We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah Ta`ala { Dan Supaya Engkau Dibuat Di Hadapan Mataku } & Bab Firman Allah { Dia Lah Allah, Yang Menciptakan Sekalian Makhluk; Yang Mengadakan (Dari Tiada Kepada Ada) January 19, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي } تُغَذَّى وَقَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ { تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا }

Bab Firman Allah Ta`Ala { Dan Supaya Engkau Dibesarkan Diatas Mataku } (Ya`ni) Dibesarkan (Dengan Pengawasan-Ku) dan Firman-Nya { Kapal (Nuh) Itu Belayar Mengikut Mata-Mata Kami }

Quran juga menyebut tentang ‘Mata Allah’. Ini adalah sebahagian dari ayat mutashabihat. Iaitu ayat-ayat yang kita tidak tahu maknanya. Kita terimalah sebagaimana yang Allah katakan. Tak sampai akal kita untuk memahaminya. Yang cuba untuk takwil tu adalah golongan khalaf (yang terkemudian) yang mengatakan maksud mata adalah kinayah kepada sifat basar – melihat.
Atau ada pendapat yang mengatakan: bila dikatakana ‘mata’, memang mata tapi bukan mata yang sama dengan mata makhluk. Mata yang sesuai denganNya. Oleh itu, kita boleh kata bahawa Mata itu adalah sifat dzat Allah.

Ayat “Supaya engkau (Nabi Musa)….” itu adalah kisah Nabi Musa dalam bekas selepas ibunya melontarnya membesar atas ‘ain’. Ini adalah pendapat ulama yang mengatakan supaya jangan terjemah maksud ‘ain’ itu. Pakai sahaja perkataan ‘ain’. Kepada yang terjemah, mereka mengatakan maksud ayat itu adalah: Dalam penjagaan Allah dia (Nabi Musa) membesar.

Tapi ada juga bahaya kita sempitkan maknanya. Maka kita terimalah dengan mata juga.

Ayat kedua kata ‘mata-mata’. Menunjukkan banyaknya mata itu. Itulah mataNya lain dengan makhluk. Mata Allah, tidak sama dengan mata makhluk.

6858 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَى عَلَيْكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَشَارَ بِيَدِهِ إِلَى عَيْنِهِ وَإِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ

6858. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Juwairiyah dari Nafi’ dari ‘Abdullah berkata, “Pernah disebut Dajjal dihadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lantas beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah kamu memang tahu, iaitu Allah tidak buta sebelah – mataNya, sambil beliau mengisyaratkan dengan tangannya ke matanya- ‘dan bahwasanya al masih addajjal buta sebelah matanya, iaitu sebelah kanan, seolah-olah matanya buah anggur yang membonjol keluar.”

Dajjal mengaku tuhan padahal kejadiannya tidak sempurna. Allah adalah Maha Sempurna.
Nabi macam tidak menafikan Allah ada mata. Dia isyaratkan lagi kepada matanya.

6859 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا قَتَادَةُ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا أَنْذَرَ قَوْمَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ

6859. Telah menceritakan kepada kami Hafs bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu’bah telah mengabarkan kepada kami Qatadah berkata, aku mendengar Anas radliyallahu’anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Tidaklah Allah mengutus seorang nabi pun melainkan dia mengancam kaumnya terhadap si buta sebelah dan si pendusta, ingatlah bahwa dajjal adalah buta sebelah, sedang Rabb kalian tidak buta sebelah, tertulis diantara kedua matanya KAFIR.”

بَاب قَوْلِ اللَّهِ { هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ }

Bab Firman Allah { Dia Lah Allah, Yang Menciptakan Sekalian Makhluk; Yang Mengadakan (Dari Tiada Kepada Ada); Yang Membentuk Rupa (Makhluk-Makhluknya Menurut Yang Dikehendakinya) }

Sifat ini nyata apabila Dia menjadikan sesuatu. Segala yang ada rupa berkait dengan Dia. Kerana Allah lah yang memberi rupa kepada makhlukNya.

6860 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا مُوسَى هُوَ ابْنُ عُقْبَةَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ ابْنِ مُحَيْرِيزٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي غَزْوَةِ بَنِي الْمُصْطَلِقِ أَنَّهُمْ أَصَابُوا سَبَايَا فَأَرَادُوا أَنْ يَسْتَمْتِعُوا بِهِنَّ وَلَا يَحْمِلْنَ فَسَأَلُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْعَزْلِ فَقَالَ مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَفْعَلُوا فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
وَقَالَ مُجَاهِدٌ عَنْ قَزَعَةَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ فَقَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَتْ نَفْسٌ مَخْلُوقَةٌ إِلَّا اللَّهُ خَالِقُهَا

6860. Telah menceritakan kepada kami Ishaq telah menceritakan kepada kami Affan telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Musa -yaitu Ibn Uqbah- telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Yahya bin Hibban dari Ibn Muhairiz dari Abu Sa’id Al Khudzri berhubung perang bani Musthaliq, bahwa para sahabat mendapat tawanan yang kemudian dijadikan hamba sahaya, dan mereka ingin menikmatinya (jimak) namun tidak menginginkan para tawanan wanita itu hamil. Maka mereka bertanya kepada Nabi tentang ‘azl (mengeluarkan sperma di luar kemaluan wanita), maka Nabi bersabda: ‘Tidak mengapa jikalau kalian tidak melakukannya, sebab Allah telah menetapkan orang yang Dia akan ciptakan hingga hari kiamat. Sedang Mujahid berkata dari Qaza’ah aku mendengar Abu Sa’id berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Tidaklah seorang manusia yang dicipta melainkan Allah lah yang menciptanya.”

Kalau tak buat azl pun tidak mengapa kerana Allah telah tentukan siapakah yang Dia hendak jadikan. Kalau Allah tidak mahu menjadikan, tidak akan terjadi. Berapa banyak air mani telah ditumpahkan tapi tidak terjadi juga.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s