلِ رَحْمَتِهِ يُقَالُ لَهُمْ الْجَهَنَّمِيُّونَ
وَقَالَ هَمَّامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

6896. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Qatadah dari Anas radliyallahu’anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Akan ada beberapa kaum memperoleh kehitaman-hitaman dari neraka, karena dosa-dosa yang pernah mereka lakukan sebagai hukuman atas mereka, kemudian Allah memasukkan mereka ke dalam syurga dengan kurnia rahmat-Nya, mereka itulah yang dinamakan jahannamiyun (bekas penghuni neraka jahannam).” Sedang Hamam berkata; telah menceritakan kepada kami Qatadah telah menceritakan kepada kami Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Akan ada orang Islam yang akan masuk neraka kerana dosa mereka. Sebagai hukuman. Kemudian Allah akan masukkan mereka ke dalam syurga atas rahmatNya. Ada nama khas kepada mereka iaitu jahannamiyun.
Disini nak menceritakan bahawa sifat rahmat Allah akan ada juga. Selagi orang itu adalah orang Islam. Sebab rahmat Allah lah yang membolehkan Dia masukkan manusia kedalam syurga.
Rahman dan rahim dua-dua itu adalah sifat rahmat. Sifat Rahman itu semasa di dunia. Semua makhluk akan dapat. Yang jahat pun akan dapat juga. Diakhirat nanti ada rahim sahaja dan orang Islam sahaja yang akan dapat.

————————————————————————————————————————————————–

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا }

Bab Firman Allah Taala { Sesungguhnya Allah Menahan Dan Memelihara Langit Dan Bumi Supaya Tidak Berganjak Dari Peraturan Dan Keadaan Yang Ditetapkan Baginya }

6897 – حَدَّثَنَا مُوسَى حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ حَبْرٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّ اللَّهَ يَضَعُ السَّمَاءَ عَلَى إِصْبَعٍ وَالْأَرْضَ عَلَى إِصْبَعٍ وَالْجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ وَالشَّجَرَ وَالْأَنْهَارَ عَلَى إِصْبَعٍ وَسَائِرَ الْخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ ثُمَّ يَقُولُ بِيَدِهِ أَنَا الْمَلِكُ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ { وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ }

6897. Telah menceritakan kepada kami Musa telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Al A’masy dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah berkata, “Seorang pendita yahudi menemui Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah meletakkan langit diatas satu jari, seluruh bumi diatas satu jari, semua gunung diatas satu jari, pohon dan sungai diatas satu jari, dan semua makhluk diatas satu jari, kemudian Allah berfirman seraya menunjukan jarinya, ‘Akulah Raja sebenarnya’.” Maka Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam tertawa dan membacakan ayat: ‘(Dan mereka tidak menghargai Allah dengan yang sepatutnya) ‘ (QS. Azzumar: 67).

Orang Yahudi itu cakap macam Tuhan ada lima jari yang digunakan untuk memegang alam ini. Itu adalah pemahaman orang Yahudi itu. Padahal Allah untuk memegang tidaklah memerlukan jari. Tidak sama cara pegangan Allah dan manusia. Itulah sebabnya Nabi tertawa memikirkan betapa salahnya mereka. Amat mudah bagi Allah untuk menjaga alam ini.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s