We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah Ta`ala { Dia Menakutkan Kamu Dengan Dirinya } & Bab Firman Allah Ta`ala { Setiap Sesuatu Akan Musnah Kecuali Wajah-Nya } January 19, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَيُحَذِّرُكُمْ اللَّهُ نَفْسَهُ } وَقَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ { تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ }

Bab Firman Allah Ta`Ala { Dia Menakutkan Kamu Dengan DiriNya } Dan Firman-Nya { Engkau Mengetahui Apa Yang Ada Pada Diriku, Sedang Aku Tidak Mengetahui Apa Yang Ada Pada Diri-Mu }

Boleh juga menggunakan kata ‘Diri Allah’. Berdasarkan ayat Quran juga. Imam Bukhari akan menggunakan hujjah ayat-ayat Quran untuk mengatakan bahawa penggunaan Nama-Nama itu adalah dibolehkan kerana Allah sendiri yang menyebutnya di dalam Quran.

Ayat ini menceritakan bahawa Allah menakutkan manusia dengan Dirinya. Kalau yang makhluk pun kadang-kadang kita dah takut dah, kalau dengan Allah tentulah lebih lagi.
Nafs yang dimaksudkan adalah hakikat diri Allah. Lain dari segala makhluk. Banyak makna yang boleh diterjemahkan untuk penggunaan kata ‘nafs’ dan paling sesuai adalah ‘diri’.

Ayat kedua dalam tajuk diatas adalah dialog antara Nabi Isa dengan Allah.

 

6854 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ حَرَّمَ الْفَوَاحِشَ وَمَا أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ الْمَدْحُ مِنْ اللَّهِ

6854. Telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Hafs bin Ghiyats telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Syaqiq dari Abdullah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tak ada sesiapapun (Ahadun) yang lebih cemburu daripada Allah, kerana itulah Dia mengharamkan segala bentuk kekejian, dan tak ada sesiapa pun yang lebih suka dipuji daripada Allah.”

Allah buat segala sesuatu dengan sempurna. Walaupun Dia juga buat neraka. Mungkin ada yang kata, kalau Allah menjadikan neraka, bermakna tidaklah semua apa yang Allah buat adalah perkara baik. Yang kata itu adalah kerana mereka tidak faham. Neraka itu perlu sebab untuk bersihkan manusia. Macam logam berharga. Kita perlu bersihkan logam yang berharga dengan api untuk mengeluarkan bahan lain yang tidak berharga. Pembersihan itu dilakukan dengan menggunakan api juga. Manusia pun kena dibersihkan juga untuk masuk syurga kerana yang masuk syurga adalah manusia yang bersih-bersih sahaja. Ini kepada mereka yang dapat masuk syurga akhirnya. Mereka perlu melalui masa yang ditentukan Allah di dalam neraka untuk membersihkan mereka.

Mana perkataan nafs dalam hadis ini? Ahad itu sama adalah dengan nafs. Tapi ada nafs dalam hadis ini dalam jalan sanad yang lain. Dalam hadis itu mengatakan Allah memuji nafsahu. Iaitu memuji dirinya sendiri.

 

6855 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ وَهُوَ يَكْتُبُ عَلَى نَفْسِهِ وَهُوَ وَضْعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِي تَغْلِبُ غَضَبِي

6855. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan dari Abu hamzah dari Al A’masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Apabila Allah menjadikan makhluk ini, ditulis didalam kitab-Nya dalam keadaan Dia memastikan atas diri-Nya, dalam keadaan Dia menjamin dan tulisan itu diletakkan-Nya di sisiNya di atas ‘arsy, ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku’.”

Allah memestikan atas nafsahu. Iaitu bermakna Allah memestikan atas DiriNya.

Rahmat Allah melebihi murkaNya. Sampai ada ulama yang kata orang kafir pun masuk syurga. Itu semua terpulang kepada Allah. Dengan kita tahu bahawa Rahmat Allah melebihi MurkaNya, maka kita boleh berharap kepada Rahmat Allah. Walaupun kita telah melakukan dosa, kita kena tahu bahawa rahmat Allah luas dan Dia boleh mangampunkan kita.

 

6856 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

6856. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Hafs telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Al A’masy aku mendengar Abu Shalih dari Abu Hurairah radliyallahu’anhu berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku mengikut anggapan hamba-Ku terhadapKu, dan Aku bersamanya bila ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam dirinya, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia menyebut- Ku dalam satu kumpulan orangramai, Aku akan menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan menghampiri kepadanya sehasta, dan jika ia menghampiri kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekatkan diri kepadanya sedepa, sesiapa yang mendatangi-Ku berjalan, maka Aku akan mendatanginya dalam berlari.”

Hadis ini adalah hadis Qudsi.

Apabila Allah berkata bahawa Dia dekat dengan kita bukanlah bermaksud sama tempat. Dekat disini bukanlah dari segi jarak. Allah dengan kepada kita dengan ilmuNya kerana ilmuNya meliputi. Tidak boleh mengatakan Allah dekat dengan kita sebab kalau kata begitu seperti kita mengatakan Allah bertempat. Allah bebas dari bertempat.

Jikalau kita mengingati Allah dalam diri kita, Allah akan mengingati kita dalam diriNya. maknanya Allah juga menggunakan perkataan nafs itu.

Hadis ini menceritakan bahawa kita perlulah mendekati Allah setakat mampu. Semampu usaha kita. Kita lakukan begitu dengan mengikut arahanNya. Allah akan balas sepadan dengan apa yg kita lakukan.

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ }

Bab Firman Allah Ta`ala { Setiap Sesuatu Akan Musnah Kecuali Wajah-Nya }

Apakah yg dimaksudkan dengan wajah? Adakah wajah Allah sahaja? Kita tidak boleh faham begitu, kerana kalau kita ambil makna begitu, maka hanya wajah Allah sahaja yang selamat, bagaimana yang lain? Maka, untuk lebih selamat adalah dengan mengatakan bahawa ianya merujuk kepada hakikat diri Allah. Dan wajah Allah bukan macam wajah kita. Kita pulangkan kepada Allah, mana yang sesuai dengan martabatNya.

 

6857 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ } قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعُوذُ بِوَجْهِكَ فَقَالَ { أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ } فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعُوذُ بِوَجْهِكَ قَالَ { أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا } فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا أَيْسَرُ

6857. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari ‘Amru dari Jabir bin Abdullah berkata, “Tatkala ayat berikut diturunkan: ‘(Katakanlah Hai Muhammad, Dia-lah yang Maha berkuasa mengirimkan siksaan untuk kalian dari atas kalian) ‘ (QS. Al An’am 65), Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanjatkan doa: ‘Saya berlindung dengan wajah-Mu, ‘ lantas Allah berfirman: ‘(Atau dari bawah kakimu) ‘ (QS. Al An’am 65), maka Nabi memanjatkan doa: ‘Saya berlindung dengan wajah-Mu’, dan Allah berfirman: ‘(Atau Dia menjadikan kalian berpecah belah) ‘ (QS. Al An’am 65), maka Nabi berkomentar ‘Ini lebih mudah.’

– Umat-umat terdahulu Allah telah berikan azab kepada mereka. Maka Nabi memohon semoga diselamatkan daripada azab-azab itu. Antara keburukan yang Allah ancamkan, yang ketiga itu adalah lebih mudah, iaitu kita akan berpecah belah. Dan itulah yang terjadi sekarang. Itu adalah sunnatullah. Ianya akan terjadi. Tapi alhamdulillah ada juga kebaikannya. Kerana memberi peluang kepada orang yang sebar agama untuk mengajak manusia ke arah jalan Islam yang betul. Dan memang kita kena berusaha untuk mengajak manusia.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s